BANJIR BESAR KELANTAN : Apa yang saya pelajari
Hobinya Mengkritik!
Mana ada orang yang 'enjoy' dikritik?!
Tetapi ada sesetengah orang 'enjoy' MENGkritik!!
Natijah dikritik: marah, malu,sedih akhirnya geram berpanjangan yang mengakibatkan dendam.
Kesannya, hubungan di antara yang mengkritik dan dikritik sudah tentu akan menjarak lebih luas. Mungkin yang dikritik itu hanya satu isu. Tetapi sekiranya ianya dilakukan berulang-ulang atau dengan cara yang amat memalu dan menghina maka emosi negatif yang terhasil akan berlipatkali ganda dan mempunyai potensi destruktif bak gunung berapi yang menunggu waktu untuk meletus! Maka tidak hairanlah keluar kata kata kesat, maki hamun, sumpah seranah yang sangat menyakitkan dari mulut SI KENA KRITIK. Ia juga boleh diikuti sama dengan tindakan fizikal yang melibatkan anggota seperti tangan dan kaki yang melempang, melempar, memecah serta merosakkan tubuh badan atau harta benda.
Ada sesetengah SI KENA KRITIK membisu seribu bahasa tetapi kesan 'petir' si PENGKRITIK tetap terhunjam ke lubuk kalbu.Ia boleh berakar dan membiak hingga mengakibatkan perbuatan sabotaj, balas dendam yang dahsyat, memporakperandakan si PENGKRITIK termasuk anak isteri atau rakan taulan serta menyahkan masa depan kariernya.
Resam dunia memang manusia dicipta dengan pelbagai perbezaan. Bukan sahaja warna kulit, bahasa mahupun rupa tetapi juga perangan, kecenderungan bahkan pengalaman semua manusia akan berbeza. Justeru berbeza pandangan dan tindakan adalah normal dan universal.
Selain itu di antara sebab timbulnya isu mengkritik dan dengannya ada yang kena kritik ialah keupayaan berfikir, hasil pendidikan dan latar belakang keluarga dan persekitarannya. Ia juga membuktikan kekuasaan Allah yang maha luas. Maka lain lain sifat serta tindakan manusia menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara satu sama lain. Ini normal! Sunnatullah...
Persoalannya bagaimana mahu mengurus kepelbagaian tersebut?!
Emosi marah, sedih, malu adalah juga sifat normal manusia.Tidak ada yang menghairankan.
Kalau dikritik adalah normal atau patut perasaan kita luka.
Yang menjadi masalah ialah apabila manusia bertindak mengikut respon amygdala atau litar putus yang tidak menggunakan otak cerebrumnya dengan panduan jiwa yang bersih maka berlakulah gejala akibat kemarahan yang tidak terkawal tersebut seperti yang disebut di atas. Rosak binasa hubungan sesama insan!
SENI MENGKRITIK DAN DI KRITIK
Justeru, kita perlu membekalkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi situasi biasa yang pasti dan dijangka akan berlaku bila bila masa. Perlu faham fisiologi diri. Perlu mengerti corak atau pattern sendiri. Mesti hadam kecenderungan serta tingkah laku diri dalam pelbagai situasi. KEMUDIAN, kiat mesti CARI ILMU dan LATIH DIRI seni mengkritik dan seni APABILA dikritik orang.
Untuk menjadi orang yang berjaya dunia wal akhirat kita mesti menguasai SENI menjaga keharmonian dan MENERIMA KRITIKAN dengan tenang dan positif.
Bagi yang mempunyai 'HOBI' mengkritik, STOP! latih diri mengkaji tabiat itu . Analisa diri kenapa suka mengkritik. Buang sifat mazmumah. Set kompas agar niat mengkritik itu bertujuan murni. Latih diri mengkritik cara beradab dan menggunakan kaedah lebih konstruktif dan positif.' Condition' kan diri agar kritikan itu selari dengan misi menjaga harmoni dalam hubungan sesama insan.
Membuat Keputusan Terbaik
Keputusan sesuatu perkara sekaligus membawa natijah yang berangkai. Impaknya dipengaruhi oleh skop perkara yang berkaitan dan jumlah orang yang terlibat dalam lingkaran perkara tersebut.
Contohnya, isu yang panas yang berlegar dalam media yang melibatkan orang berpengaruh akan sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi samada berskala kecil mahupun besar, bersifat sementara mahupun mencetus gerakan atau kebangkitan berpanjangan. Kesan pengaruhnya juga boleh merubahkan lanskap sosio politik sesebuah masyarakat.
Justeru proses membuat sesuatu keputusan yang besar memerlukan kerja yang teliti, insan yang benar dan jujur, prosedur yang adil dan diyakini khalayak. Persepsi ketidakadilan di peringkat orang awam akan mencetuskan kemarahan bak api dalam sekam.
Untuk sampai ke tahap ideal di kalangan pembuat keputusan yang amanah, ikhlas dan bijaksana ia memerlukan proses pendidikan yang komprehensif, insan-sentrik dan berteraskan nilai-nilai murni yang universal dan dijalankan serentak oleh guru dan masyarakat yang bersifat murabbi. Pemerintah WAJIB memudahcarakan proses ini.
Bilakah kita akan sampai ke tahap ini.
Wallahu'alam.
TUKAR
SURAH AR RA'D
For each one are successive [angels]
before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah
will not change the condition of a people until they change what is in
themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it.
And there is not for them besides Him any patron
Di pertengahan ayat 11 ini Allah mengajar kita:
'.....Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah keadaan dirinya sendiri.....'
Untuk berjaya bertukar wajah dan kualiti masyarakat perlu mempelajari/mengkaji untuk memahami dan seterusnya bertindak untuk menjayakan perubahan, to effect the change.Perubahan adalah satu proses.Bermakna ia mengambil masa. Jangan harapkan perubahan seperti mi segera. Kita akan kecewa. Lemah semangat.Hasilnya: TIDAK ADA perubahan.
Mahu berjaya. Kita mesti belajar cara untuk berjaya.Kita mesti mengambil langkah kritikal secara jujur dan tekun .Jangan mengelat. Jangan timbunkan alasan untuk langkah step kritikal.Jangan goreng. Jangan mudah syok sendiri. Hati-hati dengan pendengki yang memang MENANTI ANDA GAGAL!!
Pendek kata mahu berjaya berubah,
1.kita mesti CUKUP daya MAHU;
2. kemudian kalau cukup daya MAHU, mesti belajar hingga cukup DAYA TAHU( ilmu pengetahuan, ilmu melalui pengalaman(tacid knowledge);
3. dah MAHU, dah TAHU mesti rajin dan istiqomah, LAKUkan HINGGA tak kering kuku( SWEATS);
4.Insya Allah MAMPU(capacity building mesti seiring)
Read More “TUKAR” »»
KORBAN: Hati putih hati gelap
Hari Raya korban disambut saban tahun di seluruh pelusuk dunia. Ramai yang menumbangkan haiwan yntuk ibadah korban. Yang berkorban pun dari pelbagai bangsa dan suku kaum . Haiwan yang menjadi korban pun pelbagai rupa.
Apakah sebenarnya pengajaran paling utama untuk ummat Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sekeluarga. Adakah ritual penyembelihan itu sahaja yang patut diterima pakai.Apakah pengajaran disebaliknya? Memang benar daging haiwan itu memberi manfaat kepada si miskin. Memang betul, ibadah korban itu mengumpul sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan orang kampung mahupun bandar untuk satu aktiviti penyembelihan , diikuti dengan event melapah dan mengagihkan daging korban. Fenomena biasa apabila masjid, surau bahkan persatuan penduduk masak sup tulang hasil 'korban' tersebut.
Selepas penah bekerja 'korban' tadi, mereka dan juga anak-anak turut serta menikmati masakan istimewa kaum hawa lazimnya.
Suasana amat ceria. Sejuk mata memandang.
Persoalan yang lebih mendalam yang perlu disyarahkan dengan berkesan ialah 'apa untungnya' seseorang berkorban wang ringgit untuk menghasilkan haiwan korban yang diproses untuk diagihkan kepada mereka yang berhak??!
Sudah banyak amalan yang tidak membantu ummat Islam memikir, mentaddabur, menjiwai konsep korban itu.Ramai yang sudah tahu bahawa berkorban itu mulia tetapi tidak ramai orang faham dan mengerti implikasi korban serta manfaat pada yang berkorban. Mungkin ini kegagalan cerdik pandai mendidik ummat memahami konsep penting dalam Islam itu sendiri.
Ramai yang mampu berkorban tetapi enggan kerana mereka tidak difahamkan bahawa 'korban' itu untuk mereka, menguntungkan mereka. Walaupun hakikatnya mereka terpaksa melepaskan duit untuk membeli sebahagian korban.Ia sebenarnya bermaksud berkorban hawa nafsu. Wang ringgit, harta benda, pangkat jawatan dan gelaran hanyalah alat untuk membuktikan kita rela dan redha berpisah dengan 'kepunyaan' fizikal kerana patuh kepada titah perintah arah Allah swt Sang Khaliq.
Ada juga mungkin 'berkorban' benda fizikal tetapi dengan jiwa kelam dan tidak ikhlas. Maka, tidak hairanlah dirinya tidak menikmati kebahagiaan berkorban itu.
Hanyasanya, bila jiwa tulus berkorban semata-mata kerana Allah maka 'korban' itu akan kembali kepadanya jua kelak.
Semoga Sang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menerima korban kita.
