Pray For MH370

Pray For MH370

PELAJAR CEMERLANG SPM DUN SELAT KLANG DIRAI

Kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.



Bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 , jumlah bayaran Skim TUNAS di Dun Selat Klang sahaja ialah RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika.

 Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini dipilih berdasarkan pendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini  dinaikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya.

Pelajar cemerlang catat peningkatan

TELOK GADONG
SITI AISAH HABIRIN/sinar harian
14 April 2013
Penekanan terhadap potensi diri secara berterusan dengan bantuan sokongan pendidikan daripada kerajaan negeri dilihat mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Penyandang kerusi Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, ini terbukti melalui pertambahan jumlah pelajar cemerlang sebanyak 93.7 peratus sejak PR memerintah negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.

“Pelbagai program dilaksanakan kami untuk membantu pelajar bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, sekolah kebangsaan, institusi pengajian tinggi (IPT) malah pelajar Tadika juga kita tolong.


Beliau berkata, bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pula, sebanyak RM217,475 diperuntukkan pada 2012 kepada 217 tadika meliputi 1,903 penerima berdaftar.

“Manakala bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 pula, jumlah bayaran di Dun Selat Klang sahaja RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika,” katanya.

Halimah berkata, Skim Tunas bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dan RM50 diberikan kepada mereka untuk membayar yuran bulanan anak mereka di Tadika.

“Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini kita pilih berdasarkan yang berpendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini kita naikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya,” katanya.

Menurutnya, pada majlis berkenaan seramai 94 menerima skim bantuan Tunas dan 71 pelajar daripada empat Sekolah Agama Rakyat menerima anugerah cemerlang.

Comments :

0 comments to “PELAJAR CEMERLANG SPM DUN SELAT KLANG DIRAI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com