Pray For MH370

Pray For MH370

BANTUAN MANGSA RIBUT TAUFAN BUKAN SENGAJA DILEWATKAN

Izinkan saya membuat sedikit penjelasan tentang isu dakwaan kononnya berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut taufan yang telah berlaku kepada sebilangan penduduk Kg Sungai Udang, Taman Bertih, Jalan hasan, Jalan Selamat dan kawasan sekitar.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb September 2008, seramai lima puluh mangsa ribut langsung tidak menerima apa-apa bantuan. Jurucakap pihak yang mendakwa tidak langsung menerima bantuan serta tidak melihat kelibat pemimpin negeri turun padang malangnya tidak pula mahu bertanggung jawab di atas kenyataan akhbar yang dibuat. Jika mereka bertanggung jawab dan berani tampil ke hadapan sudah tentu mereka tidak menyembunyikan identiti mereka.

Sebenarnya, setakat pukul 7.30 malam hari Jumaat malam Sabtu, sukarelawan yang bertugas 24 jam di Pejabat ADUN Selat Klang telah menerima sebanyak 1100 (seribu seratus) borang aduan yang disertakan dengan salinan kad pengenalan masing-masing.


Masih ingatkah saudara kesan tsunami yang berlaku di Kedah beberapa tahun yang lalu? Berapa lamakah pihak berwajib mengambil masa untuk menyalurkan bantuan sepenuhnya seperti peralatan membaiki rumah, bot baru, pakaian serta buku sekolah anak-anak?

Di Sungai Udang Klang, musibah berlaku hari pertama bulan Ramadhan iaitu 01hb September 2008 kira-kira pukul 3.00 petang. Bilik gerakan untuk operasi menyelamat dan sebagainya dibuka pada pukul 4.00 petang. Saya Alhamdulillah beserta sahabat-sahabat lain mula melawat tempat-tempat yang teruk ditimpa musibah pada pukul 3.05 petang. Sila rujuk post saya yang terdahulu.


Sila hubungi pihak Bomba dan PBSM untuk kepastian. Ini kerana kami saling bekerjasama dari peringkat awal lagi. Bekalan eletrik terputus di kawasan Jalan Sg Bertik di sekitar pasaraya Econmart pada pukul 3.30 petang tetapi telah disambung semula kira-kira pukul 7.30 malam.

Sekitar pukul 9.00 malam, satu mesyuarat tergempar telah diadakan dengan Pegawai Daerah Klang , LZS dan lain-lain agensi/NGO di pejabat ADUN. Pihak-pihak seperti Pejabat Daerah dan PBSM merupakan agensi yang pakar dalam kes bencana alam.

Saya sendiri, selaku Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia telah terlibat secara langsung kes tsunami di Aceh, Gunung berapi di Jogjakarta, Gempa Bumi di Pakistan, Perang di Lubnan dan lain-lain. Pernah berpeluang mengikuti kursus Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jabatan Pertahanan Amerika (tentera Amerika) dalam mengendalikan bantuan di medan pertempuran.

Saudara Jamal, selaku Pengerusi Bertindak Bencana Alam Sg Udang merangkap Ahli Majlis MPK, merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia dan sebut sahaja di bumi mana yang beliau belum jejak dalam memberi khidmat sukarela dan menyelamat. Yang terbaru ialah taufan Nargis di Delta Irrawadi.

Dewan Orang Ramai telok gadong telah dibuka untuk kes-kes kecederaan atau kejutan. Tahmid, tiada kes kecederaan berat atau kematian dilaporkan.



Program Gotong Royong

Read More “BANTUAN MANGSA RIBUT TAUFAN BUKAN SENGAJA DILEWATKAN”  »»

FOTO GALERI RIBUT TAUFAN KLANG



















































Read More “FOTO GALERI RIBUT TAUFAN KLANG”  »»

Aktiiviti ADUN Selat Klang pada 04/09/08: Mesyuarat Operasi Bilik Gerakan Ribut Taufan di Klang

Mesyuarat di atas telah diadakan bagi menyelaras dan mengemaskini perjalanan operasi Bilik Gerakan yang terletak di Pejabat ADUN Sg Bertih.




Kelihatan Para Petugas DUN Selat Klang yang secara sukarela membantu kerja-kerja membanci serta mengkoordinasi kerja memberi bantuan.

Read More “Aktiiviti ADUN Selat Klang pada 04/09/08: Mesyuarat Operasi Bilik Gerakan Ribut Taufan di Klang”  »»

"ON PAPER" INDAH SUNGGUH, REALITI LAIN

Begitulah tajuk besar sebuah berita yang dimuatkan dalam BH bertarikh 4hb september 2008. Pengamal media disarankan agar mempertahankan kebenaran dan keadilan berdasarkan fakta.


"Berdirilah atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti bergantung kepada kebenaran" oleh Imam hadhari

Read More “"ON PAPER" INDAH SUNGGUH, REALITI LAIN”  »»

Aktiviti Exco Agama dan Exco Pendidikan pada 04/09/08: Taklimat Tentang Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Satu taklimat dan perbincangan melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pengurusan Sekolah Menengah Agama (SAM) dan Sekolah Agama Men Tinggi (SAMT) telah berlangsung di Annex SUK Shah Alam pada 4hb September 2008.

Kelihatan dari kiri Pengarah Bhg Pendiidikan Islam JAIS, Pengarah JAIS, Dr Halimah ...

Exco Hal Ehwal Islam sedang berucap
Exco Pendidikan memberi taklimat
Sebahagian dari peserta taklimat

Read More “Aktiviti Exco Agama dan Exco Pendidikan pada 04/09/08: Taklimat Tentang Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)”  »»

Aktiviti AP Kapar dan ADUN Selat Klang pada 02/08/08: Menziarahai Mangsa Ribut Taufan di Klang

Ribut taufan yang berlaku pada petang 01hb September 2008 telah banyak mengakibatkan kerosakan harta benda. Tahmid, tiada kematian setakat ini dilaporkan. Pusat pemindahan sementara di Dewan orang Ramai Telok gadong telah beroperasi.


Kelihatan Yb Manickavasagam dan ADUN Selat Klang sedang berbincang
Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Orang Ramai Telok gadong Klang.



Read More “Aktiviti AP Kapar dan ADUN Selat Klang pada 02/08/08: Menziarahai Mangsa Ribut Taufan di Klang”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang

Seorang penduduk sedang menunjukkan kerosakan pada bumbung rumahnya di Sg Bertik Utara

Bertemu mangsa taufan di Sg Bertih Utara

Kelihatan ADUN, Tn Hj Kamaruddin dan En Ikhmal sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk di Jalan Yadi.

ADUN sedang bercakap kepada pemandu sebuah kereta yang lalu di kawasan banjir Jalan Yadi

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 01/09/08:Meninjau Keadaan dan Menziarahi Mangsa Ribut Taufan di Klang”  »»

PENGHARGAAN KEPADA PIHAK BOMBA, TNB,Telekom, JBAS, PBSM, PEJABAT DAERAH, MPK, YAYASAN AMAL SELANGOR DAN LAIN-LAIN

Kira-kira pukul 3.00 petang 01hb September 2008 sementara penduduk Kg Sg Udang dan kampung di sekitarnya seperti Tmn Bertih dan lain sedang menunggu waktu berbuka puasa lagi 4 jam sambil hujan lebat, tiba-tiba ribut taufan bertiup dan menerbangkan bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok, memutuskan bekalan eletrik, memusnahkan harta benda dan banjir berlaku. Pada saat itu saya berada di pejabat ADUN Sg Bertih dan baru bersiap untuk pulang apabila telefon mula tidak berhenti berdering.

Bilik ADUN dijadikan bilik operasi dan kerja-kerja membersih dan membantu mangsa bermula. Mesyuarat diadakan dengan Tuan Pegawai daerah, lembaga Zakat Selangor dan agensi yang berkaitan. Sehingga kini, pejabat ADUN masih menerima aduan kerosakan. Jumlah pengadu kini mencecah 900 orang dan anggaran kerosakan setakat ini belum dikenalpasti.

Bagi pihak Kerajaan Selangor amnya dan DUN Selat Klang khasnya, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung kepada musibah ini.

Kepada mangsa dan mereka yang terlibat dengan ribut taufan di atas, semoga ALlah memberi saudara kesabaran dan menggantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Pihak DUN Selat Klang akan cuba sedaya upaya membantu saudara semua seboleh mungkin.

Sumbangan ikhlas dari para dermawan dan budiman di mana jua anda berada adalah sangat-sangat dialu-alukan.

SUMBANGAN MANGSA RIBUT TAUFAN KLANG TOLONG SALURKAN KEPADA :AKAUN BANK ISLAM KLANG ATAS NAMA "TABUNG KEBAJIKAN DUN SELAT KLANG" NO:12010010080420

Read More “PENGHARGAAN KEPADA PIHAK BOMBA, TNB,Telekom, JBAS, PBSM, PEJABAT DAERAH, MPK, YAYASAN AMAL SELANGOR DAN LAIN-LAIN”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/08/08: Lawatan Rumah Bagi Pesakit di kawasan Selat Klang

Kelihatan Pn Hjh Zahrah isteri Pembantu ADUN serta Dr Halimah sedang menziarahi pesakit

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/08/08: Lawatan Rumah Bagi Pesakit di kawasan Selat Klang”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/08/08: Merasmikan Forum di Ambang Ramadhan di PutRA

Forum di atas rtelah diadakan di Dewan PutRA Kg Delek Klang pada 31hb Ogos 2008 yangh mana ahli Panel terdiri dari Dr Lo' Lo' dan Ust Zakaria Ahmad dan Ust Mohd Sapidin selaku moderator forum.

Dari kiri Ust Zakaria, Ust Sapidin, Dr Halimah dan Dr Lo' Lo'

Foto Muslimin dan Muslimt yang hadhir

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/08/08: Merasmikan Forum di Ambang Ramadhan di PutRA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com