At-Taubah : 24
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُم
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara
Kita terpukau dengan kecantikan manusia. Kita tenggelam keasyikan dek keindahan bunga,flora dan fauna. Kita dibuai keindahan alam semesta yang luas terbentang.
Kita gerun dengan dentuman guruh. Kita bimbang hujan lebat yang memungkinkan banjir. Kita fobia gegaran bumi. Kita terpegun melihat gerhana bulan.
Siapakah di sebalik semua ini?
Cantik....indah....tenang....
Bimbang....takut....ngeri...
Mari kita mengaji, mengkaji, mendalami, mentadabbur...
Zat Yang Maha Kuat
Yang Maha Agung
Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Indah
Yang Punya segalanya
Termasuk diri kita.
Sang Maha Pencipta.
Kita hambaNya
Dia lah punca segala kebaikan, kecantikan, keindahan, kekuasaan.
Sewajarnya, Dialah menjadi tumpuan kita, pujaan kita. Dialah sepatutnya kita rindu. Dia sepatutnya sentiasa di qalbu. Tetapi mengapa begitu payah untuk kita mengingatiNya. Kenapa selalu kita lupa tentang kewujudanNya?
Kita cintakan Allah Yang Satu?
Cinta kulit bawang?
Cinta bayang bayang?
Cinta imaginasi?
Kalau cinta tulin,
akan tetap dihati
Akan sanggup berkorban apa sahaja....
Apa yang Ia sebut ,kita akan terus disambut
Apa Dia suruh, kita akan patuh?
Apa dia larang, kita akan pantang
Apa Dia suka, kita buat beriya iya
Apa Dia benci, kita buang tepi
Banyak yang kita perlu pelajari
Banyak yang kita perlu latih diri
Banyak yang kita perlu rayu kepada Ilahi
Semoga berupaya berkorban demi cinta suci
Menagih rahmat dan cinta Al Waduud
Bermula dengan korban haiwan
Simbolik cinta mohon bersemi
Pohon diterima dan terus mengembang
Tautan kasih barakah Ilahi
Aamiin...aamiin...aamiin
KORBAN hanya di hari raya?
Labels:
mencari cinta hakiki
MATI KITA. ...mahu pilih 'mutarih' atau 'mustarah minhu'?
Secara umumnya, setiap pengorbanan
adalah mulia dan besar nilainya pada sisi Allah swt. Justeru, gunalah
ruang sempit di dunia ini untuk melakukan pengorbanan supaya dapat
berehat sepuas-puasnya di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah saw,
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ
الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ:
«مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا
الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: الْعَبْدُ
الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ
الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالْعَبْدُ
الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ
وَالدَّوَابُّ.
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bin Rib’iy
al-Ansari, dia meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melihat
jenazah yang diusung melintasinya, lalu Baginda saw bersabda, “mutarih
dan mustarah minhu.” Sahabat bertanya, “Ya, Rasulullah, siapakah yang
dimaksudkan dengan mutarih dan mustarah minhu? Baginda menjawab, “Orang
mukmin (mutarih) (yang meninggal dunia mereka) berehat daripada
keletihan dunia dan kesengsaraannya menuju rahmat Allah, manakala
kematian ahli maksiat (mustarah minhu) pula membolehkan manusia, negara,
pepohon dan binatang berehat daripada kejahatannya.” HR Bukhari dan
Muslim
Kita perlu gunakan akal untuk memilih . Adakah kita mahu kategori yang mendapat nikmat, kebahagiaan hakiki dari Allah swt atau sebaliknya.....beruntunglah kita sekiranya masuk dalam kategori pertama..... Aamiin.
Read More “MATI KITA. ...mahu pilih 'mutarih' atau 'mustarah minhu'?” »»
Subscribe to:
Posts (Atom)