Pegawai penyiasat memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.
Laporan pertama dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan petang semalam di Kuala Lumpur
Pasukan peguam Mohamad Sabu pula membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.
Mahkamah tolak perintah tahanan reman Mohamad Sabu
Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.
Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.
Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.
Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.
Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.
mns/Irwan Muhammad Zain/harakahdaily
MOHAMAD SABU BEBAS SEBULAN DENGAN JAMINAN POLIS
WABAK PENYAKIT KOLERA (TAUN) DI KAWASAN KLANG
Wabak penyakit kolera kini berada di tengah-tengah masyarakat Klang. Di samping pandemik Flu A N1H1 yang boleh merebak ke kawasan anda pada bila-bila masa sahaja dan kes demam denggi serta Chikugunya yang sudah berada di tahap yang sangat membimbangkan, kini ditambah pula dengan penyakit kolera.
Cuaca yang panas, tekak yang kering serta peluh yang banyak keluar boleh membuatkan anda berhenti di tepi jalan untuk menikmati minuman air tebu atau jambu batu. Tetapi awas anda dan keluarga terdedah kepada kuman Vibrio Kolerae yang sentiasa menunggu mangsa yang cuai dan kurang cermat dalam aspek kebersihan makanan serta minuman.
Labels:
kolera,
PENYAKIT BERJANGKIT,
penyakit taun
Subscribe to:
Posts (Atom)












































































































