Pray For MH370

Pray For MH370

JETI AWAM PULAU KETAM : KERAJAAN SELANGOR KOMITED BERI KEMUDAHAN

PENJELASAN ADUN SELAT KLANG ISU JAPK

EXCO MTES (Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor) pada 03 Julai 2009 telah memutuskan untuk mengarahkan UPEN (Unit Tindakan Ekonomi Selangor) bertindak sebagai Sekretariat bersama dengan Jabatan Perancang Bandar, MPK (Majlis Perbandaran Klang), Pejabat Tanah Klang dan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) bagi mengenalpasti lokasi yang paling sesuai untuk ditempatkan JETI AWAM PULAU KETAM (JAPK) untuk kemudahan penduduk Pulau Ketam dan Sungai Lima serta pengguna lain.

Saya selaku ADUN Selat Klang telah membawa masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di Pulau Ketam dan Sg Lima yang mutakhir ini resah dan gelisah apabila JETI AWAM PULAU KETAM "tenggelam". Pengguna telah menggunakan jeti Jabatan Perikanan buat sementara waktu tetapi tersebar satu khabar angin mengatakan kebenaran menggunakan jeti ini akan ditamatkan pada penghujung Julai 2009.

Mereka telah didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk untuk mengadakan piket. Dilaporkan MCA diketuai oleh Peengerusi JKKKP telah menyewa bot untuk penduduk Pulau Ketam agar datang beramai-ramai ke tanah besar serta makan minum ditanggung. Tujuan berdemonstrasi ialah untuk mendapatkan jeti percuma tanpa berbayar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Satu jeti swasta berbayar bagi penduduk Pulau Ketam dan Sg Lima kini sedang dibina oleh syarikat ASA Niaga Sdn Bhd, pemilik Projek Harbour City yang telah diberi tanah oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah Dr Khir Toyo. Sila rujuk SINI.

Dalam perancangan Kerajaan Barisan Nasional, mereka telah lupa tentang nasib penduduk Pulau Ketam dan Sg Lima apabila mahu menswastakan pelabuhan dan jeti. Barisan Nasional lupa bahawa penduduk Pulau Ketam yang rata-ratanya nelayan terpaksa menggunakan bot dan feri bagi tujuan berulangalik ke tanah besar Pelabuhan Klang serta menjual tangkapan ikan dan mendapatkan bekalan dari Pelabuhan Klang dan Klang sendiri.

Alhamdulillah, atas dasar keprihatinan dan merakyatkan ekonomi Selangor, Dato' MB serta para Exco yang lain telah sebulat suara bersetuju agar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengkaji serta membina JTPK kekal di suatu tempat yang sesuai serta strategik untuk penduduk dalam urusan mereka seharian.

Sila lihat kenyataan akhbar Dato' MB di bawah.

Read More “JETI AWAM PULAU KETAM : KERAJAAN SELANGOR KOMITED BERI KEMUDAHAN”  »»

JETI AWAM PULAU KETAM BERBEZA DENGAN JETI DI PULAU KETAM

Jeti Awam Pulau Ketam terletak di Bandar Pelabuhan Klang berhampiran Stesen Komuter Pelabuhan Klang dan bersebelahan dengan Pusat Imigresen serta pelabuhan ke Dumai, Medan dan tempat-tempat lain di Indonesia.

Di bawah adalah foto yang memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Jeti Awam Pulau Ketam yang kini sedang hangat dibincangkan di dada akhbar berbahasa Cina. Pantoon di mana bot dan feri rapat untuk menurunkan penumpang telah "tenggelam" pada 6 jun 2009. Tanah di mana pantoon dan jeti awam ini berada, terletak di atas tanah LOT 104724 yang telah dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah Khir Toyo kepada Syarikat ASA Niaga Sdn Bhd untuk satu Projek bergelar Harbour City.

Apabila siap Projek Harbour City ini nanti, semua penumpang yang menggunakan jeti milik ASA Niaga ini akan dikenakan levi, tol atau bayaran. Maka kos pengangkutan akan dimasukkan ke dalam kos tambang pergi balik ke Pulau Ketam dari tanah besar Pelabuhan Klang termasuk surcaj menggunakan kemudahan jeti.

































































Jeti di Pulau Ketam terletak di Pulau Ketam sendiri dan dilengkapkan dengan kemudahan seperti tempat duduk dan pengadang keselematan. Sila rujuk gambar.

Read More “JETI AWAM PULAU KETAM BERBEZA DENGAN JETI DI PULAU KETAM”  »»

PESTA BUKU SELANGOR KEMBALI LAGI

Pesta Buku Selangor 2009 bermula 24 Julai hingga 3 Ogos


SHAH ALAM, 2 Julai - Kerajaan negeri Selangor bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor kali keempat, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata ia selaras dengan pelan tindakan kerajaan negeri untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkualiti.

Katanya, penganjuran itu juga meletakkan Selangor sebagai “Hub Ilmuan atau Hub Pendidikan”.

“Pesta buku kali ini merupakan antara program yang amat penting dalam kalendar kerajaan negeri Selangor kerana ia merupakan salah satu agenda ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti untuk membina rakyat yang berilmu,” katanya.

Dr Halimah berkata demikian ketika berucap melancarkan Pesta Buku Selangor 2009 di Hotel Bluewave dekat.

Pesta Buku Selangor kali ini diadakan selama 11 hari bermula 24 Julai ini di Kompleks PKNS di sini.

Dr Halimah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS berkata, budaya membaca perlu terus diterapkan kepada semua golongan masyarakat, bukan sahaja untuk santapan minda, malah menjadi ejen perubahan kepada sikap, hati dan minda seseorang.

Sementara itu, Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, tahun lalu lebih 90 ribu pengunjung sudah menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai tempat pertemuan ilmuwan mendapatkan bahan bacaan.

Sambutan menggalakkan itu, sekaligus menolak dakwaan bahawa kegawatan ekonomi menjejaskan industri bahan bacaan di negara ini.

“Sekiranya ada yang mengatakan ekonomi meleset sekarang ini memberi kesan kepada ibu bapa untuk membeli buku anak-anak dan mereka sendiri, itu tidak benar.

“Ini kerana daripada yang kita lihat daripada pesta buku antarabangsa yang lalu, kenaikan pembelian buku adalah sebanyak 300 peratus kerana inilah masa mereka untuk menambah ilmu untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi dan mencari panduan-panduan motivasi”, katanya.

ATIQAH YAACOB (TV SELANGOR

Read More “PESTA BUKU SELANGOR KEMBALI LAGI”  »»

MB SELANGOR SAMPAIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA DAERAH KLANG

Pada majlis ini, Tan Sri Abdul Khalid menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM2.0 juta kepada 24 buah sekolah agama di daerah Klang. Galeri foto Guru Besar dan Pengetua yang menerima cek dari Dato' MB.














Kerajaan Negeri Alu-alukan Aduan Curi Pasir Di Selangor

KLANG, 2 Julai - Kejadian curi pasir yang semakin kerap dilaporkan oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional dapat membantu kerajaan negeri memantau kegiatan berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana pemimpin terdahulu mempunyai banyak maklumat berhubung kegiatan itu ketika mentadbir Selangor.

“Baru kita tahu sekarang ini ramai orang yang curi pasir, tetapi usaha mencuri pasir ini sudah 20 tahun dahulu, mencuri pasir bersama ahli politik, kerajaan terdahulu beri lesen kepada orang-orang untuk ambil pasir sekarang mereka pula yang banyak melaporkan”, katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama daerah Klang di Sekolah Rendah Islam Al-Farabi, Kg Delek Kiri, Klang, pagi tadi.

Menurutnya, usaha kerajaan negeri dalam merakyatkan ekonomi Selangor, menunjukan kesan positif apabila semua pihak sedar mengenai hak mereka dan melaporkan sebarang penyelewengan kepada pihak berkuasa.

“Bila kita merakyatkan ekonomi dan rakyat faham, pasir adalah hak rakyat , hasil pasir akan disalurkan kepada rakyat melalui program-program yang dijalankan, maka semua orang akan pantau siapa yang curi pasir dan buat laporan, ini adalah usaha kita yang paling bagus,” tambah Abdul Khalid lagi.

Pada majlis ini, Abdul Khalid menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM2.0 juta kepada 24 buah sekolah agama di daerah Klang.

Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian dari peruntukan RM6 juta yang diagihkan kepada sekolah agama di seluruh negeri pada tahun ini.

“Sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan untuk sekolah agama dan diagihkan mengikut keperluan yang kita nilai, sesetengah itu kita rasakan sudah usang dan tidak layak digunakan di sekolah”, katanya.

Pada majlis ini, Abdul Khalid sempat melakukan upacara meletak batu asas asrama dan bangunan sekolah ini selain melawat bilik-bilik darjah Sekolah Agama Al Farabi berkenaan.

KEMALIA OTHMAN (TV SELANGOR)

Read More “MB SELANGOR SAMPAIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA DAERAH KLANG”  »»

SENARAI JAWATANKUASA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MENGIKUT KEMENTERIAN

KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN.

Pakatan Rakyat tubuh jawantankuasa Parlimen ikut Kementerian



KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam telah mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab.

Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Menurut kenyatan media yang di keluarkan jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Selain itu, kenyataan itu turut mengumumkan Ketua Whip bagi parti masing-masing iaitu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bagi PAS, Mohamed Azmin Ali (KeADILan) dan Tan Seng Giaw (DAP)

harakahdaily

Read More “SENARAI JAWATANKUASA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MENGIKUT KEMENTERIAN”  »»

PONTOON JETI PULAU KETAM TENGGELAM, HARBOUR CITY ASA NIAGA TIMBUL

Pada bulan Jun 2009, jeti awam ke Pulau Ketam telah "tenggelam", hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana ia boleh berlaku.


Dengan ehsan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), penduduk Pulau Ketam serta pengguna pengangkutan feri serta bot mula menggunakan jeti LKIM dan kemudahan ini akan berakhir pada 31 Julai 2009, namun satu rundingan telah diadakan pada 25 Jun 2009 dengan pihak-pihak yang terlibat, tempoh penggunaan jeti LKIM telah dilanjutkan sehingga 8 Ogos 2009.

Seramai lebih kurang ?500 orang penduduk Pulau Ketam berdemonstrasi pada 1hb Julai 2009 menyuarakan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Mari kita kaji apa hikmahnya pontoon jeti Pulau Ketam tenggelam. Ini kerana jika ia tidak tenggelam nescaya tiada siapa yang tahu sejarah jeti awam Pulau Ketam dan Projek Harbour City milik ASA Niaga Sdn Bhd.



Jeti Awam Pulau Ketam (JAPK) sebelum pontoonnya tenggelam terletak di atas tanah rezab Persekutuan Lot 17 Seksyen 16 Pelabuhan Klang atau lot lama 104724.

Kerajaan BN Selangor telah meluluskan sebahagian dari tanah rezab di atas seluas 15.0 ekar kepada Tetuan ASA Niaga Sdn Bhd untuk projeknya pada 29 Nov 1995.


Pada tahun 1999 Kerajaan BN Selangor telah meluluskan 2 lot tanah kepada ASA Niaga Sdn Bhd iaitu:

(1) Sebahagian tanah rezab lot 17 Seksyen 16 PT 92572 seluas 15 ekar yang mana jeti ini terletak,

(2) Sebahagian tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) iaitu lot 24 PT 483 seluas 5.709 ekar,

dengan premium 30% DISKAUN berjumlah keseluruhannya RM2.182 juta sahaja.

Bayaran diterima pada 4 Jan 2002.

Dengan yang demikian, maka jeti awam Pulau Ketam kini terletak di atas tanah milik ASA Niaga Sdn Bhd. Bagaimana caranya untuk
memindahkan jeti ini dari wujud dan beroperasi? Tuan-tuan yang bijaksana jawab sendiri.

laporan Sinar Harian bertarikh 2/7/09
PELABUHAN KLANG - Penduduk Pulau Ketam dan Sungai Lima berhadapan dengan dilema apabila kemudahan jeti yang sekian lama digunakan mereka untuk berulang alik ke tanah besar bakal ditarik balik.

Sinar Harian difahamkan jeti milik Jabatan Perikanan digunakan atas dasar pinjaman dan tempoh berkenaan bakal berakhir Ogos depan, membuatkan mereka diburu keresahan apabila sehingga kini pihak berkenaan seperti Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri tidak menunjukkan usaha serius untuk menyelesaikan kemelut itu.

Menurut seorang penduduk, Ismail Hakim, 46, sejak sekian lama penduduk di situ menggunakan jeti Jabatan Perikanan yang prihatin membenarkan mereka menggunakan jeti secara percuma, sedangkan jeti kekal yang dinanti masih ‘tidak kunjung tiba’.

“Sejak sekian lama kami menumpang jeti di sekitar kawasan ini untuk kegunaan ketika datang berurusan ke tanah besar dan tambang yang semakin mahal kepada penduduk.

“Malah, hingga kini belum ada tindakan serius daripada kerajaan negeri untuk membantu kami mengatasi kemelut yang berlaku ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri atau persekutuan perlu serius untuk membantu penduduk dan tidak hanya menjanjikan isu ini terutama pada waktu menjelang pilihan raya bagi meraih undi.

Read More “PONTOON JETI PULAU KETAM TENGGELAM, HARBOUR CITY ASA NIAGA TIMBUL”  »»

MENGURUS PERSEPSI PENGUNDI DI MANEK URAI

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein berpendapat "Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," "BN kena guna psikologi di Manik Urai "


Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (foto kanan) berpendapat faktor calon tidak beri kelebihan pada mana-mana pihak. Manik Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," dan "Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi. Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan."

Foto kiri: Tuan Aziz bersongkok dan Hj Fauzi berserban

Perang Psikologi Di Manik Urai Bermula

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Dalam meniti saat menunggu tiba hari penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai Isnin ini dan hari mengundi pada 14 Julai ini, gendang pilihan raya sudah dipalu, bermula dengan serangan psikologi.

Ia bermula dengan serangan serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, kurang daripada 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon, Ahad lepas.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada serangan peribadi ditujukan terhadap lawannya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, bendahari PAS Kuala Krai yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Dalam amalan politik, serangan peribadi sering dijadikan senjata ampuh untuk membentuk persepi negatif terhadap lawan, terutamanya di kawasan yang didominasi satu kaum seperti di Manik Urai.

Ini kerana isu kaum dan agama tidak lagi relevan untuk dimanipulasikan. Di Manik Urai sebanyak 99.2 peratus daripada 12,292 pengundi adalah pengundi Melayu.

Beberapa penganalisis politik yang ditemui Bernama menyifatkan pengurusan persepsi adalah cabaran utama BN di Manik Urai jika mereka mahu menawan kawasan kubu kuat PAS itu.

"BN kena guna psikologi di Manik Urai," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein di sini hari ini.

Beliau berkata BN masih mempunyai peluang di Manik Urai walaupun persepsi umum masih tidak menyebelahinya setelah beberapa penambahbaikan seperti pertukaran pucuk pimpinan kerajaan dan parti dilaksanakan.

"Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," katanya.

Katanya BN juga perlu mengelak taktik serangan peribadi terutamanya kepada tokoh kepimpinan lawan seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini kerana di Kelantan Nik Abdul Aziz dihormati lawan dan kawan. Apa yang penting BN kena utamakan penerangan tentang apa yang mereka mahu lakukan di situ serta ketengahkan Tuan Aziz sebagai calon rakyat," katanya.

Bagi pemerhati politik tempatan yang enggan dikenali, faktor calon BN yang lebih muda, berpengalaman dan latarbelakangnya yang baik dilihat memberikan kelebihan kepada BN.

Beliau berkata ini kerana Tuan Aziz di atas kapasitinya sebagai pegawai Kesedar, memberikan kelebihan kerana Kesedar terlibat secara langsung di Manik Urai yang merupakan satu daripada kawasan di bawah Parlimen Kuala Krai, selain Mengkebang, Guchil dan Dabong.

"Kemenangan PAS di situ selama ini pun kerana calonnya," katanya merujuk kepada Allahyarham Ismail Yaakob yang mewakili kawasan dewan undangan negeri (DUN) itu selama lima penggal.

Umno hanya memenangi kawasan itu pada 1980 dan 2004 di mana ketika Ismail tidak menjadi calon. Ismail meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung menyebabkan pilihan raya kecil itu perlu diadakan bagi memilih seorang Adun baru.

Manik Urai adalah kawasan luar bandar yang meliputi perkampungan, kebun-kebun getah dan ladang-ladang dengan sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai penoreh getah dan petani.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpendapat kedua-dua calon dilihat mempunyai peluang yang seimbang.

"Saya ingat faktor calon tidak beri kelebihan pada mana-mana pihak. Manik Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," katanya.

"Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi. Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan.

"Mereka (pengundi) ini semua adalah penoreh getah, petani dan peneroka yang tidak takut pada harimau atau apa-apa binatang. Inikan pula sebuah parti politik," kata Mohammad Agus.

Beliau berkata BN perlu bersedia menjawab kepada rakyat bekenaan isu-isu nasional dan krisis perlembagaan di Perak, jika ia dibangkitkan di Manik Urai.

"Namun apa sahaja "keputusan" di Manik Urai perlu mempamerkan kematangan berpolitik kedua-dua parti. Perbuatan seperti "cah keting" (cantas-mencantas) dan serangan peribadi perlu dielak.

"Biarlah pilihan raya berlaku dalam landasan demokrasi tulen," kata Mohammad Agus.

Syed Azwan Syed Ali /BERNAMA

Read More “MENGURUS PERSEPSI PENGUNDI DI MANEK URAI”  »»

TERSASARKAH MATLAMAT PLKN?




A gang fight involving 100 trainees broke out on June 27 when they were instructed by a trainer to arrange the stools in a mess hall at Chini NS camp in Pahang.

An 18-year-old trainee was molested by 20 male trainees while making a telephone call in booth in the camp on June 23.

Sebanyak 17 kes kematian dilaporkan sejak empat tahun yang lalu semasa pelatih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


*Kaji semula PLKN ekoran insiden kematian

*MP criticises lack of security at Chini NS camp


Kaji semula PLKN ekoran insiden kematian



KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Kerajaan didesak mengkaji semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ekoran beberapa insiden kematian yang melibatkan pelatih di pusat latihan program tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berkata walaupun kes kematian terbaru Abdul Malik Ishak, 18, yang menjalani latihan program tersebut di Guar Chenderai, Padang Besar, Perlis menunjukkan tiada unsur jenayah atau kecederaan, pihak berkaitan tidak harus memandang ringan kes yang berlaku.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan khususnya harus mengutamakan aspek kesihatan para pelatih sebelum pelatih memasuki program tersebut.

" Sebelum pelatih menyertai program latihan tersebut, seharusnya mereka disahkan oleh pihak doktor tidak mengalami sebarang masalah kesihatan agar mereka dapat menjalani latihan dengan baik serta dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Sekiranya pihak pelatih telah disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berdasarkan borang deklarasi kesihatan, namun dengan berlakunya kejadian seumpama ini, pihak kerajaan harus mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan tersebut,"katanya sewaktu dihubungi.

Baru-baru ini, beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan mengenai masalah keselamatan pelatih-pelatih PLKN sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran memaklumkan sebanyak 17 kes kematian dilaporkan sejak empat tahun yang lalu.

Beliau turut menyarankan agar kementerian yang berkenaan membenarkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuat lawatan di kem-kem PLKN bagi menentukan sama ada pelaksanaan program di kem-kem latihan dijalankan dengan baik agar ibu bapa lebih yakin apabila menghantar anak-anak mereka.

Manakala Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menekankan kementerian terbabit harus mengambil kira kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dengan niat yang begitu murni untuk menjayakan program ini yang dicalar dan dicacatkan dengan kes-kes kematian.

aNyza Ayob/zm/harakahdaily

======================================================================================

MP criticises lack of security at Chini NS camp



KUALA LUMPUR (July 1, 2009): Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) took to task the Chini national service camp commandant in Pahang for the lack of security that led to a gang fight and a molest case in the camp.

In a press conference in Parliament lobby today, Fuziah said a "gang" fight involving 100 trainees broke out on June 27 when they were instructed by a trainer to arrange the stools in a mess hall.

"There was only one trainer who tried to defuse the fight but ended up being beaten too. The police arrested 17 trainees and detained them in the Pekan police headquarters.

"Their parents were summoned to the police headquarters the next day and the trainees were only released on the third day and returned to the camp, except for five traumatised trainees who returned home," she said.

Fuziah said parents were still worried about the camp's security and regretted that their children were not relocated to another camp to avoid being a target of revenge.

She also told reporters that a father complained to her that his 18-year-old daughter was molested by 20 male trainees while making a telephone call in booth in the camp on June 23.

"Although a police report was lodged, she had failed to identify the culprits because she was traumatised and the place was too dark at night. Her father took her home on June 24 and the camp gave her off until June 26. But after medical check-up, she was given medical leave until June 29.

"The girl is still too traumatised to return to camp but the commandant has ordered her to return or action would be taken against her," she said.

Fuziah said she had tried to contact the camp commandant but the officer refused to respond to any query.

"The government, in this case, has failed to ensure a comprehensive security plan for NS trainees and neglected the aspect of 'cultural shock' which the trainees might have to experience because they come from differing backgrounds.

"The authorities must take a multi-phase approach in the recruitment of trainees and ensure that there are enough trainers," she added.

Giam Say Khoon/sun2surf

Read More “TERSASARKAH MATLAMAT PLKN?”  »»

TERCUIT HATI MEMBACANYA

Zambry: KPI Kriteria Utama Pencalonan Wakil Rakyat Pada Pilihanraya Umum Ke- 13

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan menjadi kriteria terpenting bagi pencalonan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Perak pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata ini bagi memastikan Adun dan anggota Parlimen di negeri itu tidak hanya menjalankan tugas ketika menjelang pilihan raya sahaja.

"Indikator utama yang ditetapkan adalah bagaimana segera wakil rakyat boleh menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis dailog bersama rakyat di Arena Square di Pengkalan Baru di sini Selasa.

Beliau berkata gerak kerja dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh setiap wakil rakyat akan dipantau melalui KPI berkenaan.

Bagaimanapun, katanya ada sebahagian masalah rakyat tidak dapat diselesaikan segera oleh wakil rakyat kerana wujud halangan daripada segi pentadbiran dan kerenah birokrasi.

Zambry berkata kerajaan negeri berusaha menggunakan pendekatan terbaik untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan halangan lain dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya ambil contoh, masalah besar rakyat adalah berhubung tanah dengan melibatkan pejabat daerah dan tanah. Ada yang belum dapat geran tanah walaupun sudah tinggal 50 hingga 60 tahun dan semua perkara (masalah yang disuarakan) saya bincangkan dengan setiausaha kerajaan negeri, pegawai daerah dan pasukan kita," katanya.

Ketika diminta mengulas pendekatan sesi bertemu rakyat dan penyelesaian "segera" yang dilakukan oleh beliau itu memperlihatkan seolah-olah wakil rakyat tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan berkenaan, Menteri Besar berkata kerajaan negeri dan wakil rakyat saling melengkapi.

"Kita saling melengkapi antara satu sama lain, saling membantu kerana ada perkara yang wakil rakyat tidak dapat selesaikan dan ia juga masalah yang mengambil masa yang agak lama...kaedah saya kita bergerak dengan satu pasukan dengan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Read More “TERCUIT HATI MEMBACANYA”  »»

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURANI DAN TARMAZI

Dua Anggota Polis Tolak Rasuah Diberi Anugerah Integriti

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Dua anggota polis yang menolak rasuah lebih setengah juta ringgit daripada dua pengedar dadah bagi mengelak 480 bungkusan syabu bernilai RM280 juta dirampas pada Mei lepas, dianugerahkan Anugerah Integriti Selasa.

Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini, 44, dan Lans Koperal Mohd Tarmazi Arbayee, 25, juga dinaikkan pangkat masing-masing kepada Detektif Sarjan dan Koperal atas kejayaan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah berkenaan kepada kedua-dua anggota polis itu dalam satu upacara selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Bangunan Parlimen di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pada kejadian pada 2 Mei lepas, Mohd Surani dan Mohd Tarmazi yang dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Cenderawasih, Rompin, Pahang pada pukul 6.45 pagi, ternampak sebuah lori yang mencurigakan lalu memeriksa dan mendapati lori itu membawa muatan 96 kotak serta 480 bungkusan plastik disyaki dadah jenis syabu.

Kedua-dua anggota polis itu bertindak menahan dua suspek lelaki yang kemudiannya menawarkan suapan rasuah sebanyak RM10,000 dan berjanji akan menyerahkan lagi RM500,000 sebagai ganjaran membebaskan mereka.

Musa ketika ditemui pemberita berharap masyarakat tidak memberikan rasuah kepada penjawat awam dan pegawai penguatkuasa kerana mereka boleh dikenakan hukuman yang berat.

"Saya minta masyarakat janganlah beri rasuah, kalau hadapi apa-apa masalah terimalah masalah tetapi jangan merasuah kepada pegawai kerajaan kerana kita mempunyai kuasa untuk menangkap kalau orang memberi rasuah," katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada kedua-dua anggotanya itu serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana pengiktirafan itu.

"Saya rasa gembira dan rasa bahawa pegawai dan anggota bawahan saya telah melakukan tugas dengan baik. Alhamdulillah apa yang selama ini saya utarakan untuk membetulkan pasukan polis supaya anggota dan para pegawai mempunyai integriti yang tinggi berhasil," katanya.

Ketika ditemui, Mohd Surani dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Rompin berkata beliau berpegang kepada integriti kerana setiap anggota polis perlu ada integriti.

Mohd Tarmizi dari Cawangan MPV, IPD Rompin pula berkata ketika ditawarkan rasuah itu, beliau hanya memikirkan mahu berkhidmat lama dalam polis.

"Saya fikir saya lama lagi hendak kerja sebab saya baru lagi masuk dalam PDRM ini. Kita fikir panjang, sebolehnya memang saya akan tolak (rasuah)," katanya.

-BERNAMA


Tangkapan Syabu Terbesar


Tegas, Adil dan Berhemah

Read More “TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SURANI DAN TARMAZI”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com