Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG sampaikan sumbangan mangsa rumah hangus di Jalan Yadi

 Rabu
15.2.12
Jalan Yadi
Selat Klang

ADUN Selat Klang bersama PA Hj Kamaluddin Rahmat menziarah rumah hangus terbakar di Jalan Yadi. Ia merupakan rumah sewa yang menempatkan dua keluarga.
 Rumah yang dibuat separuh kayu separuh batu itu habis hangus pukul 7.45 pagi. Jiran terdekat bergotong royong membantu sebelum dibereskan oleh pasukan bomba.

YB Dr Hjh Halimah Ali memberikan sedikit sumbangan segera untuk mangsa terbabit bagi meringankan beban.

Read More “ADUN SELAT KLANG sampaikan sumbangan mangsa rumah hangus di Jalan Yadi”  »»

ADUN SELAT KLANG agih beg sekolah kepada marhaen

 15.2.12
Perkarangan Pejabat ADUN Selat Klang

ADUN Selat Klang mengagihkan beg di majlis ringkas majlis penyerahan beg sekolah kepada golongan dhaif, ibu tunggal dan miskin di seluruh DUN Selat Klang.
 Dalam ucapan beliau, YB Dr Hjh Halimah Ali menegaskan bahawa kerajaan Selangor amat mengambil berat hal ehwal pendidikan. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sebenarnya adalah tabung pendidikan untuk anak Selangor yang dihadiahkan setiap seorang sebanyak RM100 dan dijangka apabila matang ketika anak itu berumur 18tahun, beliau bolehlah menggunakannya untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran.
 Program Tuisyen Rakyat Selangor bertujuan untuk membantu keluarga miskin menikmati kelas tambahan percuma.
   Ibubapa yang datang menunggu giliran dengan sabar untuk mendapatkan beg khas berlogo jata Selangor dan perkataan SELANGORKU untuk menanam patriotik dikalangan pelajar





Read More “ADUN SELAT KLANG agih beg sekolah kepada marhaen”  »»

UMNO tuduh PAS AJARAN SESAT: PAS ambil tindakan!

Tuduh sesat: PAS akan lapor ke pejabat agama pula

Aziz Muda , 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: PAS akan membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menuduh PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat'.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi, bagi mendesak tindakan diambil ke atas Ahmad.

Semalam beliau juga telah membuat satu laporan polis ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menarik balik keyataannya yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat’.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, dengan ditemani beberapa orang kepimpinan PAS Terengganu.

Menurutnya, pada Khamis, 9 Februari lalu, dalam ucapannya di Majlis Mesra Media anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah meminta Ahmad menarik balik kenyataannya yang ‘menghina’ PAS itu dalam masa tiga hari.

Katanya, setelah tempoh yang diberikan berlalu, Ahmad bukan sahaja tidak mahu menarik balik kenyataannya, malah pada hari Isnin, 13 Februari lalu, beliau membuat kenyataan dengan berkata bersedia diambil sebarang tindakan.

"Jadi, semalam, 14 Februari, saya telah membuat satu laporan kepada pihak polis supaya polis menyiasat Ahmad Said di bawah akta hasutan.

"Saya berharap agar pihak polis menyiasat Ahmad Said dengan segera," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Ahmad Said baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kotor dan berniat jahat untuk memburukkan PAS dengan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu itu sebelum ini telah dibidas teruk oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuk dari kalangan pemimpin PAS negeri itu kerana jelas bertentangan dengan realiti sebenar parti itu.

"Setelah langkah pertama itu dilakukan, saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pula selepas ini supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas Datuk Seri Ahmad Said," katanya.

Menurut Abu Bakar, setelah mengambil kenyataan daripadanya, polis Kuala Terengganu telah memberitahu kepada beliau bahawa laporannya itu akan diserahkan kepada polis Kemaman untuk sisatan lanjut kerana kenyataan jahat Ahmad itu dibuat di Kemaman.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, tuduhan Ahmad itu tidak boleh didiamkan oleh PAS kerana ia merupakan tuduhan yang amat berat bagi seseorang Islam.

"Itulah sebabnya saya meminta pihak polis menyiasat beliau di bawah akta hasutan kerana tuduhan beliau itu jelas bertujuan untuk memburukkan PAS dan menghasut orang ramai supaya membenci PAS," tegasnya. 

Menurutnya, termasuk dalam akta hasutan itu adalah hasutan dari sudut agama, perkauman dan raja-raja, manakala tuduhan Ahmad itu adalah satu ‘hasutan agama’ yang akan menimbulkan keresahan dan kebencian di kalangan orang ramai terhadap orang-orang PAS.

Bagaimana boleh dikatakan PAS sesat, tambahnya, sedangkan PAS tidak termasuk dalam ajaran sesat yang telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, PAS adalah satu parti politik yang sah, berperlembagaan, ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendokong dasar Islam yang bermatlamat untuk menegakkan pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

“Seruannya ialah Allahu Akbar dan usaha-usahanya adalah usaha yang diharuskan menurut perlembagaan Malaysia. Malah, pada setiap kali perlembagaan PAS dipinda, ia mendapat kelulusan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia," ujarnya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Terengganu telah mencabar Ahmad berdebat mengenai tuduhannya itu, tetapi cabaran itu tidak pula disambut oleh beliau.

"Saya sendiri pula sememangnya bersedia untuk berbahas dengan Ahmad Said pada bila-bila masa sama ada berbahas atau berdebat secara terbuka atau tertutup," tegasnya.

Beliau amat berharap agar Ahmad sedar dengan tuduhan beratnya itu terhadap PAS dengan segera merujuk balik kenyataannya dan seterusnya menarik balik kenyataan tersebut.

Read More “UMNO tuduh PAS AJARAN SESAT: PAS ambil tindakan!”  »»

ADUN SELAT KLANG khitan 18 bayi perempuan

 13.2.12
Selat Klang

ADUN Selat Klang sekali lagi meneruskan roadshow mengkhitan bayi perempuan siri ke 8 di seluruh DUN Selat Klang. Kali ini untuk kariah surau Miftahul Jannah.
Majlis bermula dengan bacaan Yasin oleh Muslimat Selat Klang dengan ibu-ibu peserta. Disulami sedikit dengan tazkirah tentang tanggungjawab ibu untuk melahirkan anak solehah oleh YB Dr Hjh Halimah Ali sendiri.

 Kemudian majlis khitan bermula dengan peserta di hibur dengan marhaban kumpulan remaja surau Hj Abbas.
 Alhamdulillah sambutan semakin baik dan lazimnya ada yang terus datang untuk daftar hari yang sama majlis di adakan.
 Sesuai dengan nama surau Miftahul Jannah, YB mengharapkan sedikit aktiviti amar makruf yang dilakukan boleh menghampiri kunci syurga(mifathul jannah) itu insyaallah.



Read More “ADUN SELAT KLANG khitan 18 bayi perempuan”  »»

ADUN SELAT KLANG bawa 150 warga emas dan OKU shopping!

 14.2.12
Klang
 Keriangan 150 orang warga emas sukar diselindungi apabila mereka ditawar bersama-sama shopping dengan ADUN mereka, YB Dr Hjh Halimah Ali.
Yang terlalu uzur diwakili anak atau cucu.Yang uzur sedikit bergerak dengan kerusi roda bersama keluarga mereka.Tidak kurang juga ada yang OKU. Semua mereka diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh YB Dr Halimah.
 Dlam ucapan pra-shopping , YB Dr Halimah memberi sedikit taklimat tentang MES dan tujuan sebenar kerajaan Selangor mengajak mereka membeli belah ialah sebagai simbolik terima kasih kerajaan negeri kepada golongan emas yang telah menabur jasa membesar anak, membanting tulang bekerja dan dengan itu membantu membangun negeri Selangor. Justeru token hadiah RM100 untuk dibelanjakan itu adalah untuk menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan mereka.
 Mereka dihantar menaiki bas. Mereka ditunggu selepas urusan bayaran untuk diberi sedikit hadiah lagi. ADUN Selat Klang bersama krewnya yang bertungkus lumus menjayakan program MES ini mahu mempastikan warga emas yang disantuni ini menikmati sedikit kebahagiaan dengan usaha keras kerajaan negeri menjimatkan duit supaya tidak boros dan tiris.
 Akhirnya rakyat merasakan nikmat agenda MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR!Alhamdulillah.

Read More “ADUN SELAT KLANG bawa 150 warga emas dan OKU shopping!”  »»

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG lancarkan NGO PENDIDIK KEBANGSAAN

 12.02.2012
 KLANG.

YB Tuan Guru Hj Hadi Awang menyempurnakan pelancaran bagi sebuah NGO PENDIDIK yang akan berfungsi sebagai medan bergerak para guru untuk menjaminkan suara guru didengar dan kebajikan guru diberi perhatian.
  Dijangka lebih 1000 orang termasuk daripada pelbagai negeri hadir dalam majlis tersebut. Alun-alun kecil kesedaran guru diharapkan bila diurus dengan baik boleh menghasilkan gelombang kebangkitan guru  untuk menjadi agen perubahan atas sifat mereka sebagai pendidik. Bukan sahaja mereka perlu mendidik anak murid. Lebih daripada itu keluarganya sendiri boleh terdidik sekiranya guru menggunakan kaedah yang santai tetapi tegas dan berwawasan.



Read More “TUAN GURU ABDUL HADI AWANG lancarkan NGO PENDIDIK KEBANGSAAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com