Pray For MH370

Pray For MH370

SABAR!! kenapa ramai gagal?

Amygdala ada satu bahagian kecil otak yang bersifat primitif yang bertindak spontan apabila dirangsang oleh pancaindera samada yang di dengar, di lihat, di sentuh, di rasa, dihidu yang menimbul persepsi yang mencetus kemarahan. Reaksinya boleh keluar perkataan yang tidak beradab dan menyakitkan, tindakan tangan dan kaki yang boleh mendatang kecederaan kepada punca kemarahan atau kemusnahan harta benda seperti membaling, menghentak , mencabut , membakar dsb.

Ini punca dan natijah awal kemarahan.
Malangnya, perasaan orang yang mendapat kesan kemarahannya boleh berkecamuk sebegitu rupa dan menghasilkan reaksi melodramatik yang menyebabkan orang lain terjangkit sama. Pendek kata seorang yang kena marah, bukan sekadar akan marah balik berserta konsekuen kemarahannya, tetapi menyebabkan kelompok terdekatnya seperti kawan dan keluarganya akan terdorong untuk simpati dan bertindak luar dugaan mengikut tahap dramatik penzahiran emosinya.

Tidak ada orang yang normal yang tidak pernah tersinggung perasaannya. Atau dengan kata lain marah!! Apa yang penting ialah cara seseorang itu mengendalikan kemarahannya.

Amygdala hanyalah bak thermostat yang bertindak secara otomatik.Namun, sekiranya kira melatih bahagian otak cerebral cortex yang digunakan untuk berfikir dan ditunjangi dengan kekuatan spiritual yang terbangun hasilnya ialah akal inilah yang membantu seseorang menginterpretasi rangsangan pancaindera tadi dalam konteks yang betul dan meletak makna yang sebenar kepada cetusan emosi seseorang. Akal yang berfungsi dengan baik ini akan mengawal lidah supaya tidak berkata kata perkara yang tidak benar, menyakiti bahkan merosakkan jabatan atau organisasinya jangka panjang. Akal yang sihat ini juga akan mengawal anggota badannya agar tidak melakukan perkara yang merosak dan menghancurkan manusia, harta bahkan alam persekitaran. Ia tidak akan memecah cermin kereta orang, menyimbah cat, mengugut, mendera atau membunuh.

SABAR ialah hasil daripada kejayaan seseorang menggunakan kombinasi otak dan rohaninya iaitu akal yang menaikkan martabatnya sebagai insan. Insan yang boleh mengendali hawa nafsu serta hasutan syaitan minnal jinnati wannaas.

Untuk berjaya bersabar, kita mestilah berjaya terlebih dahulu membangun 2 PERKARA : yakni fungsi otak, fungsi rohani. Otak yang tidak dikendalikan bersama rohani akan menjadi seseorang yang bijak akademik tetapi hancur dalam masyarakat.Bukan sekadar dirinya musnah tetapi dia berpotensi untuk memusnahkan masyarakatnya sendiri.

Inilah di antara konsep yang diperjuangkan dalam PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN HOLISTIK KERAJAAN SELANGOR yang dijenamakan S.P.I.E.S.

Read More “SABAR!! kenapa ramai gagal?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com