Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG bersama DHPP hadiah kuih bulan di PULAU KETAM

28.9.12
PULAU KETAM
KLANG

ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali telah membuat kunjungan sekali lagi ke Pulau Ketam bagi raikan sambutan pesta tanglung dan kuih bulan.

Kali ini, beliau ditemani Naib Pengerusi Dewan 
Himpunan Penyokong PAS Negeri Selangor, Mr Song Soon Guan yang juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Klang.

Bertolak selepas solat 'asr menaiki bot bersama dengan staff Pejabat ADUN SELAT KLANG dan aktivis PAS, mereka disambut oleh JKKK yang diketuai oleh Ketua Kampung dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat. Sudah ada orang menunggu di dewan JKKK Pulau Ketam yang semakin lama semakin dikerumun penduduk termasuk kanak-kanak.

Muslimat PAS mula tunjuk bakat kreatif dengan bimbingan ahli JKKK mereka menyusun kotak kuih bulan dengan susunan cantik di depan khalayak! Makin kurang sabar mereka melihat apa yang sedang berlangsung.

 Mr Song membeli 888 biji kuih bulan untuk diagihkan kepada penduduk Pulau Ketam dan Sg Lima. ADUN membawa 300biji. Semua habis diagihkan.Bahkan berebut-rebut pula!


Disamping mengagihkan kuih bulan kegemaran masyarakat Tionghua , romobongan ADUN dan AHLI MAJLIS juga menyumbang tanglung untuk kanak-kanak. Mereka telah awal-awal menyerbu ke depan hingga terpaksa diagihkan dulu sebelum majlis boleh bermula.
 Selesai majlis serba ringkas, ahli rombongan solat maghrib di Balai Islam sebelum meneruskan lagi agihan kepada pekedai-pekedai di pekan. Suasana amat meriah. Nenek tua dan secara keseluruhan penduduk amat teruja dengan kelibat rombongan yang diketuai oleh wanita yang bertudung mengagihkan kuih bulan.

Risalah mengenai DHPP dan kuih bulannya juga memberi perspektif yang luar dugaan penduduk yang amat terasing daripada tanah besar.
 Bulan purnama di langit begitu indah sekali! Kuih bulan di bumi mudah-mudahan boleh pemecah bendung dakwah dan siyasah. Dihiasi dengan selendang berkilat dipenuhi rembulan bertulisan Cina dan India dan berlogo PAS FOR ALL, kami diperhatikan oleh sekelian yang hadir dengan sedikit kelainan.Mudah-mudahan menyumbang kepada topik perbualan sesudahnya, memantapkan keyakinan kepada perjuangan pekatan dan meredakan perang saraf mainan lawan.


Dalam bot yang dicharter seorang warga emas , ahli keluarga tuan punya bot yang tidak bertutur Melayu turut tidak dilepaskan oleh ADUN SELAT KLANG begitu sahaja. Sebenarnya beliaulah orang pertama yang diberikannya kuih bulan. Dalam bot lagi!
 Bahagia membahagiakan orang. Moga Allah redha dan mencurah rahmat dan kasih sayangNya. Amin


Read More “ADUN SELAT KLANG bersama DHPP hadiah kuih bulan di PULAU KETAM”  »»

BAJET 2013 Apa makna kepada rakyat??

Pre-Budget 2013: The Rakyat's Guide (Part 5)

Tomorrow is the day our Prime Minister tables Budget 2013! REFSA continues its series of vibrant and easy-to-digest infographics to illuminate fiscal choices and crucial decisions made on our behalf.
Pre-Budget 2013 Guide Part 5 - infographic
Download the PDF version
 
Sources:
[1] BR1M. Available at http://www.barisannasional.org.my/en/br1m Retrieved 19 September 2012
[2] The 2012 Budget Speech. Available at http://www.bnm.gov.my/files/budget2012_en.pdf Retrieved 19 September 2012.
[3] Teh Chi-Chang, UMNO-nomics: The Dark Side of the Budget (Research for Social Advancement (REFSA), 2012), Pg 13.
[4] Teh Chi-Chang, UMNO-nomics: The Dark Side of the Budget (Research for Social Advancement (REFSA), 2012), Pg 20.
[5] Teh Chi-Chang, UMNO-nomics: The Dark Side of the Budget (Research for Social Advancement (REFSA), 2012), Pg 32.
-----------------------------------
Quick reminder: Don't forget to tune in to Talkback Thursday on BFM 89.9 today at 6pm! REFSA's chief Chi-Chang will review last year's Budget and how we fared, as well as predict what's coming in Budget 2013. 

Read More “BAJET 2013 Apa makna kepada rakyat??”  »»

EXCO Pendidikan lawat 18 kelas pendidikan khas SK TELOK GADONG

KLANG
27/9/12

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali melabur sedikit masa melawat semua pusat pendidikan prasekolah di SK Sg Udang dan SK Telok Gadong.
Dari perspektif kerajaan Selangor kanak-kanak ini nanti mahu dijadikan modal insan yang cemerlang agar segala pelaburan masa, wang ringgit, tenaga, prasarana dan tumpuan rakyat Selangor menghasilkan kejayaan dan berbaloi.
 
 Ramai yang masih menganggap pelajar tadika atau prasekolah tidak penting dan sekadar main-main. Walhal telah lama terbukti tumpuan pembentukan insan diwaktu awal khususnya dalam tahun-tahun formatif(formative years) menentukan corak insan yang bakal tumbuh dan mengembang.

Segala yang masuk dalam corong telinga dan menerobosi mata bakal dirakam secara kekal. Segala input deria akan diproses oleh minda dan diterjemah makna dan nilainya dalam konteks input itu masuk.Contohnya, sekiranya 
 ilmu yang diajar didengar oleh telinga dan ditanggapi menyeronokkan kerana nada yang membahagiakan si pelajar, ilmu itu akan dikaitkan dengan rasa bahagia dan dinilai baik oleh pelajar. Namun, sekiranya guru berwajah garang menengking dan menjerit ketika menyampai satu pelajaran, geledak emosi pelajar akan secara otomatis menolak si guru, apatah lagi apa-apa yang disampaikan guru tersebut.

Justeru, betapa pentingnya para guru sebagai modal insan utama yang 'core business'nya ialah melorongkan pelajar untuk menanggapi ilmu yang bakal disampaikannya dengan penuh kasih sayang dan faham mendalam jiwa kanak-kanak.
 Sebenarnya semua orang termasuk orang dewasa yang mahu belajar perlu dipupuk minatnya terlebih dahulu. Ini adalah pelincir kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun sudah tentu lebih sensitif kepada keadaan sekeliling. Iklim pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai adalah iklim kasih sayang, mengasihani, sabar dan PEMURAH ILMU.

Guru yang menyantuni pelajar yang istimewa, terencat akal, 'hyperaktif, dysleksia, Down Syndrome dan sebagainya sudah tentu adalah insan berhati mulia yang Allah bekalkan sifat penyabar. Untuk melatihnya hingga pandai mengurus diri juga sudah tentu sarat dengan cabaran yang pelbagai ragam.

YB Dr Hjh Halimah Ali faham semua itu. Sebab itulah beliau memutuskan untuk melawat semua 18 kelas pendidikan khas di SK Telok Gadong untuk melihat sendiri keadaan pelajar dan persekitaran, memberi sokongan moral kepada guru dan mengahdiahkan sedikit cenderahati berupa pencilcase kepada pelajar dan guru untuk menceriakan mereka.
Kalau boleh seluruh Selangor mahu dilawat, tetapi kekangan masa dan tuntutan kerja yang melain menghadkan lawatannya sekitar DUN Selat Klang untuk hari ini.

Read More “EXCO Pendidikan lawat 18 kelas pendidikan khas SK TELOK GADONG”  »»

Menteri BN mengata bajet pakatan rakyat bodoh?

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat — Aspan Alias

September 27, 2012
27 SEPT — BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.
Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir Umno bahagiannya  di Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang di katakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa “hulubalang” BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain.
Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka.
Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya di laksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang.
Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik.
Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang “ego” dan “arrogant” BN itu.
BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan “equation” kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN.
Bajet yang di unjurkan oleh PR itu jika di serahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN).
Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam.
Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ia nya lebih mengutamakan “efficiency” yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu.
Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu.
Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai keperingkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN.
Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada “variables” yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat “duit luar” akan dianggap tidak realistik. — aspanaliasnet.blogspot.com

Read More “Menteri BN mengata bajet pakatan rakyat bodoh?”  »»

Pilihanraya UIA perlu diulangi....bersiagalah siswa siswi harapan bangsa

PRK: UIA gantung keputusan, mengundi semula

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diadakan sekali lagi berikutan masalah teknikal dalam sistem pengundian secara elektronik (e-undi) yang dihadapi mereka semalam.

Difahamkan pengiraan undi semalam mendapati jumlah undi yang direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Ekoran masalah itu, UIAM bakal menjadi kampus pertama membuat pengundian dua kali.

Difahamkan juga, pengundian semula akan diadakan secara manual dalam tempoh seminggu untuk mengelak kejadian serupa berulang.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, untuk mendapatkan keputusan pengundian yang adil dan telus, pihaknya akan mencadangkan kepada senat supaya mengadakan satu lagi pilihan raya kampus secara manual.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Ianya adalah 18 kerusi bagi kampus Gombak dan 13 kerusi bagi kampus Kuantan.

Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.

Read More “Pilihanraya UIA perlu diulangi....bersiagalah siswa siswi harapan bangsa”  »»

Tahniah siswa-siswi UKM kerana bijakberani

P'raya Kampus: Pro-M kekal kuasai UKM

KAJANG: Keputusan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyaksikan kumpulan pro-M yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM) kekal menguasai kampus itu.

GMUKM menang di 19 kerusi berbanding kumpulan pro-Aspirasi yang hanya menang lapan kerusi.

Calon bebas turut memenangi satu kerusi pada pilihan raya kampus itu kali ini.

GMUKM meletakkan calon mereka di 28 kerusi iaitu sembilan kerusi umum manakala 19 lagi di fakulti.

Kemenangan majoriti itu sekaligus mengekalkan penguasaan Pro-M di kampus itu.

Pada pilihan raya kampus tahun lalu, GMUKM menang 23 kerusi.

Read More “Tahniah siswa-siswi UKM kerana bijakberani”  »»

Will Malays love UMNO forever?!

GE13 to show if Malays will ditch Umno, says Zaid

September 26, 2012
Zaid previously said he would rather be labelled an “ungrateful Malay” instead of a “stupid one”. — File pic
KUALA LUMPUR, Sept 26 ― The next general elections will reveal if the majority Malays are ready to abandon “the path chosen for them by Umno for the last 55 years” and seek other answers to the problems they face, says political maverick Datuk Zaid Ibrahim. The former Umno minister said he sensed the Malay nationalist party was fearful of the community’s changing mindset, which has prompted Tun Dr Mahathir Mohamad to castigate “so-called ungrateful Malays” recently. His comments came as a Universiti Malaya survey showed that the Umno-led Barisan Nasional (BN) will continue to govern the country despite rising support for Pakatan Rakyat (PR).
“This election, more than the previous ones, will show if the Malays and the Bumiputeras are ready to abandon the path chosen for them by Umno for the last 55 years,” Zaid said in an email to The Malaysian Insider.
“This election will show if they are now ready to trust themselves. For so long, they have implicit and absolute trust in their leaders. The question is will they continue to do that or will they seek alternative answers to the many problems they face in their daily lives,” he added.
Umno was founded in 1946 to oppose the Malayan Union established by the British colonialists to unite all states in the Malay peninsula, which were mainly agrarian then. Umno’s second president, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, together with allies MCA and MIC negotiated Malaya’s independence in 1957 and later formed Malaysia with Sabah, Sarawak and Singapore. Singapore was then expelled in 1965.
The original Alliance comprising Umno, MCA and MIC was expanded to become BN in the 1974 election, after the 1969 race riots that cost Tunku Abdul Rahman his job. Umno was later deregistered in 1988 after a leadership split led to the discovery of illegal branches. The current Umno is officially registered as Umno Baru. A splinter group in 1951 later became known as PAS, which advocates an Islamist state.
BN suffered historic losses in Election 2008, losing five states and its customary two-thirds parliamentary majority. The defeat prompted Tun Abdullah Badawi to resign a year later as prime minister in favour of Datuk Seri Najib Razak, who has been tirelessly campaigning to win back support for the ruling BN. Najib has promised reforms but has yet to indicate when he will call for the election, which must be held by middle of 2013.
Former prime minister Dr Mahathir (right) has said November would be ideal for a snap election and, while calling the Malays “ungrateful” and “lacking intelligence”, warned that the greed of a few power-hungry Malays in the opposition would see the country’s dominant race lose its political power.
In his lengthy tirade against the Malays in the Mingguan Malaysia weekly on Sunday, Dr Mahathir expressed sadness that the Malays were now purportedly split into three factions and said that this has resulted in them “begging” for support from the other races.
“Who brought on this disaster? No other than the Malays themselves, greedy Malays, Malays lacking in intelligence, Malays easily influenced by lust, easily dominated by hatred when agitated,” he continued in typical no-holds-barred fashion.
Zaid, who built the country’s largest law partnership before entering politics, had denounced Dr Mahathir’s statement, saying he would rather be “ungrateful Malay” than be considered a “stupid one”.
“I sense that Umno is now fearful of the Malay mindset change. That’s why their chief ideologue, Dr M, has launched these incessant attacks on the so called ungrateful Malays. These Malays are not ungrateful; they have just discovered that there is life after Umno,” he said in his email to The Malaysian Insider.
His observation came as a survey by University of Malaya’s Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) found that BN garnered 44 per cent of support among those polled, a drop from last March’s results that stood at 49 per cent. There was also a growing number of people who believed that PR could take over Putrajaya, from 21 per cent in March to 30 per cent in the survey “Polling Trends in the Run-up to the 13th General Election” carried out from September 1-16.
The survey results also indicated that PR would likely hold onto Selangor and Kedah but there was a drop in support among Kelantan residents towards the state’s PAS-led government.
The face-to-face survey involved 1,536 respondents, from across all three major ethnic groups. Each person was randomly selected to answer a structured survey.
The survey also showed that Najib’s popularity fell from 61 per cent in March to 58 per cent this month.

Read More “Will Malays love UMNO forever?!”  »»

UNISEL:EXCO Pendidikan Tinggi lancar PROJEK KULTUR TISU

25/9/12
BESTARI JAYA

YB Dr Hjh Halimah Ali, selaku EXCO Pendidikan Tinggi Kerajaan Selangor telah melancarkan projek terbaru Unisel iaitu Projek Kultur Tisu atau tissue culture. Projek dibawah Fakulti Sains dan Bioteknologi dikendalikan oleh Pengarah Projek Prof Madya Dr Aziah yang merupakan modal insan berpengalaman menyediakan kultur tisu di syarikat kelapa sawit gergasi negara.

   Di antara yang dikaji mereka ialah ubijaga, karas(yang mengeluarkan gaharu),  herba yang berpotensi mengeluarkan bau wangi, buah-buahan, bunga orkid dan lain-lain. Kajian mereka merencana untuk menyediakan kultur tisu yang mampu membantu mengeluarkan hasil yang menjamin lebih pendapatan kepada petani.

Keghairahan para penyelidik amat terserlah. Apabila modal insan utama dalam institusi pendidikan tinggi teruja maka insyaallah pelajar akan terkesan sama. Barulah meresap minat di kalangan pelajar. Maka tidak ada masalah pelajar yang mandom dan layu.

 Sekiranya momentum ini dirancakkan sehingga benar-benar menjadi budaya ilmu maka negri Selangor akan mampu melahirkan modal insan cemerlang yang produktif dan sentiasa relevan.

UNISEL ke arah kecemerlangan!!

Read More “UNISEL:EXCO Pendidikan Tinggi lancar PROJEK KULTUR TISU ”  »»

ADUN Selat Klang menerobosi kehidupan golongan marhaen

AHAD
23/9/12
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang meneruskan ziarah ke rumah golongan marhaen, yang sakit, warga emas dan mantan pimpinan masyarakat.
YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Ketua Kampung Delek, Nazir masjid Nurul Amin serta pimpinan PAS menziarahi insan bertuah yang terkejut gembira menerima kedatangan rombongan YB.

Alhamdulillah, daripada tinjauan rakyatnya, YB Dr Halimah  teruja bertemu dengan pakar dodol yang baru masak dodol malam sebelumnya. Hajat  bertemu dengan yang sakit belakang kronik.Mana tahu rezeki sempat makan dodol 30biji kelapa diparut sendiri! Ooops kolesterol macam mana?!

Bertemu mantan siak yang menebas rumput. Isterinya sakit anaemia dan baru baik lymphoma(kanser )

Bertemu pula sepasang suami isteri warga emas yang dua-dua uzur namun pakar 'tepung bubur cha cha'.
 Seterusnya menyantuni seorang wanita beberapa anak kecil yang tinggal bersama ibu mertuanya yang tua. Ini keras sikit. Kami tidak bertemu dengan ibu mertuanya kerana beliau dikatakan pergi rumah anaknya.Beras dan barang dapur tetap diberikan kepada ibunya melaluinya. Mudah-mudahan terbuka pintu hatinya menerima nur ILAHI .amin

Alhamdulillah. dengan terjun terus ke medan lapangan banyak informasi yang boleh diperolehi sebagai ADUN. Tawa tangis rakyat lebih mudah dikesan. Kesunyian hidup pasangan warga emas yang ditinggal anak cucu diselami. Raut muka insan yang kekurangan zat ROHANI juga mengusik jiwa ADUN SELAT KLANG.
 Budaya kerja jentera juga lebih mudah dikenali bila sama-sama menyantuni rakyat.

Mantan imam, bilal, siak,guru, tukang masak dan sebagainya dihiburkan dan dibangkit kenangan manis khidmat bakti mereka. Senyum terukir dibibir.Pasti keceriaan juga menguntum di hati mereka.
Satu penghargaan apabila rombongan wakil rakyat mereka menjenguk tanpa notis. Mereka tidak sempat bersiap hidangan istimewa.Bahkan kole air pun ada yang tidak larat untuk diangkat. YB Dr Halimah bukan lapar. Dahaga kerana panas terik mungkin. Namun tujuan melawat bukan untuk dilayan seperti orang besar biasa.

Kedatangannya untuk meninjau kualiti hidup.Senang susah, sedu sendawa rakyat.....Agar boleh membantu beliau merancang apa lagi usaha yang diperlukan untuk membantu hamba Allah di bumi ciptaanNya ini.Moga diredhai oleh Yang Maha Berkuasa

Read More “ADUN Selat Klang menerobosi kehidupan golongan marhaen”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com