Selangor tukar hutang tinggalan BN kepada harta/tunai yang dikongsi dengan rakyat
Pemimpin amanah menguntungkan rakyat.Jaga hak rakyat. Cari jalan untuk membahagiakan rakyat
Ketua pembangkang BN: didedahkan oleh MB Selangor
Tanah kerajaan Selangor adalah amanah yang perlu dijaga dengan baik. Bukan diperdagangkan sesuka hati.Natijahnya Selangor tidak cukup tanah untuk sekolah, padang, bahkan kubur.
Sewajarnya rakyat Selangor peka dan prihatin apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang sedang menggula-gulakan mereka dengan memberi RM100 tunai untuk anak mereka sekali sahaja.Ini terang-terang mahu mengambil simpati dan membujuk rakyat untuk memberi mereka kepercayaan untuk terus memerintah.
Jangan sampai pisang berbuah dua kali!!
Guru mangsa kajian makmal kerajaan flip flop BN
NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012
November 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.
“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.
Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.