30 Mac 2017
Sedutan ucapan perbahasan ADUN Selat Klang
Bismillah
Selat Klang menyokong usul ucapan terima kasih dan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas ucapan di pembukaan persidangan penggal ke 15 Dewan Negeri Selangor.
Sesuai dengan tema bajet 2017 ' Membangun Bangsa dan Memakmurkan negeri', saya bawa pantun:
Bangsa Selangor orangnya permai,
Berpolitik matang, rakyat sejahtera
Segala yang kusut terus dirungkai
Fitnah,benci, politik melampau bukan budaya.
Bangsa Selangor orangnya permai
Bijak mengurus kawan dan lawan
Yang Berhormat Selangor, si bijak pandai
Segala bicara ternoktah di dewan
Semua terfokus memakmurkan negeri
Pencapaian bagus Selangor sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara, ke 3 terbesar dalam negara. Selangor negeri terpenting kerana Ekonomi Selangor menjadi indikator utama prestasi ekonomi Malaysia.
Maka, Selat Klang ingin mencadangkan kerajaan Selangor buat kajian menyeluruh bagaimana menggunakan segala sumber sedia ada bagi mempertingkatkan pencapaian ekonomi dan pembangunan holistik Selangor. Selangor memanfaatkan realiti. Kita perlu terima fakta. Kita tiada lombong emas, kita tiada telaga minyak. Kita tiada sumber pendapatan dari balak dll.
Fakta yang perlu diambilkira juga ialah Selangor mempunyai lembah Klang, satu 'conurbation' penting.
Kita mempunyai penduduk paling ramai 6 juta dari 30 juta.
Ada sungai macam macam nama. Sungai Panjang, Sungai Besar, Sungai Burong, Sg Udang, Sg Sireh yang ada dalam Selat Klang. Sungai Klang panjang120km , biodiversiti, Institusi Pengajian Tinggi paling banyak dan terbaik, airport dan pelabuhan, infrastruktur terbaik, state of the art teknologi.
Konsep negeri Pembangunan
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berjaya meletak nisbah peruntukan sebanyak 52-2% untuk perbelanjaan pembangunan RM1.8b dan 47.8% untuk perbelanjaan mengurus RM1.65B. Dicadangkan perancangan yang 'long term,mid term, short term. Adakah kerajaan sudah ada inventori aset aset berpotensi untuk menjana ekonomi yang lebih mampan dan stabil?
Contoh, Sg Klang 120km, sekiranya ia bersih, ia boleh menjadi sumber air .Selain itu, segmen strategik Sg Klang boleh dibangunkan secara 'customized' dan menyerlah kecantikan dan keindahan hingga menjadi destinasi pelancongan dan mewujudkan natural stress relief untuk rakyat lembah Klang yang berisiko tinggi untuk masalah kesihatan kerana tekanan hidup.
Lebih-lebih lagi dengan adanya produk paling menonjol kerajaan negeri iaitu Jambatan ke 3 Klang. Satu-satunya negeri yang membina jambatan, satu projek yang dijanjikan oleh UMNO-BN sebelum PRU 12 alhamdulillah. Selat Klang mencadangkan mungkin jambatan ini diberi nama 'Jambatan Selangor'.
Jambatan ini boleh menarik pelancong tempatan dari lembah Klang selain daripada luar negeri Selangor termasuk luar negara. Aktiviti ekonomi sampingan yang boleh dibangunkan dengan terwujudnya jambatan ini yang insya Allah mampu menarik ramai pelancong terutama aktitiviti yang terfokus kepada institusi keluarga, menyemai budaya sayang dan menghargai sungai di kalangan warga Selangor.
Pengkalan Batu dan kawasan di sekelilingnya boleh dijadikan pangkalan river cruise hingga ke Muara Sg Klang di mana tempat makanan seafood Tanjong Harapan dan Bagan Hailam hingga ke pulau pulau termasuk Pulau Ketam. Mungkin konsep yang boleh dijadikan perintis ialah kejayaan 4 buah bot 2 tingkat ala double decker(tingkat bawah berhawa dingin, tingkat atasnya ruang terbuka) yang telah menjadi tarikan terkini pelancong dari jeti awam Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam.
Ada yang membuat majlis sampingan perkahwinan di atas bot.
Raikan penduduk sekitar jambatan ke 3 Klang.
Selat Klang meminta kerajaan pastikan langkah terakhir projek jambatan ke 3 Klang ini, perlu mengambilkira keperluan dan kesan kepada penduduk yang tinggal sekeliling struktur dan isu lalulintas.
Desak kerajaan atasi isu jalan kampung
Di kampung tradisi Melayu Kpg Delek, Kpg Sg Udang, Kpg Telok Gadong, kawasannya kecil, jalannnya tidaklah sepanjang mana tetapi ia adalah kediaman modal insan yang menyumbang kepada produktiviti Selangor termasuk penjawat awam, IPT DAN PEKERJA Northport, Westport. Saya minta kerajaan Selangor wujudkan SKUAD yang bersifat one-stop centre Pasukan Khas mempastikan jalan-jalan kampung yang berada di lot persendirian di kawasan pinggiran bandar seperti yang berada di Selat Klang.
Saya selaku wakil rakyat Selat Klang meminta kerajaan memfokus kepada keperluan asas pembangunan keperluan asas seperti dewan orang ramai. Saya minta dewan MPK Telok Pulai. Saya malu kerana bumbung di pentas sangat dhaif walaupun sudah di repair. Saya harapkan kerajaan negeri menjaga standard kerajaan negeri Selangor
Perbahasan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor sempena Pembukaan Sidang DUN
Subscribe to:
Posts (Atom)