Himpunan aman Sokong pindaan RUU355
Padang Merbok
18 Disember 2017
Tidak ada pihak yang boleh menafikan memang Padang Merbok penuh sesak dengan manusia hingga melimpah ke luar jalan.
Majoriti yang hadir daripada pelbagai latar belakang politik, NGO, orang muda, warga emas, OKU daripada seluruh pelusuk negara. Ada yang bukan Melayuu khususnya Dewan Himpunan Penyokong PAS, wartawan memang ramai.
Persoalannya kenapa peserta gelombang ungu ini sanggup bersusah payah hadirkan diri walaupun kurang selesa daripada segi kemudahan seperti bilik air dan sebagainya?? Bukankah ia menggambarkan keyakinan diri tentang benarnya perjuangan mereka? Bukankah ia membuktikan kesanggupan berkorban untuk apa yang bagi diri mereka isu teras. Nilai utama. Tuntutan hidup. Keperluan asas.
Bukan pertembungan biasa biasa. Tetapi core values.
Sudah tentu untuk mana mana isu, ada sudut pandang yang berbeza di kalangan yang bertelagah. Justeru, bagi yang kurang mengetahui, perlulah mengkaji dengan cara ilmiah bukan emosi. Perlu bersifat professional , tidak menerima melulu. tidak menolak melulu. Carigali ilmu. selidik kenapa menyokong. Apa hujjah tolak. kerana Allahkah?
Buang ego. Hadapkan diri kepada Allah swt.
Insya Allah akan dapat petunjuk.
GELOMBANG UNGU
Labels:
#memilih dengan bismillah
Subscribe to:
Posts (Atom)