Setiap rumah dicadangkan agar memiliki buku yang berjudul "PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN" yang kulit depannya seperti di atas, terbitan ILBS (International Law Book Services), samping buku-buku lain dalam perpustakaan di rumah anda. Buku Perlembagaan Persekutuan sehingga 10 Mac 2006 memuatkan undang-undang tertinggi di negara kita, yang dengannya terbatal undang-undang lain sekiranya bercanggah dengan perlembagaan ini ( Perkara 4, fasal 1). Betapa hebatnya undang-undang Malaysia. Habis di mana letaknya undang-undang alQuran?
Kitab suci di bawah ini, semestinya dan sewajarnya memang sudah terdapat di setiap buah rumah dan pejabat rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bukan setakat buku rujukan , ia juga buku panduan atau petunjuk untuk tetap berada di jalan yang lurus atau manual bagi mereka-mereka yang ingin bukan setakat berjaya serta bahagia di "world" ( perkataan yang digunakan oleh Sdr Mawi Ani semasa peringkat awal kerjaya beliau dalam bidang seni). Malah lebih penting lagi untuk kekal bahagia dan tidak rugi di akhirat.
MESTI MILIKI / MUST HAVE
MANIFESTO BARISAN NASIONAL PRU 12: intipati
Nampaknya banyak pihak sudah lupa dengan MANIFESTO BN PRU 12. BN masih memerintah Malaysia. Ia cuma dinafikan hak dua pertiga di Parlimen dan tidak dapat membentuk kerajaan negeri di beberapa buah negeri. Sebagai contoh, bidang kuasa menurunkan harga minyak merupakan suatu bidang kuasa KERAJAAN PUSAT. Kerajaan negeri yang diperintah oleh BA tiada mempunyai kuasa dalam hal di atas. Kawalan harga barangan keperluan asas dibuat oleh kerajaan pusat BN. " Menaikkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas" adalah di bawah bidang kuasa BN. Sesungguhnya, ini merupakan salah satu ikrar BN dalam manifestonya. Kita sama-sama berdoa semoga semua ikrar baik dari BA atau BN dapat ditunaikan, dengan izin Allah.
Read More “MANIFESTO BARISAN NASIONAL PRU 12: intipati” »»FUEL- EFFICIENT VEHICLE: SEARCH GOES ON
Bersempena dengan perlumbaan F 1 di litar Sepang yang mana penaja utamanya ialah Petronas, apa kata kita tinjau sedikit ke dalam dunia permotoran. Kereta lumba berbeza dalam banyak aspek dengan kereta anda atau saya. Pertamanya, ia dibuat khas untuk berlumba. Kereta kita dibikin untuk membawa penumpang dengan kadar kelajuan yang munasabah dan selamat. Kedua, engin kereta lumba kuat "memakan minyak". Kita cuba untuk berjimat dalam penggunaan bahan api untuk kereta kita. Sebab itu kita tidak digalakkan memecut atau memperlahankan kelajuan kereta kita dengan mengejut demi menjimatkan petrol atau diesel.
Dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, harga bahan api utama iaitu petrol dan diesel akan terus naik jika tiada subsidi diberikan oleh kerajaan. Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak akan beroleh keuntungan hasil jualan minyak pada kadar harga yang tinggi. Wang dari keuntungan ini setelah ditolak kos pengeluaran serta perbelanjaan lain seperti R&D (research and development) harus kembali balik ke perbendaharaan dan digunakan untuk kebajikan rakyat. Inilah salah satu ciri negara demokrasi maju, jangan pula membandingkan negara kita dengan sesetengah negara di Afrika. Bandingkan epal dengan species, genus dan kelas yang sama. Bukan limau dengan epal.
Yayasan Prize X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa New York telah menawarkan ganjaran RM31.7 milion (USD10 million) kepada pasukan yang boleh mengeluarkan kenderaan yang telah sedia diuji dan dapat dikeluarkan bila-bila masa yang mana kenderaan ini memiliki keupayaan mencapai sekurang-kurangnya 42 km per liter bahan api. Dengan lain perkataan, setiap liter bahan api , kenderaan ini mesti mampu pergi sejauh sekurang-kurangnya 42 km. Setakat ini, sebanyak 60 pasukan dari 9 negara telah mendaftar untuk mengambil bahagian, termasuk Aptera Motors, Tesla Motors, Loremo dan team Universiti Cornell.
Mereka yang dapat membuktikan mampu membina kereta yang dapat dipasarkan serta mesra pengguna dikira layak dan wajib menyertai perlumbaan merentas negara yang dijangkakan berlangsung dalam tahun 2009. Pada 2010 pula kriteria pemilihan akan ditambah lagi termasuk kelajuan, pemanduan dalam bandar dan prestasi keseluruhan. Kategori juga akan merangkumi kereta perdana /utama dan kereta alternatif. Kereta perdana/ utama termasuk kereta yang boleh membawa empat atau lebih penumpang, berhawadingin (pemanas suhu), memiliki sistem audio, ruang kargo berukuran 0.283 meter kubik, mempunyai sekurang-kurangnya 4 roda, kuasa pecutan 100km sejam dalam 12 saat atau kurang dan memiliki kelajuan minima 160 km sejam. Kenderaan alternatif mesti boleh membawa 2 atau lebih penumpang, punya ruang kargo 0.141 meter kube dan mempunyai kelajuan paling tinggi sekurang-kurangnya 128km sejam.
Keratan akhbar di bawah memaparkan gambar team yang menang dalam peraduaan Kejohanan F1 Antara Sekolah yang terdiri dari pelajar A level di England. Ciptaan mereka memfokuskan aspek "aerodynamic" sesebuah kereta. Konsepnya ialah untuk lebih laju lagi, sebuah kereta itu harus mengurangkan "drag" atau "resistence" (rintangan, tarikan) yang berpunca dari angin.
Read More “FUEL- EFFICIENT VEHICLE: SEARCH GOES ON” »»
PARKING PROBLEM?
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid belum lagi membuat keputusan sama ada untuk memberi diskaun atau menghapuskan denda serta saman yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada pemilik kenderaan. Beliau memberi beberapa alasan yang saya fikir cukup bijaksana, antaranya, pertama mesyuarat Exco belum membincangkan perkara itu, kedua masa diperlukan untuk mengkaji bagaimana kesan dari aspek keadilan, tindakan yang akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang telah menjelaskan kompaun atau saman dan ketiga kerajaan negeri lebih berminat untuk mengurangkan penderitaan rakyat termasuk tidak menaikkan kadar kompaun dan saman di samping menyediakan lebih banyak tempat letak kenderaan.
Izinkan saya mengulas jawapan YAB yang ketiga. Di bandar seperti Klang yang mana tempat letak kereta adalah terhad jumlahnya, jalan penyelesaian perlu dicari bagi mengatasi masalah pemandu meletakkan kenderaan mereka di tempat yang bukan dikhaskan seperti di Jalan Tengku Kelana kerana ini menyumbang ke arah kesesakan lalu lintas. Di tempat-tempat membeli belah, dek kerana kekurangan ruang kosong untuk dijadikan tempat letak kereta, Majlis Perbandaran Klang harus membina tempat letak kereta bertingkat.
Dicadangkan, pihak berwajib yang mengurus selia parking meter, hendaklah menyelenggara mesin dengan baik agar tidak menyusahkan pengguna seperti timbul masalah mesin "menelan" duit atau duit tersangkut. Pungutan duit siling haruslah dilakukan berdasarkan pengalaman (statistik) yang mana kawasan sibuk, perlu dilakukan pungutan dua tiga kali sehari bagi mengelakkan duit tersekat. Jangan jadi seperti ATM mesin di bank-bank selepas waktu pejabat yang tidak diselenggara dengan baik dan sentiasa memaparkan " MESIN TERGENDALA SEBENTAR, HARAP MAAF". Walhal mesin itu rosak sepanjang malam.
Kejadian mesin parking meter tidak berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan, boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk lagi. Ini kerana sinergi antara kesesakan lalu lintas dan parking meter "menelan duit" atau duit tersangkut menyebabkan pengguna tertekan (stressful) dan cepat hilang kawalan diri lantas memukul-mukul, menggoncang, atau menumbuk parking meter.
Kakitangan penguatkuasa PBT seperti MPK hendaklah menggunakan budi bicara apabila hendak menyaman pemilik kenderaan terutama di kawasan seperti di hadapan bank, pejabat pos atau klinik yang mana kadangkala pemilik kenderaan hendak cepat menunaikan sesuatu urusan tetapi tiada tempat letak kereta yang kosong ketika itu, lantas diletaknya kereta pada tempat yang tidak sepatutnya digunakan untuk parking.
Saya fikir, kompaun untuk kesalahan parking yang mencecah RM50 ke RM70 agak tinggi. Ini kerana jumlah berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Seperkara lagi, kesalahan meletak kereta biasanya berulang dan kerap berlaku pada individu yang sama. Bayangkan jika empat kali dalam sebulan kena saman, terasa juga agaknya poket bocor.
SAF EXCO KELANTAN
Senarai Exco Kelantan dan Portfolio yang dipegang.
Read More “SAF EXCO KELANTAN” »»Aktiviti ADUN N45 pada 20/03/08
Perutusan Khas YAB Dato' Menteri (sebelah kiri) dan Kata-kata Aluan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (sebelah kanan).
Kata-kata Aluan Dato' Pengarah JAIS (sebelah kiri) dan Buku cenderahati Sambutan bertema "Menjana Ummah Gemilang"
Pentas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor bertarikh 20 Mac 2008 bertempat di Stadium Malawati Sek 13 Shah Alam
Kelihatan YAB Menteri Besar Selangor beserta Pesuruhjaya Pas Selangor YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Dato' Ramli bin Mahmud.
Berbaju biru ialah Sahibus Samaah Datuk Mufti Negeri Selangor.
Kelihatan Tn Hj Zaini Awang, suami kepada Pn Hj Hasimah Salleh, salah seorang penerima anugerah Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor.
Cikgu S.Sanam (tengah), salah seorang penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor. berbaju merah ialah saudara Zuhairi, seorang pemuzik dari Jln Yadi Klang. Di bawah ialah foto En Jamaludin Ismail (tengah) Penguasa Jabatan Bomba, juga salah seorang penerima anugerah Sambutan Maulidur Raul peringkat Negeri Selangor.
MANAGEMENT STYLE: MB SELANGOR ADA "KELAS"
Akhbar Sinar Harian bertarikh 19hb Mac 2008 telah melaporkan perihal YAB Tan Sri Abdul Khalid telah meminta laporan kemajuan dari semua anak syarikat kerajaan Negeri Selangor, tentang operasi serta pelaburan anak syarikat berkenaan. Ini merupakan satu contoh kes kepada pelajar-pelajar bidang pengurusan bagaimana seorang CEO sebuah syarikat memantau dan mempelajari lebih dalam aspek operasi atau masalah yang dihadapi dalam syarikatnya dengan bertanyakan atau mengajukan soalan-soalan untuk sampai kepada suatu keputusan. Ini dipanggil "Management by Asking Question" (MBAQ). Cuma bezanya dalam kes ini, Tan Sri mengetuai sebuah kerajaan dan bukan sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, konsepnya sama, cuma aplikasinya berbeza. Bagi yang kurang cerdik, ia mungkin mengatakan "tak kan Tan Sri tak tahu".
Tidak dilaporkan oleh akhbar, mungkin Tan Sri telah membuat lawatan mengejut atau meninjau pejabat-pejabat, ruang menunggu atau bilik rehat staf SUK di bangunan Sultan Saalehuddin Abd Aziz sambil beramah mesra dengan kakitangan tanpa mengira pangkat atau status untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Dalam ilmu pengurusan, stail ini dikenali sebagai "Management by wandering/walking about" (MBWA).
Dari aspek kewangan, Tan Sri telah dilaporkan oleh akhbar meminta laporan kewangan terperinci. Bagi pelajar bidang perakaunan, aspek-aspek yang YAB lihat tentulah kunci kira-kira
(balance sheet) bagi setiap bulan, BUKAN tahunan; pernyataan aliran wang tunai (cash flow statement), pernyataan aset dan liabiliti ( assets and liabilities statement), pernyataan pendapatan (income statement) dan pernyataan untung rugi (profit and loss statement) dan nisbah kewangan (financial ratio) penting seperti nisbah kecairan (liquidity ratio), nisbah aktiviti (activity ratio) dan nisbah Penggunaan Dana (capitalization ratio).
Dari aspek kualiti, Tan Sri akan mengamalkan konsep " Total Quality Management " dalam semua aktiviti dan operasi SUK. Jika perlu, pensijilan ISO perlu dipertimbangkan bagi tujuan ketelusan dan profesionalisme terutama di jabatan seperti Jabatan Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Untuk pelajar, anda mungkin terfikir bahawa sebuah syarikat swasta bermatlamatkan keuntungan yang maksimum dari sumber yang digunakan sedangkan sebuah kerajaan harus memikirkan tentang kebajikan serta keselesaan kehidupan rakyatnya. Jika sebuah kerajaan bersaing dengan rakyatnya sendiri dalam satu-satu perniagaan sudah tentu akan berlaku kepincangan dalam sistem tersebut. Memang benar, Inilah yang terjadi di Malaysia. Penswastaan perkhidmatan asas dan penting seperti bekalan eletrik, air, pos serta jalan raya
mengakibatkan kehidupan rakyat tertekan. Salah satu kesan keperitan hidup ialah masalah sosial yang kian meningkat seperti penderaan anak-isteri, kes jenayah berat seperti bunuh dan rompak menjadi-jadi dan bermacam-macam lagi.
Bagi pelajar yang berminat tentang pengurusan ala barat ( (tak salah untuk diikuti jika terbukti berkesan kerana hikamah itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka ambillah ia di mana kamu temui, maksud hadith)) sila rujuk buku-buku berikut:
(1) BUILT TO LAST oleh J.C. Collins & J.I. Porras, Harper Business Essentials.
(2) GOOD TO GREAT oleh J.C.Collins
(3) IN SEARCH OF EXCELLENCE oleh T.J.Peters & R.H.Waterman, Jr.
(4) REENGINEERING CORPORATION oleh M. Hammer & J. Champy
ISYTIHAR HARTA: APA, DI MANA, KENAPA, BAGAIMANA
Harta siapa yang dipunggah ni? Rakyat atau individu?
Seperti kita sedia maklum, harta ialah perkataan umum yang digunakan secara meluas tanpa kita memikirkan maknanya dari sudut bahasa, sudut istilah perundangan, dari segi ekonomi dan sebagainya. Ada yang mengklasifikasikan harta kepada dua jenis iaitu harta mudah alih dan harta tetap atau tidak mudah alih. Harta intelektual seperti patent dan hak cipta juga merupakan harta yang jarang kita fikirkan. Royalti dan komisyen adalah sumber kewangan yang dipanggil pendapatan sisa ("residual income"). Ramai di antara kita yang telah mencuba pelbagai perniagaan multilevel atau MLM (multilevel marketing) "meniaga larut malam" untuk mendapatkan pendapatan sisa.
Terdapat ramai orang yang kelihatan dan berlagak kaya sebenarnya net worth ("nilai net") diri mereka adalah negatif. Ini bermakna liabiliti (tanggungan ) mereka melebihi aset yang mereka miliki. Orang yang sebegini rupa mungkin banyak berhutang untuk mengekalkan status mereka dalam masyarakat. Mereka mungkin berkereta mewah atau kerap menukar kereta untuk kelihatan bergaya atau paling tidak "hendak merasa" pakai kereta mewah atau mengamalkan gaya hidup orang atasan atau kelas menengah. Mentaliti ini saya lihat sering berlaku dalam masyarakat Melayu. Tidak hairanlah perniagaan along makin menjadi-jadi. Begitu juga dengan budaya berhutang untuk mengadakan majlis pertunangan atau perkahwinan. Para selebriti menjadi model muda mudi masakini. Bila ditanya berapa ada dalam bank, masing-masing geleng kepala. Jadi perkataan aset atau harta memerlukan sedikit analisis.
Terdapat beberapa kelas aset, antaranya, wang tunai sama ada di tangan atau tersimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit) atau akaun simpanan (saving account); saham syarikat; rumah atau rumah kedai; emas atau perak; batu bernilai seperti zamrud; logam; barangan antik seperti lukisan ("ingat tak bagaimana MAS telah membeli lukisan yang bernilai juta ringgit") dan tanah sama ada kosong atau diusahakan.
Dari segi perundangan terdapat beberapa cara seseorang individu itu dikira tuan empunya sesuatu harta atau aset. Pertama ialah dengan membuktikan yang aset itu dibeli atas namanya sendiri. Dengan kata lain, pada surat jualbeli tertera namanya. Contohnya, jika aset itu melibatkan tanah, maka pada geran tanah itu tertera nama dan nombor kad pengenalannya. Pasal tanah, kita akan ulas kemudian. Contoh lain ialah geran kereta. Jika tiada lagi hutang bank maka setelah proses pindah milik selesai, akan dibatalkan hak milik dituntut oleh bank berkenaan. Jika kereta berkenaan dibeli dengan cara tunai, maka pemilik kereta tersebut adalah si fulan (fulanah) bin (binti) si fulan (fulanah). Jika ia masih berhutang dengan bank, pada geran kereta itu dicetak nama bank berkenaan atau dicop " hak milik dituntut oleh Bank ABC".
Cara kedua seseorang itu masih dikira tuan empunya sesuatu aset ialah dengan menggunakan kaedah "nominees" atau penama. Nominee ini mungkin adik beradik atau orang lain. Hanya peguamcara yang terlibat sahaja yang tahu sesuatu aset itu hak milik individu berkenaan.
Cara ketiga ialah dengan menggunakan proksi. Cara ini banyak dilakukan oleh orang korporat dan ahli politik untuk mengelak dari diketahui oleh pihak-pihak tertentu tentang harta pemilikan mereka.
Bagi pemegang amanah ( trust) dan pemegang surat kuasa ( Power of Attorney ), pemilikan sesuatu aset atau harta tertakluk kepada beberapa perkara.
Aset atau harta yang berbentuk wang ringgit, emas, dan barang kemas lebih mudah untuk disembunyikan dari pengetahuan umum dengan cara menyimpannya di luar negara (off shore). Bank Swiss merupakan suatu tempat popular untuk menyimpan harta di luar negara. Penggunaan kod rahsia dan darjah kerahsiaan yang tinggi menyebabkan Switzerland pilihan utama mengapa ramai menyimpan wang di sana. Ada orang kaya yang membeli hartanah dalam bentuk hotel atau tanah di luar negara. Seorang kawan kita yang bergelar Tan Sri telah ditangkap oleh pihak berkuasa Australia di Brisbane kerana membawa beg yang berisi wang tunai berjuta ringgit kononnya untuk membeli harta di Gold Coast, Queensland beberapa tahun yang lalu. Kini kawan kita ni sedang naik balik di persada politik tanahair.
Bagimana pula pemantauan penambahan harta atau aset seseorang wakil rakyat dibuat? Apakah mekanisme yang akan digunapakai bagi memastikan tiada proksi, nominee dan friendly party terlibat dalam pengumpulan aset berkenaan? Jika terdapat pengurangan aset setelah menjadi wakil rakyat, apa pula tindakan selanjutnya dalam kes ini? Adakah pampasan akan diberi kepada beliau bagi menggantikan kehilangan aset beliau setelah menjadi wakil rakyat?
Keratan akhbar di atas memperlihatkan bagaimana Perdana Menteri kita memandang serius masalah rasuah. Namun, wakil rakyat yang pernah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas terdapatnya unsur-unsur atau kes rasuah ke atas mereka masih bebas malah diberi amanah untuk memimpin kementerian dan jabatan dalam Kabinet yang baru dilantik. Bagaimana para pegawai BPR hendak menyiasat seorang Menteri atau Timbalannya yang disyakki menerima rasuah dalam satu-satu jabatan atau kementerian jika BPR sendiri diletak di bawah jabatan berkenaan. Secara logiknya tidak BOLEH. Sebagai contoh, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah disyakki terlibat dengan rasuah dalam pemberian permit teksi beberapa tahun yang lalu. Apabila disiasat oleh pegawai BPR, Menteri berkenaan boleh jawab yang beliau ialah BOS dan mempertikaikan pangkat serta gaji pegawai BPR yang menyiasat. Tuhan telah menunjukkan "kebenaran" kepada rakyat bagaimana menteri berkenaan telah kehilangan barang kemas serta wang tunai bernilai ratusan ribu ringgit apabila "safe" telah dicuri orang. Jadi, Badan Pencegah Rasuah harus bebas dari mana-mana Kementerian atau Jabatan agar stafnya dapat berkhidmat tanpa sebarang masalah. BPR seharusnya diurustadbir oleh Parlimen sendiri. Kadangkala Suruhanjayapun tak sebebas yang kita sangka. Soalan Cepu emas? Suruhanjaya manakah yang mengendalikan Pilihanraya di negara kita? Lima saat dari sekarang.
Pembuat polisi seperti ketua jabatan, pembuat keputusan seperti Menteri, timbalannya, ketua setiausaha, Yang Arif Para Hakim di semua peringkat dan yang seumpama dengannya akan sentiasa terdedah dan tercabar untuk menerima rasuah. Siapakah yang akan mengawasi tindak tanduk dan gerak geri mereka di pejabat, di padang golf, di hotel luar negara dan sebagainya? POLIS ? BPR ? Perdana Menteri sendiri? BUKAN, tetapi para MALAIKAT, Rokib dan Atid. Itupun jika mereka beriman dan percaya kepada yang ghaib serta hari pembalasan. Bagaimana kita hendak meningkatkan kesedaran pihak yang diberi amanah atau berwajib ? Pasang CCTV di semua tempat seperti pejabat, dalam kereta, bilik mesyuarat dan sebagainya? Atau setiap ketua jabatan, setiausahanya, menteri dan timbalan, dan sesiapa sahaja yang membuat keputusan dibekalkan microfon kawalan jauh (remote control microphone) bagi tujuan memantau perbualan serta percakapan mereka? Pasang satu P.I (private investigator) atau SB (special branch/ polis cawangan khas) bagi setiap individu yang terlibat? Habis, siapa pula yang memantau dan mengawasi SB dan PI?
YAB Perdana Menteri Malaysia, dicadangkan di kesempatan ini, agar program bina insan, bina syakhsiah, kollokium kefahaman Islam, Qiamulail dan sebagainya diwajibkan kepada Pak Menteri dan Mak Menteri serta timbalan mereka yang beragama Islam secara berkala dan berterusan, tiada pengecualian. Bagi menteri atau timbalannya yang Muslim tetapi tidak lagi mahu beriman, diwajibkan dia bertaubat dan menjalani program intensif pemurnian AQIDAH. SSebenarnya, APA PILIHAN KITA SEBAGAI MUSLIM? Orang NON MUSLIM ketawa kat kita tengok perangai orang Islam. Apa yang hendak dibanggakan tentang Addin Islam sebagai satu cara hidup jika penganut agama lain lebih berakhlak dan berperibadi mulia dari kita yang mengaku Umat Muhammad S.a.w.
Jika kita bercakap mengenai modal insan (human capital), kita tak boleh lari dari menyentuh aspek role modelling, immitation, copy cat, walk the talk (cakap serupa bikin), paradigma, persepsi, perubahan (change) kognitif serta mental-emosi, pengukuhan (reinforcement), perlakuan/gelagat dan seterusnya. Kita tidak diam dalam vakum (vacuum). Pelajar sekolah disarankan agar berdisiplin, berjati diri, berakhlak mulia dan sebagainya. Waktu yang sama, pelajar-pelajar ini tidak nampak, tidak terbaca, tidak terdengar melainkan perilaku dan gelagaat para pemimpin negara kita. Nak jadi hipokrit ke kita ni. Semoga Allah melindungi kita dari yang demikian. Dipohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tulisan ini menyinggung perasaan pembaca.
Sekitar aktiviti Wakil N45
Wakil N45 bergambar bersama Ketua Kampung Sg Udang, Tn Hj Shamsuri dan Tn Hj Kamaludin bin Hj Rahmat selaku PA ADUN.
Wakil N45 menggunakan kesempatan bertemu penduduk Sg Udang semasa lampu isyarat sedang merah di Persimpangan Jln Sg Udang-Jln Sg Bertih- Jln Telok Pulai.
Bertemu peniaga-peniaga kecil di Sg Udang.
Di Pasar basah Sg Udang.
Bertemu penduduk di kedai makan Sg Udang. Kelihatan Ust Yahya yang baru kehilangan anak beliau allahyarham Ust Fakhrul, PRO di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.
Tabika Perpaduan Jln Tepi Sungai.
Wakil rakyat N45 sedang menandatangani buku pelawat di Tabika.
Dua foto di atas menunjukkan kebocoran yang terdapat di Tabika sekaligus perlu ditadah air yang menitis dari siling ketika hujan. Perlu tindakan segera, kerana kita tak mahu siling roboh ketika kanak-kanak sedang belajar. Mesti ada yang reput atau dimakan anai-anai.
KABINET YANG KECIL TETAPI BARU
Gambar di atas telah dikutip dari akhbar the Star bertarikh 19hb Mac 2008 yang memaparkan anggota kabinet Malaysia yang terdiri dari muka-muka baru dan yang dinaikkan pangkat serta muka lama yang digugurkan.
Imej dari akhbar Kosmo! bertarikh 19hb Mac 2008 yang menyenaraikan kabinet baru serta portfolio yang diamanahkan kepada mereka yang terdiri dari muka baru, yang bertukar portfolio dan yang kekal di portfolio lama.
Bagi saya, kita beri anggota Kabinet yang baru dilantik peluang untuk menjalankan amanah dengan berpandukan pelbagai slogan yang telah diperkenalkan seperti BERSIH, CEKAP, AMANAH atau KEPIMPINAN MELALUI TELADAN dan sebagainya. Harap jangan menjadi seperti yang digambarkan dalam beberapa peribahasa Melayu seperti, harapkan pagar, pagar makan padi dan seumpamanya. Berdoalah semoga mereka tidak mengulangi skandal, salah laku, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya seperti yang berlaku sebelum ini. Semoga pisang tidak berbuah dua kali.
Yang paling menarik bagi saya ialah pelantikan Datuk Zaid Ibrahim dari Kelantan dan tokoh tak asing lagi buat kita orang lama, iaitu tak lain tak bukan Brother Muhammad Taib dari Selangor.
Tak lupa juga Ratu Hadhari, Ustazah Mashitah dari Kedah, buka kitab balik dan mentelaah serta bermuzakarahlah dengan anak murid anda. Mungkin kalau bermuzakarah dengan Tok Guru takut tak ikhlas. Diucapkan kepada ketiga-tiga insan di atas "Selamat menjalankan Tugas, Bertaubatlah. Tebuslah Kesilapan silam dengan Amal Bakti yang luhur dan terpuji."
UNTUNG ATAS AIR: PUNCAK NIAGA & ANAK SYARIKAT
Counter Code:6807
PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD
ADDRESS : Suite 2601-2606, 26th Floor Plaza See Hoy Chan
Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Phone No: 603 2031 8648
Fax No : 603 2031 8658
==========================================
Executive Chairman : YBhg Dato' Rozali bin Ismail
Executive Vice Chairman : Ruslan bin Hassan
Authorised Capital : 500,000,000
Total Shares : 460,866,000
Date Listed : 08-JUL-1997
P.E.Ratio : 8.61
Mkt cap (MYRm) : 1,194
Issued shares (m) : 461
Free float (%) : 34
Major shareholders : Tan Sri Rozali Ismail (43%)
EPF (7%)
==========================================
Principal activities :
Investment holding and provision of management services.
Profile :
Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) was incorporated on 7 January 1997 under the Malaysian Companies Act, 1965 as a public company limited by shares. It is an investment holding company with interest in infrastructure activities specialising in water treatment engineering and water-related activities.
PNHB was listed on the Main Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (now known as Bursa Malaysia) on 8 July 1997. It is the first water treatment and supply concession company to be listed on Bursa Malaysia under the Infrastructure Project Company guidelines issued by the Securities Commission.
As an investment holding company, PNHB acted as the listing vehicle for Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), an Infrastructure Project Company (IPC). PNSB is the holder of two concessions awarded by the Selangor State Government. The first, a Privatisation Cum Concession Agreement (PCCA) awarded on 22 September 1994 allowed PNSB to take over, operate, maintain, manage, rehabilitate and refurbish 27 existing water treatment plants formerly under the management of the Selangor Waterworks Department, now corporatised and known as Perbadanan Urus Air Selangor Berhad. The second concession, a Construction Cum Operation Agreement (CCOA) was awarded on 22 March 1995 to finance, design, construct, operate, manage and maintain a new 950 million litres per day water treatment plant at Bukit Badong under the Selangor State Governmentfs Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 2
Project (SSP2). Both the PCCA and CCOA provide for the concessions to expire on 31 December 2020.
Under the CCOA, the development of the SSP2 Water Treatment Plant was undertaken in two stages. The first stage, with a production capacity of 475 million litres per day, was completed in October 1998, two months ahead of the commitment given to the Selangor State Government. The second stage of the SSP2 Water Treatment Plant, with a production capacity of 475 million litres per day was originally scheduled for completion and commissioning on 1 January
2002. Instead, it was completed and commissioned one year ahead of schedule on 1 January 2001.
During the water crisis in 1998, PNSB was entrusted by the Federal Government to finance, design and construct the Wangsa Maju Water Treatment Plant at a cost of RM122.0 million. This water treatment plant was completed in a record time of six months, an amazing feat by engineering standards. The abovementioned early completion of projects clearly exemplifies Puncak Niagafs excellent capabilities in managing and under taking large-scale water supply
projects in Malaysia.
On 25 September 2003, PNHB had announced to Bursa Malaysia that it has received a letter from the Economic Planning Unit, Prime Ministerfs Department stating the Federal Government has in principle approved the privatisation of the water supply services in the State of Selangor and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya to be undertaken by Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). In this respect, PNHB would be required to take up a 70% equity stake in SYABAS.
Today, PNSB is the largest water supply concessionaire in Malaysia. We operate, manage and maintain 28 water treatment plants with a total average production capacity of 1,926 million litres per day. This volume is equivalent to approximately 54.55% of the treated water requirement in the State of Selangor Darul Ehsan and the Federal Territory of Kuala Lumpur.
======================================================
Imej Profil Syarikat di atas adalah sedutan dari laman web Bursa Malaysia tentang latar belakang syarikat konsesi air, Puncak Niaga Holdings Berhad. Imej di sebelah kiri ialah carta candlestick bagi syarikat berkenaan. Carta ini menunjukkan bagaimana sentiment pelabur serta peniaga tentang saham syarikat ini. Kejatuhan harga saham Puncak Niaga bermula dari 10hb Mac 2008 iaitu selepas pengumuman keputusan PRU ke 12 dibuat. Volum urusniaga juga tinggi. harga tutup hari ini 19/03/08 ialah RM2.56 dengan turnover sebanyak 4,283,870 saham bertukar tangan.
Apabila Jabatan Bekalan Air Selangor diperbadankan (PUAS) serta diswastakan beberapa tahun yang lalu, maka bermulalah era rakyat negeri Selangor terletak di bawah kongkongan dan belas kasihan syarikat swasta untuk bekalan air mereka , sama ada air itu suci lagi bersih atau sebaliknya. Mereka tiada pilihan lain melainkan menyerah sahaja kepada kehendak dan kemahuan sebuah syarikat yang bermatlamatkan keuntungan bagi pemegang saham syarikat. Jika syarikat berkenaan menaikkan harga tarif air, mereka hanya mampu bercakap lantang di kedai kopi atau merungut ketika hendak membayar bil air. Tiada siapa yang peduli. Bagaimana hendak boikot penggunaan air sedangkan ia suatu keperluan asas yang TIDAK sepatutnya dimonopoli oleh sesiapa. Di sesetengah negara Barat seperti Australia, air merupakan komoditi percuma yang dibekalkan kepada rakyat. Di Israel, rakyatnya sanggup berperang demi mendapatkan kuasa dan kawalan ke atas sungai-sungai serta lembah. Di negara kita yang hujan turun hampir sepanjang tahun, air dijadikan bahan niaga dan ada orang mengaut keuntungan berlipat kali ganda di atas rahmat Allah ini. Adakah peniaga air di Malaysia merupakan insan hebat dan pandai berniaga atau sistem pemerintahan di Malaysia dan rakyatnya sedang "tenat" kerana urustadbir dan sistem politik yang bercelaru?
Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, rakyat di Selangor telah sedar akan hak milik mereka serta tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul dan dilaksana oleh pemimpin yang mereka lantik untuk mengurus dan mentadbir sumber negara. Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar yang baru mendapat amanah rakyat, mengorak langkah sekaligus membetulkan ketidakadilan , penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah seperti perjanjian yang berat sebelah dengan syarikat konsesi air, Puncak Niaga dan anak-anak syarikatnya seperti Syabas, Splash dan PNSB.
Hanya pada 11 Mac yang lalu sahaja barulah PNSB dan Syabas memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah memeterai satu perjanjian dengan Kerajaan Negeri Selangor. Perjanjian berkenaan telah ditandatangani pada 7hb Mac 2008, iaitu selepas pembubaran Parlimen dan sehari sebelum hari mengundi.
Akhbar the Star bertarikh 18hb Mac 2008, melaporkan bahawa Puncak Niaga telah membeli balik saham-sahamnya di pasaran terbuka pada 17hb Mac sebanyak 253,500 saham bernilai RM712 juta. Sejak 13hb Mac 2008, Puncak Niaga telah membeli balik sebanyak 953,700 saham.
Ini memberi beberapa makna tersirat, iaitu pertama syarikat ini mempunyai banyak wang tunai ("cash-rich"), kedua syarikat mahu menaikkan harga sahamnya dengan pembelian sokongan, mungkin untuk dijual di kemudian hari kelak pada harga yang lebih tinggi dan ketiga syarikat mahu mengurangkan saham "float" yang boleh diniagakan di pasaran sekaligus mengurangkan jumlah ekuiti pemilikan oleh individu atau syarikat lain.
Jika anda rujuk kepada sedutan dari laman web BURSA Malaysia, anda akan dapati 7% saham syarikat dimiliki oleh EPF/KWSP dan 43% pula dimiliki sendiri oleh Tan Sri Rozali Ismail. Cuba anda bayangkan jika pemilikan ekuiti syarikat ini pindah atau jatuh ke tangan syarikat luar negara seperti yang telah berlaku kepada PANTAI group? Apa yang berlaku pada saham Pantai ialah ia telah dijual kepada syarikat TEMASEK dari Singapura oleh ECM-LIBRA sebagai BROKER (jual untung, beli pun untung, untung dua hala). ECM-LIBRA pula dimiliki oleh Kalimullah Hassan beserta Khairy Jamaluddin. Setelah didesak oleh rakyat kerajaan terpaksa membeli balik saham Pantai pada harga yang lebih tinggi, sekaligus rakyat rugi lagi. Yang kenyang ialah broker. Maruah rakyat Malaysia sekali lagi tergadai.