Pray For MH370

Pray For MH370

YB Dr Hjh Halimah di BERSIH 3.0

Itu sahaja!! Duduk dan bantah.
Saya memang berada di situ. Saya menyaksikan sendiri. Orang muda orang tua. Orang sihat bahkan ada orang asthma yang duduk di tepi kedai untuk mengumpulkan tenaga dan melapangkan pernafasan.
Ramai orang muda. Melayu, Cina , India. Semua ada belaka. Saya bersama PA berjalan ke Jalan Raja Laut mengikut arus orang ramai. Ada polis traffik. Semua tenang. Tidak ada kebencian.
Tidak ada kebiadaban. Tidak ada kekacauan. Jalan beradab.

 Hanya setelah disemburkan oleh FRU dengan air kimia pemedih mata dan kulit ke arah orang ramai yang berhimpun berkongsi satu kerisauan iaitu sistem pilihanraya yang ADIL DAN BERSIH.
Salahkah rakyat mahukan sesuatu yang bagus?!
Tidak betulkah anak muda yang mahukan sistem memilih pemimpin yang membuat dasar negeri dan negara mereka melalui satu sistem pilihanraya yang bersih, telus dan profesional?

Apabila setelah keperitan, sesak nafas disembur dengan pemedih mata. Kanister yang mengandungi kimia beracun ini menyebabkan sesak nafas, pedih mata serta kulit dan hidung. Maka bertempiaranlah Melayu, Cina, India kerana semuanya merasa kesan semburan tersebut. Fenomena ini mencetus fitrah baik manusia di mana mereka berkongsi garam, menghulurkan air untuk disiram ke mata teman seperjuangan baru yang tidak dikenali pun sebelum ini.
Fitrah manusia yang inginkan kebaikan. Ini yang gagal difahami pemerintah yang sedang dikemudikan oleh REJIM UMNO-BN

Saya akhirnya bersama-sama dengan pimpinan PAS Pusat singgah di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut KL.
Tuntutan BERSIH adalah PATUT, RASIONAL dan TEPAT serta disokong oleh semua rakyat yang WARAS

Read More “YB Dr Hjh Halimah di BERSIH 3.0”  »»

SEKADAR SUSPEK, BELUM DIHUKUM SUDAH LETAK JAWATAN

Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan

   
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam.
   
Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
   
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.
   
Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.
   
Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
   
Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.
   
Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.
   
Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.
   
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.
   
Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta).

- Bernama/ MALAYSIAKINI

Read More “SEKADAR SUSPEK, BELUM DIHUKUM SUDAH LETAK JAWATAN”  »»

AMALAN RASUAH DI MALAYSIA BUKAN SATU ILUSI ATAU PERSEPSI ..

Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah
   
Datuk Paul Low  Presiden Transparency International-Malaysia


Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa.
Presiden Transparency International-Malaysia, menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan.

Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia.

Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah
anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?"

Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas.

azlan"Ini adalah satu soalan 'sebenar' - ia bukannya mengenai persepsi (rasuah) - (jawapannya) sama ada 'ya' atau 'tidak'.

"Saya tunjukkan kepada anda (data ini) kerana ini mencerminkan realiti, bukannya apa yang orang panggil 'persepsi'," kata Low dalam sidang akhbar ketika mengumumkan indeks tersebut.

Low berkata beliau membangkitkan perkara itu bagi menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kos ekonomi.

Daripada syarikat-syarikat yang dikajiselidik, 39 di Malaysia menjawab secara afirmatif dan 39 menjawab negatif. Baki 23 lagi berkata mereka tidak tahu, atau tidak menjawab soalan.

Malaysia mempunyai nisbah tertinggi syarikat - 50 peratus - yang menjawab 'ya' kepada soalan tersebut.

Ini berbanding dengan 47 peratus di Indonesia, 36 peratus di India, 30 peratus di Amerika Syarikat, 27 peratus di China, 24 peratus di Nigeria, 17 peratus di United Kingdom, 10 peratus di Hong Kong, 9 peratus di Singapura - dan yang paling rendah - 2 peratus di Jepun.


Kajiselidik yang sama juga mendapati 75 peratus daripada syarikat Malaysia percaya bahawa usaha anti-rasuah kerajaan dalam sektor swasta adalah tidak berkesan, meletakkannya di kedudukan keempat.

Sumber: Malaysiakini

Read More “AMALAN RASUAH DI MALAYSIA BUKAN SATU ILUSI ATAU PERSEPSI ..”  »»

ROADMAP HALATUJU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN SELANGOR


Read More “ROADMAP HALATUJU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN SELANGOR”  »»

ADAKAH SEKADAR PRODUK "SYARIAH- COMPLIANT"?

Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?



Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini.

Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam.

Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian.

Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri.


Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah.

Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan ‘Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam’ ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.

Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu ‘industri berorientasi pencegahan’ atau ‘prohibition-oriented industry’.

Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan mengelakkan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan ‘haram’.

Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam.

Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang ‘regulator’ dan seorang penasihat Syari’ah punya perspektif masing-masing.

Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali ‘Apa itu Kewangan Islam’? Lebih penting,‘Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara’?

Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari’ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan.

Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi.

Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai ‘Maqasid Syari’ah’ itu sendiri khasnya ‘Pemeliharaan Harta’ atau Hifzul Maal.

Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai ‘Maqasid Syariah’atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni ‘Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability).

Sudah sampai waktunya satu ‘penilaian kritikal’ dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa.

Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat).  Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat “Mutaghayyirat”.

Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat  anjal (flexible) dan berdaya-maju (dyamics).

Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai.

Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir.

Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity).

Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya.

Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk  sector perbankan,insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif  yang “Patuh-Syariah” atau “Syariah-Compliant”.

Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran – skilled human capital.

Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya ‘Syariah-Compliant’ dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah.

Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai’ Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia.

Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan “Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana ‘aqadnya’.

Badan ini mengenalpasti bahawa ‘Aqad’ atau ‘Contract’ yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad ”Bai Al-Inah” yang sifat kewangannya ialah “Ribawi” atau ‘riba-based financing’.

Pembelian semula asset oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi.

Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya.

Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini.

Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai ‘Moral Compass’ yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat.

Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran.

Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam.

Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatanrasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi.

Kejatuhan kedudukan dalam ‘Indeks Persepsi Rasuah’ (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita.

Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam danEkonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan.

Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan sahaja ‘komplian-syariah’ atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd.

Selama skandal NFC menjadi ‘lambang penularan tadbir-urus buruk’ yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasadan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian ‘perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah’, maka cita-cita Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut.

 Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor


Sumber: Harakahdaily

Read More “ADAKAH SEKADAR PRODUK "SYARIAH- COMPLIANT"?”  »»

TAKTIK BARU MERAYU SOKONGAN RAKYAT

Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis

KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti. “Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati. “Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?” tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan. Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.

Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf, longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan. Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa. “Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati,” katanya.


 Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka. Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa. Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan. “Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini,” tegasnya.

Sumber: harakahdaily

Read More “TAKTIK BARU MERAYU SOKONGAN RAKYAT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com