PENDUDUK PULAU KETAM, BAGAN SG LIMA MULA SIBUK BALIK KAMPUNG UNTUK TAHUN BARU CINA
Labels:
Xin Nian Kuai Le
XIN NIAN KUAI LE: SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Islam ini sesuai untuk semua bangsa, semua kaum yang pelbagai latar belakang dan mempunyai budaya serta bahasa tersendiri. Kepelbagaian ini juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.
Kita disuruh oleh Allah swt mengenali pelbagai bangsa dan kaum, serta bahasa dan budaya dengan dekat untuk memahami kehebatan kuasa Allah Sang Pencipta segala-galanya. Ini direkodkan dalam surah al Hujurat ayat 13.
Islam mengajar ummatnya li ta'arafu. Keluar dari kepompong sendiri, mencari, mendekati, menghormati, menerima dan menyantuni semua bangsa semua kaum , bahkan semua agama. Islam menyediakan ruang untuk perbezaan. Islam menghormati sekiranya tidak yakin dengan ajarannya.....ada ruang(space).Itulah cantiknya Islam. ISLAM FOR ALL.
Inilah sandaran slogan yang diambil oleh PAS lebih sedekad untuk dakwah dan siyasah. PAS FOR ALL. Tiada agenda tersembunyi. Kerana sudah ada ruang untuk semua kelompok.
Masalahnya sang da'ie yang kurang mengerti uslub terbaik untuk menebarkan 'rahmatal lil 'alamin'. Bukan bermaksud berkompromi tentang prinsip tetapi pendekatan terbaik untuk menyirami kemanisan Islam kepada semua ummat manusia. Islam yang sebagai solusi bukan gambaran Islam sempit serba kolusi.
Islamofobia tercetus oleh ummatnya sendiri yang kurang mengerti dan memaparkan imej buruk, seolah kejam, sempit, kolot, eksklusif , hina dina, papa kedana, melarat dan kaum yang sentiasa perlu bergantung kepada orang lain.
Cukuplah sudah kita di kepompong lama. Mari kita jadi rama-rama yang indah terbang mempaparkan kecantikan Islam yang tulen, Islam sebagai cara hidup atau ad Diin.
Kepada semua kaum Tionghua, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016.
Happy and Prosperous Chinese New Year.
All the best in your undertakings.
May God guide you to the right Path and bring you good tidings.
If you have Allah, you have it all!!
Read More “XIN NIAN KUAI LE: SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016” »»

ISLAM UNTUK SEMUA
Subscribe to:
Posts (Atom)