Pray For MH370

Pray For MH370

Gangguan Bekalan air, Bukan Krisis Air, Usah Panik

loji Sg Selangor
Terputus bekalan air, penduduk Lembah Klang panik

malaysian Insider/admin


Gangguan bekalan air akibat dari empat penutupan loji rawatan air bagi kerja membersihkan loji tersebut akibat dari tumpahan minyak miyak diesel membabitkan kira-kira 10 kilometer sepanjang Sungai Selangor mencetuskan panik di kalangan penduduk Lembah Klang.

Setakat pagi ini, dilaporkan kebanyakan botol air mineral dikedai habis dijual.

Penutupan empat loji rawatan Sungai Selangor membabitkan Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau panjang bagi kerja-kerja pembersihan dikatakan menjejaskan hampir sejuta pengguna dari tujuh daerah.

Situasi bertambah meruncing apabila bekalan air yang terdapat di tangki simpanan dari empat loji rawatan air dikatakan hanya mampu bertahan kurang dari sehari.

Memetik dari laporan Star Online, kebanyakan premis kedai sudah kehabisan bekalan botol minuman dan air mineral dalam tempoh sejam selepas kedai dibuka.

Keadaan amat tidak terkawal, ramai yang beratur panjang didepan kedai biarpun kedai masih belum dibuka," kata pekerja kedai runcit di Petaling Jaya pagi tadi.

Di Uptown Damansara pula, penduduk berbaris panjang untuk memasuki kedai 24 jam 7 Eleven bagi membeli karton air mineral.

Selepas mendengar akan gangguan bekalan air semalam akauntan Liew Chin Ee dan keluarganya membawa dua kereta bagi membeli karton air mineral.

"Kami telah pergi ke beberapa tempat bagaimapun kebanyakan tempat tersebut juga kehabisan air. Saya tidak tahu berapa lama situasi ini akan berpanjangan, kerana itu lebih baik saya bersedia dari menyesal kelak," katanya dipetik dari Star Online.

Suri rumah, Carol Lim terkejut apabila pagi ini dia mendapat rumahnya di Damansara Utama terputus bekalan air.

"Tekanan air berkurangan pada jam 9 malam semalam namun saya fikir hari ini bekalan air akan pulih semula. Saya tidak menjangkakan keadaan menjadi serius sebegini," kata Lim.

Empat loji air tersebut menghasilkan kira-kira 2.67 bilion liter air pada setiap hari, membekalkan 57% permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Daerah yang terjejas ialah di Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam kenyataannya malam semalam, Ketua Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor, Priscilla Alfred mengistiharkan amaran merah kira-kira jam 4 petang semalam.

Amaran merah diaktifkan apabila situasi bertambah buruk hingga menjejaskan lebih dari sejuta pengguna.

"Lembaga Urus Air Selangor mengambil alih bagi tujuan pembersihan," katanya.

Syabas juga memohon bantuan kerajaan bagi menyediakan pengangkutan menghantar bekalan air bagi kawasan paling teruk terjejas.

Ketika ini, Syabas hanya mampu menyediakan 42 pengangkutan tangki simpanan air dan 525 tangki tidak bergerak untuk membantu pengguna yang terjejas. 

Read More “Gangguan Bekalan air, Bukan Krisis Air, Usah Panik”  »»

Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan – Rafizi

Admin/Mediaselangorku

SHAH ALAM 29 OGOS : Krisis kewangan Asia pada 1997-1998 berulang jika kerajaan Pusat tidak mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis itu lebih awal.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu memperbaiki mekanisme pembayaran hutang negara yang mencapai tahap kritikal.

Ia kerana, katanya, keadaan itu menyebabkan negara berdepan kesukaran apabila ekonomi dunia tidak mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

“Jika berlaku gangguan dalam aliran tunai dunia dan ekonomi dunia, kerajaan hilang pilihan untuk menangani masalah itu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Rafizi berkata, pelabur akan mula menjual dan mengeluarkan wang dari negara ini apabila mereka meragui kemampuan kerajaan dalam hala tuju ekonominya.

“Keadaan itu ada persamaan dengan krisis ekonomi pada 1997,” katanya.

Beliau berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini membimbangkan kerana Malaysia turut terheret dalam kegawatan ekonomi dunia berbanding Indonesia.

“Masalah di Malaysia ialah kerajaan Umno BN boros dan banyak rasuah dengan projek yang melibatkan komisen,” kata beliau.

Rafizi berkata, kerajaan perlu mengelakkan pembaziran kewangan dalam perbelanjaan agar tidak perlu membuat pinjaman sehingga menambah hutang negara.

“Kita perlu memulakan dengan perang habis-habisan terhadap rasuah supaya kita boleh mengurangkan pembaziran,” kata beliau.

Sebelum ini, nilai ringgit jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan ia rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.

Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.

Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif serta mempersoal langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan.

- FZL
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ringgitdijangkaturunnaiktempohterdekat/Article/


Read More “Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan – Rafizi”  »»

Tragedi Yang Bakal Berulang Jika............

Read More “Tragedi Yang Bakal Berulang Jika............”  »»

Yang mana Satu Pilihan Kalbu

Azalina Dan Shahrizat: Pilih Satu Atau Tolak Kedua-duanya?



Menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini, setakat ini jawatan tertinggi yang bakal menyaksikan pertandingan hanyalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bilamana bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said mengumumkan kesediaannya untuk mencabar kedudukan Shahrizat Jalil bagi jawatan itu. Bagi jawatan penting lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, belum ternampak kemungkinan akan berlaku pertandingan walaupun keinginan akar umbi untuk melihat berlakunya pertandingan semakin meninggi.

Mungkin kerana terlalu awal atau masing-masing ingin menumpukan kepada pilihanraya kecil Kuala Besut terlebih dahulu, maka semua orang menyimpan dulu hasrat untuk bertanding itu.

Tetapi berbeza bagi jawatan Ketua Wanita, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, telah awal-awal mengumumkan hasratnya itu dan beliau menjadi individu terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding.

Keinginan Azalina merebut jawatan Shahrizat, walaupun disebarluaskan sebagai hasrat untuk berkhidmat kepada Wanita UMNO dan memberi nafas baru kepada pergerakan itu, hakikat bahawa Azalina turut ingin menjadi menteri semula melalui kouta Wanita UMNO tidaklah boleh dinafikan begitu saja.

Setelah sekian lama terpinggir daripada kedudukan kabinet sejak 2009, Azalina tentunya membayangkan jika beliau menang mengisi jawatan Ketua Wanita, peluangnya untuk dilantik sebagai menteri lebih cerah berbanding jika hanya kekal tercongok sebagai Ahli Parlimen Pengerang dan mengharapkan ehsan Perdana Menteri sahaja.

Tambahan pula, tidak ada daripada kalangan Wanita UMNO yang diberikan jawatan menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya 5 Mei lalu. Dengan kedudukan Shahrizat yang dibelenggu dengan isu NFC dan kedudukannya yang bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, tidak dinafikan lorongan untuk Azalina kembali ke kabinet lebih terbuka.

Lagi pula, tiada kerugian apa-apa untuk Azalina mencuba nasib, untung-untung sabut boleh timbul.

Sehingga ini hanya ada dua wakil Wanita sebagai timbalan menteri iaitu Ahli Parlimen Tenggara, Halimah Siddique dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Norian Kasnon dan jika Wanita ingin kebarangkalian seorang ketua pergerakan itu dilantik sebagai menteri, Azalina mungkin pilihan yang lebih tepat, lebih-lebih lagi beliau juga pernah menjadi menteri sebelum ini.

Jika Shahrizat terus terpilih menerajui Wanita, beliau hanya akan kekal berada di luar kabinet dan Wanita UMNO juga terpaksa berpuas hati dengan dua jawatan timbalan menteri sahaja.

Walaupun Shahrizat mengalu-alukan hasrat Azalina mahu merebut jawatan yang disandangnya tetapi beliau telah pun memulakan serangan secara halus dengan mengatakan keinginan bertanding itu tidak seharusnya dilihat mahu memecah-belahkan pergerakan itu dengan gambaran seolah-olah bekas pimpinan Puteri UMNO ingin mengambil alih kepimpinan Wanita UMNO pula.

Melalui serangan halus ini, tentunya makcik-makcik dalam Wanita UMNO akan menguatkan lagi kubu masing-masing dan akan berusaha memastikan kemasukan golongan puteri yang melebihi had umur 35 tahun ke dalam Pergerakan Wanita tidak akan menggugat kedudukan mereka. Dengan cara ini, Shahrizat berharap kelebihan memihak kepadanya.

Ini secara tidak langsung menggambarkan keinginan Shahrizat masih tinggi untuk mengekalkan jawatannya walaupun isu NFC yang melibatkan keluarganya merupakan isu yang paling buruk dalam sejarah pergerakan itu. Selain semua orang bercakap mengenai isu itu sebagai beban kepada UMNO, Shahrizat juga akhirnya digugurkan sebagai menteri kabinet dan tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya, suatu hakikat yang membuktikan UMNO juga mengakui beratnya beban daripada isu NFC itu.

Sepatutnya dengan UMNO sendiri mengakui beliau sebagai beban, Shahrizat dengan rela hati mengundurkan diri dan membiarkan pergerakan itu memilih pemimpinnya sendiri yang lebih berwibawa dan tidak menyusahkan parti. Selagi beliau memimpin Wanita UMNO, kaitan beliau dengan skandal NFC sukar dilekangkan dan akhirnya UMNO akan terus menerima kesannya.

Azalina pula, walaupun pernah memimpin Puteri UMNO dan menjadi mengeri sebelum ini, beliau juga bukanlah pemimpin yang betul-betul sesuai untuk pergerakan itu. Selain beliau dilihat agak asing dengan lemah-lembut dan ciri-ciri kewanitaan Wanita UMNO yang mungkin menyukarkan beliau mendekati perwakilan Wanita UMNO, sisi gelapnya semasa menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan sebelum ini, tidak seharusnya juga dipandang ringan.

Beliau pernah disiasat oleh SPRM berkaitan isu politik wang dalam pemilihan UMNO 2009 dan seorang pegawainya dikatakan pernah ditahan kerana memiliki beg yang penuh berisi wang tunai ketika itu. Pendedahan mengenai sekeping cek ratusan ribu ringgit yang didakwa diterimanya daripada seorang usahawan juga pernah memenuhi dada-dada media tidak berapa lama dulu.

Koleksi kereta-kereta mewahnya juga pernah didedahkan di blog dan laman sosial yang menggambarkan keperibadianya yang suka bermewah dan mengumpul kekayaan. Orang-orang yang mengenalinya pula tahu bahawa gaya hidup Azalina lebih mirip kebaratan dan jika ini didedahkan mungkin menjejaskan peluangnya.

Beberapa isu berkaitan kementerian yang yang pernah diterajuinya juga masih menjadi percakapan ramai. Walaupun beliau sudah dibersihkan oleh SPRM dan tidak didakwa di mahkamah, hakikatnya Azalina tidak menepati slogan popular mengenai kepimpinan iaitu seseorang itu mestilah bersih dan juga kelihatan bersih.

Sama ada mengekalkan Shahrizat atau memilih Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru, masalah Wanita UMNO sebenarnya tidak akan selesai dan tidak juga mampu menjadi cerminan bahawa pergerakan itu menjadi lebih cantik dan menarik. Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina.

Untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita UMNO sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu. Mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita UMNO atau pun yang di luar daripadanya.

Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parliman, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu.

Sumber:  http://shahbudindotcom.blogspot.com

Read More “Yang mana Satu Pilihan Kalbu”  »»

Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut
   

    Abdul Rahim Sabri/Malaysiakini/admin
       
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.



Read More “Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com