Pray For MH370

Pray For MH370

GST Tajuk Khutbah JAKIM



GST
Bagaimanakah GST  lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (SST)?

Memang secara  kasar, GST nampak lagi murah berbanding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kita kena ingat - GST  ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

 SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak  dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan di setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai untuk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%. Maka 10% sahajalah cukainya   sebab  hanya pengilang yang dikenakan cukai. Tetapi jika  ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai contoh : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

Ini bermakna jika  ikut SST, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tetapi sekiranya  GST yang dilaksanakan, cukainya ialah RM3.82!

Dan yang paling malang, sebahagian cukai ini akan  ditanggung oleh rakyat! Harga barang akan lebih mahal.
 Lihat di bawah bagaimana JAKIM jadi kuda tunggangan pemerinrah yang rakus.
Khutbah: GST tak akan bebankan rakyat

Mimbar Jumaat hari 31/10/2013  menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu.

Melalui khutbah itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengelolanya berhujah, GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.

Malah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.

"Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.

Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska.

Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat.

Malaysiakini/admin

Read More “GST Tajuk Khutbah JAKIM”  »»

16.45 Bilion RM Peruntukan 2014 Untuk Jabatan Perdana Menteri

 Berikut adalah sebahagian skim gaji kakitangan kontrak JABATAN PERDANA MENTERI


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan)  SERTA mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.00 .

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia membawa pulang gaji tahunan, elaun dan bonus  RM830,500 iaitu gaji bulanan kira-kira RM69,000.

 Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.    sebulan.

 Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

 Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan.

Seorang Pengarah Bersekutu  bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan.

Pegawai kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan .

Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan   

Roketkini/harakahdaily/admin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014.

Read More “16.45 Bilion RM Peruntukan 2014 Untuk Jabatan Perdana Menteri”  »»

Rizab Selangor Berbilion Ringgit- ? Untuk Bermegah Atau Berhemah


Read More “Rizab Selangor Berbilion Ringgit- ? Untuk Bermegah Atau Berhemah ”  »»

Baget 2014- Apa Yang Bakal Menanti Untuk Saya


 Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

 INTIPATI BAGET 2014

Najib mengumumkan Bajet 2014 dengan jumlah RM264.2 bilion konon bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
Perbelanjaan mengurus
: RM63.6 bilion bagi Emolumen 
                                         RM36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.

Kerajaan menjangka defisit fiskal terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.

K'jaan Persekutuan unjurkan kutipan hasil sebanyak RM224.1 bilion - tambahan sebanyak RM4 bilion berbanding tahun 2013.

Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 - peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus bermula 2015 dan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar ini, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015, lebih rendah berbanding kadar 7 peratus yang dijangka banyak pihak.

Najib ketika mengumumkannya berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik.

"Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan," katanya.

Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

Pengurangan subsidi

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok - harga gula akan meningkat kepada RM2.84 sen sekilo.

Kerajaan memperuntukkan RM47 bilion untuk subsidi pada 2013 - 53% atau RM24.8 bilion untuk produk petroleum yang dinikmasi semua golongan, termasuk ahli perniagaan dan warga asing.

Najib berkata pengurangan subsidi petrol yang dijalankan baru-baru ini merupakan salah satu contoh langkah pembaharuan ke atas subsidi, yang kini membentuk satu perlima dari jumlah bajet negara.

BRIM 3.0

Isirumah dengan pendapatan kurang RM3,000 akan menerima RM650, pertambahan RM150 dari BR1M 2.0.

Individu dengan pendapatan kurang RM2,000 mendapat RM300. Sebanyak RM4.6 juta diperuntuk untuk pemberian BR1M3.0.

Cukai pendapatan

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.

Seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai.

Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai

Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

Projek pembangunan

Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

Projek Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

Pengangkutan udara

Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

Imbuhan penjawat awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500.

Golongan pesara akan mendapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

Bayaran tersebut akan dibuat pada awal Januari 2014.


Skim persaraan swasta

Peruntukan sebanyak RM210 mil juta bagi skim persaraan swasta bagi menggalakkan golongan muda menabung.

Bermula 1 Januari, kerajaan akan menambah RM500 ke dalam akaun individu berusia 20 hingga 30 tahun yang mampu menyimpan sebanyak RM1,000.


Pendidikan

Sebanyak RM54.6 bilion diperuntukkan - 21 peratus dari jumlah bajet - diperuntukkan untuk pendidikan

RM450 juta bagi penyelenggaraan sekolah - RM100 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta untuk SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian tunai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Baucer Buku 1Malaysia untuk pelajar pra-universiti juga akan diteruskan dengan peruntukan RM325 juta akan diperuntukkan yang akan dinikmati 1.3 juta pelajar seluruh negara.

Peruntukan RM100 juta untuk menaiktaraf pendidikan dan latihan masyarakat India.

Internet kelajuan tinggi (HSBB)

Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion - kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

Cukai hartanah

Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.
 
Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Perumahan

Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan dengan harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
  
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) diperkenalkan dengan subsidi RM30,000 kepada pemaju swasta untuk setiap rumah yang dibina.
  
RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta  (UKAS).
  
Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.

223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014.

    RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.
    RM146 juta bagi JPN untuk membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
    RM1 bilion bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
    SPNB akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.


Imbuhan korporat

Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.

Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata
peratusan mulai tahun taksiran 2015.

Pembangunan usahawan

Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
  
RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN.
  
Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kesihatan

Seramai 6,400 jururawat akan dibekal kepada hospital kerajaan. RM3.3 bilion diperuntuk untuk perubatan dan peralatan.

Read More “Baget 2014- Apa Yang Bakal Menanti Untuk Saya”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com