Pray For MH370

Pray For MH370

Mahasiswa perlu diberi ruang untuk membukti kematangan: UMNO-BN jangan masuk campur

Pro-M bantah UM perkenal sistem zon p'raya kampus
Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) membantah tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan sistem zon bagi kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung akhir Mac depan.

Mereka mendakwa peraturan baru yang diumumkan kelmarin, bertujuan untuk "memecah dan mengurangkan" dominasi pelajar khususnya mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API), walaupun mereka berpendapat semua mahasiswa dari fakulti boleh bertanding kerusi itu.

NONE"Kita bantah dan tidak bersetuju dengan sistem zon yang diperkenalkan. (Pentadbiran universiti) nak mengecil dan hadkan supaya tidak ada penguasaan Pro-Mahasiswa (bagi kerusi itu)," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini (kanan).

Lebih-lebih lagi, dakwa Mohd Syahid, berdasarkan rekod, kerusi umum memang sukar dikuasai pihak lawan khususnya Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi).

Sehubungan itu, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat sebagai asas bantahan terhadap peraturan itu sebelum bertemu dengan Naib Canselor Profesor Datuk Ghauth Jasmon awal minggu hadapan.

"Kita akan berbincang terus dengan naib canselor berhubung perkara ini," katanya sambil mengakui mempunyai "masalah" dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Rohana Yusof.

Berbeza dengan tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini menyaksikan perubahan dari sudut kerusi umum di mana ia dibahagikan kepada lima zon. Empat zon untuk pengundi ijazah sarjana muda dan satu zon lagi untuk pelajar sarjana yang memperuntukkan satu kerusi.

Mahasiswa boleh memilih seorang atau dua calon umum bagi setiap zon yang diwakili fakulti tertentu seperti yang ditetapkan. Bagi kerusi fakulti pula, peraturannya dikekalkan dan sebanyak 32 kerusi akan dipertandingkan.

'Kecilkan penguasaan mahasiswa API'
Dalam pilihan raya lalu, semua mahasiswa kampus itu boleh mengundi bagi memilih sembilan kerusi umum yang dipertandingkan. Pro-M menyapu bersih sembilan kerusi tersebut dan menang 16 kerusi fakulti.

Mohd Syahid - yang juga pelajar tahun akhir API - berkata jika peraturan itu dilaksanakan, mahasiswa API hanya boleh memenangi dua kerusi sahaja bagi zon yang terlibat, berbanding enam kerusi yang dimenangi mereka pada tahun lalu, kerana mahasiswa yang boleh mengundi di zon masing-masing sahaja.

universiti malaya um campus election 200109 pro mKatanya, setakat yang difahaminya, walaupun ramai calon API akan bertanding di zon tersebut, hanya dua calon sahaja yang akan dipilih, dan mereka (mahasiswa API) tidak boleh bertanding di zon lain.

"Calon API tidak dapat menguasai kerusi-kerusi umum yang lain. Ia memecahkan dominasi calon API untuk kerusi itu. Setiap tahun, setiap kali calon API bertanding, memang kita menang. Itu (pecah dominsi itu) yang kita nampak setakat ini.

"Pengundi zon itu, boleh mengundi di zonnya sahaja, tidak boleh mengundi di zon lain... Jadi sokongan (untuk) kami semakin mengecil. Mahasiswa boleh memilih dua calon umum sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Mohd Syahid mendakwa tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan peraturan baru yang diumumkan kelmarin bertujuan untuk memastikan penguasaan mahasiswa API mengecil.

Ditanya sama ada mereka mempunyai tempoh untuk membantah memandangkan ura-ura pilihan raya kampus bakal berlangsung akhir Mac ini, Mohd Syahid berkata pihaknya sedaya upaya membantah perkara ini.

"Kita tidak akan putus ada. Kita akan lawan isu ini," katanya sambil berharap mengekalkan sistem dipraktikkan pilihan raya kampus sebelum ini.

Read More “Mahasiswa perlu diberi ruang untuk membukti kematangan: UMNO-BN jangan masuk campur”  »»

ISLAM SEBAGAI DISIPLIN ILMU TIDAK BERASASKAN HAWA NAFSU DAN ANDAIAN

 Amat malang dan tragis sekali apabila  terdapat individu dan kumpulan yang mengelar diri mereka ilmuan serta intelektual  termasuk yang berjawatan mufti berbicara tentang bai'ah tanpa ilmu, hanya dengan hawa nafsu dan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulillah s.a.w.

Berbai'ah adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Berbai'ah dan berjanji setia sesama muslim untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh apatah lagi berbai'ah untuk berjihad menentang kezaliman dan penindasan serta memperjuangkan Islam merupakan sebahagian sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta para ulama terdahulu dan terkemudian.

PAS sebagai sebuah parti yang meletakkan landasan perjuangannya adalah Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis sudah pasti selayaknya melakukan bai'ah sebagaimana yang disunnahkan.

Adapun Umno sebagai parti yang tidak menjadikan Islam sebagai matlamat apatah lagi berpendirian bahawa agama tidak wajar digunakan dalam berpolitik tentu sahaja tidak akan merujuk kepada sunnah Rasulullah saw dalam berbai'ah. Maka tidak pelik apabila pimpinan Umno dan ilmuwan Islam yang sehati dan sejiwa dengan Umno akan berkokok menafikan kepentingan bai'ah.

Bai’ah merupakan istilah al-Quran dan Hadis. Ia bermaksud memberikan janji untuk menunaikan dan melaksanakan sesuatu. Dalam hadis riwayat Nasaei daripada sahabat Nabi s.a.w. bernama Ubadah bin Somit, Rasulullah s.a.w. telah menyeru sahabat-sahabat daripada Madinah pada tahun ke 11 menjadi Nabi untuk berbai'ah yang dikenali sebagai bai’ah Nisa'. Bai’ah tersebut mengandungi janji untuk menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak lelaki, tidak mereka-reka cerita palsu dan tidak menderhakai Nabi s.a.w. dalam perkara ma'ruf.

Sebaik sahaja mereka berbai'ah baginda lantas bersabda bermaksud: "sesiapa yang selepas ini melakukan apa-apa perkara yang dibai'ahkan tadi lalu ditimpa balasan (di dunia) itu adalah kaffarah baginya. Sesiapa yang tidak terkena balasan maka urusannya terserah kepada Allah. Sekiranya Allah mahu Allah berikan keampunan kepadanya, sekiranya Allah mahu Allah boleh membalasnya disebabkan perlakuan tadi".

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang melanggar bai'ah boleh dihukum dan dibalas di dunia oleh Allah.

Bai'ah terbahagi kepada dua. Pertamanya bai’ah kepimpinan dan pemerintahan atau bai'ah kepada khalifah dan pemerintah Islam seperti bai'ah sahabat kepada Nabi s.a.w. di Madinah dan bai'ah sahabat-sahabat kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.

Keduanya, bai'ah untuk melakukan ketaatan dan amalan soleh seperti solat dan jihad. Dalam hadis sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan bai'ah antara Nabi s.a.w. dan sahabat antaranya bai'ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbai’ah untuk tidak lari dari medan perang, berbai'ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai'ah untuk menunaikan zakat, bai'ah untuk berjihad, bai'ah untuk menyatakan kebenaran di mana sahaja kita berada dan bai'ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam.

Oleh itu sangat tersasar dan tersilap mereka yang menempelak PAS berbai'ah dalam urusan pencalonan pilihan raya dengan hujah kononnya bai'ah hanyalah merujuk kepada bai'ah kepada pemerintah sahaja dengan menafikan bai'ah dalam melakukan amalan soleh.


Menyertai pilihan raya sebagai calon wakil rakyat dengan matlamat untuk menegakkan agama Allah dan prinsip Islam dalam pemerintahan negara merupakan sebahagian amalan soleh. Oleh itu, bai'ah antara calon pilihan raya untuk tidak meninggalkan parti PAS yang memperjuangkan Islam selepas terpilih menjadi wakil rakyat atas tiket PAS adalah sunat dilakukan untuk menjamin tidak berlakunya sebarang pengkhianatan terhadap amanah Parti Islam Se-Malaysia.


Amat malang sekali kedapatan sebahagian yang menasabkan diri kepada ilmu termasuk berjawatan mufti berbicara tentang bai'ah tanpa ilmu, hanya dengan hawa nafsu dan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulillah s.a.w. Kita menyeru mereka untuk bertaubat kepada Allah kerana bercakap tanpa ilmu dan tanpa merujuk sunnah Rasulillah s.a.w.


Penulis merupakan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber:Harakahdaily

Read More “ISLAM SEBAGAI DISIPLIN ILMU TIDAK BERASASKAN HAWA NAFSU DAN ANDAIAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com