Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG NAIB JOHAN WANITA PERTANDINGAN MENEMBAK DUN SELANGOR

Acara pertandingan menembak berpasukan 'falling plates' .Di antara peserta dalam pasukan pertama: Dato' Teng (Speaker), Dr Yakop Sapari, Dr Hjh Halimah Ali
Acara menembak centre fire. YB Dr Halimah melihat kesan tembakannya bersama instruktor daripada PDRM .Alhamdulillah berjaya melepaskan 5 das peluru ke kawasan hitam centre.Dengan itu berjaya menjadi naib johan kategori wanita.Ini merupakan kali pertama beliau menyertai perrtandingan seumpama ini..

Pertandingan ini dianjurkan sebagai acara riadah ADUN negeri Selangor yang baru selesai bersidang daripada 28.3.11-1.4.11 (selama 5 hari.)

Read More “ADUN SELAT KLANG NAIB JOHAN WANITA PERTANDINGAN MENEMBAK DUN SELANGOR”  »»

Santapan spiritual

Bismillah.Lapangkanlah dadamu. Tenangkanlah fikiranmu.. Biarkan nurNya menorobos ke rohanimu

Read More “Santapan spiritual”  »»

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA PETROL DI PAM MINYAK TANAH AIRKU TAK PERNAH TURUN

Apabila harga minyak mentah di pasaran dunia naik, negaraku cepat-cepat naikkan harga minyak yang dijual di stesen minyak. Alasan, harga minyak naik. Namun, belum pernah harga minyak di stesen minyak diturunkan ke harga sebelumnya walaupun harga minyak mentah dunia merudum jatuh. Negaraku juga yang untung jika harga minyak mentah dunia naik melambung kerana ia juga salah sebuah negara pengeksport minyak.

Jika matawang negara boleh diapungkan, kenapa tidak dengan harga minyak tempatan?













Read More “HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA PETROL DI PAM MINYAK TANAH AIRKU TAK PERNAH TURUN”  »»

SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"

 “Saya hairan kerana TI-M (Transparency International - Malaysia) sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (foto) dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM."

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap
Oleh G Manimaran

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak  dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan  pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi.

Read More “SEJAK BILA SPR FAHAM KONSEP "ADIL"”  »»

Penawar hati, penguat azam,penstabil emosi........luar biasa

Read More “Penawar hati, penguat azam,penstabil emosi........luar biasa”  »»

KENAPA ULAMA' MUDA UMNO MEMBISU?? ISU VIDEO SEKS

Beban pembuktian (burden of proof) harus terletak pada  orang yang menuduh dan bukan mangsa kena tuduh. Kenapa DSAI harus mencari alibi serta bukti yang beliau bukan "pelakon" video hitam putih keluaran DATUK T.

Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Dato' Setia Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

"Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya. Ikuti Laporan Malaysia kini berjudul Siasat dulu kesahihan berita, mufti senada

Read More “KENAPA ULAMA' MUDA UMNO MEMBISU?? ISU VIDEO SEKS”  »»

ADUN SELANGOR syor kerajaan negeri tambah peruntukan SAR

ADUN  HULU KLANG menggesa kerajaan Selangor menambah bantuan peruntukan untuk sekolah agama rakyat daripada RM 6JUTA ke RM 15JUTA
Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR



Ismail Hashim(HARAKAHDAILY)   
SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.
Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.
"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.
"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.


Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.

Read More “ADUN SELANGOR syor kerajaan negeri tambah peruntukan SAR”  »»

We share the same moon.....

 Why can't we share the same world with love and kindness??
Why should we let those who do not want us to live in peace and harmony be in power forever?!!

Read More “We share the same moon.....”  »»

SELEWENG SAMPAI BILA

Sila lihat di bawah kenyataan seorang Menteri yang tidak dapat membezakan antara rasuah ketika berkempen untuk satu-satu pilihanraya dengan menunaikan janji manifesto setelah menang dalam pilihanraya berkenaan.

 Seorang lagi yang bertaraf Timbalan PM secara selamba menjawab "biasa lah tu" apabila ditanya tentang penggunaan dewan  serta premis sekolah untuk berkempen pilihanraya.

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).


Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

Laporan selanjutnya di SINI dan SANA.

Read More “SELEWENG SAMPAI BILA”  »»

MB KELANTAN LAWAT MEDIU di SELANGOR

SHAH ALAM
YAB TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT melawat Medinah International University MEDIU di Shah Alam hari ini. Beliau amat gembira melihat segala prasarana dan sistem pembelajaran yang ditawarkan di Universiti tersebut yang kini menampung 3000 pelajar daripada 90 buah negara termasuk daripada negeri Cina, negara Afrika, negara Arab dan juga Asia.

Difahamkan oleh rektornya, MEDIU mahu berkembang dan membina kampus sempurna untuk menampung pelajar-pelajar daripada luar negara yang di antara keistimewaan paling ketara ialah kebergantungannya kepada teknologi tinggi seperti e-learning, teleconferncing dengan pensyarah serta pembimbing daripada luar negara dan pelajar-pelajar lain.Turut serta YB EXCO Pendidikan Tinggi Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali.

Read More “MB KELANTAN LAWAT MEDIU di SELANGOR”  »»

UNDANG-UNDANG RIMBA BERMAHARAJALELA




Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Read More “UNDANG-UNDANG RIMBA BERMAHARAJALELA”  »»

JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR






Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)



Ismail Hashim, Foto: Shukri  /HARAKAHDAILY


SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat  adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.


Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber  kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Read More “JANGAN KEJUTKAN "FITNAH" YANG SEDANG TIDUR”  »»

MEMPELAI OKU SERTA WARGA EMAS SERTAI PERKAHWINAN PERDANA

15,000 rai 44 pasangan Raja Sehari

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, (foto kiri)  pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

"Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Laporan penuh oleh Sdr Ismail Hashim Harakahdaily di {SINI}

Mempelai OKU, warga emas dirai

KLANG –Mempelai orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menjadi antara 44 pasangan pengantin yang diijabkabulkan dan diraikan dalam majlis khas, Majlis Perkahwinan Perdana 2011 di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, dekat sini, semalam.
 
Pengantin lelaki, Bonia Benawar, 30 dan Siti Salbiah Mahmud, 24 (foto kanan, atas) merupakan pasangan OKU yang diraikan di majlis itu melahirkan kesyukuran kerana majlis tersebut merealisasikan impian mereka untuk hidup bersama selepas berkenalan sejak dua tahun lalu.
Laporan Sinar Harian di SINI

Read More “MEMPELAI OKU SERTA WARGA EMAS SERTAI PERKAHWINAN PERDANA”  »»

GAMBAR KENANGAN PERKAHWINAN PERDANA 2011


Read More “GAMBAR KENANGAN PERKAHWINAN PERDANA 2011”  »»

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA SYARIAH COMPLIANT

 

Read More “MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA SYARIAH COMPLIANT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com