Pray For MH370

Pray For MH370

SIRI KENALI MEREKA 2 : KEMELUT AIR DI SELANGOR


YBhg. Tan Sri Rozali Ismail
Executive Chairman


YBhg. Dato' Ruslan Hassan
Chief Executive Officer

YBhg. Dato' Ir. Lee Miang Koi
Chief Operating Officer


YBhg. Dato' Haji Abd Karim Munisar
Non-Executive Director

Cik Noorusa'adah Othman
Non-Executive Director


YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
Non-Executive Director

YBhg. Dato' Syed Danial Syed Ariffin
Non-Executive Director


Madam Thein Kwee Sim
Executive Director, Finance

Encik Abdul Karim Endut
Alternate Director to YBhg. Dato' Haji Abd Karim Munisar


YBhg Dato' Noriyah Ahmad
Non-Executive Director

Encik Asri Hamidin@Hamidon
Alternate Director to YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah






SENIOR MANAGEMENT IN SYABAS




Tuan Haji Muhamad Darif Haji Idris, aged 54, Malaysian

Senior General Manager, Operation and Maintenance Division


Ismail Rusmin, aged 39, Malaysian

Senior General Manager, District Division



Mohamad Isa Mohd Yassin, aged 50, Malaysian

Special Assistant To Executive Chairman/ Senior General Manager Bumiputera Entrepreneur Participation & Development & Special Task Department Executive Chairman Office



Tuan Haji Mohd Suhaimi Rafie, aged 53, Malaysian

Senior General Manager, Information & Communication Technology



Tuan Haji Abd Rashid Abd Satar, aged 49, Malaysian

Senior General Manager, Petaling District Office



Haji Sonari Solor, aged 53, Malaysian
General Manager, Internal Audit



Ir Nasir Ismail, aged 46, Malaysian
General Manager, Contract & Procurement



Adelina Iskandar, aged 48, Malaysian
General Manager, Customer Service



Madam Chong Poh Leng, aged 39, Malaysian
General Manager, Finance & Account



Nik Aliena Salwanee Nik Mohamed, aged 46, Malaysian
General Manager, Legal & Enforcement Division



Albert Loh Thiam Hock, aged 55, Malaysian

General Manager, Non-Revenue Water
locally and overseas.


Mohd Yaman Mohd Zin, aged 54, Malaysian

General Manager, Gombak District Office




Shahruddin Ab Rahman, aged 45, Malaysian

General Manager, Billing and Recovery Department



Ir. Marzuki Hashim, aged 47, Malaysian

General Manager, Chief Operating Officer Office



Haji Yusof Saroji, aged 43, Malaysian

General Manager, Operation and Maintenance



Tuan Haji Ariff Ibrahim, aged 48, Malaysian

General Manager, Hulu Langat District Office



Hayati Ab Wahab

General Manager, Kuala Lumpur District Office


Ahmad Suhaidin Ismail, aged 48, Malaysian

General Manager, Klang District Office

Read More “SIRI KENALI MEREKA 2 : KEMELUT AIR DI SELANGOR”  »»

GENTLE REMINDER BUAT ULAMA MUDA UMNO










Jangan biarkan hidup anda diselubungi SEKULARISME!!!!

Awas! Berhati-hati, jalan berliku serta licin (dibaca LICIK) di hadapan,

Usah biarkan diri anda terpalit dengan dosa kecil inikan pula dosa besar, lebih-lebih lagi dosa yang tidak diampunkan iaitu mensyirikkan ALlah.

Wali ' auzubillah.

Read More “GENTLE REMINDER BUAT ULAMA MUDA UMNO”  »»

SIRI KENALI MEREKA 1 : KEMELUT AIR DI SELANGOR





Khir Toyo patut malu bercakap isu air Selangor


SHAH ALAM, 2 Ogos: Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Katanya, kerajaan BN yang dipimpin oleh Khir telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).

“Dr Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibatnya, kata beliau Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika kerajaan negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat.

Begitupun, katanya kerajaan negeri sentiasa merai pandangan pelbagai pihak berkaitan pentadbiran dan dasar-dasar termasuk dasar pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

“Apa yang penting bagi kerajaan ialah akhirnya rakyat Selangor yang layak, dapat menikmati hasil dari dasar dan ketetapan tersebut. Ini tidak terkecuali di dalam mencari jalan terbaik mengenai permasalah air di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, takyat Selangor berhak untuk mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam hal tatacara mentadbir negeri ini.

Oleh itu, ujarnya kerajaan negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar.

“Kerajaan Persekutuan harus melihat perkara ini dengan serius apabila membincangkannya di dalam mesyuarat kabinet Rabu ini,” ujarnya.

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri juga langsung tidak gentar dengan ugutan saman mahkamah RM1 bilion yang dilakukan oleh Syabas walaupun mereka mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri sentiasa membuka pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Syabas di atas kegagalannya memenuhi perjanjian konsesi dengan penuh tanggungjawab yang telah mengakibatkan kerugian tidak kurang dari RM8 billion.

Kerajaan negeri, ujarnya lagi akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni.

“Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” ujarnya lagi.


politik air bersih yang sangat kotor

Read More “SIRI KENALI MEREKA 1 : KEMELUT AIR DI SELANGOR”  »»

KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR


Sebaran Media
2 Ogos 2010





Selangor Salur Bantuan Kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom



Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom bagi pembinaan semula asrama pusat pengajian yang musnah dalam kebakaran dan meragut nyawa seorang penuntut pada 25 Julai 2010 yang lalu.



Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Dr Halimah Ali kepada Dr Sharil Hussin PhD atau dikenali sebagai Dr. Zubir merangkap Pengetua Pusat Pengajian Hayatul Uloom pada 30 Julai lalu.



Sumbangan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat secara 'Direct Grant'. Segala pembinaan dan baik pulih yang akan dilakukan akan diuruskan oleh pihak Pejabat Daerah Hulu Langat.



Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Majlis Hulu Langat, En Mohd Sani Hamzah, Pengerusi dan pengurusan DUN Dusun, Pejabat Daerah Hulu Langat serta pengerusi dan AJK MAPPIS (Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor).



Halimah juga meluangkan masa melawat Pusat Pengajian yang terbakar sambil ditemani pengetua dan mendengar penjelasan punca terjadinya kebakaran tersebut.



“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan berharap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini dapat membantu pengetua untuk meneruskan operasi Pusat Pengajian tersebut,” kata Halimah.

Read More “KERAJAAN SELANGOR BANTU SEKOLAH TERBAKAR”  »»

TUN LING BOLEH TIDUR SELESA SEPERTI TAN SRI ERIC

Apakah perbezaan dan persamaan kes Liong Sik dengan kes Eric Chia? Sama-samalah kita ikuti kes terbaru ini kalau panjang umur.

Tun Ling boleh tidur selesa — Zaid Ibrahim

Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.

Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri — seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan — telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.

Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh). Cerita selanjutnya di SINI







Tanah Percuma Untung Atas Angin Namanya


LPK Buat Laporan Polis Terhadap Kuala Dimensi



Proprietor Of Kuala Dimensi To Sue PKA

Read More “TUN LING BOLEH TIDUR SELESA SEPERTI TAN SRI ERIC”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com