Pray For MH370

Pray For MH370

Ada Aku Kesah Statistik Ni......lantak Pi lah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi tadi.
 
 Pecahan kerusi DUN:

BN (505),  PAS (236),  PKR (172),  DAP (102),  BEBAS (190), State Reform Party STAR (49),  Sabah Progressive Party SAPP (41),  Berjasa (5),  Kita (11),  Bersama (4),  Parti Cinta Malaysia PCM (3),  Parti Sosialis Malaysia (PSM) (2)

Pecahan  kerusi PARLIMEN:

BN (221),  PAS (73),  PKR (99),  DAP (51),  BEBAS (79),   LAIN-LAIN PARTI (56)

LAIN-LAIN PARTI terdiri daripada :


State Reform Party (STAR) (28),  Berjasa (9),  Sabah Progressive Party (SAPP) (8),  Sarawak Workers Party (SWP) (6),  Kita (2),  Parti Cinta Malaysia (PCM) (2),  Bersama (1)


 Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun  ke atas.
  
Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.

Sumber:(1) Malaysian Insider
             (2) Sinar harian online


).

Read More “Ada Aku Kesah Statistik Ni......lantak Pi lah”  »»

Mahu Jadikan Beli Ijazah Palsu Satu Budaya ?

Kita semua tidak mahu orang lain gelar kita seorang penipu atau
pembohong. Kita sebagai manusia yang normal juga tidak ingin ditipu atau dibohongi. Penjawat awam merupakan pemegang amanah rakyat. Penjawat awam dikehendaki bukan saja bersifat amanah yakni lawan kepada sifat khianat, tetapi juga mereka harus kelihatan bersih dan amanah. Tindak tanduk mereka termasuk kehidupan peribadi mereka mestilah mempamer dan menampilkan sifat jujur dan amanah.


Dalam nada yang sama, kita tidak mahu anak kita mendapat ijazah atau sijil akademik tanpa bersusah payah sebagai seorang penuntut, menghadiri kuliah, membuat praktikal (praktikum), dan kerja kursus dan yang paling penting tidak pernah menduduki sebarang peperiksaan. Begitu juga kita tidak mahu anak
kita menduduki peperiksaan tapi gagal namun berjaya mendapat segulung kertas bernama ijazah.

Anda nilai sendiri laporan di bawah.



DAP dakwa 5 ijazah calon BN diragui?   

Harakahdaily,     17 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay adalah antara lima calon BN yang didakwa DAP memilik sijil kelulusan pengajian tertinggi yang bermasalah.

Strategis pilihanraya DAP Ong Kian Ming (gambardi atas serta kelulusan akademik beliU)) berkata Kohilan bersama Teh Kim Pooh, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan Ab Wahab Ibrahim, ketua hal ehwal agama Umno memiliki sijil kelulusan pengajian tertinggi daripada universiti yang pernah dibuktikan menjual ijazah.

“Ini adalah sangat mendukacitakan apabila lima daripada calon BN, dua di parlimen dan tiga di DUN, mengemukakan kelulusan akademi daripada institusi yang boleh disifatkan sebagai kilang ijazah, atau erti kata lain daripada universiti dan kolej yang memberikan ijazah palsu dengan bayaran,” kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Ong mendakwa Kohilan, yang dipilih menjadi calon kerusi parlimen Puchong mendapat ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), sebuah institusi pendidikan yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati menjual ijazah.

Calon bagi kerusi parlimen Klang pula, Teh Kim Pooh didakwa Ong mendapat Ijazah Doktor Falsafahnya dari New Port University – sebuah universiti yang diragui.

Calon DUN Taman Medan, Abdul Wahad dari Umno pula mendapat PhD dalam Pentadbiran Awam dari Irish International Universiti yang dilaporkan palsu pada 2008 oleh British Broadcasting Corporation, kata Ong.

Ching dan Lee, masing-masing calon BN untuk Pandamaran dan Kajang pula didakwa Ong mendapat ijazah daripada St George University International dan Universiti Rutherford di AS, yang disebut sebagai ‘kilang ijazah’.

“Calon yang merasakan mereka perlu ‘membeli’ ijazah, samada di peringkat sarjana muda, sarjana, telah menyebabkan integriti mereka diragui. Laporan theStar SINI. dan SINI

"Jika calon-calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelulusan akademi mereka, iaitu salah satu aspek penting di dalam hidup seseorang, mana aspek lain dalam kehidupan yang calon ini sanggup menipu termasuk perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam seperti pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tegas Ong.

Ong mendesak lima calon BN untuk menjawab tuduhan beliau.

“Jika mereka gagal untuk menjelaskan pada pengundi, saya menyeru mereka untuk mengundurkan diri daripada bertanding,” tambah Ong.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah menegaskan bahawa integriti senarai calon BN telah disahkan.

Selepas Datuk Zulkifli Noordin dicalonkan di Shah Alam dan pendedahan Ong ini, rakyat akan bertanya apakah sebenarnya syarat-syarat untuk menjadi calon winnable Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.-harakahdaily






Read More “Mahu Jadikan Beli Ijazah Palsu Satu Budaya ?”  »»

Tak percaya ka? Wa caya, Boleh bikin Apa!

900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui


 
Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

NONEDaripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.

NONESebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak
dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari NONEsekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.

Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan
dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap.

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).

NONEDalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab
Rapar Awang' berkongsi  tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.-Malaysiakini

Read More “Tak percaya ka? Wa caya, Boleh bikin Apa!”  »»

Senarai Penuh Calon Parlimen & DUN Pakatan Selangor PRU 13




Read More “Senarai Penuh Calon Parlimen & DUN Pakatan Selangor PRU 13”  »»

Manifesto Pakatan Selangor PRU 13

Berikutan adalah petikan kandungan manifesto Pakatan Selangor:

Perumahan - Tempat Kediaman untuk Semua
• Memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang ermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.

• Menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian.

• Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.

• Mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, dengan cadangan peruntukan berjumlah RM250 juta atau RM50 juta setahun.

Keusahawanan dan Inovasi - Semua Rakyat Selangor Mendapat Peluang
• Menubuhkan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pendidikan dan latihan keusahawanan.

• Mewujudkan dana khas bagi melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat ke arah usaha meningkatkan kelayakan akademik dan menambah baik kemahiran golongan rakyat yang memerlukan.
Sebanyak 5% daripada rizab negeri akan digunakan untuk membiayai program-program ini setiap tahun.

• Membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha menggalak dan mendidik pengusaha persendirian membuang tabiat menyewa.

Pengangkutan Awam bagi Lembah Klang

• Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta

• Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor.

• Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.

• Menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baharu di lokasi terpilih.

Pemilikan Tanah

• Meningkatkan kecekapan memproses urusan pemilikan tanah dan meneruskan tawaran bagi Pemilikan Geran Tanah Persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang sudah menghuni di kediaman persendirian dalam tempoh lebih 12 tahun.

• Memajukan Tanah Rizab Melayu dengan lebih tersusun bagi meningkatkan nilai dan dalam masa yang sama melindungi hak dan keistimewaan komuniti Melayu.

• Meneruskan kerja Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) untuk melindungi tanah adat Orang Asal.

Pembangunan Pertanian

• Memajukan tanah pertanian secara bersepadu.

• Mengganda pendapatan petani, penternak dan nelayan dengan cara mempertingkat dan memodenkan industri-industri pertanian, penternakan dan perikanan.

Hab Halal

• Menubuhkan sebuah “Hab Halal” di peringkat negeri, termasuk mengeluarkan Pensijilan Halal Negeri Selangor.

Perlindungan Alam Sekitar

• Memperketat undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit.

• Mempertingkat kesedaran orang awam terhadap perlindungan alam sekitar.

• Memperhebat usaha untuk menanam semula dan melindungi kawasan hutan negeri sebagai kawasan utama tadahan air dan jelapang hijau.

• Meneruskan usaha untuk membersih sungai tertentu, dan membangunkan taman-taman di tebing sungai bagi kegunaan orang awam.

• Mempromosi teknologi hijau di semua peringkat pentadbiran awam di samping menggalakkan usaha untuk memerangi perubahan iklim dan memastikan negeri Selangor bebas tenaga nuklear.

KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pakatan Rakyat berusaha dengan gigih untuk menguruskan aset-aset negeri sebagaimana diamanahkan oleh rakyat, dan menggunakan semua sumber negeri secara berhemat dan berhemah bagi kebajikan golongan rakyat yang memerlukan pembelaan atau bantuan. Menggunakan sumber ini, Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk menjaga hak pekerja dalam memperolehi gaji yang setimpal termasuk menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja atas tujuan menjamin maruah golongan pekerja.

Dalam tempoh lima tahun yang berlalu, dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” berjaya melaksanakan sembilan program kepada golongan rakyat Selangor yang memerlukan bantuan, meliputi bayi dan warga
usia emas, anak pekerja ladang, golongan kelainan upaya dan mangsa dera rumah tangga.

Lebih RM862.5 juta telah memanfaatkan sekitar 1.6 juta rumah penduduk Selangor. Oleh itu, dengan sikap bertanggungjawab dan komited terhadap dasar-dasar membantu rakyat, maka Pakatan Rakyat akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu meringankan beban rakyat dalam tempoh lima seterusnya, kerana sebagai kerajaan yang prihatin, Pakatan Rakyat dalam penggal keduanya nanti bertekad untuk bekerja tanpa jemu bagi mensejahterakan rakyat Selangor menerusi dasar-dasar yang berikut:

Pemberdayaan Wanita

• Memperuntukkan RM50juta untuk Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan tujuan menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita dari segi kewangan, taraf hidup serta keselamatan.

• Pemeriksaan percuma kanser payu dara dan rahim bagi wanita di samping meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.

• Meluas dan melebarkan dua Skim Mikrokredit yang sedia ada (Skimsel dan Mimbar) dalam kalangan belia dan wanita, dengan tumpuan khusus kepada ibu tunggal.

• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun

Keselamatan

• Mengusahakan dan memperluaskan “Polis Komuniti” yang dibiayai kerajaan negeri.

• Menambah jumlah pegawai penguatkuasa di majlis tempatan bagi melakukan rondaan di kawasan kejiranan.

• Menambah lampu dan CCTV di kawasan majlis tempatan.

Penjagaan Kesihatan
• Pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki.

• Menubuhkan Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan.

Orang Kelainan Upaya

• Memastikan supaya semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi orang kelainan upaya.

• Menyediakan dan melaksanakan Skim Khas bagi memperkasa golongan orang kelainan upaya.

Bantuan Pendidikan

• Anak yang Ibu bapanya berpendapatan sehingga RM3,000 kini adalah layak untuk mendapat RM1,000 Hadiah Masuk Universiti.

RAKYAT MENERUSI AKTIVITI KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN

Di bawah Pakatan Rakyat, peruntukan dana negeri bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebudayaan semua kaum, khususnya program-program silaturrahim dalam keluarga dan komuniti, terbukti memberikan kesan positif dalam hal meningkatkan kesedaran beragama kepada individu dalam setiap kaum di samping meningkatkan kefahaman mereka terhadap agama-agama kaum lain.

Oleh itu, Pakatan Rakyat mahu terus memberi bantuan dana kepada pertubuhan-pertubuhan keagamaan - bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mereka di samping memberi kefahaman terhadap agama kaum-kaum lain, dan bantuan dana ini juga diberikan kepada institusi pendidikan yang menyokong atau bekerja menjayakan program-program dalam bidang-bidang berikut:

Agama

• Meluluskan pembinaan tiga Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti (bagi permohonan masjid baharu).

• Menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat (masjid, kuil, tokong, gereja), perkuburan dan rumah pembakaran mayat.

Pendidikan

• Melancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar ijazah lanjutan dengan bon Kerajaan Negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).

• Menambah jumlah Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan menubuhkan sebuah KAFA Menengah, di samping menaik taraf kemudahan yang sedia ada.

• Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan di samping memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji.

• Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat, SJK(C) dan SJK(T) di samping menaik taraf infrastruktur yang sedia ada.

• Menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM2 juta setahun kepada sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan.

Pembangunan Keluarga

• Memberi wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.

• Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun.

• Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas, memberi wang hadiah harijadi bernilai RM100 pada hari lahir yang ke-60.

Pembangunan Kebudayaan

• Membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina di Klang dengan dibiayai kerajaan negeri dan swasta.

KERAJAAN RAKYAT

Di bawah Pakatan Rakyat, Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia meluluskan Pindaan Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang ramai mencapai maklumat berkaitan kerajaan negeri. Ketelusan turut diperluas dengan pengisytiharan harta oleh Menteri Besar dan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan pembentukan Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Dasar-dasar yang mencirikan kerajaan rakyat Selangor ini, akan diteruskan oleh Pakatan

Rakyat bagi mentadbir urus negeri Selangor pada penggal kedua kelak.

• Melaksanakan dasar menurunkan kuasa secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

• Mempertingkat peranan Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui pelbagai cara, termasuk Pindaan Akta Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor.

* Manifesto ini perlu dibaca bersama manifesto Pakatan Harapan Rakyat di peringkatnasional.









Read More “Manifesto Pakatan Selangor PRU 13”  »»

Pakatan Rakyat Selangor Di Landasan Yang Tepat Sebab.....

Manifesto Barisan Nasional PRU 13 untuk rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya meniru dan mengambil iktibar dari kejayaan dan kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 2008-2013. Apa yang selama ini BN cuba menafikan dan memperkecilkan usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama satu penggal kini terbukti berkesan dan boleh digunapakai oleh mana-,mana kerajaan negeri yang telus, amanah, adil  dan berkebajikan.

Apa yang digembargemburkan oleh BN sebagai agenda dan program memasyarakatkan ekonomi boleh membawa kepada kebankrapan negeri atau negara kini bulat-bulat ditiru oleh BN dalam manifestonya.

Jika gagal sudah pasti BN tidak akan cuba mengulangi "kesilapan" yang konon telah dilakukan selama lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Syabas Pakatan Rakyat,  Mu di landasan yang tepat sekali....teruskan atau ke peringakat yang lebih tinggi lagi.



.




Read More “Pakatan Rakyat Selangor Di Landasan Yang Tepat Sebab.....”  »»

PRU 13 Senarai calon BN: Bolehkah Dacing Yang Senget Diterima Lagi


P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno)

P002. Kangar: Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno)

P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno)

P004. Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad (Umno)

P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz  (Umno)

P006. Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)

P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)

P008. Pokok Sena: Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu)

P009. Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)

P010. Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu)

P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno)

P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu)

P013. Sik: Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu)

P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu)

P015. Sungai Petani: Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu)

P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)

P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu)

P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)

P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno)

P021. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)

P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu)

P023. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/muka baharu)

P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)

P025. Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno)

P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)

P027. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)

P028. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu)

P029. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)

P030. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)

P031. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno)


P032. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)

P033. Besut: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)

P034. Setiu: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu)

P035. Kuala Nerus: Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno)

P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu)

P037. Marang: Datuk Yahya Khatib (Umno)

P038. Hulu Terengganu: Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu)

P039. Dungun: Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno)

P040. Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)

P041. Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baharu)

P042. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)

P043. Bagan: Chua Teik Siang (MCA)

P044. Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu)

P045. Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)

P046. Batu Kawan: N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu)

P047. Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)

P048. Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu)


P049. Tanjong        : Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu)
P050. Jelutong       : Ng Fook On (Gerakan)
P051. Bukit Gelugor  : Teh Beng Yeam (MCA)
P052. Bayan Baru     : Tang Heap Seng (MCA)
P053. Balik Pulau    : Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
P054. Gerik          : Datuk Hasbullah Osman (Umno)
P055. Lenggong       : Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
P056. Larut          : Datuk Hamzah Zainudin (Umno)
P057. Parit Buntar   : Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu)

P058. Bagan Serai    : Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu)

P059. Bukit Gantang  : Datuk Ismail Safian (Umno)

P060. Taiping        : Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)

P061. Padang Rengas  : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)

P062. Sungai Siput   : Datuk S.K Devamany (MIC)
   
P063. Tambun         : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
   
P064. Ipoh Timur     : Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu)
   
P065. Ipoh Barat     : Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu)
   
P066. Batu Gajah     : Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu)

P067. Kuala Kangsar  : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno)
   
P068. Beruas         : Datuk Chang Ko Youn (Gerakan)
   
P069. Parit          : Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno)
   
P070. Kampar         : Datuk Lee Chee Leong (MCA)
   
P071. Gopeng         : Datuk Tan Chin Meng (MCA)
   
P072. Tapah          : Datuk M. Saravanan (MIC)
   
P073. Pasir Salak    : Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
   
P074. Lumut          : Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA)
   
P075. Bagan Datoh    : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
   
P076. Teluk Intan    : Datuk Mah Siew Keong (Gerakan)

P077. Tanjung Malim  : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)

P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
   
P079. Lipis         : Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno)
   
P080. Raub          : Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi)
   
P081. Jerantut      : Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu)

P082. Indera Mahkota : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi)
   
PO83. Kuantan       : Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu)
   

P084. Paya Besar    : Datuk Abdul Manan Ismail (Umno)
   
P085. Pekan         : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
   
P086. Maran         : Ismail Mutalib (Umno)
   
P087. Kuala Krau    : Datuk Ismail Mohd Said (Umno)
   
P088. Temerloh      : Datuk Saifuddin Abdullah (Umno)
   
P089. Bentong       : Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)
   
P090. Bera          : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
   
P091. Rompin        : Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno)
   
P092. Sabak Bernam   : Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu)
   
P093. Sungai Besar   : Datuk Noriah Kasnon (Umno)

P094. Hulu Selangor  : P. Kamalanathan (MIC)

P095. Tanjong Karang : Datuk Seri Noh Omar (Umno)

P096. Kuala Selangor : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu)
   
P097. Selayang       : Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA)
   
P098. Gombak         : Datuk Dr Rahman Ismail (Umno)
   
P099. Ampang         : Dr Rozaidah Talib
   
P100. Pandan         : Garry Lim Chin Yee (MCA)
   
P101. Hulu Langat    : Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu)
   
P102. Serdang        : Datuk Yap Pian Hon (MCA)
   
P103. Puchong        : A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu
   
P104. Kelana Jaya    : Loh Seng Kok (MCA)

P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA)
   
P106. Petaling Jaya Utara   : Chew Hoong Ling (MCA)
   
P107. Subang         : A. Prakash Rao (MIC/muka baharu)
   
P108. Shah Alam      : Zulkifli Noordin (rakan BN)
   
P109. Kapar          : Saktivel Alagappan (MIC)
   
P110. Klang          : Datuk Teh Kim Poo (MCA)
   
P111. Kota Raja      : Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC)
   
P112. Kuala Langat   : Sharuddin Omar (Umno/muka baharu)
   
P113. Sepang         : Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno)
   
P114. Kepong         : Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
   
P115. Batu           : Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
   
P116. Wangsa Maju    : Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno)
   
P117. Segambut       : Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
   
P118. Setiawangsa    : Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)
   
P119. Titiwangsa     : Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)

P120. Bukit Bintang  : Frankie Gan Joon Zin (MCA)

P121. Lembah Pantai  : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
   
P122. Seputeh        : Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
   
P123. Cheras         : Teoh Chee Hooi (MCA)

P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
   
P125. Putrajaya      : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
   
P126. Jelebu         : Zainuddin Ismail (Umno)
   
P127. Jempol         : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno)
   

P128. Seremban       : Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA)
   
P129. Kuala Pilah    : Datuk Hasan Malek (Umno)
   
P130. Rasah          : Teo Eng Kian (MCA)
   
P131. Rembau         : Khairy Jamaluddin (Umno)
   
P132. Telok Kemang   : Datuk V.S Mogan (MIC)
   
P133. Tampin         : Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno)
   
P134. Masjid Tanah   : Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu)
   
P135. Alor Gajah    : Datuk Koh Nai Kwong (MCA)
   
P136. Tangga Batu   : Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka
baharu)
   
P137. Bukit Katil   : Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno)
   
P138. Kota Melaka   : Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu)
   
P139. Jasin         : Datuk Ahmad Hamzah (Umno)
   
P140. Segamat       : Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC) 
   
P141. Sekijang      : Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu)
   
P142. Labis         : Datuk Chua Tee Yong (MCA) 
   
P143. Pagoh         : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
   
P144. Ledang        : Hamim Samuri (Umno)
   
P145. Bakri         : Lee Ching Yong (MCA)
  
 P146. Muar          : Datuk Razali Ibrahim (Umno)

P147. Parit Sulong  : Datuk Noraini Ahmad  (Umno)
   
P148. Ayer Hitam    : Datuk Wee Ka Siong (MCA)
   
P149. Seri Gading   : Datuk Ab. Aziz Kaprawi  (Umno)
   
P150. Batu Pahat    : Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno)

P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan)
   
P152. Kluang        : Hou Kok Chung (MCA)   
   
P153. Sembrong      : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno)   
   
P154. Mersing       : Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno)
   
P155. Tenggara      : Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno)
   
P156. Kota Tinggi   : Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka 
baharu)   
   
P157. Pengerang     : Datuk Seri Azalina Othman (Umno)
   
P158. Tebrau        : Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu)
P159. Pasir Gudang  : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu)
   
P160. Johor Bahru   : Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno)
   
P161. Pulai         : Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno)       

P162. Gelang Patah  : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno)   
   
P163. Kulai         : Teh Chin Hein (MCA/muka baharu)
   
P164. Pontian       : Datuk Ahmad Maslan (Umno)

P165. Tanjong Piai  : Belum diumumkan   
   
P166. Labuan        : Rozman Isli (Umno)
   
P167. Kudat         : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
   
P168. Kota Marudu   : Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)
   
P169. Kota Belud    : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)
   
P170. Tuaran        : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko)
   
P171. Sepanggar     : Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu)

P172. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu)
   
P173. Putatan       : Datuk Marcus Mojigoh (Upko)
   
P174. Penampang     : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)
   
P175. Papar         : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)
   
P176. Kimanis       : Datuk Anifah Aman (Umno)
   
P177. Beaufort      : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi)
   
P178. Sipitang      : Datuk Sapawi Ahmad (Umno)
   
P179. Ranau         : Datuk Ewon Ebin (Upko)
   
P180. Keningau      : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)
   
P181. Tenom         : Belum diumumkan 
   
P182. Pensiangan    : Belum diumumkan 
   
P183. Beluran       : Datuk Ronald Kiandee (Umno)
   
P184. Libaran       : Datuk Juslee Ajirol (Umno)
   
P185. Batu Sapi     : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)
   
P186. Sandakan      : Belum diumumkan

P187. Kinabatangan  : Datuk Bung Moktar Radin (Umno)
   
P188. Silam         : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi)
   
P189. Semporna      : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno)
   
P190. Tawau         : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu)
   

P191. Kalabakan     : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno)
   
P192. Mas Gading      : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu)
   
P193. Santubong       : Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
   
P194. Petra Jaya      : Datuk Fadillah Yusof (PBB)

P195. Bandar Kuching  : Tan Kai (SUPP/muka baharu)


P196. Stampin         : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP)   


P197. Kota Samarahan  : Rabiah Wang (PBB/muka baharu)
   
P198. Mambong         : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)
   
P199. Serian          : Datuk Richard Riot (SUPP)
   
P200. Batang Sadong   : Nancy Shukri  (PBB)
   
P201. Batang Lupar    : Datuk Rohani Abdul Karim  (PBB)
   
P202. Sri Aman        : Masir Kujat (PRS)
   
P203. Lubok Antu      : William @ Nyallau Badak (PRS)
   
P204. Betong          : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
   
P205. Saratok         : Tan Sri William Mawan  (SPDP)
   
P206. Tanjong Manis   : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB)
   
P207. Igan            : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB)
   
P208. Sarikei         : Ding Kuong Hiing (SUPP) 
   
P209. Julau           : Datuk Joseph Salang Gandum  (PRS)
   
P210. Kanowit         : Datuk Ago Dagang (PRS)
   
P211. Lanang          : Datuk Tiong Thai King (SUPP)
   
P212. Sibu            : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu)
   
P213. Mukah           : Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB)
   
P214. Selangau        : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS)
   
P215. Kapit           : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)
   
P216. Hulu Rajang     : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu)
   
P217. Bintulu         : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP)
   
P218. Sibuti          : Ahmad Lai Bujang (PBB)
   
P219. Miri            : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu)
   
P220. Baram           : Anyi Ngau (SPDP/muka baharu)
   
P221. Limbang         : Hasbi Habibollah (PBB)
  
 P222. Lawas           : Datuk Henry Sum Agong (PBB).

Read More “PRU 13 Senarai calon BN: Bolehkah Dacing Yang Senget Diterima Lagi”  »»

SENARAI PENUH CALON BN SELANGOR PRU 13

Senarai Mengikut parti komponen BN

PARLIMEN:

1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)

2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)

3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)

4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)

5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)

6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)

7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)

8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang

9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu

10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)

11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib

12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu

13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu

14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu

15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)

16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)

17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)

18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu

19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu

20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang

21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang

22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu

2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu

3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu

4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)

5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)

6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu

7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin

8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)

9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu

10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu

11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu

12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)

13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu

14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu

15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu

16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu

17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)

18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)

19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)

20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu

21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu

22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)

23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu

24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu

25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)

26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu

27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)

28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)

29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu

30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
 
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu

32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)

33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu


34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu

35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)

36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu

37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu

38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu

39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu

40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu

41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu

42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang

43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang

44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang

45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang

46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang

47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang

48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang

49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu

50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang

51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru

52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang

53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu

54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu

55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu

56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)

Senarai Calon BN mengikut kod Parlimen dan DUN


P092 SABAK BERNAM
BN : Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN : Kamarol Zaki Abdul Malik

N2 SABAK
BN : Abdul Halim Udin

P093 SUNGAI BESAR
BN : Noriah Kasnon

N3 SUNGAI PANJANG
BN : Budiman Mohd Zohdi

N4 SEKINCHAN
BN : Kek Seng Hooi


P094 HULU SELANGOR
BN : P Kamalanathan


N5 HULU BERNAM
BN : Rosni Sohar

N6 KUALA KUBU BHARU
BN : Jessie Ooi

N7 BATANG KALI
BN : Mat Nadzari Ahmad Dahlan


P095 TANJUNG KARANG
BN : Noh Omar

N8 SUNGAI BURONG
BN : Mohd Shamsuddin Lias

N9 PERMATANG
BN : Sulaiman Razak


P096 KUALA SELANGOR
BN : Irmohizam Ibrahim

N10 BUKIT MELAWATI
BN : Jakiran Jacomah

N11 IJOK
BN : K Parthiban

N12 JERAM
BN : Amiruddin Setro


P097 SELAYANG
BN : Donald Lim Siang Chai

N13 KUANG
BN : Abdul Shukor Idrus

N14 RAWANG
BN : Lee Li Yew

N15 TAMAN TEMPLER
BN : Subahan Kamal


P098 GOMBAK
BN : Raman Ismail

N16 BATU CAVES
BN : N Rawisandran

N17 GOMBAK SETIA
BN : Said Anwar Said Ahmad

N18 HULU KLANG
BN : Abdul Rahim Pandak Kamruddin


P099 AMPANG
BN : Rozaidah Talib

N19 BUKIT ANTARABANGSA
BN : Mohamad Nadzim Ibrahim

N20 LEMBAH JAYA
BN : Baderisham Jolly


P100 PANDAN
BN : Lim Chin Yee

N21 CHEMPAKA
BN : Muhammad Faizal Sufar

N22 TERATAI
BN : Liew Pok Boon


P101 HULU LANGAT
BN : Adzhaliza Mohd Nor

N23 DUSUN TUA
BN : Ismail Sani

N24 SEMENYIH
BN : Johan Abd Aziz

N25 KAJANG
BN : Lee Ban Seng


P102 SERDANG
BN : Yap Pian Hon

N26 BANGI
BN : Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria

N27 BALAKONG
BN : Lai Kwong Choy

N28 SERI KEMBANGAN
BN : Chin Toong Kang


P103 PUCHONG
BN : A Kohilan Pillay

N29 SERI SERDANG
BN : Mohamad Yusof Mohamed Yassin

N30 KINRARA
BN : Wong Hock Aun


P104 KELANA JAYA
BN : Loh Seng Kok

N31 SUBANG JAYA
BN : Gan Meng Foo

N32 SERI SETIA
BN : Tengku Rethwan Tengku Mansor


P105 PETALING JAYA SELATAN
BN : Sheah Kok Fah

N33 TAMAN MEDAN
BN : Ab Wahab Ibrahim

N34 BUKIT GASING
BN : Juan Sei Chang


P106 PETALING JAYA UTARA
BN : Chew Hoong Ling

N35 KAMPUNG TUNKU
BN : Chong Seng Foo

N36 DAMANSARA UTAMA
BN : Lim Choon Kin


P107 SUBANG
BN : A Prakash Rao

N37 BUKIT LANJAN
BN : Francis Chong Tuck Chiew

N38 PAYA JARAS
BN : Muhammad Bushro Mat Johor

N39 KOTA DAMANSARA
BN : Halimaton Saadiah Bohan


P108 SHAH ALAM
BN : Zulkifli Noordin

N40 KOTA ANGGERIK
BN : Mohd Yusof Din

N41 BATU TIGA
BN : Ahmad Nawawi M Zin


P109 KAPAR
BN : A Sakthivel

N42 MERU
BN : Sukaiman Ahmad

N43 SEMENTA
BN : Md Ghazali Md Amin

N44 SUNGAI PINANG
BN : Lee Siew Chee

N45 SELAT KLANG
BN : Faisal Yahya


P110 KLANG
BN : Teh Kim Poo

N46 PELABUHAN KLANG
BN : Nassaruddin M Zin

N47 PANDAMARAN
BN : Ching Eu Boon

N48 KOTA ALAM SHAH
BN : Maglin Dennis Dcruz


P111 KOTA RAJA
BN : S Murugessan

N49 SERI ANDALAS
BN : T Mohan

N50 SERI MUDA
BN : Mohd Abdul Roaf Mokhtar


P112 KUALA LANGAT
BN : Sharuddin Omar

N51 SIJANGKANG
BN : Zurihan Yusop


N52 TELUK DATUK
BN : Tan Cheng Chai

N53 MORIB
BN : Hasiman Sidom


P113 SEPANG
BN : Mohd Zin Mohamed

N54 TANJONG SEPAT
BN : Nisman Yusof

N55 DENGKIL
BN : Shahrum Mohd Sharif

N56 SUNGAI PELEK
BN : Ng Chok Sin

Sumber: http://onenewshub.blogspot.com/2013/04/senarai-calon-bn-selangor-pru-13.html

Read More “SENARAI PENUH CALON BN SELANGOR PRU 13”  »»

PEMBIKIN DAN PENYEBAR BAHAN LUCAH JATUHKAN LAWAN HIDAP SAKIT JIWA

Pembikin, penganjur, pembiaya, pengedar dan sesiapa yang ada kaitan dengan video serta bahan lucah bagi tujuan mengaibkan sekaligus memalukan musuh atau lawan mereka jika diselidiki lebih mendalam akan anda temui bukan sahaja memiliki personaliti psikopath malah ada yang telah didiagnose atau kenalpasti seorang psikopath tegar. Jika kita temubual pesalah atau banduan yang disabit serta dihukum dengan jenayah rogol atau pembunuh bersiri, kita akan dapati mereka adalah seorang juvana delinkuen semasa di bangku sekolah atau di kolej. Setelah dewasa mereka memiliki sejarah keluar masuk penjara dengan pelbagai kesalahan dan jenayah sosial. Seorang pengendali blog berunsur seks fitnah terkenal di Malaysia yang menghoskan laman webnya beralamat di USA telah beberapa kali dijatuhkan hukum mahkamah kerana sabit melanggar undang-undang negara kita.



Wanita bangkit bantah video lucah

KUALA LUMPUR: Sensitiviti golongan wanita terus meningkat dari hari ke hari ekoran penyebaran video lucah di laman sosial facebook, blog dan juga di tempat-tempat awam.

Hari ini bertalu-talu golongan wanita bangkit bagi menyatakan bantahan mereka itu.

Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.

Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik.-harakahdaily

Read More “PEMBIKIN DAN PENYEBAR BAHAN LUCAH JATUHKAN LAWAN HIDAP SAKIT JIWA”  »»

PELAJAR CEMERLANG SPM DUN SELAT KLANG DIRAI

Kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.



Bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 , jumlah bayaran Skim TUNAS di Dun Selat Klang sahaja ialah RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika.

 Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini dipilih berdasarkan pendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini  dinaikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya.

Pelajar cemerlang catat peningkatan

TELOK GADONG
SITI AISAH HABIRIN/sinar harian
14 April 2013
Penekanan terhadap potensi diri secara berterusan dengan bantuan sokongan pendidikan daripada kerajaan negeri dilihat mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Penyandang kerusi Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, ini terbukti melalui pertambahan jumlah pelajar cemerlang sebanyak 93.7 peratus sejak PR memerintah negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.

“Pelbagai program dilaksanakan kami untuk membantu pelajar bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, sekolah kebangsaan, institusi pengajian tinggi (IPT) malah pelajar Tadika juga kita tolong.


Beliau berkata, bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pula, sebanyak RM217,475 diperuntukkan pada 2012 kepada 217 tadika meliputi 1,903 penerima berdaftar.

“Manakala bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 pula, jumlah bayaran di Dun Selat Klang sahaja RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika,” katanya.

Halimah berkata, Skim Tunas bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dan RM50 diberikan kepada mereka untuk membayar yuran bulanan anak mereka di Tadika.

“Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini kita pilih berdasarkan yang berpendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini kita naikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya,” katanya.

Menurutnya, pada majlis berkenaan seramai 94 menerima skim bantuan Tunas dan 71 pelajar daripada empat Sekolah Agama Rakyat menerima anugerah cemerlang.

Read More “PELAJAR CEMERLANG SPM DUN SELAT KLANG DIRAI”  »»

BUMBUNG RUMAH AISHAH DITEBUK UNTUK PASANG CCTV

Saya hampir jadi mangsa - Aishah


KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar) atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,”ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka ‘bom’ hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata ‘makan diri’ kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

“Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

“Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,”ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu-harakahdaily

Read More “BUMBUNG RUMAH AISHAH DITEBUK UNTUK PASANG CCTV”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com