Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN MANIK URAI PULANG KE RAHMATULLAH

Allayarham Hj Ismail sudah lima penggal mewakili Dun Manik Urai Kelantan yang dimemenangi pada pilihan raya umum 1986 kecuali pada PRU tahun 2004 pulang ke Rahmatullah disebabkan menghidap penyakit gout dan kencing manis.

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

azm/Harakahdaily

Read More “ADUN MANIK URAI PULANG KE RAHMATULLAH”  »»

ORANG BUKAN ISLAM TELAH NAMPAK SIKAP MELAYU DALAM UMNO

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw (foto kanan) berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam" menurut En Hu.

Ingatlah amaran ALlah "...Dan jika kamu berpaling nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini" Surah Muhammad :38

Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima

Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang bukan Melayu pula kini semakin terpesona dengan kesyumulan Islam.

Tidakkah ia sesuatu yang ganjil. Namun ia menjadi tidak pelik apabila perjuangan berteras kebendaan berada di hadapan pemimpin Umno sekarang.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam.

"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Menurutnya orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.

Katanya, PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata.

"Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.

"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang," katanya.

Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.

Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.

"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.

"Kemungkaran adalah satu dosa dan balasannya neraka. Jangan sampai terhumbang ke dalam neraka dengan sebab memetingkan periuk nasi semata-mata," katanya.

Sementara itu, di PASIR PUTEH, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno kini mengharapkan bantuan institusi kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup parti tersebut.

Katanya, sekarang mereka begitu mengharapkan bantuan media konvensional bagi menggelirukan rakyat terutamanya krisis politik yang berlaku di Perak sekarang.

"Umno juga menjadikan undang-undang alat tunggangan mereka. Krisis di Perak sudah cukup membuktikan kepada orang ramai wajah Umno di bawah presiden sekarang.

"Tapi peliknya biar pun mereka rempuh undang-undang, hari-hari dalam media, mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang. Saya tidak faham teori rimba mana yang dipakai.

"Malangnya mereka lupa rakyat tidak bodoh dengan tipu daya mereka," katanya pada majlis ceramah di padang Majlis Daerah Pasir Puteh malam tadi.

Hadir sama Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan pimpinan PAS kawasan terbabit.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, pemimpin Umno terpaksa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan berdepan dengan hakim sebenar dalam sistem demokrasi iaitu rakyat pada pilihan raya kecil Dun Penanti, 31 Mei ini.

"Walaupun tidak bertanding namun proses pilihan raya tetap berjalan. Alasan membazir dan tidak menepati perlembagaan langsung tidak boleh diterima.

"Sedangkan penyelewengan wang rakyat yang berlaku di mana-mana oleh pemimpin Umno tidak pernah pula mereka mahu bercakap," katanya.

Khalil Idham berkata, krisis politik di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan yang hanya dapat diselesaikan melalui mahkamah rakyat.

mj/Zuharman MN/harakahdaily

Read More “ORANG BUKAN ISLAM TELAH NAMPAK SIKAP MELAYU DALAM UMNO”  »»

SEMOGA PANEL TIGA HAKIM TAKUTKAN HAKIM DI YAUMIL MAHSYAR

Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes namun Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tidak menerima surat berkenaan tepat pada masanya.




Maka tiga hakim telah mendengar perbicaraan hari ini iaitu Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga keadilan tertegak dan kebenaran terserlah.

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok


PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut.

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

azm/Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh/harakahdaily

Read More “SEMOGA PANEL TIGA HAKIM TAKUTKAN HAKIM DI YAUMIL MAHSYAR”  »»

LU NILAILAH SENDIRI

KATA-KATA HIKMAH DS NAJIB

1. Najib berkata pengalaman selama 33 tahun dalam politik dengan menaiki bas biasa, dan bukan bas ekspres menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.


2. Beliau menegaskan "Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara."

Kesimpulannya: Lu Nilailah sendiri sama ada cakap serupa bikin atau lidah tak bertulang.

Saya Tak Gila Kuasa, Kata Najib


PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukanlah seseorang yang gilakan kuasa hanya untuk mendapatkan kuasa.

"Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara.

"Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power (berkuasa)," katanya pada Majlis Keraian dan Jasamu Dikenang di Kementerian Kewangan di sini, Rabu.

"Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya yang jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang tertentu.

Najib berkata bagi mencapai kedudukannya sekarang beliau tidak menaiki bas ekspres tetapi bas biasa iaitu perjalanan selama 33 tahun dalam karier politiknya.

Najib berkata pengalaman itu menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.

Beliau berkata sebab itulah beliau memerlukan kerjasama daripada semua untuk menjalankan tugas itu.

Perdana Menteri berkata salah satu ukuran rakyat ialah melihat bagaimana cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Beliau percaya rakyat akan menerima kerajaan sedia ada sekiranya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Rakyat akan sukakan kita, ahli perniagaan akan sukakan kita, pekebun kecil akan sukakkan kita dan ini akan diterjemahkan kepada sokongan yang lebih kuat kepada kita," katanya.

Majlis itu diadakan bagi meraikan Najib yang juga Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Chor Chee Heung dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ia juga bagi mengenang jasa bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib berkata pengalaman Nor Mohamed menghadapi krisis kewangan 1997 menjadikannya amat sesuai mengendalikan perancangan ekonomi negara melalui Unit Perancang Ekonomi.

Beliau juga percaya pengalaman Ahmad Husni sebagai Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini dapat membantunya mengendalikan kementerian itu dengan baik.

Bagi Kong pula, Najib berkata beliau (Kong) kini memegang portfolio yang penting dari segi penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.

BERNAMA

Read More “LU NILAILAH SENDIRI”  »»

JAWATANKUASA KHAS PANTAU PENTADBIRAN SELANGOR

Penubuhan Jawatankuasa khas mampu meringankan tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), selain dapat membantu memperkasakan dewan dalam memantau pentadbiran kerajaan secara efektif.


Tiga jawatankuasa tersebut terdiri daripada:

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT),

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT)

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS).


Tiga Jawatankuasa Khas Pantau Selangor


Tiga jawatankuasa khas baharu ditubuhkan bagi membantu Dewan Undangan Negeri Selangor menjalankan pemantauan ke atas pentadbiran kerajaan negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim berkata tiga jawatankuasa tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS).


“Ini adalah tiga jawatankuasa baharu yang dipilih selain empat jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Kira-kira Awam, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Peraturan Tetap dan Jawatankuasa Selcat,” katanya penubuhannya dapat meringankan tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), selain dapat membantu memperkasakan dewan dalam memantau pentadbiran kerajaan secara efektif.

Menurutnya, JPK-PADAT dijangka dipengerusikan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim sementara ahli jawatankuasanya terdiri daripada Dr Rani Osman, Mat Suhaimi Shafie, Gan Pei Nei, Mohd Nasir Hashim, Yap Ee Wah dan Dato Mohd Shamsuddin Lias.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha pula bertindak sebagai pengerusi JPK-PBT manakala ahli jawatankuasanya diwakili oleh Dr Shafie Abu Bakar, Lee Ying Ha, Amirudin Shari, Tan Choon Swee, Dato’ Karim Mansor dan Hasiman Sidom.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang, Sa’ari Sungib pula dilantik sebagai pengerusi JPK-ABAS.

Katanya, Lau Weng San, Muthiah a/l Maria Pillay, Khasim Abdul Aziz, Hannah Yeoh Tseow Suan, Dato’ Mohamad Satim Diman dan Dato’ Amiruddin Setro antara adun yang mewakili jawatankuasa tersebut.

Menurut Teng, pelantikan kesemua ahli jawatankuasa telah dimaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu sebelum pembebasan Manoharan.

MURIZA ABDUL HAMID/Selangorkini Online

Read More “JAWATANKUASA KHAS PANTAU PENTADBIRAN SELANGOR”  »»

WOMEN WHO CHANGE THE WORLD





TheRe aRe women who make things betteR.........simply by showing up.

TheRe aRe women who make things happen.

TheRe aRe women who make theiR way.

TheRe aRe women make a diffeRence.

And women who make us smile.

TheRe aRe women who do not make excuses. Women who cannot be Replaced.

TheRe aRe women of wit and wisdom who - thRough stRength and couRage -make it thRough.

TheRe aRe women who change the woRld every day........

-----women like you, MOTHEr

Ashley Rice

Read More “WOMEN WHO CHANGE THE WORLD”  »»

LAGI KES PENYAKIT BERJANGKIT DI KEM

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 30 pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dikenal pasti mempunyai simptom demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas. Sampel telah dihantar bagi tujuan pengenalpastian.


30 Pelatih Kem PLKN Setia Ikhlas Hidapi Simptom Influenza


Seramai 30 pelatih di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas di Semenyih dikenal pasti mempunyai simptom influenza tetapi tiada kaitan dengan Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelatih tersebut mempunyai gejala demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas.

Katanya daripada jumlah itu, 26 telah dirawat di bilik isolasi kem, tiga di Hospital Kajang -- seorang daripadanya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua lagi di wad perubatan -- sejak semalam.

Seorang lagi pesakit telah keluar dari hospital semalam, menurut kenyataan itu.

Dr Ismail berkata kementerian itu akan membuat pengawasan dan kawalan dalam menangani situasi tersebut termasuk melakukan pengawalan vektor iaitu semburan kabus dan kajian aedes, pemantauan dan pemeriksaan harian semua pelatih, merawat dan merujuk kes yang bergejala ke hospital terdekat.

Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Kesihatan berkata jabatan itu telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber dan jenis influenza itu.

Beliau turut memberikan jaminan yang influenza itu tidak mempunyai kaitan dengan Influenza A (H1N1).

"Kami baru menerima kes itu pagi ini. Sampel telah dihantar untuk pemeriksaan dan kami mungkin memerlukan beberapa hari untuk menentukan puncanya," kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama.

Katanya pelatih yang dimasukkan ke wad ICU itu disyaki kes denggi.

"Ia mungkin influenza bermusim yang biasa atau denggi, kami masih menunggu keputusan ujian, kerana kedua-duanya boleh berlaku serentak," katanya.

BERNAMA

Read More “LAGI KES PENYAKIT BERJANGKIT DI KEM”  »»

PAS BEBAS DARI AMALAN POLITIK WANG

Disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS serta Presiden PAS sendiri setelah pihak yang membuat kenyataan akhbar dipanggil mengadap Jawatankuasa Pemilihan serta Dewan Harian PAS bahawa sesungguhnya politik wang tidak wujud dalam PAS.

Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.

Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.

Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hearsay'.

Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri )(foto kanan atas) pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.

Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.

PAS juga katanya kini mendapat sokongan bukan setakat orang Islam, malah bukan Islam yang percaya PAS sebuah parti yang bersih.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan KeADIlan tetap percaya dan yakin pemimpin PAS tidak akan memperjudikan maruah dan teras perjuangan dengan pengaruh wang untuk merebut jawatan.

Beliau percaya ahli serta perwakilan PAS bijak membezakan yang mana halal dan haram dalam perjuangan, begitu juga calon-calon yang bertanding.

Ujarnya, KeADIlan dan parti komponen Pakatan Rakyat tetap bersatu dalam memperjuangkan hak rakyat dan apa yang berlaku tidak akan menjejaskan persefahaman yang sedia terbina.

azm/Wan Nordin Wan Yaacob/harakahdaily

Read More “PAS BEBAS DARI AMALAN POLITIK WANG”  »»

KHIR TOYO DIGANTUNG


Teng selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) merangkap Speaker DUN berkata hukuman dibuat adalah berdasarkan kepada kes-kes penggantungan beberapa ahli-ahli Parlimen sebelum ini.

Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu. Bagaimanapun, beliau mencadangkan semua hukuman terhadap Dr Khir itu dijalankan secara serentak.

Empat ADUN Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.

Dr Khir Digantung Sebagai Ahli DUN Selama Setahun, Rumusan JKHK


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.

SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.

Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.

Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.

Katanya empat ADUN itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil BN.

Selain kesalahan tidak menghadiri sesi pendengaran awam itu, Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang itu, juga dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan semua hukuman terhadap Dr Khir itu dijalankan secara serentak.

Teng berkata hukuman itu adalah berdasarkan kepada kes-kes penggantungan beberapa ahli-ahli Parlimen sebelum ini.

Katanya hasil mesyuarat JKHK itu akan dibentangkan sebagai usul untuk dibahaskan pada persidangan DUN yang dijangka diadakan Julai ini.

BERNAMA

Read More “KHIR TOYO DIGANTUNG”  »»

BONJELA SECARA TEORI BOLEH MENYEBABKAN SINDROM REYE

Sesetengah persediaan yang digunakan untuk masalah dental seperti BONJELA dan melegakan pertumbuhan gigi mengandungi garam salicylate. Bahan tersebut menyerupai aspirin yang dikaitkan dengan kesan Sindrom Reye's apabila digunakan pada kanak-kanak untuk merawat jangkitan virus seperti demam campak.

Belum Ada Laporan Kesan Guna Produk Mengandungi Choline Salisylate


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung kesan yang memudaratkan akibat penggunaan produk yang mengandungi choline salisylate yang dikatakan boleh menyebabkan Sindrom Reye's.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A. Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata sekiranya ada pengguna yang pernah menggunakan produk yang mengandungi bahan itu kepada kanak-kanak, mereka tidak perlu risau kerana kesan tersebut tidak kekal lama.

"Pihak kementerian sedang meninjau keadaan di negara ini dan mengkaji bukti saintifik mengenai maklumat keselamatan yang baru diterima itu serta menjalankan pemantauan yang berterusan," katanya.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan akhbar bulan lepas, mengenai pengharaman oleh Britain terhadap penggunaan Bonjela bagi kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah.

Eisah berkata sesetengah persediaan yang digunakan untuk masalah dental dan melegakan pertumbuhan gigi mengandungi garam salicylate.

Beliau berkata bahan tersebut menyerupai aspirin yang dikaitkan dengan kesan Sindrom Reye's apabila digunakan pada kanak-kanak untuk merawat jangkitan virus seperti demam campak.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Eisah berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian tersebut masih belum menerima laporan tentang kesan memudaratkan berkaitan penggunaan produk berjenama Hydroxycut yang dilaporkan boleh menyebabkan masalah kegagalan hati serta mengakibatkan satu kematian di Amerika Syarikat.

"Di Malaysia, PBKD telah mendaftar satu produk dengan nama Hydroxycut sebagai ubat tradisional yang digunakan untuk mengurangkan berat badan. Walaupun ia tidak dinyatakan dalam senarai produk yang telah dipanggil balik oleh United States Food and Drug Administration (USFDA), pemegang pendaftaran di Malaysia iaitu Nutri-Active Sdn Bhd telah mengambil tindakan panggil balik produk ini secara sukarela dari pasaran," katanya.

Eisah berkata walaupun sehinggi kini tiada laporan kesan memudaratkan yang diterima oleh PBKD berkaitan dengan penggunaan produk Hydroxycut, bagaimanapun PBKD akan terus memantau perkara tersebut dengan lebih teliti dan menjalankan penyiasatan selanjutnya.

Katanya untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi pembekal, GNC Live Well (M) di talian 03-92002368 (sambungan 102, 109 dan 112), 1800 88 GNC atau e-mel kepada livewell@gncmal.com.my.

BERNAMA

Video Mengenai ASPIRIN dan Syndrom Reye

Read More “BONJELA SECARA TEORI BOLEH MENYEBABKAN SINDROM REYE”  »»

PENGHAKIMAN BERTULIS KES NIZAR LAWAN ZAMRY DI MAHKAMAH TINGGI (DWIBAHASA)

Penghakiman bertulis ialah dokumen 78 muka surat. Intipati penghakiman tersebut seperti di bawah.

Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

Fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah peruntukan untuk Sultan melantik Menteri Besar. Perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.

Mahkamah Tinggi Putuskan Sultan Tidak Boleh Pecat Menteri Besar


KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.

-- BERNAMA
=====================================================================================
Sultan Cannot Dismiss Menteri Besar From Office, High Court Rules

KUALA LUMPUR, May 18 (Bernama) -- Sultan of Perak Sultan Azlan Shah cannot dismiss Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin from his office because the latter (menteri besar) does not hold office at the pleasure of the ruler.

This is the ruling of High Court Judge Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim when he declared Mohammad Nizar as the legitimate Menteri Besar of Perak on May 11.

In his 78-page judgment released to the media Monday, Abdul Aziz said once a menteri besar was appointed, he and his executive council were answerable to the State Legislative Assembly and to no one else.

He said this was so under clauses (2), (5), (6) and (7) of Article 16 of the Perak State Constitution.

"Once a menteri besar is appointed, the menteri besar governs the state through the Executive Council and advises the Sultan on the affairs of the state provided under Article 18 (1) of the Perak State Constitution.

Justice Abdul Aziz said the Sultan would then act upon the advice except in matters where the Perak State Constitution provides that his Royal Highness may act in his own absolute discretion.

He said based on the provisions in Article 16, the said Article requires that the legislative assembly be the one to determine whether it has confidence in the menteri besar as the head of the executive council through a vote of no confidence against the menteri besar.

"It is my opinion that the dismissal of the menteri besar by His Royal Highness or by any one else is never contemplated under Article 16 (6) of the Perak State Constitution," he said.

He said clause 7 of Article 16 of the Perak State Constitution provided that except for the menteri besar, other members of the Executive Council held office at the Sultan's pleasure and they (the executive members) may be removed from office by the Sultan acting on the menteri besar's advice.

Abdul Aziz said the Sultan of Perak had met and interviewed the three state assemblymen who turned independent and another assemblyman who earlier quit Barisan Nasional (BN) but rejoined and they had informed the ruler that they had pledged their support for BN voluntarily without any coercion from any party.

Abdul Aziz, however, said although through the Sultan's enquiries, His Royal Highness had judged that Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir had the support of the majority of the members of the state legislative assembly, it did not mean that His Royal Highness could form an opinion that Mohammad Nizar had ceased to command the confidence of the majority of the assembly.

He said the Sultan's personal opinion or judgment was irrelevant to the construction of Article 16 (6) which provided that "if the menteri besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly, then, unless at his request, His Royal Highness dissolves the assembly, he shall tender the resignation of the executive council".

Abdul Aziz heard the judicial review proceedings initiated by Mohammad Nizar, 52, seeking for a writ of "quo warranto" to be issued against Zambry to show cause on what basis or authority that he (Zambry) was the rightful menteri besar. He then declared Mohammad Nizar as the rightful menteri besar after ruling that he (Nizar) had not vacated the office of menteri besar since he had not lost the confidence of the majority of the state legislative assembly.

Mohammad Nizar, was appointed menteri besar on March 17 last year after the DAP-PKR-PAS alliance won 31 seats in the 12th general election.

Both sides, however, have 28 seats each in the 59-seat assembly after three assemblymen from the alliance quit their parties to become independents and the fourth jumped back from PKR to Umno.

Sultan Azlan Shah then asked Mohammad Nizar to step down as menteri besar and swore in Zambry after declaring that Barisan Nasional had the majority in the state legislative assembly.

The Court of Appeal, on May 12, granted a stay order to Zambry and has fixed this Thursday for hearing together with Mohammad Nizar's application to set aside the stay order.

In his written judgment, Justice Abdul Aziz also said he had no doubt that the Sultan has absolute discretion with regard to the appointment of menteri besar and the withholding of consent to a request for the dissolution of the state legislative assembly.

"I never had any doubt that the exercise of royal prerogative to appoint a menteri besar pursuant to Article 16 (2) of the Perak State Constitution is solely based on personal judgment of His Royal Highness.

"And that His Royal Highness may resort to any means in order to satisfy himself and accordingly to form his judgment as to whom who is likely to command the confidence of the majority of the state legislative assembly that he can be appointed as the menteri besar to lead the executive council," he said.

Abdul Aziz however said the same thing cannot be done with regard to Article 16 (6) in deciding whether the menteri besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly.

Bernama

Read More “PENGHAKIMAN BERTULIS KES NIZAR LAWAN ZAMRY DI MAHKAMAH TINGGI (DWIBAHASA)”  »»

SENARAI CALON YANG LAYAK UNTUK PEMILIHAN

Nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang serta senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Muktamar - Calon-calon pemilihan tiga sayap utama PAS serta AJK PAS Pusat


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Pengumuman dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raya Laut pada 18 Mei bersama anggota jawatankuasanya, termasuk Timbalan Pengerusi, Ustaz Hassan Shukri.

Beliau turut memaklumkan agar penama yang dicalonkan menjawab secara bertulis borang pencalonan yang akan diserahkan sebelum 25 Mei ini.

Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diumumkan Mustafa.

DEWAN ULAMA

Pengerusi Tetap

1. Hamdan Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Mohd Nazir Zakaria

Ketua

Dato' Harun Taib


Timbalan Ketua
(2)
Hashim Jasin
Dato' Ahmad Yaakob

Naib Ketua

Dato' Mahfodz Mohamed

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama (40)

Abdullah Abdul Razak
Abd Rashid Abd Rahman
Abdullah Husin
Abdul Ghani Samsuddin
Abu Bakar Abdullah
Ahmad Awang
Dato' Ahmad Yaakob
Azizan Md Desa
Dr Badruzzaman Yusuf
Hassan Mohamood
Hashim Jasin
Dato' Husin Awang
Ismail Osman
Jaliluddin Abdul Wahid
Yahya Othman
Soied Din
Mohd Zain Abdul Rahman
Taib Azamuddin Md Taib
Nik Mohd Zawawi Salleh
Shuib Mad Amin
Salleh Sani Harun
Zulkifli Ismail
Khirul Muntanazar Ismail
Yussainee Yahya
Zulkarnain Abidin
Salehen Mukhyi
Nik Razi Nik Mat
Mohd Zainul Asri Mohd Ramli
Mohd Amir Omar
Dato' Muhammad Daud
Yaakob Husin
Hassan Alias
Nurul Khalil Rosli
Dato' Hassan Mohamad
Ismail Noh
Dr Osman Sabran
Mokhtar Sarip
Muhammad Mustafa
Zulkarnain Hassan
Mokhtar Senik

Pemeriksa kira-kira (6)

Abdul Rashid Dail
Ibrahim Omar
Isa Jantan
Khairil Saad
Mohd Noor Md Zain
Nordin Ayob


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap (2)

Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa


Ketua Pemuda
(2)
Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)

Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)

Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
Ahmad Baihaki Atiqullah
Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)

Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
Zaki Ibrahim

DEWAN MUSLIMAT PAS

Pengerusi Tetap (3)

Noraini Hussin
Nor Hashimah Deraman
Wan Hamidani Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap (6)

Faizah Ismail
Norhafizah Musa
Wan Hamidani Wan Ahmad
Rosnah Abdullah
Nor Hashimah Deraman
Aida Yusof Rawa

Ketua Muslimat (4)

Dr Asiah Ali
Azizah Khatib Mat
Nuridah Salleh
Dr Siti Mariah Mahmud

Timbalan Ketua Muslimat (4)

Azizah Khatib Mat
Siti Mariah Mahmud
Siti Zailah Yusof
Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua Muslimat (3)

Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Wan Ubaidah Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja (39)

Salamiah Mohd Nor
Dr Rosni Adam
Salbiah Wahab
Dr Najihatus Soleha Ahmad
Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Khadijah Mahmud
Maznah Taib
Toh Puah Fatimah Zainab
Wan Fatimah Wan Teh
Siti Mariam Othman
Munirah Atirah Hassan Adli
Wan Maseri
Dr Khatijah Jumangat
Wan Ubaidah Omar
Aishah Ghazali
Dr Halimah Ali
Azizah Khatib Mat
Sapinah Jusoh
Mastura Mohamad
Teh Izanuri Jamaludin
Aiman Atirah al Jundi
Nuridah Salleh
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
Kintan Osman
Wan Hasrina Wan Hassan
Zaroni Othman
Dr Siti Mariah Mahmud
Rosiah Salleh
Norlia Abdul
Norazliza Abd Laitf
Dr Asiah Ali
Nurul Huda Yusof Rawa
Norhayati Bachok
Amizan Baharuddin
Rosnah Abdullah
Nor Wani Ahmad
Norhanim Ismail

Pemeriksa Kira-kira (8)

Basmatul Uyun Yusuf
Wan Hasna Wan Ismail
Fauziah Yaacob
Farah Ahmad
Asmah Sarojee
Hasmah Durani
Norliza Abd Latif.

mr/Wan Nordin Wan Yaacob /Foto Wan Zahari Wan Salleh/harakahdaily

Read More “SENARAI CALON YANG LAYAK UNTUK PEMILIHAN”  »»

ISU RASUAH DAN POLITIK WANG DALAM PAS SEKADAR MAINAN SETERU POLITIK

Pimpinan PAS menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang. Ia hanya merupakan beberapa perkara yang negatif yang ditimbulkan supaya PAS dipandang negatif oleh umum. Apa yang dilaporkan itu adalah satu pembohongan yang sengaja diadakan untuk mengganggu perjalanan muktamar dan pengaruh PAS yang berkembang hari ini bukan sahaja di kalangan Islam tetapi bukan Islam.


PAS bebas politik wang, adunan semua golongan mantapkan parti - Presiden PAS


Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 18 Mei 2008.

Soalan : Assalamualaikum, boleh Tuan Guru perjelaskan mengenai hasil perbincangan dengan jawatankuasa Harian PAS Pusat mengenai isu dakwaan politik wang?

Tuan Guru : Bismillahirahmanirrahim, jawatankuasa harian PAS Pusat telah bermesyuarat hari ini dah telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat dan beberapa pimpinan PAS yang lain. Setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat Agung, di semua peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam PAS.

Alhamdulillah kita dapat meneruskan peningkatan parti kita, terhadap cara Islam yang melibatkan semua golongan masyarakat termasuk ulama, profesional, dan termasuk golongan pemimnpin masyarakat yang pelbagai seperti petani, nelayan, pekerja dan lain-lain. PAS mengambil sikap terbuka menerima semua pihak samada kalangan politik, NGO dan lain-lain dan kita telah berjaya mendidik dan mentarbiyah ahli-ahli kita dari atas ke akar umbi, dan dalam masa yang sama kita mendukung konsep kepimpinan ulama yang melibatkan kalangan ulama, profesional dan semua pihak di dalam PAS.

Alhamdulillah semua pihak ini berjaya memperkasakan PAS dengan konsep Islam dan dalam masa yang sama PAS telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, dan sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal dan kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang. Kita juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang.


Soalan
: Persepsi umum mungkin sedikit terpengaruh apabila melihat laporan akhbar menyentuh isu politik wang dalam PAS, apa pandangan Tuan Guru?

Tuan Guru : Pada pandangan saya akhbar perdana memainkan cara lama, seperti di masa muktamar lalu mereka timbulkan beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif
oleh umum. Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah maklumat yang bohong. Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang berjaya dibeli. Ini bukti yang nyata kejayaan kita dalam PAS.

Justeru jika wakil rakyat kita pun bersih, apatah lagi pemilihan dalam parti yang lebih halus dan teliti daripada peringkat lain. Sebab itu apa yang kita lihat adalah apa yang dilaporkan itu adalah satu pembohongan yang sengaja diadakan untuk mengganggu perjalanan muktamar dan pengaruh PAS yang berkembang hari ini bukan sahaja di kalangan Islam tetapi bukan Islam.

Soalan : Perihal politik wang nampaknya menarik minat bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen, apa reaksi Tuan Guru?

Tuan Guru : Tun masih lagi berkuasa dalam Umno dan masih belum lagi bersara, dan kita anggap kenyataan beliau macam dahulu dan kita suka Mahathir buat kenyataan lebih banyak
lagi supaya kita dapat lagi banyak sokongan daripada rakyat.

Soalan : Ada juga yang lihat perlu ada tindakan kepada yang membuat dakwaan jika mereka ini jelas tiada bukti?

Tuan Guru : Tiada kalau dan tiada kiranya sebab benda itu tidak ada.

Soalan : Bagaimana dengan akhbar yang melaporkan dakwaan itu, apakah PAS akan ambil sebarang tindakan termasuk undang-undang?

Tuan Guru : Itu kita akan kaji dari masa ke semasa sebab kita menghormati kebebasan akhbar di negara kita, dan ahli PAS faham terhadap tingkah laku akhbar itu. InsyaAllah mereka
tidak akan terpengaruh.

Soalan : Menyentuh apa yang Tuan Guru cakap dalam suatu ceramah di Bera, Pahang baru-baru ini, isu penyertaan dalam PAS di kalangan Ulama dan Profesional, boleh ulas lanjut?

Tuan Guru : Saya sebut di Bera malam itu bahawa penubuhan PAS yang digagaskan dengan ulama dan profesional dengan cara yang tiada tinggi rendah antara satu sama lain, di mana yang
menubuhkan PAS ini bukan setakat Dato' Haji Ahmad Fuad, Dr Burhanuddin Al Helmy; termasuk juga Dr Haji Abbas Alias; melibatkan juga Aminuddin Baki, Professor Ahmad Ibrahim;
Professor Ungku Omar. PAS juga menerima kalangan bukan terpelajar dan juga menerima samseng kita juga terima, Nabi juga menerima semua golongan, penyamun dan sebagainya yang
akhirnya menjadi orang Islam dan ditarbiyah dan dididik dan mereka ini akhirnya menjadi orang Islam yang soleh. Inilah kejayaan kita dalam PAS sepanjang perjalan kita sebab itu kita berjaya megwujudkan satu suasana politik yang sihat. Walaupun mereka yang berasal usul Umno masuk PAS, bila masuk PAS mereka bersama dan berlaku amalan politik yang sihat, dan kita bebas dari amalan politik wang atau rasuah dan lobi yang kotor yang berlaku dalam Umno. Saya sebut juga di situ gembar-gembur yang ditimbulkan oleh pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak bergaduh sebenarnya kita susun perabut rumah kita, itu biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa
yang berlaku masing-masing beri pandangan dan hujah dan ahli kita matang dalam menentukan di mana perubahan yang hendak kita lakukan dalam muktamar akan datang. Adunan kesemua itu sangat baik kepada PAS.

Soalan : Menyentuh muktamar, tuan guru diumumkan sekali lagi menang tanpa bertanding jawatan Presiden, mungkin ada ucapan kepada ahli dan perwakilan?

Tuan Guru : Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS seleuruh negara yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin, dan saya anggap itu
sebagai satu amanah yang sangat berat...(sambil menitiskan airmata) walaupun saya dalam keuzuran tetapi adalah tidak baik untuk saya melarikan diri daripada amanah yang telah
diserah ini. Saya anggap ini satu penghargaan yang sangat mulia yang diberi kepada saya dan saya janji akan tunaikan amanah ini dengan cara yang lebih baik lagi. Dan insyaAllah saya yakin akan didukung oleh rakan-rakan yang bakal dipilih dalam muktamar nanti, dan saya percaya bahawa pemilihan ini walaupun ada yang tak dipilih atau sekalipun dipilih pada saya itu ialah giliran menjalankan tugas dan ia bukan amalan mencantas yang berlaku dalam amalan politik parti lain. Bagi saya saya bersedia bekerja dengan semua kalangan yang dipilih oleh muktamar, sepanjang saya berada dalam PAS dari zaman Dato Asri Muda sehingga kini telah mendidik saya dengan semua pihak yang ada dalam PAS ini, bukan sahaja yang dipilih di kalangan ulama atau profesional bahkan tidak ulama atau tak profesional ini pernah jadi pemimpin PAS tetapi
mereka ini cukup berpengaruh dalam masyarakat, inilah yang mengajar saya adunan yang bermacam dalam PAS ini menjadikan PAS sebuah parti yang mantap.


Soalan : Harapan Tuan Guru dalam pemilihan ini akan datang persaingan cukup sihat?

Tuan Guru : Walaupun media arus perdana cuba nak timbulkan kegelisahan dalam PAS dan sedikit sebanyak ada perasaan itu saya harap kenyataan saya ini yang lebih mereka boleh
percayai mereka akan menolak sebarang maklumat yang bohong dan palsu yang disebar oleh media arus perdana yang dikuasai BN, kita diajar dalam AlQuran : Maksudnya "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita yang dibawa oleh orang yang fasik, termasuk orang yang tak jelas dari segi keikhlasan dia kamu hendaklah menyelidik terlebih dahulu
supaya kamu tidak bertindak terhadap orang lain dan membawa penyesalan kepada kamu"


Saya percaya ahli PAS yang sudah terdidik ini dapat melaksanakan perintah Allah dengan cara yang terbaik, walaupun masyarakat dipengaruhi oleh akhbar yang tidak bebas yang dicucuk hidung untuk lakukan apa sahaja dan kadang-kadang digunakan sewenangnya dengan cara yang salah dengan maklumat yang bohong. Kita percaya pendukung PAS tidak akan terpengaruh dengan permainan media ini sebagai mana mereka tidak terpengaruh dengan media arus perdana dalam masa pilihan raya apa lagi ketika ini.

Soalan : Saranan kepada perwakilan dan ahli yang akan bermuktamar pada 5 hingga 7 Jun ini?

Tuan Guru : Saya kagum dengan muktamar yang lalu di Ipoh walaupun sebelumnya digembar-gemburkan seolah-olah berlaku krisis yang hebat dalam PAS, tetapi kita dapat adakan muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang sehingga mereka sendiri hairan dan tidak dipengaruhi oleh cara yang tidak bersopan itu, dan saya percaya sokongan kepada PAS meningkat lagi dan kematagan mereka akan bertambah lagi. Selamat bermuktamar..

Sumber: politiksukusakat

Read More “ISU RASUAH DAN POLITIK WANG DALAM PAS SEKADAR MAINAN SETERU POLITIK”  »»

DR HARUN TAIB DAN DR MAHFODZ MENANG TANPA BERTANDING

Harun Menang Tanpa Bertanding Ketua Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Dewan Ulama manakala Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Dewan Ulama.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Mustafa Ali berkata jawatan timbalan ketua Dewan Ulama menyaksikan penyandangnya, Anggota Dewan Undangan Negeri Sanglang Hashim Jasin berdepan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

"Seramai 41 orang dicalonkan untuk bertanding 12 jawatan ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan senarai pencalonan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas di sini hari ini.

Beliau berkata jawatan ketua Dewan Pemuda PAS pusat pula akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Nasrudin Hassan dan Zaki Ibrahim.

Seramai lima orang akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan ketua Dewan Pemuda Pas antaranya setiausaha Dewan Pemuda Ahmad Shabki Yusof yang akan bertanding untuk dua jawatan lagi iaitu Timbalan Ketua dan Naib Ketua, katanya.

Mustafa berkata jawatan naib ketua Dewan Pemuda pula akan menyaksikan lima calon bertanding termasuk anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu Azman Shapawi Abd Rani akan bertanding bagi mempertahankan jawatannya sebagai naib ketua Dewan Pemuda Pas dan seramai 45 orang dicalonkan bertanding sebagai ahli jawatankuasa pusat Dewan Pemuda, katanya.

Beliau berkata bagi jawatan ketua Dewan Muslimat pula empat orang dicalonkan iaitu Nuridah Mohd Salleh, Dr Mariah Mahmud, Dr Asiah Ali dan Azizah Khatib Mat.

Seramai empat orang akan bertanding jawatan timbalan ketua, termasuk penyandangnya, Wan Hasrina Wan Hassan.

Dr Siti Mariah dan Azizah yang dicalonkan untuk jawatan ketua, turut dicalonkan bagi merebut jawatan timbalan ketua Dewan Muslimat bersama dengan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof.

Sementara itu, bagi jawatan naib ketua Dewan Muslimat akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Zailah dan anggota Exco kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Omar, kata Mustafa.

Seramai 39 orang dicalonkan untuk merebut 12 tempat sebagai anggota jawatankuasa pusat Dewan Muslimat termasuk anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dan anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, katanya.

Beliau berkata semua calon mesti menjawab penerimaan pencalonan selewat-lewatnya pada 25 Mei ini.

Pemilihan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS akan diadakan pada 4 Jun ini sementara pemilihan Dewan Ulama Pusat PAS akan diadakan keesokan harinya di Shah Alam.

Bernama

Read More “DR HARUN TAIB DAN DR MAHFODZ MENANG TANPA BERTANDING”  »»

HUJAH MANTIK DAN LOGIK KETUA PENERANGAN PAS MENGENAI ISU MB HARAM DI PERAK

Kitaran ganas: culik ADUN cara paksa perbuatan HARAM, ambil kuasa cara HARAM, lantik MB HARAM, lantik Speaker HARAM, terima GAJI HARAM, segala tanda tangan DOKUMEN jadi HARAM (tak SAH), KERAjaan HARAM, menipu rakyat dengan maklumat bohong hukumnya HARAM, cuba cari justifikasi untuk kekalkan kuasa cara HARAM dan pelbagai tindakan HARAM akan menyusul lagi.


"Undi tidak percaya hanya dibuat kepada Menteri Besar yang sah. Tidak pernah berlaku undi tidak percaya dikemukakan kepada bekas Menteri Besar atau kepada orang lain yang bukan Menteri Besar. Ini bermakna usul undi tidak percaya jika berlaku adalah satu pengiktirafan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sebenar.

Dan sekiranya Nizar berjaya disingkirkan melalui undi tidak percaya, ini bermakna Zambry kena mengangkat sumpah semula kerana sumpah yang lama itu tidak sah hukumnya. Mana mungkin seseorang Menteri Besar itu dikenakan undi tidak percaya selepas Menteri Besar baru dilantik, melainkan dilantik Menteri Besar baru sesudah Menteri Besar lama dijatuhkan. Sumpah yang lama itu tidak laku, tidak sah dan haram."

Apabila yang haram jadi Menteri Besar



Dato' Mahfuz Omar
Mon | May 18, 09 | 1:43:43 pm MYT

MINGGU lepas suasana politik negara kita agak aneh. Dalam suasana tegang kerana penyalahgunaan pasukan keselamatan untuk menjaga 'keselamatan' kuasa politik Umno/BN, tiba-tiba 13 tahanan ISA dibebaskan.

Saya amat kesal sekali dengan kejadian pencerobohan oleh satu kumpulan yang dikatakan 'pasukan keselamatan' ke atas Dun Perak, sedangkan di luar pejabat SUK Perak, sejumlah polis sedang menyekat kebebasan rakyat untuk bergerak, berhimpun dan berpendirian politik.

Saya rasa ini kali pertama dalam sejarah negara kita sidang Dun dicemari oleh penceroboh yang bersenjata. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya BN tidak melakukan rampasan kuasa pada Februari 2009 lalu. Rampasan kuasa ini walaupun kelihatan seperti mendapat restu istana, tetapi rakyat telah membuat penghakiman bahawa ia adalah sesuatu yang tidak baik.

Kerana pendirian tegas rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menolak politik ugut, culik, paksa dan rasuah yang diamalkan oleh Umno/BN, maka ketika bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti, pemimpin BN mempertikaikannya. Bahkan, Najib Razak awal-awal sudah membayangkan kemungkinan BN tidak bertanding. Sebabnya hanya satu... takut kalah lagi.

Dalam keadaan politik ketakutan ini, nampaknya M Manoharan, Adun Kota Alam Shah lebih licik apabila beliau membuat ugutan untuk meletakkan jawatan jika tidak dibebaskan daripada tahanan ISA. Kerana terlalu takutkan pilihan raya kecil, Najib Razak tidak ada pilihan melain membebaskan Manoharan. Dua belas yang lain mendapat "durian runtuh" daripada pembebasan ini. Cerita tentang Penanti dan ISA ini menyinggung hidup saya kerana saya pernah ditahan ISA dan pernah juga bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang Dun Penanti terletak di dalamnya.

Kerana sindrom takutkan pilihan raya atau lebih tepat lagi takutkan penghakiman rakyat, BN melakukan taktik kotor untuk mendapatkan kuasa. Dulu mereka merampas kerajaan Perak, baru-baru ini mereka melakukan rampasan jawatan Speaker Dun Perak secara tidak berperlembagaan. Keadaan sudah menjadi kecoh kerana Dun Perak tidak dapat bersidang dengan baik dan sempurna, bahkan dianggap tidak sah.

Umno/BN terpaksa mengadakan sidang tegesa-gesa ini untuk mengelakkan Dun terbubar dengan sendiri kerana sudah hampir enam bulan tidak bersidang. Dan mereka berusaha dengan cara yang jahat untuk menlantik Speaker haram, R Ganesan dengan tujuan membolehkan mereka mengemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Telahan mereka memang tepat kerana selepas sidang tersebut, mahkamah telah mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Maknanya Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar haram!

Kini Umno tidak ada jalan lain kecuali memperalatkan mahkamah untuk menjatuhkan Nizar. Masalahnya kedudukan Speaker Dun masih tidak jelas. Jika Dun brsidang juga, ia akan menimbulkan keadaan politik yang lebih kecoh terutama sekiranya undi tidak percaya dibuat. Bukan soal Speaker, tetapi tentang kedudukan Zambry Abdul Kadir.

Jika BN membuat usul undi tidak percaya kepada Nizar, maka dengan sendirinya mereka memperakui bahawa tindakan mereka merampas kuasa dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan haram di sisi undang-undang. Kerja buat Zambry sebagai Menteri Besar semenjak 6 Februari 2009 adalah haram juga. Gaji yang diambil oleh Zambry juga haram. Di mana maruah dan air muka Zambry sebagai Menteri Besar haram dalam isu ini. Ia bukan soal pandangan rakyat atau pendirian mahkamah, tetapi pengakuan Umno/BN sendiri yang akan dibuat melalui undi tidak percaya itu.

Undi tidak percaya hanya dibuat kepada Menteri Besar yang sah. Tidak pernah berlaku undi tidak percaya dikemukakan kepada bekas Menteri Besar atau kepada orang lain yang bukan Menteri Besar. Ini bermakna usul undi tidak percaya jika berlaku adalah satu pengiktirafan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sebenar.

Dan sekiranya Nizar berjaya disingkirkan melalui undi tidak percaya, ini bermakna Zambry kena mengangkat sumpah semula kerana sumpah yang lama itu tidak sah hukumnya. Mana mungkin seseorang Menteri Besar itu dikenakan undi tidak percaya selepas Menteri Besar baru dilantik, melainkan dilantik Menteri Besar baru sesudah Menteri Besar lama dijatuhkan. Sumpah yang lama itu tidak laku, tidak sah dan haram. Walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun kedudukan Zambry tetap haram.

Sekiranya Zambry memilih untuk menjatuhkan Nizar melalui undi tidak percaya dan dia mengangkat sumpah semula, ini bermakna Zambry memilih untuk memalukan Tuanku Sultan Perak. Baginda sudah tentu berasa malu kerana tindakan baginda memanggil Zambry mengangkat sumpah dahulu dianggap tidak sah, sedangkan baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Proses mengenakan undi tidak percaya ini dalam apa keadaan pun akan memalukan Sultan Perak. Pertama, baginda akan tercemar kerana telah melantik Zambry secara haram; kedua, baginda mendapat malu kerana mahkamah telah memutuskan Nizar yang dipecat oleh baginda sebagai Menteri Besar yang sah; dan ketiga baginda akan dimalukan lagi apabila Dun tidak mengiktiraf keputusan baginda dengan membuat usul tidak percaya kepada Nizar.

Dalam apa keadaan pun, baginda akan tercemar kerana permainan politik kotor BN yang didalangi sendiri oleh Najib Razak.

Tuanku Sultan Perak hanya ada satu pilihan untuk membersihkan nama baginda dan memulihkan keyakinan rakyat kepada istana, sekali gus menamatkan krisis politik ini iaitu dengan memperkenankan permohonan membubarkan Dun.

Semua pihak sudah sepakat supaya Dun dibubarkan. Pemimpin MCA dan Gerakan sudah membuat pendirian, Tengku Razaliegh juga telah memberi pandangan. Suhakam dan pengamal undang-undang juga mahukan Dun dibubarkan sebagai jalan keluar. Yang tidak mahu kerana percaya BN akan kalah hanyalah Tun Dr Mahathir.

Pemangku Sultan Perak sudah memberitahu bahawa istana berada di atas politik. Maknanya baginda tidak memihak. Sebagai ketua negeri, sudah tentu baginda mengutamakan rakyat Perak. BN berkata mereka mendahulukan rakyat juga dan inilah masa untuk membuktikannya. Jika Sultan Perak mengikut pendapat Mahathir yang tidak mahu pilihan raya, baginda akan dilihat memihak. Tetapi jika baginda membubarkan Dun semua rakyat akan berpuas hati kerana hak memilihkan kerajaan dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan membeli wakil rakyat.

tajdid/harakahdaily

Read More “HUJAH MANTIK DAN LOGIK KETUA PENERANGAN PAS MENGENAI ISU MB HARAM DI PERAK”  »»

TANPA BUDAYA SUAPAN, ADA PUAK YANG TAK BOLEH CARI MAKAN

Tanpa budaya suapan atau sogokan, terdapat puak-puak tertentu yang tidak lagi dapat "cari makan"di Selangor dan mungkin terpaksa ke negeri lain yang ditadbir oleh BN. Foto kiri Yb Eli Wong sedang berucap dan foto kanan ialah En Hu Pang Chau, Presiden Kelab Penyokong PAS Pusat.

Tiada lagi budaya suapan projek di Selangor


Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Anggota Exco, Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

Image "Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.

Foto & teks mj/ Zuharman MN/harakahdaily

Read More “TANPA BUDAYA SUAPAN, ADA PUAK YANG TAK BOLEH CARI MAKAN”  »»

PAS PINGGIRKAN MELAYU SEBAB TIDAK DIWUJUDKAN KELAB PENYOKONG MELAYU

Kelab Penyokong PAS, perpaduan nasional tanpa Melayu? PAS memang pinggir Melayu??!!

Seolah-olah isu itu yang ingin di bangkitkan oleh Sdra Hasbullah Pit dalam blognya:
http://hasbullah.pit.my/2009/05/kelab-penyokong-pas-perpaduan-nasional.html

  1. Sdr Hasbullah menyatakan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merupakan platform "bukan Islam" sahaja yang tidak mengintegrasikan kaum Melayu ke dalamnya, maka adakah bertepatan dengan peranan Lajnah tersebut.


    Saya selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan dan sikap ambil berat saudara Hasbullah.. Sikap beginilah antara kaedah yang dapat menyubur serta merangsang perkembangan-pertumbuhan PAS sehingga mampu merentasi semua kelompok massa di Malaysia bagi maksud mencapai matlamat suci PAS.


  2. Ada beberapa isu yang ditimbulkan. Pertama, isu kenapa ada bebarapa jenis Kelab Penyokong PAS (KPP): KPP Cina, KPP India, KPP Iban, KPP Siam dsb TETAPI tidak wujud Kelab Penyokong PAS Melayu.

  3. Semua rakyat Malaysia yang beragama Islam samada Melayu, Tionghua, India, Iban, Siam dll yang berminat untuk bersama dalam organisasi PAS BOLEH TERUS menjadi AHLI PAS dan terlibat dalam semua aktiviti PAS (sila rujuk Perlembagaan PAS).




  4. Ini Berbeza dengan kedudukan Non Muslim. Non Muslim yang sudah bersama dengan PAS belum boleh menjadi ahli PAS yang sepenuhnya kerana belum ada peruntukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru pimpinan PAS mahu meraikan penyokong-penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Melayu belum Islam yang sudi mencurahkan sumbangan bakti kepada PAS dengan lebih berkesan dan meluas. Mereka terpikat dengan perjuangan PAS setelah mengkaji prinsip perjuangan PAS. Mereka faham ideologi perjuangan PAS. Mereka dapat membezakan PAS dengan UMNO yang mana sekian lama UMNO mereka kenali sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional. Mereka sudah kenal siapa itu UMNO, halatuju UMNO serta dasar perjuangannya. Mereka sudah dapat menyelami hati perut orang UMNO/BN. Mereka sudah masak dengan tipu helah UMNO/BN. Mereka sudah muak dengan kepincangan pemerintahan UMNO/BN dan menanti-nanti corak pemerintahan alternatif. Benarkah di sana terdapat “politik bersih”? Boleh wujudkah pemerintahan tanpa rasuah? Mungkinkah menjadi kenyataan di mana kaum Melayu yang memerintah akan berlaku adil kepada semua kaum. Mereka sedia maklum Perlembagaan Malaysia. Mereka tahu konsep Raja Melayu. Namun mereka mahu biarlah pihak yang memerintah itu bersikap adil dan membela semua kaum, bangsa dan agama. Mereka sudah letih dianggap seperti melukut di tepi gantang oleh UMNO / BN. Keperluan asas kaum ini tidak diperjuangkan dan dibela oleh ketua masing-masing yang berada dalam MIC, MCA dll.


  5. Justeru, mereka melihat sinar harapan pada sebuah parti politik yang dilihat konsisten dan berpegang kepada prinsip dan ikhlas berjuang untuk semua kaum dan rakyat di Malaysia. Mereka tertarik dengan slogan PAS FOR ALL, PAS untuk semua yang telah dilancarkan oleh Timb. Presiden PAS pada September 11 2007, satu gagasan perpaduan dan integrasi kaum yang dibawa oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat di bawah Dr Mujahid Yususf Rawa. Saya sendiri selaku Pengarah Program Pelancaran PAS FOR ALL telah dipertanggunjawabkan untuk mengadakan pertandingan logo PAS for ALL yang mana penyertaannya terbuka kepada yang berminat dari dalam dan luar negara.


  6. PAS untuk semua membawa maksud PAS untuk orang kaya, PAS UNTUK ORANG MISKIN, PAS untuk orang bandar, PAS untuk orang desa/bagan/estat, PAS untuk orang Melayu, Cina, India, IBAN, Kadazan dll.


  7. Mereka dapat merasakan kejujuran dan kehangatan kasih sayang serta kemesraan 'orang' PAS. Mereka mula menaruh kepercayaan dan seribu harapan kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) sebagai tunggak dan tempat berteduh mereka. Ada di antara kaum bukan Melayu belum Islam ini yang lebih ke hadapan dan agresif, mahu menyusun strategi bagi meyakinkan seramai mungkin kaum kerabat, sahabat handai serta kenalan mereka untuk bersama-sama menyokong parti yang faham aspirasi serta dapat memperjuangkan nasib / masa depan mereka. Mereka mahu bersama organisasi PAS. Maka, dengan kesedaran ini, PAS menyediakan satu wadah untuk semua yang telah terpanggil untuk bersama-sama PAS melalui KELAB PENYOKONG PAS. Inilah tujuan asal kelahiran Kelab Penyokong PAS.


  8. Bagi kaum Melayu yang sudah sedar kepincangan yang dibuat oleh UMNO/BN mereka boleh terus masuk menjadi PAS. Bukan sebab PAS tidak mahu mewujudkan KPP Melayu tetapi ia tidak menjadi satu keperluan.


  9. Isu Kedua: Lajnah Perpaduan Nasional seolah-olah tidak mampu mengintegrasikan kaum-kaum yang wujud di Negara ini kerana setiap kaum hanya merancang serta melaksanakan program yang berkisar di kalangan kaum masing-masing.


  10. Kita semua perlu faham sejarah Malaysia. Suka atau tidak, terima atau tidak kita harus akur dengan realiti bahawa semenjak zaman penjajah hingga ke hari ini dan akan diteruskan oleh UMNO/ Barisan Nasional (dulu, kini, selamanya) kaum-kaum di Malaysia dikendalikan dengan cara: pecah dan perintah atau divide and rule. Orang Melayu di kampung-kampung, orang India di estate dan ladang, orang Cina di bandar dan lombong bijih timah. Mereka terpisah daripada peringkat awal lagi dan sistem pendidikan telah menyempurnakan pengasingan/ pemisahan ini sehingga timbul gejala saling tidak memahami bahasa, budaya, agama dan pantang larang antara kaum-kaum yang wujud di Malaysia. Timbul syak wasangka, curiga mencurigai serta SALAH tanggapan DI ANTARA satu sama lain. Anak-anak yang berbilang kaum dan bahasa ibunda dihantar ke sekolah yang berlainan sistem pendidikan dan ini menjadi salah satu faktor utama wujudnya polarisasi kaum serta kurangnya perpaduan dan integrasi nasional.. UMNO membawa konsep ketuanan Melayu yang sukar di telan oleh kaum-kaum lain. UMNO cuba, memujuk kaum-kaum lain dengan beberapa taktik seperti menjaga kepentingan peribadi beberapa individu penting yang berpengaruh dalam satu-satu kaum yang mereka mahu kuasai. Taktik itu dapat bertahan berdekad-dekad sehinggalah makin ramai kaum Cina dan India yang menyedari bahawa pemimpin mereka tidak membela hak serta kepentigan majoriti kaum mereka sendiri.


  11. Tarikh keramat 8.3.2008 merupakan titik permulaan lahirnya kematangan non-Malay, non-Muslim: satu ledakan kesedaran bahawa mereka perlu 'mengajar' parti yang telah 'menipu' mereka ( these political parties must be taught a lesson). Sesungguhnya calon PAS menjadi pilihan undi mereka. Bukan Melayu yang tidak beragama Islam sudah tidak boleh lagi di takut-takutkan oleh UMNO/BN dengan 'fear and scare tactics' bahawa mereka akan dipaksa masuk Islam, dihukum dengan sistem hukuman dalam Islam seperti di 'potong' tangan dan sebagainya. Semua maklum "spin doctors" UMNO/BN menggambarkan sekiranya PAS memerintah, PAS akan melaksanakan hukum Islam dan yang paling tertonjol ialah hukum hudud. Ianya diperlihatkan begitu kejam dan ketinggalan zaman. Apabila golongan non-Muslim mengkaji apa itu hukum Islam yang digembar-gemburkan, khususnya apa itu hudud dan kenapa hukum hudud dilaksanakan, apa baik buruknya mereka menemui jawaban kepada soalan-soalan asas ini. Mereka yang pada asalnya takut kepada hukum hudud itu adalah orang yang sekarang mahu membantu PAS menerangkan isu hukum hudud kerana mereka faham falsafahnya serta yakin dengan kemampuannya menangani masalah sosial dan jenayah.


  12. Fenomena ajaib sudah berlaku. Orang bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai satu sistem pemerintahan seperti mereka boleh menerima kewujudan masjid dan bacaan doa sebelum memulakan majlis. Rintihan serta suara hati mereka ialah 'kami wujud, kami juga manusia, Kami juga ada keperluan, kami juga lahir di bumi Malaysia ini'.


  13. Persoalan yang ditimbulkan oleh Sdra Hasbullah di mana beliau ingin melihat ahli KPP dan ahli PAS sama-sama kerja, pasang turun bendera, buat itu dan ini bersama maka barulah diakui perpaduan sebenarnya.


  14. Untuk menjawab soalan tersebut kita harus memahami secara mendalam konsep qudwah, dakwah fardhiyyah, dakwah dan siyasah, Kita harus mengerti sunnah perubahan bahawa ianya satu proses yang mengambil masa, satu evolusi dan bukan revolusi serta perlu melalui langkah-langkah kritikal. Pimpinan PAS yang mahu memimpin kelompok yang lebih besar dan menyeluruh harus mampu menyelami nilai dan paksi hidup pelbagai kelompok, bukan hanya berligar di sekeliling orang-orang yang sudah memahami perjuangan Islam (PAS). Pimpinan PAS di semua peringkat mesti mendekati semua kelompok dan terjun ke kancah masyarakat, menyaksi sendiri denyutan nadi kelompok yang mahu dipimpin, spektrum mad'u dalam jaringan pengaruhnya. Pimpinan PAS harus faham apa yang menggamit hati seorang insan sehingga timbul keinginan untuk bersama PAS, dan apa yang akan membawa mafsadah besar lantaran menutup terus pintu dakwah siyasah. Ini sudah tentu adalah malapetaka yang timbul kerana pendekatan gopoh-gapah dan kurang sabar, kurang cermat dan kurang berhemah sesetengah pihak sehingga timbul kekeliruan yang menyesatkan golongan sasaran non Malay, non Muslim.


  15. Pada pendapat saya yang perlu tampil ke hadapan dalam ertikata memulakan “engagement” serta hubungan yang erat dan berkesan dengan orang non-Malay, Non Muslim ialah orang PAS itu sendiri lebih-lebih lagi pimpinan PAS, bukan sebaliknya. Kita tidak harus samasekali mengharapkan ahli Kelab Penyokong PAS bersama-sama angkat barang, anjur program, pasang bendera dsb. Pertamanya, adakah pimpinan PAS kawasan, Dewan-dewan pernah menjenguk rumah-rumah mereka, mengambil tahu hal ehwal serta menjaga kebajikan mereka? Pendek kata adakah pimpinan PAS yang mendokong Islam yang disebut sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin), di semua peringkat telah memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab menawarkan serta menghidangkan Islam sebagai rahmat, penyelesai masalah kepada orang Melayu, orang Cina, orang India nun di luar sana? Bagaimana orang-orang awam di luar gelanggang / medan akan tahu, memahami dan menerima perjuangan PAS sekiranya kita hanya syok sendiri berlegar dalam zon keselesaan dan mengulangi apa yang kita sudah lakukan bertahun-tahun tanpa menerobos serta menembusi pasaran baru, “the blue ocean strategy” yang lebih luas di luar sana.?


  16. Manusia hanya akan dapat disatukan dengan kebaikan, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa Islam. Rakyat akan merasa nikmat sebenar apabila manusia menghayati prinsip hidup universal yang dibawa oleh Islam tanpa mengira kaum atau bangsa. Pendek kata perpaduan yang sebenarnya hanya akantberhasil dengan 'critical mass' sesebuah masyarakat termasuk non Muslim menerima Islam sebagai panduan hidup bermasyarakat.

  17. AKHIR sekali, saya berpesan kepada diri saya dan semua yang berada dipersada perjuangan “kalimatullah hiya ‘ulya” apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang yang berkesan dan akan menghasilkan impak yang maksima serta output dalam bentuk “rijal” yang berkualiti dalam kuantiti yang semaksimum mungkin??!!

Read More “PAS PINGGIRKAN MELAYU SEBAB TIDAK DIWUJUDKAN KELAB PENYOKONG MELAYU”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com