Pray For MH370

Pray For MH370

SYABAS PEMUDA PAS KEDAH SANGGUP KE PALESTIN DEMI JIHAD

Buatlah persiapan sewajarnya jika telah memasang niat untuk ke Palestin. " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin harta dan jiwa mereka sebagai balasan syurga'..." maksud ayat Al Quran. " Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja kamu sanggupi..." Al Anfal: 60.

Pemuda PAS Kedah bersedia jihad ke Palestin
Izwan Abdul Halim / HARAKAHDAILY


SUNGAI PETANI, 3 Januari (Hrkh) - "Sesungguhnya isu Palestin tidak akan selesai dengan diplomasi tetapi selesai dengan senapang dan jihad umat Islam."


Demikian kata-kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam yang dipetik semula oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah semasa membakar semangat para hadirin yang menyertai demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel berhampiran Menara Jam Besar, i sini selepas solat Jumaat semalam.

Dengan kalimah syahid dan jihad menjadi laungan peserta demonstrasi, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Perak, Ustaz Sidik Noor yang turut menyertai demonstrasi itu juga bersama membangunkan semangat peserta dengan pidatonya.

Beliau menyeru pemuda agar melakukan kesiap-siagaan sekiranya dipanggil untuk melaksanakan jihad di bumi Palestin. Katanya, pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yassin telah menyediakan pemuda-pemuda untuk berjihad di bumi Palestin, maka pemuda PAS juga perlu bersiap untuk berjihad dan syahid pada bila-bila masa.

"Buktikan bahawa kita pemuda Islam adalah pemuda yang berani mati di jalan Allah!" katanya disambut laungan takbir para peserta.

Menurutnya juga, ulama-ulama Iran telah memberi galakan kepada pemuda mereka untuk berjihad di Palestin, oleh itu beliau mahu mimbar-mimbar di seluruh negara mengakui bahawa mereka yang berjihad di Palestin adalah mati syahid.

Demonstrasi anjuran Pemuda PAS Kedah itu disertai lebih 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Turut serta Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Abdullah Jusoh dan Tan Wei Shu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki dan aktivis sosial, Kalai Vanar.

Pada demonstrasi yang berlangsung hampir dua jam itu, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad telah membacakan deklarasi Pemuda PAS Kedah. Demonstrasi itu turut menyaksikan lima bendera negara Israel dibakar dan demonstrasi diakhiri bacaan doa oleh Exco Pemuda PAS Kedah, Ustaz Md Lotfi Ariffin.

Comments :

0 comments to “SYABAS PEMUDA PAS KEDAH SANGGUP KE PALESTIN DEMI JIHAD”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com