Pray For MH370

Pray For MH370

UMAT ISLAM JANGAN JADI "KOSONG" IMAN DEK KERANA SOTONG

Kita umat Islam tak sama dan tak serupa dengan umat-umat yang lain kini menghirup oksigen dunia secara percuma dan tanpa tertakluk kepada sebarang prasyarat.

Dalam menjalani kehidupan ini, umat Islam walau bagaimanapun, tertakluk kepada hukum-hakam serta undang-undang
Pencipta serta Pemilik apa jua yang wujud di alam ini.
Jika dalam aspek air sembahyang (wudu'), solat, haji dan lain-lain ada perkara-perkara yang membatalkan, begitu juga IMAN kita ini. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan IMAN ialah mempercayai kepada ramal, telek, tenung nasib, nujum serta perkara-perkara khurafat seperti bunyi burung hantu, kucing hitam melintas jalan dan sebagainya.

Kini, demam bola serta judi bola (pertaruhan serta ramalan pemenang sesuatu permainan) sempena Pertandingan Bolasepak Piala Dunia yang mana Isnin 12 Julai 2010 0230 waktu tempatan dan 2100 waktu Cape Town Afrika Selatan) bakal menyaksikan Pasukan Belanda berentap dengan Pasukan Sepanyol.

Tidak cukup sekadar manusia membuat ramalan siapa yang bakal menang, manusia malah mencari haiwan seperti sotong, burung, ular atau monyet untuk mengambil tugas membuat ramalan apa kesudahan yang akan berlaku pada pagi hari Isnin tanggal 12 Julai 2010.

Perkara ghaib, jodoh pertemuan, waktu ajal kematian, rezeki dan lain-lain semuanya kepunyaan ALlah dan hanya ALlah sahaja yang memiliki ilmu tentang perkara tersebut.

Kesimpulannya, usahlah kita terpengaruh dan hanyut dengan budaya mereka-mereka yang belum beriman serta belum terjumpa kompas atau panduan dalam menjalani liku-liku hidup. Biar kita jadi ikan di laut atau sotong yang tidak terpengaruh atau berubah kandungan garam badannya meskipun diam di dalam air laut yang sangat masin dek kerana kandungan sodiam klorida yang sangat tinggi.

"Berilah peringatan maka sesungguhnya peringatan itu meberi manfaat kepada orang-orang beriman" Maksud AlQuran.

Foto ehsan AFP/Getty Images

Read More “UMAT ISLAM JANGAN JADI "KOSONG" IMAN DEK KERANA SOTONG”  »»

BUANG SAJA KOPIAH DAN JANGGUT, SELEPAS NI JADI DAUN KARI


Zulklifi akui pernah menipu untuk tumbangkan BN

Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik,” katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya, beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit.

"Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam,” katanya.

Zulkifli selanjutnya berkata, contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi.

"Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu.”

"Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO,” katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok.

Bernama/Malaysiakini

Read More “BUANG SAJA KOPIAH DAN JANGGUT, SELEPAS NI JADI DAUN KARI”  »»

ANAK LUAR NIKAH SEMAKIN MENJADI-JADI

257000 anak luar nikah membimbangkan

Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).



Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Dzulfikar Mashoor/Harakahdaily

Read More “ANAK LUAR NIKAH SEMAKIN MENJADI-JADI”  »»

USAH DISOROKKAN DI BAWAH KARPIT

Semua pihak perlu bertegas dan mengambil langkah segera bagi membendung penularan gejala sosial di kalangan generasi pelapis rakyat Malaysia terutama pelajar sekolah.

Bagi satu kes jenayah juvana atau gejala sosial yang dikenalpasti (dicekup) di sana wujud sembilan kes lagi bermaharajalela. Malangnya setiap sebuah tangan yang cuba membenteras gejala sosial, terdapat sembilan tangan-tangan lagi yang menyokong, mendokong serta menyemarakkan aktiviti gejala sosial.

Polis kenal pasti 10 'sekolah panas' di KL



Sepuluh sekolah menengah di sekitar ibu negara dikenalpasti sebagai sekolah bermasalah atau "sekolah panas" kerana masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajarnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis telah menyenaraikan sekolah berkenaan supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah.

"Berikutan banyak kes jenayah dan sosial berlaku membabitkan pelajar sekolah, kami bertindak mengenalpasti sekolah panas agar kami dapat memberi fokus dan menjalankan kempen pencegahan jenayah secara kerap di sekolah berkenaan.

"Kami tidak mahu umumkan sekolah mana yang terbabit kerana ia tidak elok untuk imej dan reputasi sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang telah dikenalpasti itu bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.

Muhammad Sabtu berkata, seorang pegawai polis berpangkat ASP turut ditugaskan ke sekolah berkenaan sebagai liaison officer untuk memantau serta berbincang bersama pihak sekolah termasuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

"Aduan dan masalah yang diutarakan akan dibincang bersama pihak sekolah berkenaan agar ia dapat ditangani dengan kadar segera. Pegawai itu turut ditugas menyerahkan laporan kepada kami setiap bulan.

"Program ini adalah satu usaha untuk mendekatkan pelajar dan polis bagi memudahkan proses penyaluran maklumat, mengesan aktiviti dan permasalahan jenayah yang wujud, sekaligus membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan murid dan pelajar sekolah," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pada tahun lalu seramai 179 tangkapan dicatat membabitkan kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun hingga remaja berusia 18 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda termasuk mencuri, samun dan merusuh.

Beliau berkata, pada 2008, seramai 202 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, juga atas jenayah kekerasan dan harta benda termasuk rogol, samun dan pemerasan.

Muhammad Sabtu berkata, bagi kes dadah, pada tahun lalu sahaja seramai 67 pelajar, termasuk sembilan pelajar sekolah, ditahan manakala pada 2008 seramai 17 orang pelajar termasuk empat pelajar sekolah ditahan dan seramai 13 orang pelajar termasuk seorang pelajar sekolah ditahan pada 2007.

"Situasi ini sangat membimbangkan apabila menunjukkan kenaikan setiap tahun...harap ini dapat memberi iktibar kepada yang lain terutama pelajar sekolah agar tidak sesekali terjerumus dalam jenayah dan dadah.

"Masalah sosial dan jenayah turut berpunca daripada pelajar yang suka meniru gaya hidup sosial ala barat dan mengikut budaya negatif...jika meniru dari segi pembangunan, kami alukan tetapi dari segi sosial, ia hanya merosakkan diri," katanya.

- Bernama

Read More “USAH DISOROKKAN DI BAWAH KARPIT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com