Pray For MH370

Pray For MH370

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.



Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGUNG

PARTI KEADILAN RAKYAT

Read More “Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat”  »»

Dr Halimah mahu ikon ilmu di DUN SELAT KLANG

Perpustakaan Multi Fungsi RM1 Juta Di Klang
 
MB lancar perpustakaan sg undang 01
KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu ‘merakyatkan ilmu’ untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini.

PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan di sudut luarnya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang dapat memartabatkan ilmu.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang kepada pelbagai lapisan rakyat agar tidak ketinggalan dalam pembangunan sumber ilmu.
“Kita bina sebab tidak mahu anak-anak menghabiskan masa di cyber cafe seperti aduan yang saya terima dari ibu bapa.
MB lancar perpustakaan sg undang 02“Kita bina bangunan ini multifungsi sebab kita tidak mahu konsep perpustakaan uzur macam sebelum ini, kalau kita
buat macam itu orang lalu pun tidak mahu masuk,” katanya dalam ucapannya dalam majlis perasmian PPAS itu.

Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama Pengarah PPAS negeri, Mastura Mohamad.
Sementara itu, Abdul Khalid berharap penduduk di kawasan sekitar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya.
“Kita sudah bina dengan konsep santai keluarga, kita harap penduduk dapat menimba ilmu secara berterusan selaras dengan konsep menjadikan negeri Selangor sebagai negeri ilmu,” katanya.
PPAS Sungai Udang itu merupakan PPAS yang kesembilan dibina di negeri Selangor.

Read More “Dr Halimah mahu ikon ilmu di DUN SELAT KLANG ”  »»

PAS berjaya menarik pelbagai golongan termasuk selebriti

DR HALIMAH dalam kempen PRU13 bersama Man Raja Lawak di Kpg Keretapi

Read More “PAS berjaya menarik pelbagai golongan termasuk selebriti”  »»

Tunggu & Lihat Perkembangan Seterusnya.....Tiada Yang Pasti

Jadual dipetik dpd harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar Selangor kerana beliau disokong oleh kepimpinan DAP dan PAS, dua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk majoriti dalam kerusi Dewan Undangan Negeri, kata sumber hari ini.

Pemimpin senior PR, yang enggan mendedahkan identitinya, berkata PKR, DAP dan PAS bersetuju untuk memilih Khalid mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas pakatan pembangkang itu berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri berkenaan dalam Pilihan Raya 2013.

“Khalid berjaya membuatkan kami memenangi dua pertiga majoriti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kita tidak boleh pinggirkan beliau,” katanya lagi.

Walaupun berhadapan cubaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menawan Selangor, PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi berbanding 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikatakan sedang mengintai peluang menjadi menteri besar dilihat masih berdiam diri berhubung jawatan berkenaan.

Azmin dilaporkan berkata memetik laporan Sinar Harian Online berkata beliau “mahu menyelamatkan PKR daripada nepotisme”.

“Berdasarkan mandat besar yang diberiakan rakyat kepada kami di Selangor, saya mahu memastikan MB adalah seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan kepentingan parti,” kata Azmin.

Tegasnya, beliau bagaimanapun tidak akan meninggalkan PKR sekalipun Khalid dilantik sebagai menteri besar.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menjelaskan Khalid Ibrahim disukai oleh DAP, dan PAS.

Beliau menerima sokongan daripada DAP dan PAS, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada The Malaysian Insider.

Setiusaha Politik kepada Khalid, Arfa’eza Abdul Aziz, berkata kepada The Malaysian Insider tarikh rasmi upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar secara rasmi bagaimanapun masih lagi belum ditetapkan.


berjaya membuatkan kami memenangi dua pertiga majoriti,” katanya kepada The Malaysian Insider.-Malaysian Insider

Read More “Tunggu & Lihat Perkembangan Seterusnya.....Tiada Yang Pasti”  »»

Terima kasih pengundi N45 DUN SELAT KLANG

 5.5.13
Hari yang mencatat sejarah penting bagi rakyat Malaysia. Tidak pernah rakyat Malaysia sebegitu ghairah menunggu hari mengundi seperti yang disaksikan pada PRU13.
Ada pelajar yang pulang daripada luar negara kerana mereka menilai satu undi untuk kebenaran adalah sangat besar ertinya. Perhatian seluruh dunia kepada kebobrokan sistem pilihanraya dalam negara ini juga telah tidak diselindung lagi.
Warga yang celik IT mudah mendapat maklumat daripada pelbagai sumber sebelum memutuskan golongan manakah yang berkata benar, golongan mana pula pakar putar belit dan bermain wayang. Justeru, golongan dalam bandar dan terpelajar lebih mudah memahami fenomena yang berlaku disekitar mereka dan peringkat yang lebih luas.Penjawat awam juga telah terdedah kepada budaya kerja yang lebih cekap, telus dan amanah serta bertanggungjawab.Mereka dididik untuk menghargai nilai pendapatan yang halal dan akhirat centrik. Mereka mula faham dan menyemai benih saham akhirat melalui kerja sebagai ibadah, tiada hanky panky.
Budaya memberi jamuan besar di PULAU KETAM dan TELOK PULAI sebagai usaha terakhir meraih undi gagal menjejas sokongan kepada pakatan rakyat dan calon PAS DUN N45.Hanya saluran 1 masih terpengaruh dengan umpan ini.
Difahamkan daripada laporan petugas PRU ada keluarga dan kenalan mereka memang mendapat RM 100, 200, 300..tunai. ada yang dapat habuan kerana sanggup rumah mereka di pasang bendera BN dan poster 'keluarga mengundi BN'.ada kanak kanak yang diberi bendera dan merempit di kampung Delek dan Sg Udang dan mengganggu ceramah PAS/PAKATAN.
 BELUM LAGI DIKIRA duit untuk poster dan bendera yang bersisik dan baju yang BN yang menimbun.....entah berapa ongkos semua..
Ada yang mengata RM10 juta...hanya ALLAH yang mengetahui.

Kes beli undi ini adalah sinonim bagi UMNO BN....walau apa yang disebut dalam peraturan SPR.

Namun setelah mengatasi segala tipu helah dan taktik kotor UMNO Jentera pilihanraya PAS DUN SELAT KLANG telah berjaya bekerja dengan cemerlang disamping munajat berterusan dan bersedia dengan SKEPS untuk menangani sebarang kemungkinan desperado pihak lawan.

Walaupun peningkatan majoriti undi melebihi seribu daripada PRU12, tetapi hakikatnya sokongan rakyat adalah luar biasa di semua tempat termasuklah kawasan tradisi kubu UMNO BN.
Kpg Sg Sireh sudah juga menunjukkan kemajuan walaupun ADUN PAS telah membuktikan beliau boleh memecah kebuntuan untuk dapatkan tanah milik KTM dalam masa 5tahun untuk di pindahmilik kepada mereka.

Allah berkuasa di atas segala-galanya.
Terima kasih kepada semua PIMPINAN dan petugas serta ahli dan penyokong  PAS, JENTERA PILIHANRAYA yang istiqomah, cekal dan padu. Setinggi penghargaan kepada HALWA dan SKEPS yang kerja keras untuk kemenangan ini. Saya doakan moga ALLAH mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua dan terus memimpin kita ke arah baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. insya Allah. Amin

Read More “Terima kasih pengundi N45 DUN SELAT KLANG”  »»

Keputusan PRU 13 Parlimen & DUN Selangor













        

Read More “Keputusan PRU 13 Parlimen & DUN Selangor ”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    10 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com