Pray For MH370

Pray For MH370

RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PELAJAR JADI MANGSA

Industri pembinaan melibatkan proses kontrak yang mengandungi tiga fasa iaitu spesifikasi kontrak, penilaian sebutharga atau bidaan dan pengurusan kontrak. Dalam penilaian bidaan atau tender, aspek yang paling penting dalam memilih kontaktor antara lain ialah pengalaman, kedudukan kewangan  dan rekod yang bersih.  Dalam aspek pengurusan kontrak pula, tuan empunya atau pemilik projek mestilah sentiasa memantau dan menyelia aktiviti kontraktor dan subkontraktor. Untuk tujuan ini, pemilik projek hendaklah melantik perunding yang amanah dan berwibawa. Pemantauan dan penyeliaan hendaklah fokus kepada unsur-unsur penting dalam kontrak semasa fasa pra-pembinaan, peringkat pembinaan dan pasca pembinaan. Sebarang bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian akan mengakibatkan cerita di bawah.....




 JKR arah tutup sementara asrama Unisel - Khalid   

Harakahdaily,     04 Jan 2013



KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan arahan mengosongkan asrama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya.



Beliau berkata, ia bukan daripada pihak pengurusan Unisel sebaliknya keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Ini, katanya kerana hasil kajian yang dibuat mendapati, sistem saluran air yang sepatutnya dihubungkan ke kolam utama berada dalam keadaan tidak sempurna sehingga mengakibatkan takungan air bawah tanah.



“Masalah ini berlaku lebih dah lebih dua tahun,” katanya pada satu sidang media dipetik Selangorku.



Semalam, Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan atas faktor keselamatan, Unisel memindahkan 2,000 pelajarnya yang menghuni di asrama Bestari Jaya ke beberapa kediaman di luar kampus.



Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kawasan kampus yang dijangka mengambil masa kira-kira 12 bulan.



Sebelum itu, dilaporkan pada 20 Disember lalu, atas permintaan Unisel, Bahagian Senggara Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melakukan tinjauan di kawasan asrama Unisel Kampus Bestari Jaya.



Tinjaun tersebut mendapati keadaan tanah mengalami mendapan yang serius sehingga menganggu kelancaran sistem kumbahan, perparitan dan kabel bawah tanah



Susulan dari itu, JKR pada 26 Disember menyarankan agar kerja-kerja pembaikan dilakukan segera dan bangunan asrama perlu dikosongkan penghuni.



Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikan asrama tersebut sekiranya Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) enggan bertanggungjawab.

Read More “RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PELAJAR JADI MANGSA”  »»

EXCO Pendidikan round sekolah sesi 2013

4/1/13
Klang

EXCO Pendidikan terus memantau sekolah dan prasekolah dengan permulaan tahun sesi persekolahan. Memang menjadi kerja rutin YB Dr Halimah tiap bermula sesi persekolahan awal tahun.
Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah, menyaksi gelagat si anak dan juga pengorbanan ibu dan ayah yang menghantar anak yang baru bermula di sekolah mahupun prasekolah.

Ada ibubapa yang masuk kelas bersama  si anak yang masih kurang rasa selamat untuk ditinggalkan. Ada pelajar tadika dan pelajar tahun 1 yang meleleh air mata  tapi majoriti mereka sudah mampu mengadaptasikan diri kerana sudah biasa dengan hidup 'bermasyarakat' sewaktu di tadika.

Ada ibu ayah yang sanggup ambil cuti untuk pastikan anak mereka melalui orientasi yang berjaya di hari hari pertama mereka berada di bangku sekolah.

Guru yang bijak dan minat akan mampu menggunakan kaedah tersendiri untuk memikat hati anak muridnya hingga mereka merasa selesa dan menganggapnya sebagai 'ibu' mereka. Guru seperti ini mudah dipatuhi segala arahannya dan dipercayai kata katanya.
Anak kecil yang nalurinya eksploratif yang ditafsir sebagai 'nakal' mampu di disiplinkan guru yang berwibawa.
Di sekolah atau tadikalah insan mula belajar berkongsi segala kemudahan awam seperti tandas, tempat makan dan minum serta main.Mereka mula dilatih menjaga masa dan menghormati hak orang lain.
Mungkin pada mulanya mereka kekok bersama sama dengan orang lain.Apabila di beri dorongan mereka selesa dan seronok mempunyai ramai kawan.
Pendidikan sepatutnya mampu menghasilkan manusia yang aman hidup dengan manusia, makhluk yang lain.

Read More “EXCO Pendidikan round sekolah sesi 2013”  »»

KESAN FASILITI YANG TIDAK DISELENGGARA


Tak selenggara pam punca gangguan air di KL    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju.

“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.

“Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki,” katanya dipetik Selangorku.

Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.

Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.

“Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.

“Justeru,  Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula  industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA),” tegasnya.

Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:

- gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.

- gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

- gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

- gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.

SUMBER: HARAKAHDAILY

Read More “KESAN FASILITI YANG TIDAK DISELENGGARA”  »»

EDUSEL FAIR 2012

Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari
 
SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas.

Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa.

Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.

Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan.

Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y.
Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings.
 

Read More “EDUSEL FAIR 2012 ”  »»

NEGARAKU, TANAHAIRKU MAMPU MENGATASI THAILAND, INDONESIA DAN NIGERIA


Malaysia muncul sebagai negara ke #51 paling gembira di dunia menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB). “Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan,” jelas laporan PBB . “Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting,” Malaysia jatuh di tangga ke #36 dalam ranking dunia dari segi menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup menurut indeks Economist Intelligence Unit (EIU).
 Singapura ke 6, Malaysia ke 36 negara terbaik untuk dilahirkan


KUALA LUMPUR, 3 Jan — Singapura melonjak ke tempat keenam terbaik untuk dilahirkan di dunia tahun ini manakala Malaysia adalah ke 36, mengikut indeks Economist Intelligence Unit (EIU). Kajian EIU daripada 80 negara cuba diukur menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup. 

Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara lompat dua anak tangga daripada tempat ke-38 diduduki 25 tahun lalu, apabila EIU pertama kali menggeluarkan indeks “Dimana-mahu-dilahirkan” pada tahun 1988, melebihi negara-negara lain di rantau ini kecuali Singapura. EIU sebuah anak syarikat kepada majalah perniagaan dan hal ehwal semasa berpengaruh Economist. Satu suku abad kemudian, Kota Singa melompat ke tempat keenam, naik dari 36 daripada 48 negara pada tahun 1988 apabila seri dengan Jerman Timur sebelum Tembok Berlin runtuh.
Thailand menduduki tempat 50, Filipina yang berada pada kedudukan 24 pada tahun 1988 menurun kepada 63, seri dengan Sri Lanka, manakala Vietnam dan Indonesia masing-masing mengambil kedudukan 68 dan 71.

 Malaysia mendapat 6.62 daripada 10 mata dalam kajian kaji selidik kepuasan kehidupan, yang bertujuan untuk mengukur bagaimana orang mengatakan mereka gembira berdasarkan kepada senarai 11 petunjuk ekonomi dan sosio-politik seperti pendapatan per kapita sesebuah negara, kos kehidupan, hak asasi manusia, jangka hayat, tahap literasi dan pendidikan. 

Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor bagi statistik juga telah berubah dari semasa indeks mula diperkenalkan. Pada tahun 1988, Economist menggredkan sebanyak 48 negara bagi mata bonus kepada kemiskinan budaya, apa yang dipanggil “faktor filistin”; dan sejauh mana negara yang disifatkan sebagai “kebosanan yang tidak boleh ditarik balik” di sebalik kemuliaan dan dimana ia digambarkan sebagai “faktor menguap”. 

Dalam artikel disertakan yang dikaitkan dengan “Loteri kehidupan” diterbitkan pada 1 Januari dalam edisi talian, Economist menjelaskan kajian kepuasan hidup dikira berdasarkan Gallup Poll 130 negara pada tahun 2006. The Economist menjelaskan indeks juga mengira ramalan ekonomi EIU sehingga 2030 — kira-kira apabila kanak-kanak yang dilahirkan tahun ini akan menjadi dewasa.

Dalam indeks 2013, Switzerland menewaskan semua negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, sebagai tempat terbaik untuk bayi yang dilahirkan. Australia di kedudukan naib juara, diikuti oleh negara-negara Scandinavia Norway (3), Sweden (4) dan Denmark (5) manakala New Zealand, Belanda, Kanada dan Hong Kong termasuk dalam tangga 10 teratas. 

Nigeria adalah tempat yang paling teruk untuk bayi. 

Malaysia muncul sebagai negara ke 51 paling gembira di dunia daripada 156 negara yang ditinjau dan kedua selepas Singapura di Asia Tenggara, dalam Laporan Kebahagiaan Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada April lepas. “Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan,” jelas laporan PBB. “Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting,” tambah laporan itu lagi.

Sumber: the malaysian Insider

Read More “NEGARAKU, TANAHAIRKU MAMPU MENGATASI THAILAND, INDONESIA DAN NIGERIA”  »»

AMBANG 13 DOA USTAZ AZHAR IDRUS


  • TIADA yang boleh menafikan bahawa pemimpin negara Malaysia telah membiarkan bahkan membiayai sambutan ala jahiliyyah ambang tahun baru masehi SETIAP TAHUN. TIDAK ADA BEZANYA dengan negara bekas penjajah negara. Bahkan mungkin lebih dahsyat. Remaja belia Islam yang mentah dan eksploratif mudah terikut dengan daya tarikan hedonisme yang direstui bahkan diminati oleh pemimpin jahil. Bak semut menghurung gula, berbondong-bondonglah remaja belia terjun ke lautan majlis bercorak pesta yang lagha, melekakan mereka daripada kesedaran berTuhan.
 
  • Dengan iklim yang merangsangkan nafsu dan bisikan syaitan, remaja belia dalam keadaan sebegini memang mudah terkena umpan Iblis yang memang membuat operasi menggalakkan maksiat dan kemungkaran seperti arak, dadah dan zina. Saban tahun dilaporkan oleh PBT memang ada bukti, pasangan-pasangan yang berzina apabila sudah tidak mampu mengawal nafsu dek keseronokan melampau dan tak ingat dunia/akhirat.Remaja belia Melayu beragama Islam sering ditangkap JAIS  berpeleseran, meminum arak berkhalwat.

  • Justeru, kerajaan Selangor di bawah EXCO Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan merangka satu pelan untuk membuat satu anjakan paradigma berskala massa. Anak remaja belia mesti diberi satu alternatif untuk mengisi naluri mengikut trend menyambut ambang tahun baru. Persoalannya bagaimana mahu memecah tradisi yang telah BERAKAR LEBIH 50TAHUN? Bagaimana cara mengalihkan rijal dan nisa' daripada terus membanjiri program menyambut tahun baru masehi dengan cara melaungkan 10 saat terakhir sebelum pukul 12 tengah malam ketika beralihnya tahun baru masehi? Bagaimana mahu menyedarkan anak Melayu yang hari bermula bukan tengah malam tetapi maghrib?Sebab itu berbuka puasa waktu maghrib.
  • Alhamdulillah, idea kreatif yang berjaya menarikkan minat remaja belia yang suka program santai telah mencetuskan idea pihak Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor(GeMS) untuk menganjur program yang boleh menarik minat remaja belia DAN DALAM MASA YANG SAMA MENDIDIK mereka dengan ilmu yang berguna, Pendidikan yang BERKESAN melalui pendekatan bersahaja. Ilmu merangkumi dunia hingga akhirat. Alhamdulillah pengisian dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak dalam diberi oleh ilmuwan agama dengan digandingkan dengan artis dan selebriti yang diminati oleh remaja belia yang sudah mula mengatur hidupnya ke arah hidup yang berpaksikan Allah.
  •  
    Asmaul husna dilagu bersama

      Kemudian ditutupkan dengan doa ulamak selebriti terkenal USTAZ AZHAR IDRUS
    • Alhamdulillah 120,000 orang yang hadir pada malam itu, mendapatkan ilmu pengetahuan, terjalin ikatan ukhuwwah, di didik bil hal mengisi program yang bermakna yang sarat dengan laungan membesarkan Allah. Para artis.bintang sukan, bintang bola dan bina badan Dato Malek Noor juga dijinakkan kepada ulamak supaya diambil menjadi role model mereka pula. Para artis tidak janggal dengan ulamak yang selama ini mereka rasa begitu jauh daripada mereka.

Read More “AMBANG 13 DOA USTAZ AZHAR IDRUS”  »»

VIDEO AMBANG 13

@$

Read More “VIDEO AMBANG 13”  »»

120 RIBU BANJIRI SHAH ALAM @ AMBANG 13

Program Ambang 13 di bawah projek Generasi Idaman Selangor GemS kelolaan Exco Pendidikan yang berlangsung pada malam 31 Disember 2012 telah berjaya menarik minat rakyat. Jika pada tahun 2011, di program yang sama, tempat yang sama hadirin dianggarkan sekitar 80 ribu orang sahaja tetapi malam tadi, dua buah padang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam penuh sesak dengan insan-insan yang dahagakan ilmu, yang mendambakan keredhaan Ilahi dan menginginkan suasana persekitaran (biah) yang sejahtera (salimah). Anggaran hadirin ialah 120 ribu orang. Tahniah dan terima kasih kepada anda yang telah sama-sama menjayakan malam Ambang 13.

 



Sumber gambar ehsan harakahdaily

Read More “120 RIBU BANJIRI SHAH ALAM @ AMBANG 13”  »»

ANDA NILAI SENDIRI, TEPUK DADA TANYA IMAN, USAH TANYA SELERA


 
Bagi orang melayu yang beragama Islam, terbatallah wudu' atau air sembahyangnya apabila terkentut atau buang air sama ada kecil atau besar. Batal puasa jika makan atau minum. Tak sah sembahyang jika tiada dalam wudu'. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah atau menyatakan kesaksian tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw nabi dan rasul Allah. Keyakinan serta kepercayaan kepada "sebutan formula" ini terbatal, gugur atau menjadi "null and void" jika seseorang itu menyakini, menyebut atau melakukan sesuatu. Rukan Iman yang Enam  juga terbatal jika tidak mempercayaai salah satu daripada enam perkara asas tersebut.

Di peringkat organisasi dan negara, rukun Islam dan Iman juga digunapakai dan menjadi kriteria sama ada suatu pertubuhan atau negara itu pertubuhan atau negara Islam...mungkin majoriti ahli atau rakyatnya beragama Islam...


Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada menerbit Kitab Mastika Hadis. Kitab ini mengandungi 3 Jilid.

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

 Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama - Iktikad Bahagian Kedua - Perkataan Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang

mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama

Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan

hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya. Dan juga perkataan yang

menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ menthabitkannya atau

menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

 Bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,

mengecil dan  mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-

rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang

diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak

mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Sumber http://paspb.netai.net/buletin/berita/mustika-vs-mahathir.html
                    :greenboc.blogspot.com/

Read More “ANDA NILAI SENDIRI, TEPUK DADA TANYA IMAN, USAH TANYA SELERA”  »»

ambang 13..JOM KITA SAMA AMAR MAKRUF

Read More “ambang 13..JOM KITA SAMA AMAR MAKRUF”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com