tag:blogger.com,1999:blog-3090308085580648868.post1263599006901944942..comments2023-10-16T20:14:17.179+08:00Comments on N45 Dr Halimah Ali: MONKEY can be selected to HEAD A MALAYSIAN UNIVERSITY says UM EX-NCUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3090308085580648868.post-10727006759272950042008-11-19T00:13:00.000+08:002008-11-19T00:13:00.000+08:00Rafiah kesal, KPT lebih pentingkan jantina dalam p...Rafiah kesal, KPT lebih pentingkan jantina dalam pelantikan NC
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Nov 18, 08 | 2:37:20 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Kontroversi pemilihan jawatan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) berikutan keputusan tidak menyambung kontrak NC lama, Dato' Dr Rafiah Salim masih belum selesai.
Iklan

Rungutan demi rungutan terus didedahkan media, malah di Parlimen sendiri isu penamatan kontrak Rafiah hangat diperdebatkan terutamanya oleh anggota Parlimen di kalangan wanita.

Rafiah sendiri yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke atasnya beberapa kali melahirkan rasa kesal terhadap situasi yang menimpanya itu.

Terbaru, Rafiah mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

Sebagai wanita pertama dilantik sebagai NC di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu, maka kita tidak bagus," kata Rafiah dalam satu ulasannya yang terkini.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan "anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka".

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas Penolong Gabenor Bank Negara.

Ditanya mengenai dakwaannya tentang berlakunya prasangka jantina itu, Rafiah berkata terdapat perbezaan antara kontrak NC lelaki dan wanita di mana lelaki diberi tiga tahun, sedangkan wanita dua tahun sahaja.

Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.

"Tidakkah ini menunjukkan mereka lebih yakin pada lelaki berbanding wanita?" soalnya. - mnsAnonymousnoreply@blogger.com