Pray For MH370

Pray For MH370

JEMPUTAN HARI TERBUKA PAS

TARIKH: 12 OKTOBER 2008, HARI AHAD

MASA: 2.00 HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT: STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM

KEDATANGAN ANDA DITUNGGU


Read More “JEMPUTAN HARI TERBUKA PAS”  »»

KEMBALI KEPADA FITRAH SEOLAH-OLAH BARU DILAHIRKAN


Setelah sebulan berpuasa di siang hari dan melakukan ibadat khusus di malam hari seperti bertarwikh, bertadarus dan lain-lain maka menurut sepotong hadith daripada Abdur-Rahman bin 'Auf r.a telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:

" Sesungguhnya ALlah telah memfardhukan Ramadhan dan Aku mensunatkan bagi kamu

menghidupkan malamnya, maka barangsiapa yang berpuasa dan melakukan ibadah malam

disertai dengan keimanan dan kerana menuntut keredhaan ALlah, nescaya dia keluar dari

dosa-dosanya seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya." (rujukan: Puasa dan

Penghayatan Ramadhan susuna Ust Safwan Fathi , Terbitan Majlis Agama Islam Selangor 2005).



Cuba kita imbas kembali, untuk mereka yang telah LUPA bagaimana seorang bayi yang baru

dilahirkan, yang belum tahu apa-apa, masih merah diselaputi sejenis lemak, adakalanya boleh

bernafas spontan lantas menangis dan ada pula yang perlu bantuan pernafasan dan rangsangan

luaran untuk menarik nafas pertamanya.

Kelihatan (sebelah kiri) tali pusat yang belum dipotong



Bayi yang memerlukan bantuan pernafasan

Kesemua bayi di atas belum dibersihkan atau dimandikan lagi


Perkataan " 'ID " atau " 'IDUL " bererti perayaan atau "kembali". Jika dibaca "AIDIL" kalimah

Arabnya membawa maksud "TANGAN", sudah tentu tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan

"fitri" bermaksud makan atau minum dan "tabiat semula jadi". Kesimpulannya, Edul fitri

atau 'Idul Fitri ((BUKAN AIDIL FITRI)) merupakan hari kemenangan bagi orang mukmin

yang berpuasa sepanjang Ramadhan kerana telah berjaya menundukkan
nafsu jenis membawa

kepada kerosakan (nafsu ammarah bissu'). Kemunculan Syawal bererti segala dosanya telah

gugur dan dia melayakkan dirinya menjadi orang bertakwa. maka tercapailah matlamat puasa

Ramadhan (Al Baqarah : 183) (Sila rujuk m.s 95 op cit).

Ungkapan "kembali kepada FITRAH" dan "zakat FITRAH" mengukuhkan konsep pensucian

anak Adam seperti hari ia dilahirkan dari Rahim ibunya tempoh hari. Adakah kita akan

mengotorinya semula dengan dosa dan noda serta maksiat dan munkar dalam bulan-bulan

mendatang?????

Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang. Amin.

Read More “KEMBALI KEPADA FITRAH SEOLAH-OLAH BARU DILAHIRKAN”  »»

PERUTUSAN HARI RAYA EIDULFITRI DARI MURSYIDUL AM PAS

(Gambar Hiasan-diambil semasa PRK Permatang Pauh)

Semua manusia adik-beradik - Mursyidul Am

Abdul Aziz Mustafa/ Harakahdaily

Rabu 1 Oktober 2008
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.

"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

"Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.

"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

"Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.

Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.�

"Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia".

Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.

"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru.

Read More “PERUTUSAN HARI RAYA EIDULFITRI DARI MURSYIDUL AM PAS”  »»

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA RUMAH TERBUKA SELANGOR

Majlis Sambutan Hari Raya Rumah Terbuka Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat telah selamat diadakan di Dataran SUK Shah Alam yang bermula pada pukul 11.00 pagi di berakhir pada pukul 5.00 petang 01 Syawal 1429 bersamaan 01 Oktober 2008. YAB Dato' MB Selangor berserta Para Exco telah menyambut para pengunjung dari pelabagi kaum serta lapisan masyarakat warga Shah Alam khasnya dan rakyat Selangor amnya.









Read More “MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA RUMAH TERBUKA SELANGOR”  »»

SELAMAT HARI RAYA DI AMBANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ucapan " Selamat Hari Raya Eidul Fitri " ditujukan khas buat adik-adik yang kini berada dalam

"high gear" untuk menghadapi peperiksaan utama seperti PMR, SMA/SMU, SPM, STAM dan

STPM. Usahlah hendaknya suasana hari raya menjadi batu penghalang kepada persiapan

adik-adik ke arah masa depan yang gemilang kerana sesungguhnya peperiksaan di atas

merupakan batu loncatan untuk adik-adik semua. Walaupun keputusan peperiksaan yang

cemerlang bukanlah 'segala-galanya", namun memperolehi keputusan yang cemerlang dapat

menjamin kesinambungan cabaran alam persekolahan di peringkat yang lebih hebat lagi.


Dalam permainan, sukan atau sebarang bentuk pertandingan seperti kuiz, juara nasyid atau

apapun, kejayan di peringkat awal menempah tempat ke peringkat seterusnya. Kegagalan di

mana-mana peringkat bererti akan disingkirkan dari peluang ke peringkat seterusnya yang

lebih mencabar.

Inilah hakikat kehidupan. Perlu ditempohi peringkat demi peringkat. Tiada jalan pintas untuk

berjaya dan bergelar juara.


Bercutilah untuk sehari dua dari program ulangkaji. Selepas itu teruskan usaha berpandukan

pelan perancangan serta jadual yang telah diatur.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang mempersiapkan diri untuk menduduki

peperiksaan penting, fahamilah dan bantulah mereka dalam apa jua cara sekalipun. Sediakanlah

mereka ruang dan peluang untuk mengulangkaji silibus. Sahabat handai dan rakan taulan

perlulah "considerate" dan membantu dalam memberi sokongan moral kepada kawan-kawan

yang akan "berjuang" dalam dewan peperiksaan sedikit hari lagi. Jangan menyumbang kepada

kecundangnya kawan anda. Tahun hadapan boleh beraya "sakan".


Semoga beroleh kejayaan D&A.

Read More “SELAMAT HARI RAYA DI AMBANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN”  »»

JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA





Read More “JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 28/09/08: Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Sg Udang

Majlis penyerahan sumbangan kepada empat orang mangsa kebakaran yang berlaku di Sg Udang sehingga menyebabkan mereka kehilangan segala-galanya telah berlangsung di Pejabat ADUN Selat Klang pada 28hb September 2008.

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 28/09/08: Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran Sg Udang”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 28/09/08: Program Jom Kacau Bubur lambuk Alumni S.P.I.E.S (BRIGED AMAL SELANGOR)

Bertempat di Pejabat ADUN Selat Klang, pada 28hb September 2008 bekas peserta SPIES Modul Belia anjuran Exco Pembanguanan Modal Insan menyerlahkan kecerdasan sosial mereka dengan memasak serta mengedarkan bubur lambuk untuk staf yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Balai Bomba Klang, Jabatan Pertahanan Awam JPA3, Plaza Tol Sg Rasau, PPD Klang, Balai Polis cawangan Trafik Klang serta penduduk Kawasan Selat Klang yang terdiri dari pelbagai kaum. Pada sebelah petangnya, mereka telah mengikuti tazkirah sebelum solat maghrib.

PA ADUN Selat Klang sedang berucap

ADUN Selat Klang sedang berucap
Hadhirat yang turut serta


Di Plaza Tol Sg Rasau


Kumpulan yang bertugas di Plaza Tol

sedang mendengar tazkirah di masjid Sg Udang

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 28/09/08: Program Jom Kacau Bubur lambuk Alumni S.P.I.E.S (BRIGED AMAL SELANGOR)”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan pada 27/09/08: Tazkirah serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Sabak Bernam

Majlis di atas telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah, ILDAS Sabak Bernam serta PKM 01 yang berlangsung di ILDAS Sg Air Tawar dan dihadhiri oleh Ketua Jabatan, Tok Penghulu, Pengarah ILDAS, Ketua Kampung serta anak-anak yatim.


para anak yatim sedang menerima sumbangan

Read More “Aktiviti Exco Modal Insan pada 27/09/08: Tazkirah serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat Daerah Sabak Bernam”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com