Anda lihatlah sendiri video ini dan buat penilaian secara adil dan saksama , sama ada mengikut emosi atau logik akal anda.
KEGIGIHAN MUSLIMAT PAS DIPERKASA OLEH MUSLIMIN
JAMILISA AGEN GERAK KHAS UMNO DALAM PERANG SARAF TERHADAP PAS BERJAYA GUNA DR HALIMAH SEBAGAI ISU GERAK SARAF
Kegawatan dan masalah yang menimpa UMNO khususnya dan BN amnya seperti politik wang, pemimpin keluar parti , kekalahan dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut dan lain-lain lagi perlu ditangani segera oleh "think tank " UMNO khususnya.
Ada yang mengatakan bubar sahaja sayap yang terdapat dalam UMNO iaitu Puteri dan Putera UMNO. Ada pula yang mencadangkan UMNO perlu "repositioning" bukan "rebranding". Kita tanya PAS, PKR dan DAP, mereka sebulat suara bersetuju UMNO dibubarkan.
Walau apapun, satu percubaan yang bagus telah dilaksanakan oleh anggota gerak khas UMNO melalui Brigade Commander Jamilisa yang telah mula menceburi bidang gerak saraf sejak 01 Julai 2001 berpengkalan di Shah Alam Selangor.
Jamilisa telah memulakan thread dalam Gerbang Tempur Politik Maya Kmu Dot Net dengan isu saya telah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabohan Klang. Malang sekali Jamilisa kehilangan sentuhan penyudah sama ada telah terlepas pandang atau terburu-buru dalam meng"execute"kan tugasan dan projeknya apabila beliau tidak membuat kerja "groundwork" atau "homework" seperti pengumpulan maklumat yang tepat tentang aktiviti sasaran, alibi dan sebagainya.
Pasukan gerak khas UMNO fikir apabila telah berjaya membawa dan membakar isu khinzir, pelajar UiTM, Isu azan yang dikaitkan dengan Yb Teresa Kok dan isu lembu derma Eidul Adha, maka isu tangkap basah atau khalwat kepada diri saya lagi "kacang"dan saya akan "kantoi". Takbir dan Tahmid saya panjatkan ke hadhrat Ilahi yang telah memelihara jemaah PAS dari tercemar dan dibusukkan oleh dakyah UMNO.
Namun, telah berlaku sedikit sebanyak "damage" kepada peribadi saya dari satu sudut. Sebelum thread di"lock", seramai 1045 orang pengunjung telah membaca perihal diri saya dan terdapat 21 respons dari forumer yang pelbagai.
Setelah saya membuat laporan polis barulah pihak admin bergelar oVermars "DELETE" thread dan FORUM. Sebelum ini oVermars hanya "LOCK" forum supaya tiada lagi komen berkenaan seraya mengatakan "kalau ada berita baru dalam akhbar baru buka balik forum".
Isunya sekarang, UMNO melalui media internet telah menjalankan perang saraf ke atas PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka bertujuan menjatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis Pakatan Rakyat sekaligus mewujudkan kesangsian, keraguan dan kehilangan kepercayaan rakyat (pengundi) kepada keupayaan Pakatan Rakyat memerintah lima negeri di Malaysia dengan jayanya sekaligus melumpuhkan Pakatan Rakyat.
Kenapa saya menjadi mangsa sasaran gerak saraf UMNO / BN? Persoalan itu biar anda sendiri menjawabnya. Selamat mencuba aktiviti gerak saraf.
Kenapa saya bercadang untuk menyaman pemilik, pengendali dan mereka yang terlibat dengan mykmu dot net?
Seorang pengunjung blogspot saya ini telah menjawabnya:
diorang x pernah fikir yg bezanya menfitnah seorang wanita atau lelaki...kedua-duanya dosa besar..tp kesan terhadap wanita jauh lebih besar..terutama fitnah zina..terang2 Allah berfirman dalam surah an-nur tu sekali dgn hukumnya..tp diorang x pernah nak mengamalkan isi alquran..astaghfirullah..ana harap dr halimah tabah dan tenang ya...
ana cdgkan walaupun hukuman saman x dikenakan, tp kenekan hukuman yg dinyatakan Allah dlm alQquran itu..jika depa benar2 mengatakan "DEMI ISLAM".
Read More “JAMILISA AGEN GERAK KHAS UMNO DALAM PERANG SARAF TERHADAP PAS BERJAYA GUNA DR HALIMAH SEBAGAI ISU GERAK SARAF” »»
ANGGOTA GERAK KHAS BRIGADE COMMANDER SELANGOR BUAT TUDUHAN LIAR DAN TAK BERASAS
Semalam saya telah membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam forum di sebuah laman web Gerbang Tempur Maya UMNO bahawa saya telah ditangkap basah.
Perkara ini adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan berniat jahat dan mahu mengaibkan saya selaku aktivis Muslimat PAS.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, malah perkara tersebut juga telah disangkal oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana tiada serbuan atau tangkapan dibuat oleh pihak JAIS sepanjang minggu lepas. Sehubungan itu saya telah menghubungi Peguam PAS dan kami telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang petang semalam (27/01/09).
Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web Mykmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama ‘Brigade Commander Selangor’ mempunyai lokasi di Shah Alam dengan tajuk
"Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah"
Jamilisa dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Jan 2008 telah memulakan thread mendakwa beliau dimaklumkan rakannya dari Kampung Idaman yang Adun Selat Klang itu ditangkap basah di sebuah hotel di sekitar Pelabuhan Klang.
Tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu tidak masuk akal selain menjatuhkan maruahnya sebagai wanita, wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri Selangor. Kg Idaman bukan di bawah DUN Selat Klang dan Hotel Crystal Crown adalah dalam kawasan Pandamaran.
Saya adalah wakil rakyat Pas, sudah tentulah yang saya dokong ini adalah Islam dan sebagai Exco Pembangunan Modal Insan sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jamaei atau berkumpulan.
Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam perkara yang mungkar dan maksiat di tempat sendiri. Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel.
Saya telah dimaklumkan tentang tulisan mengenai diri saya di laman web mykmu.net oleh seorang pengunjung blog saya ini pada pagi 26/01/09. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan beliau.
Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik, penulis blog dan ‘Brigade Selangor’ dengan segera mengikut Seksyen 509 / 298 Kanun Keseksaan.
Saya berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu atau fitnah seperti ini yang jelas menjatuhkan maruah mereka yang tidak bersalah.
Laporan selanjutnya SINI
TUDUHAN BERZINA DARI KACAMATA ISLAM
Sila klik pada imej untuk dibesarkan.
Surah Annur:11-22
Kepada Allah 'Azzawajalla diserahkan segala urusan. Siapakah yang lebih adil selain Yang Maha 'Adil.
!!!!!!!BOHONG: PADAH PENYEBAR BERITA BOHONG MENURUT AL QURAN
SURAH ANNUR AYAT 11-22
Sila rujuk kitab Asbabbun Nuzul Oleh Imam Jalaluddin As Sayuthi muka surat 537 - 546
11 إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
12 لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَـٰذَا إِفْكٌ مُبِينٌ
13 لَوْلَا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ ۚ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَـٰئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ
14 وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
15 إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
16 وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُمْ مَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَتَكَلَّمَ بِهَـٰذَا سُبْحَانَكَ هَـٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
17 يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَنْ تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدًا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
18 وَيُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
19 إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
20 وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
21 ۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
22 وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksud Firman ALlah
11 Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
12 Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
13 Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
14 Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
15 Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
16 Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.
17 Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
18 Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
19 Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
20 Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
21 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
22 Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
PELAJAR BERNAMA NAJMU SURAYA MASIH HILANG
NAMA : NAJMU SURAYA BT ABD RAHMAN.
KAD PENGENALAN : 890530-06-5512.
UMUR : 20 TAHUN.
NAMA KOLEJ : KOLEJ SEGI.
LOKASI KEHILANGAN : DISYAKI DI DAMANSARA.
Minta Bantuan Semua
Tolong sebarkan....
En.Abd Rahman Janai (Juruteknik Time Reach Caw. Temerloh) telah memberitahu mengenai kehilangan anaknya sejak seminggu yang lalu. Menurut lapurannya pada 09/01/2009 (Jumaat) beliau telah menghantar anaknya ke stesyen bas Temerloh untuk balik ke Kuala Lumpur menaiki bas pukul 5.00 petang. Lebih kurang pukul 7.00 pm anak beliau ada menelefon semula memberitahu bahawa beliau sudah sampai di Kuala Lumpur.
Namun pada hari Isnin 12/01/2009 kawan sekolej anak beliau memberitahu bahawa anaknya tidak ada di kolej dan juga di asrama. Beliau telah pun membuat report polis mengenai kehilangan tersebut dibalai polis Dang Wangi. Sehingga kini anak beliau masih belum ditemui. Butir-butir peribadi anak beliau seperti di atas.
Sesiapa yang ternampak/terjumpa gadis seperti di dalam gambar diminta membuat lapuran polis yang berhampiran atau hubungi En Hashim Suboh melalui 019 3899375.
PRESIDEN PAS UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA
Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.
Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.
Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.
PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
Gong Xi Fa Cai kepada semua.
Ikhlas
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Source:harakahdaily
MEMBESARKAN ANAK PERLU KEWASPADAAN, BERHEMAH, KETERBUKAAN DAN DOA
Ucapan Takziah kepada keluarga Akbar Ali-Shahita Banu dan Puan Letchemey (seorang ibu tunggal) yang masing-masing ditimpa musibah anak mati lemas seperti dilaporkan dalam Metro keluaran 26/01/09.
Sebagai renungan kita bersama, mendidik, memelihara, membesar dan menyekolahkan anak adalah proses-proses yang antara lain perlu ilmu, kesabaran, hemah yang tinggi, sifat cemburu, darjah kewaspadan yang tinggi dan memerlukan banyak doa memohon keselamatan serta kejayan anak-anak.
Menasihati anak-anak (bukan berleter) serta mengingatkan mereka tentang keselamatan diri amatlah penting. Pulang ke rumah pada larut malam atau pergi ke kedai seorang diri pada malam hari untuk seorang pelajar perempuan belasan tahun mempunyai risiko yang amat tinggi. Terdapat anak-anak gadis yang kurang "matang" dalam aspek menjaga keselamatan dan maruah diri.
Anak-anak lelaki tingkatan empat dibelikan motosikal baru sebagai hadiah PMR, terlibat dengan perlumbaan haram atau menunggang tanpa lesen memandu atau topi keledar dan akhirnya maut pada suatu kemalangan jalan raya, siapa yang harus dipersalahkan.
Sifat anak-anak kecil yang suka meneroka dan mencuba perlu dikekang atau dipantau sepanjang masa. Ceritakan pada mereka keburukan dan natijah yang boleh menimpa jika melakukan sesuatu seperti bermain mercun atau cuba "terbang" seperti cicakman atau spiderman.
Akhir sekali, ingatlah anakmu dalam doamu.
Tragedi cuti kali keempat
Keluarga ini sudah tiga kali berkunjung ke Pulau Besar dekat sini untuk bercuti, namun lawatan keempat kelmarin membawa tragedi menyayatkan hati-Asiq, 7 dan Firdaus, tiga tahun setengah ditemui lemas di kolam takungan sedalam dua meter di pulau berkenaan.
Shahita Banu dan suaminya, seorang pemandu teksi, Akbar Ali Habib Rahmatulah Khan, 34, yang menetap di Taman Chempaka, Ampang, Selangor, berkunjung ke Pulau Besar bersama empat anaknya, datuk serta nenek mereka dan seorang saudara lelaki.
‘Ombak besar pukul kami’
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang lemas ialah Nettiah Sunthiramogan, 17, adik perempuannya, Prasanah, 16, adik lelaki, Ganeswaran, 10, manakala seorang lagi anak lelaki keluarga itu, S Gopi, 14, masih hilang.
“Kami sampai di pantai kira-kira jam 11.10 pagi. Selepas berehat sebentar, kami berlima bermain air di tepi pantai. Bagaimanapun, tiba-tiba ombak datang menyebabkan mereka hanyut dan saya sempat memegang tangan Gopi serta Ganeswaran dan berdiri di atas batu.
Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata tiga mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian selepas 45 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Letchemey yang juga ibu tunggal, sukar menerima hakikat tiga daripada empat anaknya meninggal dunia.
Sumber Harian Metro Online
PERINGATAN KEPADA SEMUA YANG LUPA
Timbalan Pengerusi Penerangan UMNO Terengganu, Che Azmi Abdul Rahman telah mengingatkan kita semua ( maksud ayat Al Quran: manusia mudah lupa dan lalai; tergesa-gesa; mudah putus asa; perlu peringatan). Semoga menjadi pengajaran untuk semua.
Pemimpin UMNO perlu undur jika tidak mampu
Pemimpin UMNO yang tidak mampu menghayati diri sebagai pemimpin sebenar perlu mengundur diri supaya tidak menjadi bebanan kepada parti.
Timbalan Pengerusi Penerangan UMNO Terengganu, Che Azmi Abdul Rahman berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu merasakan mereka tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat, tempat mereka perlu diisi oleh mereka yang berhak.
“Pemimpin UMNO di setiap peringkat perlu memahami istilah kepimpinan, tanya diri sendiri sama ada mereka adalah pemimpin ataupun tidak. Kalau sebaliknya, mereka diminta mengundur diri dan perlu memberi ruang kepada orang lain,” katanya.
Menurut Che Azmi, bagi memastikan UMNO lebih disegani, pemimpin perlu menjadikan diri mereka sebagai pemimpin mithali dengan memenangkan hati rakyat melalui sentuhan peribadi.
Menurutnya, sentuhan peribadi yang dimaksudkannya adalah melalui kecaknaan, kemesraan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat setempat selain keikhlasan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan baik.
“Apabila jadi wakil rakyat, kita kena kenal pastimasalah rakyat bukanlah empat tahun sekali, tetapi sentiasa mengambil tahu sepanjang masa dan tahu menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
“Namun, jangan sesekali menunjukkan muka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana ada segelintir pemimpin ‘masam catung’ bila ada rakyat mengadu nasib,” katanya.
Mengulas berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau turut bersetuju pemimpin tidak mesra rakyat menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil, Sabtu lalu.
Menurut beliau, pilihan raya kecil itu adalah sebagai satu pengajaran supaya setiap pemimpin di pelbagai peringkat bermuhasabah diri bagi melakukan perubahan lebih baik.
“Apabila sebut wakil rakyat, mereka adalah pemimpin dan kalau mahu dihormati, mereka kena mesra rakyat kerana kadang-kadang punca merosot adalah kerana rakyat tidak hormat pada wakil rakyat dan calon,” katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan pemimpin UMNO cawangan serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak sesekali sombong atau tidak mempedulikan rakyat setempat kerana sikap mereka mencerminkan imej parti.
Menurutnya, kelakuan dan keprihatinan mereka memberi kesan kepada akar umbi sama ada untuk memberi sokongan atau tidak kepada parti kerajaan.
“Demi untuk memperkasa UMNO dan BN, pemimpin yang ada perlu bermuhasabah diri supaya perjuangan parti diteruskan dengan cara sewajarnya,” katanya.
Sumber di SINI
DATUK SERI ABDULLAH DIMINTA JADI PM SEPENGGAL LAGI
Saranan dan permintaan Presiden PAS agar Abdullah Ahmad Badawi tidak melepaskan jawatan beliau sebagai PM Mac ini ada asasnya. Biarlah Pak Lah dan untuk pulun mencipta nama untuk ditinggalkan agar beliau dikenang sebagai seorang PM yang banyak berjasa kepada semua kaum dalam banyak perkara. Tugas yang belum selesai masih banyak............. "Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama".
Hadi minta Abdullah kekal jawatan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan pada Mac depan dan kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal lagi.
Menurut Abdul Hadi, Abdullah yang juga Presiden BN perlu membuat perubahan dan mengadakan satu pilihan raya adil terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pilihan raya (kecil Parlimen) Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang telah dilakukan walaupun sedikit pada zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan.
“Jangan bagi (lepas jawatan) lagi pada Najib, nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua, biar dia kalah semua, memang itu yang kita harapkan,” katanya malam semalam.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Perdana Menteri perlu menunjukkan jasa baik seperti memperbetulkan demokrasi dan memulihkan badan kehakiman terlebih dahulu sebelum letak jawatan.
“Kita sanggup bekerjasama kalau beliau (Abdullah) sanggup membuat perubahan tetapi kalau tak buat perubahan, kita akan lawan,” katanya.
Sumber SINI
KENYATAAN MEDIA DATO' NASARUDIN HASHIM KENAPA KELUAR UMNO
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.
Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
Lagi di SINI dan SINI
KOMPILASI KARTOON BUSH
KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN. EHSAN DARI CNN DAN TIME
GOTONG ROYONG PERDANA PULAU KETAM SEMPENA TAHUN BARU CINA
Pejabat ADUN Selat Klang dengan usahasama pelbagai NGO, sekolah rendah serta menengah dan Agensi Kerajaan telah menganjurkan satu PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA sempena Tahun Baru Cina 2009 di Pulau Ketam Selangor pada 24hb Januari 2009. Seramai hampir 500 sukarelawan telah terlibat. Badan-badan yang terlibat, yang menghantar wakil ialah Pejabat ADUN Selat Klang (5 orang), Pejabat Daerah Klang (5), Majlis Perbandaran Klang (5), Alam Flora (15), Briged Amal Selangor (80), Sekolah Rendah dan Menengah Pulau Ketam (170), Ketua Persatuan Tionghua Pulau Ketam(11), PAS Selat Klang(60), Yayasan Amal Malaysia (60), MACMA (10), MAIS (15) dan PDRM (7).
Antara acara yang telah berlangsung ialah pertandingan mewarna dan pertandingan kebersihan lorong serta persekitaran.
macam mana la mereka boleh mengatakan cukup dgn minta maaf apabila menfitnah....sebab tu golongan2 ini suka menfitnah...bukan dr halimah ja, dari dulu sampai sekarang x habis2 diorang menfitnah...cuma apabila dihukumkan seperti dlm surah an-nur baru puak2 ni akan berhenti fitnah..tp x dihukumkan...sebab tu kekuatan mereka hanyalah fitnah semata..ana yakin yg baca ni tahu siapa 'mereka' tu...Allah bersama orang2 yg teraniaya...Allahuakbar...