Pray For MH370

Pray For MH370

PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA

 SHAH ALAM
3 Jun 2013

EXCO Pendidikan Selangor yang baru dilantik semula pada 30 Mei yang lalu , YB Dr Halimah Ali telah menjalankan tugas rasmi pertamanya di MAJLIS PENUTUP PESTA BUKU SELANGOR 2013 yang telah berlangsung selama 11 hari.
Pesta Buku menjadi acara tahunan bagi PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) dan telah semakin terserlah dan mendapat sambutan hangat sejak bermulanya dengan pengisytiharan HARI ILMU oleh DYMM SULTAN SELANGOR pada 26 JUN 2010 dalam gerakan membaca perdana yang telah memecah MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai the largest outdoor reading event yang berjaya mengumpul 15,271 peserta untuk membaca selama 1 jam di TASIK SHAH ALAM.
 Rentetan daripada segala usaha untuk mengilmukan rakyat Selangor, PPAS telah di amanahkan oleh EXCO PENDIDIKAN bagi pihak kerajaan Selangor untuk MERAKYATKAN ILMU, yakni menjadi agensi penting untuk memberi akses kepada rakyat Selangor kepada pelbagai sumber ilmu khususnya bagi mereka yang kurang  mampu.
Ini merupakan strategi kerajaan Selangor melonjakkan kualiti hidup melalui proses membudayakan ilmu agar rakyat Selangor terlengkap dengan segala bekalan ilmu untuk memberdayakan modal insan ke arah keberkesanan hidup di dunia dan insya Allah hingga akhirat.

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE sebuah anak syarikat PKNS telah dipilih untuk menjadi venue yang menyediakan suasana yang kondusif, santai dan dilengkapi dengan kemudahan solat dan tempat rehat dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Pempamer buku dan alat pendidikan daripada pra sekolah hingga ke IPT dengan harga yang sangat berpatutan adalah poin positif dalam usaha menggalakkan masyarakat melabur untuk sumber ilmu: buku!
Tahniah PPAS, PEMPAMER, SACC dan semua pengunjung serta rakyat Selangor yang semakin deras melangkah ke depan menjadi warga berilmu pengetahuan.
Semoga visi Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan insyaAllah akan tercapai. Amin

Read More “PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA”  »»

Start it right, the right way ,the right niat

Al-Fatiha (The Opening)
Topics discussed in this Verse:
[Allah's attributes:Most Gracious] [Allah's attributes:Most Merciful]
  • 1:1 (Malay) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah:Praise be to Him] [Allah's attributes:Cherisher and Sustainer] [Allah's attributes:Lord of the Worlds]
  • 1:2 (Malay) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's attributes:Most Gracious] [Allah's attributes:Most Merciful]
  • 1:3 (Malay) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's attributes:King (Sovereign)] [Allah's attributes:Master of the Day of judgment] [Day of judgment] [Day of judgment:dominion shall be for Allah]
  • 1:4 (Malay) Yang menguasai hari pembalasan.   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah:seek His help] [Allah:serve Him] [Allah:worship Him (alone)]
  • 1:5 (Malay) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's guidance] [Straight way (or path)] [Way the right]
  • 1:6 (Malay) Tunjukilah kami jalan yang lurus,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's grace to humanity] [Straight way (or path)] [Unbelievers:astray]
  • 1:7 (Malay) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
  • Read More “Start it right, the right way ,the right niat”  »»

    Asal ketagih:Kenapa perlu merokok??

    ROKOK satu keperluan 'asas' bagi sesetengah individu! Kenapa?
    Tanpa rokok mereka ini tidak mampu memberi tumpuan kepada kerja, Tidak ada idea. Tidak tenang. Resah gelisah. Cepat marah.... Memang selalu kedengaran orang selalu mengeluh...tak makan pun tak apa....asal dapat rokok! Fenomena ini juga kita boleh amati bila siperokok berpuasa. Tahan lapar dahaga tetapi selepas berbuka mereka juga perlu ' berbuka' puasa rokoknya!!

    Pelbagai kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tidak berhasil. Dengan gambar penyakit serius dikotak rokok tidak menakutkan si perokok.Remaja belia yang baru mahu mencuba-mencuba juga tidak terkesan langsung dengan gambar dan amaran tersebut.
    Persoalan besarnya kenapa!??

    Adakah usaha yang dijalankan tepat pada puncanya atau sekadar 'piecemeal' kerana melihat daripada sudut sudut tertentu sahaja.

    Pernahkah difikirkan, dianalisa, dicerakin masalah ketagihan merokok SECARA BERJAYA? Kalau memang telah banyak dibincang kenapa MASIH TIDAK BERJAYA??
    Atau dari perspektif lain, kenapakah 'towkay' rokok lebih berjaya MEYAKINKAN si perokok dan BAKAL PEROKOK bahawa faedah dan nikmat menghisap rokok adalah lebih banyak dan berbaloi untuk mengambil risiko teruk seperti kanser peparu, sakit jantung dll...???!!
    Apakah yang telah dilakukan oleh PENIAGA ROKOK yang GAGAL dilakukan atau diatasi oleh PEROKOK.Inilah perkara yang harus diteliti dengan mendalam oleh pembuat dasar dan pelan berjadual harus dilakarkan untuk membendung masalah penagihan rokok yang MERUGIKAN MASYARAKAT, NEGERI DAN NEGARA!!
    Tidak cukup dengan mengurangkan kandungan tar dan nikotin sahaja. Pelajar harus dididik untuk mengelak sama sekali ROKOK.

    Buat baik berpada pada
    Buat jahat jangan SAMA SEKALI!!

    Health Ministry wants cigarette firms to cut tar, nicotine content

    June 02, 2013
    PETALING JAYA, June 2 – The Health Ministry will be asking cigarette companies in the country to reduce tar and nicotine content in cigarettes to further discourage smoking among Malaysians, said its minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
    He said this will be among the steps in phase two of the ministry’s anti-smoking drive from January next year till June 2015.
    “We want tar content in a stick (of cigarette) to be reduced from 20 milligrames to 10 milligrames and nicotine from 1.5 milligrammes to one milligramme,” he told reporters after opening the national-level ‘No Tobacco Day’ at Sunway Pyramid here today.
    Also present were Sunway Group founder and chairman Tan Sri Dr Jeffrey Cheah and Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
    Dr Subramaniam said the other steps included having the size of anti-smoking pictures on cigarette packs increased from 40 per cent (on the face of the pack) now to 50 per cent.
    He said all the steps would be implemented gradually and that the ministry would also block direct and indirect promotion of cigarettes besides prohibiting offering of discounts for tobacco products.
    “These included supporting community or sports activities though they may be for a noble cause,” he said, adding that Malaysia might also follow in the footsteps of Thailand and stop sale of cigarettes from racks displayed prominently but instead from drawers on demand from customers.
    “In Malaysia, between 10 and 12 per cent or about 10,000 deaths of the total number of Malaysians dying annually are smoking related. In 2011, 11,056 deaths recorded in government hospitals were attributed to smoking.
    He added that it was estimated that there were about four million smokers in the country.
    Malaysians, particularly from the middle class, he said, spent between RM500 and RM600 a month on cigarettes which had huge implications on their economic wellbeing.
    On the problem of cigarette smuggling, he said his ministry would work closely with the Customs Department and other relevant agencies to come down hard on both sellers and buyers of illicit cigarettes. – Bernama

    Read More “Asal ketagih:Kenapa perlu merokok??”  »»

    Kuasa Politik dan Kuasa Agama

    Kuasa politik dan kuasa agama
       

    Oleh  Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin   

    Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

    Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

    Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

    Begini...

    Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

    Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila ‘iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan ‘Tuhan' atau ‘pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

    Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai ‘tuhan' atau ‘jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai ‘iman rakyat'.

    Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau ‘Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

    Orang Agama

    Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian ‘penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

    Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang ‘senior' tidak mahu memberi laluan kepada ‘imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun ‘pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

    Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana ‘kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka.

    Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

    Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

    Perkongsian dan pertarungan kuasa
    Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

    Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

    Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

    Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

    Islam Dan Pemerintah

    Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

    Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

    Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)

     "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu.  Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

    Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)

     "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu  menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

    Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara ‘membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w:
     "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Islam dan ulama

    Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-‘Araf ayat 75-76.Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran:

    "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongaSesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)".
    Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

    Pemerintah dan ulama

    Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w:

    "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

    Inilah Perbezaannya...
    Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

    Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

    Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan ‘tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan ‘tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

    Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan ‘panel kurang selesa' atau ‘panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!


    Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama ‘pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

    Read More “Kuasa Politik dan Kuasa Agama”  »»
     

    x

    Photobucket

    e


    Popular Posts

    Followers


    View My Stats

    pautan lain

    • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
      8 years ago
    • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
      9 years ago

    Ab

    zwani.com myspace graphic comments

    x

    Photobucket









    Recent Comment

    ISLAMICITY

    SEARCH THE TRUTH

    Search in the Quran
    Search:
    Download | Free Code
    www.SearchTruth.com