Pray For MH370

Pray For MH370

UCAPAN TGHA DI HKR #KL 112

Madah TGHA

"Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi"

PAS berikrar terus setia dengan Pakatan di KL112

 KUALA LUMPUR, 12 Jan — PAS mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP di Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun Umno seringkali mendesak parti Islam itu untuk bersatu dengan mereka.
"PAS mengambil pendirian bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini adalah mereka yang teraniaya.
"PAS akan bekerjasama dengan parti-parti lain, tapi tidak sesekali dengan Umno dan BN," kata presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihadapan puluhan ribu hadirin di dalam Stadium Merdeka.
Menurut Abdul Hadi, selepas lebih 50 tahun merdeka, pelbagai masalah membelenggu rakyat dan ramai yang masih merempat.
"Kita mengiktiraf yang termaktub dalam perlembagaan, Umno gagal mempertahankan Islam dan orang Melayu.
"Kekayaan negara dimonopoli oleh sesetengah pemimpin dari sesuatu kaum yang memerintah," katanya.


Sumber Malaysian Insider


 PAS yakin Pakatan dapat tunai janji   

Harakahdaily,     12 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di StadiuMerdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.

Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi


Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN.

"Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN.

"BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin.

Read More “UCAPAN TGHA DI HKR #KL 112”  »»

STRATEGI UMNO JAUHKAN ISLAM SEBAGAI RAHMAT SELURUH ALAM

Apa tuntutan mustahak daripada kalimah Allah


Dua tahun lalu (2010), isu kalimah Allah pernah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan sehingga berlaku tindakan tidak waras seperti perbuatan membakar gereja, menghina kemurnian masjid dan surau dengan cara meletakkan kepala babi dan sebagainya.

Saidina Umar al-Khattab radiAllahu anhu pernah bertanya kepada salah seorang Sahabat, “Tahukah kamu perkara yang boleh membinasakan Islam?”. Mereka menjawab, “Tidak wahai Umar”. Lalu Umar berkata, “Islam dibinasakan dengan ketergelinciran intelek (ilmuwan yang mulutnya mendahului akalnya), perdebatan orang munafik terhadap al- Quran, dan undang-undang pemerintah yang menyesatkan” - Riwayat ad Dailami

Kerana citra yang merosakkkan itu berawal daripada kefahaman dan cara berfikir seseorang, maka Allah memberi amaran bahawa soal hukum-hakam bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya diputuskan hanya melalui sangkaan, agak-agak, rasa-rasa ataupun sokongan politik penguasa. Firman Allah Taala maksudnya:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (An-Nahl: ayat 116)

Polemik Kalimah Allah Adalah Perkara Ijtihadiyyah


Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya salah akan dapat satu pahala." - Riwayat Muslim

Polemik kalimah Allah yang berlaku pada tahun ini memasuki fasa kedua dan apa yang mustahak perlu kita ketahui ialah isu kalimah Allah adalah isu "ijtihadiyyah". - Ijtihadiyyah - iaitu perkara baru, yang tiada nas mengharamkan - penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim - pada masa turunnya wahyu (yakni sebelum kewafatan Rasulullah SAW). Maka ulama Islam hari ini, ada di antaranya yang mengambil jalan - saddu az zarai’e - (menutup kemudharatan), ada juga yang bersifat terbuka dengan matlamat kepentingan dakwah sejagat. Hal ini kerana, risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW itu sifatnya universal, bukannya selektif!

Pendekatan ini disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang saya rekodkan pada tahun 2010, "Kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan akidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh diizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan  bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamalkan oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah Allah di hadapan umat Islam..."

Mungkin di antara kita ada yang tidak bersetuju malah mungkin ramai yang sinikal sebelum ini dengan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Begitupun apa yang disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang punya nilai keabsahannya, berbeza dengan sikap sebahagian individu yang menyemai kelakuan berdasarkan pepatah, ‘berpatah arang berkerat rotan’, ‘membujur lalu melintang patah’!

Dengan mengambil renungan dan iktibar dari apa yang pernah ditunjukkan oleh para Sahabat kepada Nabi SAW, iaitu peristiwa Baginda bersetuju memberikan kerjasama kepada Kafir Quraisy dalam proses ‘Sulh Hudaibiyyah’. Umum melihat antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi SAW untuk mencapai - "apa yang paling diperlukan oleh dakwah" - , iaitu masyarakat yang tenteram dan aman daripada peperangan. Baginda sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah yang paling utama iaitu keharmonian masyarakat berbilang kabilah.

Islam mengajarkan umatnya bukan untuk berperang terhadap sesuatu kaum kerana perbezaan agama, ataupun kerana berbeza pendapat dan cara, tetapi umat Islam berperang apabila mereka dimusuhi, dizalimi dan diperangi, ataupun ada sesuatu kaum yang mengisytiharkan pendirian untuk memerangi Islam, baharulah waktu itu tiada lagi bahasa yang lunak kecuali kita semua wajib mengangkat senjata.

Islam menuntut umatnya membela bangsa lain yang dianiaya, dizalimi sekalipun bangsa tersebut tidak beragama Islam. Sebagai bukti Amru bin Al 'As diutuskan Saiduna Umar al Khattab agar membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, sekalipun rakyat Mesir ketika itu tidak memeluk Islam bahkan majoritinya mereka beragama Nasrani (Kristian). Maka, kita tidak dituntut oleh Islam untuk memusuhi agama lain disebabkan berbeza doktrin sembahan.

Malah, Baginda SAW turut menyenaraikan golongan rahib sebagai golongan yang tidak diperangi dan aman daripada pedang-pedang tentera Islam, bahkan Baginda turut melarang tentera Islam memusnahkan tempat-tempat peribadatan mereka. Islam tetap memelihara nyawa mereka sekalipun mereka tidak beriman kepada Allah. Oleh itu, jika kekufuran itu punca mereka diperangi, sudah tentu golongan tersebut juga diperangi atas arahan Rasulullah SAW. Justeru, semasa keamanan Makkah-Madinah berlangsung, Baginda SAW memanfaatkan usaha menyampaikan dakwah, melakukan out-reach kepada kabilah non-Muslim Arab dan juga kepada ketua empayar non-Muslim di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

Soalnya pada hari ini, apakah kita telah bertemu dengan ‘bahasa’ yang paling tepat apabila bertemu dengan masalah kalimah Allah di hadapan masyarakat non-Muslim? Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan di atas nama-Nya.

Rasulullah SAW Mengajar Sebutan Allah Kepada Orang Nasrani

Kita tidak menafikan bahawa ada perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama tentang hal ini. Ia bukan perkara yang pelik, tetapi adalah perkara yang lazim berlaku dalam dunia akademik sejak zaman-berzaman. Tetapi, kekhilafan atau perbalahan yang berlaku seharusnya ditimbang menurut akal yang waras, akhlak dan adab, hati yang lapang serta menjauhkan sikap merendah-rendahkan individu seperti menuduh konservatif, jumud, "ulamak kepala lutut" dan sebagainya.

Jelasnya, tiada nas yang tepat menghukum tegahan ke atas masyarakat non-Muslim menyebut nama Allah, adapun teguran wahyu terhadap mereka (non-Muslim) ialah kerana kesalahan dari sudut makna dan tuntutan - bukannya sebutan!

Ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sedih kerana dakwahnya dipulaukan oleh masyarakat Taif, Baginda telah dijamu buah anggur hasil pemberian seorang hamba beragama Nasrani (Kristian) yang kasihan melihat nasib Baginda di sebuah dusun. Sebelum menjamahnya, Baginda membaca ‘basmAllah’ di hadapan hamba tersebut, "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". Lantas hamba itu memandang tepat ke wajah Rasulullah SAW dan berkata, "Perkataan ini – ucapan bismiLlah... – tidak disebut oleh penduduk daerah ini..."

Lalu Rasulullah SAW bertanya, "Saudara ini dari negeri mana, dan apa agama pegangan saudara?"

Jawabnya, "Saya beragama Kristian, dari kampung Neynawa (salah satu daerah di Utara Iraq)."

Rasulullah menyambung soalan, "Adakah dari sebuah daerah lelaki soleh yang bernama Yunus bin Mataa?" Maka dia menjawab, "Apa yang kamu tahu tentang Yunus bin Mataa?"

Baginda SAW menjawab, "Beliau adalah saudara saya, beliau adalah Nabi dan saya adalah Nabi."

Lantas lelaki Nasrani itu pun memeluk erat Rasulullah serta mencium kepala, kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki Baginda. – Rujuk Sirah Ibn Hisyam:2/421.

Maka, tuntutan yang paling mustahak perlu diperjuangkan oleh umat Islam, ialah membenarkan sebutan dan tuntutan maknanya walau di tengah-tengah masyarakat non-Muslim. Kerana ketika Allah Taala berfirman bermaksud:


"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (al Zumar:38)

Maka, umat mana yang paling layak menerangkan apa yang mereka (orang musyrik) fikirkan daripada sebutan tersebut? Tidak lain tidak bukan, umat Islamlah (umat Nabi Muhammad SAW) yang paling berhak menerangkannya kepada orang musyrik dengan cara menunaikan tanggungjawab dakwah secara berterusan, matang dan berani, bukannya menutup mulut mereka, membelenggu tangan-tangan mereka dan mengatakan kepada mereka, "Allah itu hanya aku yang punya..."

http://tarbawi.my

SUMBER HARAKAHDAILY

Read More “STRATEGI UMNO JAUHKAN ISLAM SEBAGAI RAHMAT SELURUH ALAM”  »»

DEKLARASI HKR #KL112

 Azan Asar, tuntutan 8 perkara tutup HKR112   

Harakahdaily,     12 Jan 2013
 


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.


8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

Read More “DEKLARASI HKR #KL112”  »»

LOKASI BERKUMPUL HKR

 
                                   LOKASI BERKUMPUL SERTA KETUA KUMPULAN


-         Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.



-         Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.



-         Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.



-         KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman



-         Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.





Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.



Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti.



Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad.



"Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya.



Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain.



Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi.



"Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. (Gambar atas)



Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka.



Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara.



"Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti.



"Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya.



Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO.



-         Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.



-         Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.



-         Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.



-         KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman



-         Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.

SUMBER HARAKAHDAILY

Read More “LOKASI BERKUMPUL HKR ”  »»

'PULUN" PERANG SARAF MEDIA MASSA BN

"Kementerian  Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta:  Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka.

BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan Umno." pengarang
 
Menjelang PRU, Putrajaya arah media tempatan ‘lembutkan hati rakyat’

 Oleh Jahabar Sadiq

January 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Putrajaya telah memberitahu media tempatan untuk “melembutkan hati rakyat” dan menyediakan lebih banyak berita baik sebelum pilihan raya umum (PRU) tahun ini bagi menunjukkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata eksekutif yang menghadiri siri mesyuarat secara senyap-senyap sejak Hari Tahun Baru.

Pihak media tempatan telah diseru 'melembutkan hati' pengundi menjelang PRU.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pengarang berita akhbar dan televisyen juga diberitahu untuk memainkan cerita ekonomi yang positif dan bantahan komuniti perniagaan terhadap perhimpunan jalanan seperti perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hujung minggu ini di Stadium Merdeka.

“Menteri mahu kami 'melembutkan hati rakyat' 'dengan berita positif dan program, “kata seorang eksekutif media yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Tumpuan adalah lebih kepada masyarakat Cina dan India kerana BN merasakan tidak mendapat sokongan yang cukup daripada mereka,” tambah eksekutif tersebut.

BN mengalami kekalahan bersejarah pada pilihan raya 2008, kehilangan empat negeri dan lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen kepada beberapa parti pembangkang - kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR) di bawah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perubahan undi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati meluas di kalangan masyarakat Cina dan India, yang membentuk minoriti signifikan dalam negara 28 juta penduduk.

Tetapi pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruh melalui media massa kerana kerajaan mengawal radio dan televisyen kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), agensi berita Bernama dan cabangnya Bernamatv dan Radio24.

Kementerian Rais juga bertanggungjawab kepada perlesenan penyiar swasta seperti Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah dan stesen radio swasta.

Difahamkan menteri telah meminta senarai program-program positif yang akan disiarkan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya 2013 yang kini dijangka akan diadakan sebelum minggu pertama April.

Mandat untuk kerajaan BN tamat pada 28 April ini tetapi pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Menteri mahu senarai program yang akan dikemukakan kepada kepimpinan BN,” kata seorang lagi eksekutif media yang menghadiri mesyuarat sama.

Tetapi eksekutif tersebut berkata terdapat kekeliruan oleh kerana kebanyakan kumpulan media sudah mengemukakan berita dan program-program mereka kepada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Terdapat terlalu ramai orang yang meminta senarai itu tetapi menteri menegaskan kita perlu menghantarnya semula,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan parti dominan BN, Umno.

Bilik perang pilihan raya juga mengendalikan aktiviti siber, termasuk membayar rombongan cybertroopers untuk memastikan BN dapat bersaing dengan PR yang telah menggunakan rangkaian sosial dan laman web untuk kesan lebih besar.

Walaupun adanya operasi itu, kementerian Rais sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka.

Malaysia mempunyai penembusan jalur lebar di bawah 70 peratus manakala tiga daripada lima isi rumah melanggan pembekal televisyen satelit Astro – turut mempunyai RTM, TV3 dan stesen tempatan lain-lain yang dikawal ketat.

“Kerajaan tahu bahawa orang masih menonton televisyen dan mendengar radio jadi ini pengaturcaraan positif boleh membuahkan hasil, “kata eksekutif televisyen tempatan yang berkata meja perniagaan beliau telah diminta untuk menyiarkan lebih banyak berita ekonomi positif.

Beliau mengatakan, rakan-rakan di media cetak juga diminta untuk melakukan tinjauan pendapat dari orang ramai, pemandu teksi, bas, dan peniaga bagi menunjukkan penghinaan mereka kepada perhimpunan jalanan yang sering dianjurkan oleh pembangkang untuk pelbagai sebab.

“Putrajaya mahu kita menunjukkan bahawa rakyat perlu menghormati Akta Perhimpunan Aman dan bukan protes semata-mata hujung minggu ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran ekonomi,” tambah eksekutif tersebut.

Polis dan pengurusan Stadium Merdeka sudah meluluskan perhimpunan, pertama kali dalam sejarah kerana perhimpunan sebelumnya telah diharamkan dan menyebabkan kepada keganasan.

Penganjur perhimpunan bagaimanapun berhujah bahawa protes itu sebenarnya meningkatkan perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dan syarikat-syarikat pengangkutan awam.

Sumber: Malaysian Insider

Read More “'PULUN" PERANG SARAF MEDIA MASSA BN”  »»

'AMANAT HJ HADI' DIJAWAB SENDIRI TUAN PUNYA BADAN


Fenomena Amanat dan Takfir

Abdul Hadi Awang,     10 Jan 2013



Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang. Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.



Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Read More “'AMANAT HJ HADI' DIJAWAB SENDIRI TUAN PUNYA BADAN”  »»

PENGANJUR HKR TAK RUGI BERJAGA-JAGA

 Mana-mana tempat tertutup ("enclosed") tak kira besar atau kecil ruangnya seperti rumah, dewan atau stadium memiliki ciri-ciri tertentu seperti ruang udara ( "oksigen")  yang terhad, pintu keluar masuk ("egress"and "ingress") yang jumlah dan saiznya yang  terhad dan kemudahan atau fasiliti seperti tandas dan alat pemadam api yang tidak banyak.


Dalam konteks HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) yang bakal berlangsung pada 12 Jan 2012 nanti (i. s. A), beberapa peringatan lunak ("gentle remainder") dan langkah pencegahan wajib diambil oleh pihak penganjur bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada peserta perhimpunan dan harta benda mereka. Emergency response Team ("ERT") mesti menyediakan Emergency Response Plan ("ERP") bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Apa lagi yang boleh berlaku jika PDRM telah memberi "restu"???

       : A comparative analysis of some of the worst exiting and entering disasters in U.S. history with cases of successful emergency escape 



Beberapa Ayat Al Quran,  hadith, peribahasa dan kata-kata hikmah diperturunkan sebagai melengkapkan perbincangan. (i) An Nisaa' 102 (ii) An Nisaa 71 (iii) Al Quran 8:60




(iv) "Orang Mukmin tidak akan termasuk ke dalam lubang biawak yang sama dua kali" mafhum hadith (v) " Al wiqoyah khoirum minal ilaaj" Pencegahan lebih baik dari pengubatan.
(vi)  Sedia payung sebelum hujan (vii) Air tenang jangan disangka tiada buaya (viii) Seasal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya (ix) Sudah terantuk baru terngadah.

Pihak penganjur mesti sistematik serta tegas dalam mengawal keadaan dan situasi seperti memantau peserta apabila masuk ke stadium dengan  tidak membawa senjata atau barang merbahaya seperti botol, atau benda tajam. Di England, penonton bola sepak diperiksa bag mereka tatkala memasuki stadium serta diperhati dengan teliti gerak geri mereka.

Perokok mesti menghormati orang yang tidak merokok dengan tidak menyalakan rokok mereka untuk mencegah kebakaran berlaku. "Pengacau", " saboteur ", " provocateur" dan seumpamanya mesti ditangani serta merta dan dibawa keluar kawasan. Jumlah petugas khususnya ahli Unit Amal mesti mencukupi sama ada beruniform atau preman. Mekanisme hendaklah diwujudkan bagi mengawal dan mengatasi sebarang bentuk masalah seperti peserta kena serangan jantung, nak bersalin atau pengsan.

Begitulah secebis peringatan buat peserta dan penganjur HKR agar tidak timbul tuduhan di belakang hari kelak yang Pakatan Rakyat tidak mampu mendisiplinkan ahli atau yang memulakan keganasan adalah peserta perhimpunan.

“Sepatutnya pasukan polis yang menjaga keselamatan negara memberi layanan baik kepada mana-mana pihak, yang mungkin akan menjadi kerajaan,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail   pada ceramah pra Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Majlis Daerah Machang di sini, malam tadi.


Tak mustahil sejuta hadir Himpunan 12 Jan   

oleh Abd Shukur Harun

Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.



Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.



PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.



Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.



Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.



Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.


Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai ‘detik bersejarah’ selepas ‘belajar daripada kekurangan’ yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.



Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.



Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.



Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai ‘mood’ rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.

NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.



Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala  tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad,  isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.



Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.



Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus – yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.



Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.



Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.



Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya ‘meruntuhkan’ tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.



Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.



Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi ‘penghadang’ kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.



Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.



Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi.

Sumber: harakahdaily

Laporan lain di SINI , SINI

Read More “PENGANJUR HKR TAK RUGI BERJAGA-JAGA ”  »»

STATISTIK KELUARAN JABATAN PERANGKAAN KEJAYAAN NEGERI SELANGOR

Carta Statistik GDP dalam RM negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dari tahun 2005 hingga 2010 dalam kategori (aktiviti) pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.
Jelas menunjukkan peningkatan dalam semua aktiviti. Di Selangor sektor yang paling pesat pembangunannya ialah sektor pembinaan setelah PR mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.


 DS Noh Omar juga mungkin terperanjat melihat peningkatan sektor pertanian di Selangor.


 'BN, Umno, hentikan pembohongan'
Oleh  TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
   
 Tahun 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri telah memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional.

Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan yang diberi oleh Pakatan Rakyat khususnya kerajaan negeri Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk mengamalkan tadbirurus beramanah.

Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah Barisan Nasional dahulu tetapi di mana-mana negeri bawah naungan Barisan Nasional sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan.

Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan untuk program kebajikan, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat jauh mendahului negeri-negeri bawah Barisan Nasional mahupun kerajaan persekutuan sendiri.

Kedudukan Kewangan

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor pada tahun 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta.
Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion.

Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?

Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan.

Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa.

Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah. Justeru itu, hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata kepada semua rakyat Selangor, tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik. 

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 


Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar asas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menegaskan bahawa segala hasil negeri harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa “untung” yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.

Rekod yang disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada tahun 2008.

Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011).

Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah RM 165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanja demi kebajikan rakyat melalui program MES dalam empat tahun ini adalah RM 766 juta.

Sebanyak empat program telah berjalan secara berterusan sejak 2008 - 20 meter padu air percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak.

Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan. Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional, yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan secara buta dengan tujuan membeli undi.

Sebaliknya, asas MES adalah pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi secara berdikari.

Jumlah rakyat yang menerima bantuan MES juga telah meningkat secara konsisten sejak 2008 - 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang (2012, sehingga September).

Bukti terperinci komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap kebajikan rakyat boleh dilihat dalam lamanweb rasmi.
 
Fokus kepada rakyat, bukan mainan politik


Maka, dengan bukti yang dikemukan di atas, jelas ternampak bahawa komen-komen Timbalan Perdana Menteri adalah komen pemimpin Umno yang kian terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka kepada rakyat.

Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif air di antara tertinggi di Malaysia?

Sekarang di peringkat persekutuan, bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan industri air kepada kerajaan negeri sepertimana yang diniatkan dalam Akta WSIA 2006 – satu proses yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat tohmahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian, memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan raya. Lebih teruk lagi hutang Negara pula melebihi RM 500 billion.

Sebaliknya Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang demi kebaikan rakyat.

Ini mencerminkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang enggan menggadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang pilihanraya melalui kaedah-kaedah yang tidak halal.

Saya seru berhenti membuat fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan bertanding dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada sebab Tan Sri Muhyidin harus mencuba.

Sumber: malaysiakini

Read More “STATISTIK KELUARAN JABATAN PERANGKAAN KEJAYAAN NEGERI SELANGOR”  »»

MACAM MACAM KELOMPOK JATUHKAN BN: kenapa semua meluat??!

Perjuangan Leman Raja Lawak

Mohd Sabri Said, 06 Jan 2013
SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.

"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur.  Itu kerja saya hari ini.  Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti  kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.

Read More “MACAM MACAM KELOMPOK JATUHKAN BN: kenapa semua meluat??!”  »»

WANITA UMNO SAKIT TENAT

 Anda lihat sendiri kecelaruan fikiran wanita UMNO kerana mampu memisahkan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa pemimpin mereka sebagai individu yang memiliki syarikat dengan jawatan dan amanah yang mereka pikul sebagai pemimpin masyarakat dan negara...sebab itu mereka "tak nampak" dan "tak mampu" membezakan  kebenaran, kebatilan, kejujuran dan pengkhianatan.

“Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti,” kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil.

  “Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu,” kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.

 "Akar umbi tidak melihat dari sudut individual, dan mengatakan pengundi akan mengundi berdasarkan usaha parti dan bukannya pencapaian seorang ahli. Pada saya, semua adalah masalah individu. Tapi, bagaimanapun, kami Wanita Umno di peringkat akar umbi akan terus bekerja." menurut Ketua wanita Umno Kapar, Norliza Ahmad

No votes lost over Raja Ropiaah issue, Wanita Umno leaders say

January 06, 2013

Little is known of the RM100 million Puspahanas project beyond a car park in Putrajaya. — Picture by Saw Siow Feng

 KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor adalah isu “peribadi” dan tidak menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, menurut pimpinan sayap tersebut.

Sayap wanita yang dianggap sebagai tulang belakang Umno ― parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) ― mengalami satu demi satu skandal dalam peringkat kepimpinan, yang menurut para penganalisis akan menjejaskan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu menjelang pilihan raya umum ke 13.

“Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti,” kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil  kepada The Malaysian Insider semalam.

Kontroversi terbaru melibatkan perjanjian tanah untuk membina pusat pengajian pertahanan yang masih belum dibina oleh syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (gambar), tidak sampai setahun selepas skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kehilangan jawatan Senator dan Menteri Kabinet.

Sharifah Salmah menyatakan isu Raja Ropiaah adalah isu peribadi dan tidak akan melemahkan sayap tersebut, kerana isu tersebut masih dibicarakan di mahkamah, dan dimainkan berdasarkan spekulasi orang ramai.

“Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu,” kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.



Radziah turut berkongsi pandangan Sharifah Salmah, dengan berkata kes tersebut belum diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berkata, walaupun mahkamah membuat keputusan, ia masih lagi “bersifat peribadi” dan “tidak melibatkan parti.”

Beliau menambah ahli Wanita Umno akan bekerja untuk jentera parti menjelang pilihan raya.

“Kita bekerja untuk parti (BN), bukan untuk individu,” kata Radziah lagi.

Ketua wanita Umno Kapar, Norliza Ahmad, memberitahu The Malaysian Insider bahawa akar umbi tidak melihat dari “sudut individual”, dan mengatakan pengundi akan mengundi berdasarkan usaha parti dan bukannya pencapaian seorang ahli.

“Pada saya, semua adalah masalah individu. Tapi, bagaimanapun, kami Wanita Umno di peringkat akar umbi akan terus bekerja.

“Sekarang, Wanita bergerak dari rumah ke rumah, dan kami tahu siapa yang akan mengundi (untuk kami),” katanya lagi, merujukj kepada lawatan rumah yang dibuat oleh sayap wanita tersebut menjelang pilihan raya yang akan dilangsungkan beberapa bulan dari sekarang.

Syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah Sdn Bhd, baru-baru ini terlibat dengan kes mahkamah berikutan siri transaksi melibatkan sebidang tanah di Bukit Raja, yang dikaitkan dengan projek kerajaan untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Walaupun saman ke atas ketua wanita Umno Selangor itu ditarik balik, dan tanah tersebut dijual kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), ia masih tidak jelas projek Puspahanas sudah disiapkan.

Sejak lewat 2011, tumpuan diberikan kepada Shahrizat Abdul Jalil, yang terus menjadi ketua wanita Umno dan ketua wanita BN, walaupun menghadapi tuduhan skandal keluarganya menyalahgunakan RM250 juta pinjaman yang diberikan untuk projek ladang penternakan.

Shahrizat pada September lalu mengatakan kepentingan Wanita tidak boleh dianggap hanya sekadar “sayap” tetapi perlu ditingkatkan kepada “tulang belakang” parti dan BN.

Beliau menambah bahawa Wanita Umno bertanggungjawab untuk memberi dana untuk jentera pilihan raya.

Wanita Umno adalah sayap paling kuat dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap wanita, terutamanya di kawasan luar bandar. Tetapi perubahan demografik menyebabkan Umno menubuhkan sayap baru, Puteri Umno pada 1990an, untuk menarik wanita muda dan professional yang bekerja di bandar.

Pilihan raya 2013 dijangka akan menjadi persaingan sengit antara BN dan musuh politiknya Pakatan Rakyat (PR).


KUALA LUMPUR, Jan 6 ― The RM100 million defence building scandal linked to Selangor Wanita Umno’s chief is a “personal matter” and will not jeopardise Barisan Nasional’s (BN) chances in Election 2013, the party wing’s leaders maintain. Division leaders distanced the women’s wing ― touted to be the backbone of Umno, the main party of the 13-member BN ― from the latest scorcher engulfing its top leadership, which analysts have said are hurting the ruling coalition’s support in the run-up to the 13th general elections.
“Anything you do on a personal basis will not affect the party,” Gombak Wanita Umno chief Datin Sharifah Salmah Syed Agil told The Malaysian Insider yesterday.

The pall from Shahrizat’s NFC scandal has yet to lift.


The latest controversy involved a lucrative land deal for a defence studies facility that has yet to be built by state party leader, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah’s firm, nearly a year after the National Feedlot Centre (NFC) scandal cost Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil her senatorship and a Cabinet post. Sharifah Salmah insisted that the Raja Ropiaah issue was a “personal” matter that would not dent the wing’s support and should be left to the courts to decide, as the issue is currently based only on news reports and public speculation.


“Voters will vote for party, not (the) individual,” Radziah Ahmad said.
The Shah Alam Wanita Umno chief shared Sharifah Salmah’s view, saying the matter involving Raja Ropiaah has not been decided in the courts.


She said that even if the courts had ruled on the issue, it would be “very personal” and “doesn’t involve the party.”
She added that Wanita Umno members will continue to work the party machinery in preparation for polls.
“We are working for party (BN), not working for individual,” Radziah said.
Kapar Wanita Umno chief Norliza Ahmad told The Malaysian Insider that the grassroots do not “evaluate from an individual viewpoint”, and suggested that voters will weigh the party’s overall effort instead of a single member’s performance.
“For me, all that is individual problems. Whatever happens, we Wanita Umno at the lower level will continue to work.
“For now, the Wanita works from house to house, and we know who will vote (for us),” she said, referring to the house visits that the women’s wing has been carrying out in preparation for the polls that will be called in the next few months.

Raja Ropiah’s firm was sued over the land deal.
Raja Ropiaah’s firm, Awan Megah Sdn Bhd, was recently involved in a court case over a series of transactions involving parcels of land in Bukit Raja linked to a government project to build the RM100 million National Defence Education Centre (Puspahanas). Although the legal suit against the Selangor Wanita Umno chief’s company was subsequently withdrawn and the much-disputed land sold to Boustead Holdings Bhd (BHB), it is unclear if the Puspahanas project has been completed. Since late 2011, the spotlight has been on Shahrizat, who kept her posts as national Wanita Umno chief and head of BN Wanita despite a scandal in which the former minister’s family was alleged to have misused a RM250 million federal loan for a cattle-rearing project.

Shahrizat had last September highlighted Wanita Umno’s importance, saying that it should not be considered a mere “wing” but should be raised to the status of backbone of the party and BN.

She had pointed out that Wanita Umno was responsible for its members’ and monetary contribution towards the party’s election machinery.
Wanita Umno is one of the party’s strongest wings and has had a wide influence with women, especially in rural areas. But a shift in demographics pushed Umno to set up the Puteri Umno wing in the 1990s, in efforts to attract young women and professionals working in urban places.

Read More “WANITA UMNO SAKIT TENAT”  »»

BURSA MALAYSIA PATUT NASIHATI ATAU AMBIL TINDAKAN


Kerajaan BN telah mengamalkan manipulasi pasaran ke atas kaunter saham FGV (stok kod 5222) dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mengarahkan pengurus dana  institusi ("smart money") contohnya KWSP (EPF), tabung haji dan lembaga angkatan tentera untuk membeli saham FGV agar menyokong harga FGV yang kian merudum dan menghala ke selatan..Sila lihat carta atau graf saham FGV di sebelah kanan. Pada 04/01/13 Harga buka FGV ialah 4.61, harga tutup juga 4.61 degan harga paling tinggi 4.62 dan harga paling rendah ialah 4.59



Kerajaan BN juga mewujudkan gambaran atau senario FGV yang tidak tepat yang mengelirukan pelabur yang kebanyakannya adalah mengunakan margin dari pinjaman bank.

Penganalisis saham tempatan seperti TA Securities Holding dan Alliance Research menasihatkan pelabur agar menjual pegangan saham FGV mereka dek kerana risiko pelbagai dan pendapatan syarikat yang negatif .

Kesalahan Bursa Malaysia di SINI  dan di SINI

Read More “BURSA MALAYSIA PATUT NASIHATI ATAU AMBIL TINDAKAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com