Pray For MH370

Pray For MH370

PEMIMPIN PAS memimpin harmoni dan kesejahteraan di antara pelbagai kelompok agama

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor

Ahmad Azri Saufi   
SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibadat di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.
(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.


Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

Pendamai antara agama
Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi.
(Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)

Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.

Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

Comments :

1
Undertaker said...
on 

Berani saya katakan Mad sabu Lebih layak di undi sebagai Tim.President bedasarkan kepada Ayat Surah Al Baqarah ayat 246-247
Al Baqarah Ayat 246

"tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.

AlBaqarah Ayat 2 4 7 .
"dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com