Pray For MH370

Pray For MH370

PRU13 tahun ini???

Memang beberapa hari yang lepas, taufan Sandy menggans di bumi Amerika Syarikat. Tengah kehangatan kempen calon Presiden Obama dan Mitt Romney taufan teruk menyebabkan kempen penentu samada calon kulit hitam boleh dipilih untuk penggal kedua atau tidak terpaksa ditinggal sebentar oleh Obama. Yang didahulu perlu didahulukan.....mangsa taufan mesti diberi perhatian.

Entah kenapa hujan sepanjang hari. Sudah berhari-hari...Adakah bersedih kerana kerancakan berkempen untuk PRU 13 seluruh negara sudah tidak tahu adab sopan??Adakah kerana banyak dosa dan maksiat dilakukan?? Ada yang bingung tak keruan. Ada yang meroyan.Ada yang meracau. Bertempik tanpa fakta. Berdrama dengan skrip ulang tayang sekian lama. Ada yang merepek bab ekonomi. Ada yang mengigau bab pendidikan. Paling malang....paling serius....paling mengundang petaka ada yang sawan menuturkan bab agama...Sedih...sedih!
Jahilnya bangsa.....tidak bertamaddunnya cara...!!
Mengapa.....oh mengapa?!

Bila kedua-dua calon USA berdebat dengan hujjah.Bergelut dengan sopan.Berkonfrontasi dengan batasan......di negara ini......bak planet asing!! Jelas kurang mampu berkomunikasi dengan fakta dan logik akal fikiran. Yang terhambur adalah natijah pengaruh amygdala! Perasaan/emosi menjadi pedang terhunus menyembelih lawan. Api hasut, taufan dengki mentsunamikan sifat manusiawi.
Jijik, kotor, bobrok!

Adakah kerajaan yang normal mahu membubar parlimen ketika ratusan manusia bakal bersilat menangani air bah? Dengan cuaca yang tidak menentu ramai yang tidak mahu mengundi.Ramai yang akan terjejas pekerjaan dan harta bendanya berisiko untuk rosak.

Adakah kerajaan UMNO-BN akan bertindak luar jangkaan?mahu bubar juga Parlimen?demi survival dan pelan strategik semata-mata untuk menang?

Awas.....rakan dalam PAS dan pakatan perlu siap siaga.......untuk menempuh sebarang kemungkinan........insyaallah.....orang PAS lazimnya lebih stamina dalam keadaan tertekan.Wallahu alam

Read More “PRU13 tahun ini???”  »»

YB Dr Halimah rasmi TAHFIZ DARUL FURQAN

Kpg Hulu Teris,
Sg Pelek,
DUN Tanjong Sepat
Parlimen Sepang

9/11/12

Di dalam ladang kelapa sawit orang kampung Kpg Hulu Teris, ada hamba berhati mulia mewakafkan 3 1/2 ekar tanah untuk dijadikan pusat pengajian Al Quran sepenuh masa.
Berbekalkan keyakinan yang mantap, si pewakaf memilih Al Fadhil Ustaz Salleh Sani Hj Harun al Hafiz sebagai pemegang amanah untuk mewujudkan sebuah tahfiz di kampung tersebut sebagai amal jariahnya.
Ustaz Salleh Sani memang tepat dipilih kerana pengalamannya mengasaskan Darul Furqan di Padang Balang, Sentul  sejak 1992 terbukti memberi hasil. Ada pelajarnya menjadi johan Asia Pasifik!
Sebagai mantan naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sudah tentu banyak agenda mengilmukan ummat yang mahu diusahakannya. Peluang mendidik anak bangsa tidak mahu dilepaskannya begitu sahaja. Beliau gigih bersama orang kampung mencari dana untuk merealisasikan hasrat pewakaf. Alhamdulillah sebuah bangunan 2 tingkat tersergam indah, memuatkan 40 orang pelajar dan 3 guru bermula Januari 2012.
Selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Negri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali memuji usaha baik tersebut dan mahu Darul Furqan sebagai sendir penting membantu kerajaan Selangor mengerjakan makruf dan mencegah kemungkaran selain mengajak ummat beriman kepada Allah swt.
Beliau menaruh harapan yang tinggi kepada kemampuan institusi penting seperti Darul Furqan melahirkan modal insan yang berguna dan membantu melahirkan khaira ummah.

Beliau menerangkan kerajaan negeri menyokong dan mendokong perjuangan SAR untuk mentarbiyyahkan insan di Selangor. 

 Semoga niat tulus semua pihak membuahkan hasil terbaik untuk mencapaikan tahap baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur insyaallah. Amiin.

Read More “YB Dr Halimah rasmi TAHFIZ DARUL FURQAN”  »»

EXCO Pendidikan umum keputusan peperiksaan PSRA 2012

 SHAH ALAM
6/12/12

Jabatan Agama Islam Selangor mewujudkan satu jenis peperiksaan bagi pelajar tahun 6 yang telah mengambil kelas al Quran dan Fardhu 'Ain yang digelarkan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA).

Untuk tahun 2012, Bahagian Pendidikan JAIS telah membuat beberapa perubahan dalam sukatan pelajaran dan juga penilaian. Maka kalau selama ini ada di kalangan guru yang berniat 'baik' cuba memberi tip kepada murid mereka supaya mendapat keputusan 'cemerlang'
 bila menduduki PSRA. Walaupun ini sepatut tidak berlaku ia itu pelajar tidak perlu memahami konsep sangat. Mereka biasanya diukur daripada kemampuan menghafal dan mengeluarkan apa yang mereka hafal itu dalam kertas jawapan. Ini akan memberi markah yang tinggi. Ini seterusnya melonjakkan pencapaian sekolah dan mendapat sanjungan yang mengukuhkan lagi perbuatan baca hafal tulis.

Malangnya pelajar sebegini tidak dibina benteng yang kukuh kerana gagal disebatikan konsep asas kefahaman Islam yang sebenar. Timbullah Islam bersifat ritual yang dipraktikkan ketika menghadapi masalah atau malapetaka seperti membaca Yasin ketika sakit atau mati.
Selain daripada itu sukar untuk 'menikmati' keindahan Islam itu sendiri. Inilah intisari yang diucap oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor sebelum mengumumkan keputusan PSRA. Beliau menekankan peri penting menanam benih tauhid yang tulen dan pastikan ia tumbuh subur. KPI pengajaran dan pembelajaran Islam kata YB Dr Hjh Halimah Ali ialah setelah selesai silibus pembelajaran itu si pelajar kenal Allah, Rasul, erti nilai hidup di dunia dan akhirat. Mereka akan tahu formula sukses yang sebenar.
 Pelajar lelaki terbaik adalah daripada SRAI Bandar Baru Bangi.Wan Imran Wan Yusni akan membuat ADUN Bangi teruja.
Pelajar lelaki terbaik pula daripada daerah Klang, Wan Nadia memperolehi markah yang sama dengan Wan Imran iaitu 98.8%

Selaku EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Halimah mengharapkan JAIS memikirkan kurikulum yang bersifat pelajar centric dan mampu memhamkan setiap pelajar dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar sehingga mereka mampu menjadi 'walking Islam'.


Read More “EXCO Pendidikan umum keputusan peperiksaan PSRA 2012”  »»

PRU 13: Pendapat rakyat

Pandangan Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

Hasil
Number of records in this query:9561
Total records in survey:9561
Percentage of total:100.00%
Ringkasan bidang untuk S1
Andakah anda setuju dan yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional akan mengalami kekalahan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang?
Jawapan Kira Peratusan
Sangat tidak setuju (A1) 638 6.67%  
Tidak pasti (A2) 1346 14.08%  
Setuju (A3) 2253 23.56%  
Sangat setuju (A4) 2211 23.13%  
Tiada jawapan 121 1.27%  
Not completed or Not displayed 2992 31.29%  

Ringkasan bidang untuk S2
Jika TIDAK SETUJU atau TIDAK PASTI ; Mengapa anda yakin bahawa BN akan kekal menerajui kerajaan?
Jawapan Kira Peratusan
PM Najib Tun Razak sangat popular. (A1) 142 1.49%  
Dasar 1Malaysia menarik sokongan rakyat. (A2) 285 2.98%  
Dasar ekonomi oleh kerajaan meyakinkan rakyat terhadap kemampuan kerajaan BN. (A3) 374 3.91%  
Kekuatan PR belum dapat menumbangkan BN. (A4) 1785 18.67%  
Tiada jawapan 3983 41.66%  
Not completed or Not displayed 2992 31.29%  

Ringkasan bidang untuk S3
Jika Setuju; Kenapa anda YAKIN bahawa Barisan Nasional akan kalah?
Jawapan Kira Peratusan
Yakin dengan kemampuan kepimpinan Pakatan Rakyat memerintah negara. (A1) 1692 17.70%  
Yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim selaku PM berbanding Najib Tun Razak. (A2) 341 3.57%  
UMNO dan parti komponen menghadapi hakisan sokongan rakyat di seluruh negara. (A3) 746 7.80%  
Rosmah Mansor liabiliti kepada Najib Tun Razak dan juga BN. (A4) 291 3.04%  
Kubu kuat BN dan UMNO seperti Johor, Sabah dan Sarawak bukan lagi "fix deposit" undi untuk BN. (A5) 146 1.53%  
BN gagal memulihkan ekonomi negara. (A6) 454 4.75%  
Media alternatif dan laman sosial memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam menyedarkan rakyat mengenai kepincangan BN. (A7) 694 7.26%  
Penolakan pengundi Cina dan anak muda seluruh negara terhadap BN. (A8) 801 8.38%  
Tiada jawapan 1404 14.68%  
Not completed or Not displayed 2992 31.29%  

Ringkasan bidang untuk S4
Apakah tindakan yang paling baik untuk Pakatan Rakyat melonjakkan sokongan rakyat bagi menumbangkan kerajaan BN.
Jawapan Kira Peratusan
Menghapuskan tol dengan penstrukturan semula kontrak dengan pemaju tol. (A1) 266 2.78%  
Menurunkan harga minyak petrol. (A2) 1234 12.91%  
Memansuhkan caj faedah PTPTN dan menggesa pinjaman secara mudah iaitu hanya membayar jumlah yang sama yang dipinjam. (A3) 362 3.79%  
Menurunkan harga barangan harian dengan memecahkan dasar monopoli oleh pihak-pihak tertentu. (A4) 1897 19.84%  
Penghapusan undang-undang kenegaraan seperti ISA, OSA, Akta Polis, Akta Pertubuhan, AUKU dan pelbagai lagi perlu dihapuskan serta merta sebaik terbentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat. (A5) 383 4.01%  
Reformasi semula Akta Pendidikan bagi melahirkan rakyat yang lebih berakhlak, bermoral dan bertanggunjawab adalah agenda besar yang perlu dibuat segera dalam pentadbiran baru Pakatan Rakyat selepas penubuhan kerajaan. (A6) 1117 11.68%  
Pendidikan percuma semua peringkat di institusi-institusi milik kerajaan adalah impian orang muda dan masyarakat bawahan. (A7) 987 10.32%  
Tiada jawapan 323 3.38%  
Not completed or Not displayed 2992 31.29%  

Read More “PRU 13: Pendapat rakyat”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com