Pray For MH370

Pray For MH370

sidang DEWAN NEGERI SELANGOR: SOALAN DEWAN

Read More “sidang DEWAN NEGERI SELANGOR: SOALAN DEWAN”  »»

SEKIRANYA SY MOKHTAR PENDEK UMUR, SIAPA BAKAL MEWARISI EMPAYARNYA?

Masih ingatkah anda Allahyarham Tan Sri Yahya? Siapa yang ambil alih empayar perniagaan beliau?  Adakah ahli keluarga terdekat beliau? TIDAK..Berlainan dengan Kumpulan NAZA, apabila SM Nasimuddin meninggal dunia, anak beliau SM Nasaruddin telah mengambil alih perniagaan yang beliau asaskan. Begitu juga dengan kematian Dato Shahrani kumpulan Shapadu, keluarga beliau meneruskan aktiviti perniagaan. Kini siapa yang bakal  mewarisi harta kekayaan  bertimbun-timbun yang dimiliki di "atas kertas" kepunyaan TS Mokhtar al Bukhary? Mudah sahaja kriteria pemilikan mutlak kita. Sekiranya memang benar harta TS Mokhtar dilambangkan dengan syarikat milik beliau maka jika beliau tiada seharusnya kekayaaan tersebut akan berpindah ke tangan anak cucu cicit beliau. TETAPI jika TS Mokhtar hanya sekadar pemegang amanah, trustee atau nominee ,   maka kekayaan, projek, syarikat dan apa jua milikan serta pegangan beliau di atas kertas akan berpindah tangan ke tuan empunya hakiki atau pemilik sebenarnya seperti yang tertera dalam surat perjanjian.Persoalannya siapa? Adakah UMNO. MCA atau MIC? Di mana sasaran ekuiti pemilikan bumiputera yang diidam-idamkan di atas kertas?

Ekonomi dan politik, siapa berkuasa?

Syahir Sulaiman,     12 Dis 2012



“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Ekonomi rakyat di antara dua pilihan

Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan.

Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut.

Dalam sektor perniagaan, terdapat 2 kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi
(exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdayaeksplorasi.

Di pentas politik pula terdapat 2 kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (serviceoriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.

Manakala di kalangan rakyat juga terdapat 2 kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer).

Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.


Rakyat penentu kuasa ekonomi dan politik



Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak.

Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow).

Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.

Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti.

Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih
menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’.

Mereka melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat.

Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana.

Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan dayatahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (knowhow) di dalam masyarakat.

Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear).

Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedeqah, infaq dan waqaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat.

Walaupun kerajaan berbangga dengan kedudukan di tangga ke-54 di kalangan 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, namun realiti nilai integriti dan tranparensi di Malaysia tidak seindah khabar.

Pemberian tender bernilai jutaan dan bilion ringgit oleh pihak kerajaan terus mengundang persoalan terhadap budaya kronisma dan nepotisma, amalan rasuah dan sogokan terus membiak daripada sebesarbesar nilai hingga ke sekecil-kecil nilai, malah institusi agama dan pendidikan turut tidak dapat lari daripada terdedah kepada bahaya amalan rasuah.

Dasar fiskal yang penuh integriti dan berkebajikan sangat diperlukan oleh negara Malaysia.


* Syahir Sulaiman merupakan EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong usaha membangun Negara Berkebajikan.

Sumber Harakahdaily

 Syed Mokhtar’s Proton win raises concerns over wealth concentration

Read More “SEKIRANYA SY MOKHTAR PENDEK UMUR, SIAPA BAKAL MEWARISI EMPAYARNYA?”  »»

APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN?

Kedudukan Malaysia jatuh dalam matematik dan sains, menurut kajian antarabangsa



KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Pelajar Malaysia ketinggalan dalam bidang matematik dan sains berbanding dengan negara-negara lain, menurut kajian dua badan pendidikan antarabangsa dengan menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah dari sebelumnya. Malaysia mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia, dalam Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011, di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas seluruh dunia.

Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata. Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia dan Oman yang mendapat 420 mata. Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata. Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.

Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi. Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS. Dan pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.

 Pelobi pendidikan, termasuk Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) menyalahkan polisi kerajaan yang tidak tetap terutamanya dalam mengajar matematik dan sains mengakibatkan kejatuhan standard dalam bidang tersebut. Kerajaan baru-baru ini melancarkan Pelan Pendidikan Nasional 2013-2025 bagi mencapai tempat tiga teratas untuk ujian Program Kajian Pelajar Antarabangsa (PISA) untuk 13 tahun dari sekarang.

Malaysia kini ditangga ketiga paling rendah. Tetapi dalam perbentangan Bajet 2013, kerajaan Barisan Nasional juga memotong belanjawan pendidikan dari RM50 billion kepada RM38.7 billion, menimbulkan keraguan terhadap pelan pendidikan tersebut dalam usaha meningkatkan standard pendidikan negara. Para penganalisis juga mencadangkan bahawa impian Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan tidak akan berlaku selagi campur tangan ahli politik dalam membentuk polisi pendidikan negara.

Sumber: Malaysian Insider/  timssandpirls.bc.edu.

Read More “APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN?”  »»

ANAK KECIL (umno) SUDAH TERBAKAR KERNA MAIN API

KUALA LUMPUR: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.



“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.



Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu,  sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain.



Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.



Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis  daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.



“Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka,” ujarnya.

“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung menabur fitnah kononnya Pakatan Rakyat akan menjual tanah Melayu kepada orang bukan Melayu, meniupkan budaya takut, kononnya Umno kalah habis tanah Melayu akan tergadai kepada orang bukan Melayu sedangkan dari segi faktanya Umno yang mengkhianati Melayu,” katanya lagi.



Menurutnya lagi, Harakah pernah mendedahkan lot-lot tanah di Pantai Cherating, Pahang yang bernombor 5233, 7058 dan 7059 yang berstatus rizab Melayu telah bertukar tangan kepada bukan Melayu.



Katanya, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali pernah mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa seluas 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.



Tambah beliau, Umno juga menggadaikan tanah rizab Melayu di bandar Kubang Kerian Kelantan sewaktu berkuasa di Kelantan.



Begitu juga  tanah  Lot 305 Seksyen 1 Bandar  Tumpat yang diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di pemerintahan Siam telah bertukar kepada Datuk Foo Chow Yong (MCA).



“Bagaimana perkara ini berlaku, semuanya halal jika Umno yang berkuasa,” ujarnya.



Selain itu, ujarnya 105,000 hektar  tanah tizab Melayu dijadikan cagaran apabila Felda Global Venture disenaraikan di bursa saham.



Pada 1 Julai 2011, ujarnya Datuk Seri Najib telah menyerahkan  217 hektar Tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  kepada  Singapura.



“Tanah yang berharga selama ini terlepas dengan mudah. Sebelumnya Singapura memperoleh Pulau Batu Putih, sedangkan Malaysia dapat pulau tenggelam timbul,” ujarnya.



Beliau berkata, fakta di atas menggambarkan daifnya Umno untuk mempertahankan tanah, terutama hak Melayu.



Mereka, kata beliau hanya berlakon dan berdusta atas nama Melayu untuk memperkayakan pemimpin Umno walaupun terpaksa menggadai masa depan orang Melayu.



“Jika Umno BN diberi mandat lagi, maka banyak tanah Melayu akan musnah,” katanya

sumber: harakahdaily

Read More “ANAK KECIL (umno) SUDAH TERBAKAR KERNA MAIN API”  »»

UNTUK ISLAM PERUNTUKAN NAIK 300 PERATUS

Pemuda PAS Selangor ucap tahniah kepada Guan Eng


SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

Walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, kerajaan Pusat juga sepatutnya berasa malu kerana tidak prihatin untuk memartabatkan agama Islam di dalam negara ini apabila tidak memperuntukkan bajet tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyatan rasis yang tidak bertanggungjawab daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba untuk menimbulkan prasangka jahat dan menghasut rakyat terhadap tindakan murni yang dilakukan YAB Lim Guan Eng," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan pemimpin Gerakan itu yang mendakwa, Lim Guan Eng melaksanakan Islamisasi dalam pentadbirannya di Pulau Pinang.

Padahal, menurutl Lim Guan Eng, apa yang beliau lakukan adalah memberikan sesuatu kepada yang berhak selepas dinafikan selama ini oleh kerajaan BN.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap serangan rasis Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang adalah hasil daripada sikap ‘penakut dan pengecut’ Umno Pulau Pinang di dalam memperjelaskan hal ehwal agama Islam kepada rakan sekutu mereka di dalam Barisan Nasional.

Umno, katanya, yang selalu ‘berkokok’ sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan sering memperlekehkan PAS menjadi ‘kuda tunggangan DAP dan PKR’ di dalam isu agama Islam akhirnya menjadi bacul dan dayus dengan membiarkan MCA dan Gerakan berterusan menghina agama Islam secara terbuka.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyeru sekalian umat Islam untuk menolak Umno di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kerana kegagalan Umno untuk menjaga dan memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara," katanya.

Selain itu, katanya lagi,  Umno juga sering menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka tanpa mempedulikan keutamaan untuk member kefahaman yang sebenar berkenaan Agama Islam secara mnyeluruh kepada masyarakat.

HARAKAHDAILY

Read More “UNTUK ISLAM PERUNTUKAN NAIK 300 PERATUS”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com