Pray For MH370

Pray For MH370

APA MOTIF BALA MENDEDAHKAN SEGALA-GALANYA?

Dalam wawancara yang tersebar di youtube (sila lihat di bawah) , Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.


Najib nafi dakwaan Bala


Andrew Ong & Abdul Rahim Sabri/malaysiakini

Perdana Menteri menafikan dakwaan - bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim Razak telah memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya - sebagai tidak berasas.

Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.

Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.

Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.

Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.

Walaupun pelbagai pihak sebelum ini telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu hanya membisu.

Cerita selanjutnya di SINI

Video

part 1



Part 2



Part 3


Infamous Declaration Video 2008

Read More “APA MOTIF BALA MENDEDAHKAN SEGALA-GALANYA?”  »»

SPRM DAPAT KETUA BARU

Untuk masa depan SPRM yang lebih gemilang, cemerlang serta penuh integriti, diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Abu Kassim.

Abu Kassim Ganti Ahmad Said Ketuai SPRM Mulai 1 Jan


KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya yang baru mulai 1 Jan ini menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan hari ini berkata Ahmad Said, 57, telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya, yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Dis ini.

"Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abu Kassim, 48, sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata Sidek dalam satu kenyataan.

Abu Kassim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Abu Kassim dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Dis 1960 menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Sept 1984 sebagai pegawai siasatan.

Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jan 2007, dan dengan berkuatkuasanya akta baru pada 1 Jan 2009, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Sidek berkata kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Said kerana sumbangannya.

-- BERNAMA

Read More “SPRM DAPAT KETUA BARU”  »»

MAKSIMUM SUBJEK SPM 12, AMBILKIRA HANYA 10

Keputusan mata pelajaran tambahan tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.Keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Calon SPM Dibenarkan Mengambil Tambahan Dua Mata Pelajaran - Muhyiddin


PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

Beliau berkata penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Md Dom.

"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.

"Mereka boleh mengambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif.

"Sebelum ini, mereka tidak boleh mengambil, jadi kita tidak mahu sekat dan memberi mereka kelonggaran," katanya.

Muhyiddin berkata langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya.

Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM.

Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.

Muhyiddin mengumumkan Jun lepas bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.

BERNAMA

Read More “MAKSIMUM SUBJEK SPM 12, AMBILKIRA HANYA 10”  »»

FRU SEPERTI BTN, YANG BANYAK JASA KEPADA BN

"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," kata Komandernya, Datuk Roslan Ahmad.

Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau. "Cuma kena tengok siapa yang berdemonstrasi" kata kawan saya.

FRU Tidak Akan Kompromi Dengan Pihak Yang Cetuskan Huru-hara


IPOH, 2 Dis (Bernama) -- Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram di negara ini.

Komandernya, Datuk Roslan Ahmad berkata demonstrasi jalanan bukan budaya dan cara terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara terus terpelihara.

"Kita mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi dan tidak bimbang dalam menghadapi sebarang perhimpunan haram selain mendapat kerjasama polis secara bersepadu dalam menyuraikan sesuatu perhimpunan haram," katanya selepas majlis meraikan 40 penghuni rumah anak yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di FRU Sungai Senam dekat sini.

"Apa yang kita buat itu adalah mengikut undang-undang demi memastikan ketenteraman awam terpelihara," katanya.

Berdasarkan undang-undang juga, FRU boleh bertindak melepaskan tembakan dalam menghadapi perusuh, jelas beliau.

--BERNAMA

Read More “FRU SEPERTI BTN, YANG BANYAK JASA KEPADA BN”  »»

SEPULUH RIBU LEBIH PEMEGANG PhD BERDAFTAR



Seramai 10,248 Orang Punyai Kelayakan PHD


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sehingga Jun tahun ini, ada 10,248 orang dalam negara yang mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang di mana IPTA mengeluarkan 785 orang dan IPTS 55," katanya menjawab soalan Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau) yang ingin tahu bilangan pemegang PhD yang terkini dan kesahihan kesemua pemegang PhD.

Hou berkata sehingga Mac 2009, terdapat 13,361 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di IPTA.

"Sehingga hari ini, kesemua pemegang PhD yang diketahui kementerian adalah sahih," tambahnya.

-- BERNAMA
===============================================================

PhD holders jobless among thousands registered with portal

AT THE DEWAN RAKYAT
Reports by LEE YUK PENG, ZULKIFLI ABD RAHMAN, LOH FOON FONG AND TEH ENG HOCK

DOCTORATE holders are among those who registered with JobsMalaysia, a government portal to help graduates get jobs.

Deputy Human Resources Minis-ter Senator Datuk Maznah Mazlan said from the 69,760 job hunters who registered with the portal, 18 held doctorates, 1,165 had Masters degrees, 36,985 were Bachelor degree holders while 31,592 had diplomas.

As of last Friday, she added Universiti Teknologi Mara graduates topped the list from public universities with 12,768 applications.

This was followed by Universiti Utara Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia with 4,151 and 2,943 applicants respectively.

The majority majored in business administration, electric, electronics and telecommunications engineering, mechanical and mechatronics engineering, accounts and pure sciences.

“The number of job hunters, however, does not reflect fully on the unemployment rate among the graduates as some are already working but are hoping to get a better job or seeking to switch jobs,” she told the Dewan Rakyat in response to a question from Datuk Baharum Mohamed (BN – Sekijang).

Meanwhile, Deputy Higher Educa-tion Minister Dr Hou Kok Chung said copies of a guide book written by two Universiti Putra Malaysia lecturers who were reported to have plagiarised materials were taken off the shelves and destroyed.

He added the lecturers were given a warning with royalty from sales of the book turned over to the university.

Replying to Dr Dzulkefly Ahmad (PAS – Kuala Selangor), Dr Hou said the ministry viewed plagiarism seriously but the matter was considered closed following the university’s action taken against the duo.

Read More “SEPULUH RIBU LEBIH PEMEGANG PhD BERDAFTAR”  »»

YOU 'RE FIRED, I QUIT FIRST


Ura-ura atau cakap politik untuk merombak silibus kursus BTN berlaku secara kebetulan memandangkan Kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan agar selari dengan peredaran masa kata Menteri Pengajian Tinggi.

Bagaimana pula dengan ulasan, jawapan serta hujah TPM dan Menteri-Menteri dari UMNO?
GPMS juga turut menyokong Menteri-Menteri UMNO.

Rombak Kurikulum BTN Sudah Lama Dicadangkan - Khaled

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Selasa menolak dakwaan bahawa keputusan untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) menunjukkan kerajaan akur dengan desakan pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, "Sebelum perkara itu dibangkitkan oleh pembangkang memang kita (Kabinet) sudah berbincang dan lihat bagaimana perlunya modul dan pendekatan BTN laksana programnya. Perlu ambil kira suasana dan keadaan yang berubah dari segi tahap pendidikan rakyat yang meningkat, tahap pendedahan kepada pengetahuan dan lain-lain. Pada saya perkara itu kebetulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas keputusan kabinet semalam yang bersetuju untuk merombak kurikulum dalam kursus BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengumumkan perkara itu di Parlimen semalam berkata keputusan Kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

Sebelum ini barisan pembangkang telah membangkitkan isu sama dengan mendakwa kursus-kursus BTN sebagai salah satu cara doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kurikulum BTN akan melalui proses penambahbaikan bagi mencerminkan Gagasan 1Malaysia.

"Kita akan masukkan semangat patriotisme dalam konteks 1Malaysia, kita akan tambah nilai-nilai murni di dalam gagasan itu," kata Ahmad kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya lapan nilai-nilai murni yang terdapat pada gagasan 1Malaysia yang akan diterapkan ialah budaya berprestasi tinggi, berilmu, ketepatan, inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan.

Beliau berkata kurikulum BTN telah mula ditambah baik sejak 15 April 2009, manakala kursus dan seminar 1Malaysia mula diadakan di dua buah negeri iaitu Melaka dan Sabah sejak Jun.

BERNAMA


Lagi: ROMBAK BTN KABINET AKUI ADA YANG TAK KENA

lagi: Yayasan 1Malaysia Sambut Baik Keputusan Kabinet Rombak Program BTN

Read More “YOU 'RE FIRED, I QUIT FIRST”  »»

GURU JADI PENGINTIP PERSENDIRIAN AMBIL GAMBAR PELAJAR PONTENG

Bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya Johor Bahru yang pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari dari bilangan pelajar kira-kira 2,000 orang di sekolah berkenaan, ada guru yang sanggup berkorban menjadi "paparazi" atau lebih tepat lagi sebagai "Pengintip Persendirian".

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman berkata:

“Pelajar yang ponteng bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,”

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

Ketua pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,pula dilaporkan Bernama sebagai berkata kes disiplin di kalangan pelajar sekolah tidak membimbangkan(0.22 peratus).
Beliau juga berkata jumlah pelajar yang terbabit dengan kes disiplin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah kira-kira 1.26 peratus, iaitu penurunan 0.01 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, 1.27 peratus.

Antara kes disiplin yang sering dilakukan dalam tempoh itu ialah kurang sopan (0.24 peratus), berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) and ponteng sekolah (0.22 peratus).

Cikgu paparazi


oleh Mary Victoria Dass/MYMETRO
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.

Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di rumah.

Pengurusan Sekolah Menengah Tun Syed Nasir di sini, terpaksa mengambil pendekatan berbeza daripada kebiasaan itu bagi membendung gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah berkenaan yang meruncing terutama pada beberapa hari terakhir sebelum tamat penggal persekolahan 2009, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman, berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan timbul keresahan di pihak sekolah dan ibu bapa berikutan bilangan pelajar sekolah berkenaan ponteng pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari.

Katanya, bilangan pelajar di sekolah berkenaan kira-kira 2,000 orang, namun gejala ponteng sekolah tidak sepatutnya diberi pengecualian dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pelajarnya, kerana ia ibarat barah yang boleh merosakkan badan manusia jika tidak dirawat di peringkat awal.

“Sekumpulan guru yang ditugaskan mengawasi pergerakan kumpulan pelajar yang disyaki sebagai kaki ponteng dengan menjadikan lorong berhampiran kawasan sekolah sebagai tempat melepak merakam pelbagai aksi mengejutkan kami.

“Mereka bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,” katanya selepas Seminar Budaya Lepak, Maksiat dan Jenayah di sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis dirasmikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

“Tindakan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa, tetapi lebih kepada menimbulkan kesedaran kepada pihak terbabit dan menunjukkan pihak sekolah berusaha melakukan sesuatu bagi membendung gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar,” katanya.

Menurutnya, PIBG merancang melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘port’ pelajar ponteng sekolah menghabiskan masa dengan membawa bersama ibu bapa pelajar yang disyaki.

Menurutnya, ibu bapa harus sedar peranan mereka juga penting dalam memastikan anak-anak yang keluar rumah pada hari persekolahan, benar-benar sampai di sekolah dan tidak melencong ke tempat lain.

“Hasil rakaman dan gambar itu membantu kami mengurangkan kes pelajar ponteng sekolah, di mana rekod terakhir menunjukkan bilangan pelajar ponteng sekolah ialah kira-kira 30 orang berbanding 100 sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihak pentadbiran sekolah dan guru harus memainkan peranan bagi membendung masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, polis sentiasa membuka pintu kepada pihak sekolah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung tindakan ke arah membendung gejala tidak sihat membabitkan pelajar.

“Gejala ponteng sekolah tidak seharusnya berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila lebih 100 orang dikatakan ponteng sekolah setiap hari, ia sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera,” katanya.

====================================================================================


Peperiksaan Berdasarkan Sekolah Vernakular Ukur Pencapaian Pelajar

Dalam perkembangan lain,Ketua pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kes disiplin di kalangan pelajar sekolah tidak membimbangkan dan hanya membabitkan kes seperti datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah dan membuli.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata jumlah pelajar yang terbabit dengan kes disiplin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah kira-kira 1.26 peratus, iaitu penurunan 0.01 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, 1.27 peratus.

Antara kes disiplin yang sering dilakukan dalam tempoh itu ialah kurang sopan (0.24 peratus), berunsur kelucahan (0.03 peratus), kekemasan diri (0.22 peratus) and ponteng sekolah (0.22 peratus).

BERNAMA

Read More “GURU JADI PENGINTIP PERSENDIRIAN AMBIL GAMBAR PELAJAR PONTENG”  »»

SPRM DEDAH 60% PERUNTUKAN UNTUK INFRA DI SARAWAK ANTARA 02-08 DISELEWENG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa 60 peratus peruntukan kerajaan untuk projek infrastruktur penting di Sarawak disalahguna antara 2002 dan 2008 oleh pihak tertentu yang bertanggungjawab mengendalikan projek itu.

Muhyiddin terkejut dengan pendedahan itu dan mahu SPRM menyiasat sama ada salah laku itu benar-benar wujud.

Sementara iaitu Dubai World, yang dimiliki kerajaan Dubai dan merupakan konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan dari membayar hutang hampir AS$60 bilion.

Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa berpendapat bahawa kerajaan Abu Dhabi, yang bersempadan dengan Dubai dan juga sebahagian daripada negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), perlu menyelamatkan Dubai World. Dubai juga merupakan sebahagian daripada UAE.

Kaji impak hutang Dubai atas ekonomi M'sia


Kerajaan akan mengikuti rapat impak krisis hutang Dubai bagi melihat sama ada ia mendatangkan kesan ke atas ekonomi Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami berharap kesannya tidak teruk kerana kami telah menyebut bahawa 2010 merupakan tahun yang dinantikan untuk pertumbuhan ekonomi, dengan angka pertumbuhan yang positif seperti yang diumumkan oleh perdana menteri.

"(Bagaimanapun), ia masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana ia akan menjejaskan sentimen yang semakin meningkat setakat yang membabitkan ekonomi Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji tenaga arang batu swasta pertama, Tanjung Bin, milik Malakoff Corporation Berhad, pengeluar tenaga bebas utama.

Dubai World milik kerajaan, konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan daripada membayar hutang hampir AS$60 bilion.

Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit, yang terlibat dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.

Berikutan perkembangan itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan akan melihat sama ada pelabur dari Timur Tengah, yang sudah membuat komitmen sebelum ini untuk membawa masuk modal ke Malaysia, akan menunaikan janji mereka.

Terdapat pelbagai sumber akses modal di Timur Tengah dan Malaysia perlu lebih agresif dalam melaksanakan misi penggalakannya untuk menemui kumpulan tumpuan dalam sektor yang mempunyai kepentingan di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin memandang serius pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa 60 peratus peruntukan kerajaan untuk projek infrastruktur penting di Sarawak disalahguna antara 2002 dan 2008 oleh pihak tertentu yang bertanggungjawab mengendalikan projek itu.

Muhyiddin berkata beliau terkejut dengan pendedahan itu dan mahu SPRM menyiasat sama ada salah laku itu benar-benar wujud.

Timbalan perdana menteri berkata beliau tidak mengetahui sama ada jabatan dan agensi kerajaan persekutuan turut terlibat dalam salah guna dana awam dan jika mereka disabitkan, kerajaan mahu maklumat daripada SPRM.

Muhyiddin berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam untuk menanganinya.

BERNAMA


Jadikan Krisis Ekonomi Dubai Sebagai Teladan-Musa Hitam



KUALA LUMPUR, Dec 1 (Bernama) -- Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam berkata krisis hutang cabang pelaburan kerajaan Dubai, Dubai World, wajar dijadikan pengajaran oleh para pelabur untuk lebih berhati-hati dan tidak mengamalkan "mentaliti ikut-ikutan."

Musa, bekas Timbalan Perdana Menteri, berkata krisis itu berlaku kerana mereka yang terlibat terlalu ghairah sehingga melupakan prinsip permintaan dan penawaran.

"Saya sudah menduga sejak dua tiga tahun lepas bahawa perkara seperti ini akan berlaku. Gelembong itu telah berkembang terlalu pantas sehingga ia terpaksa meletup...mereka lupa prinsip penawaran dan permintaan. Apabila terlebih bekalan, ia akan mencapai tahap untuk meletus," katanya ketika diminta mengulas krisis hutang Dubai World yang semakin gawat.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pelancaran dua buah buku karya bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad di sini Selasa, bagaimana pun berkata beliau tidak pasti jika ada syarikat tempatan yang menghadapi masalah serius ekoran krisis berkenaan.

"Hakikatnya, bahawa Dubai World, institusi payung yang perlu bertanggung jawap dan mengendali krisis itu, pastinya akan memberi kesan limpahan dan mereka semua yang telah melabur di dalam Dubai World akan merasai kesannya dan ia telah mulai dirasai," katanya.

Bagaimana pun, Musa berpendapat bahawa kerajaan Abu Dhabi, yang bersempadan dengan Dubai dan juga sebahagian daripada negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), di dalam apa cara sekali pun perlu menyelamatkan Dubai World. Dubai juga merupakan sebahagian daripada UAE.

"Sehingga ini, mereka tidak mengambil sebarang tindakan...saya mengesyaki mereka ingin membiarkan keadaan reda dahulu dan cuba memulihkan keadaan pada kos yang murah," katanya.

Dubai World, yang dimiliki kerajaan Dubai dan merupakan konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan dari membayar hutang hampir AS$60 bilion.

Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit, yang terlibat di dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.

BERNAMA

Dubai's Debt Crisis Should Be A Lesson, Says Musa Hitam


KUALA LUMPUR, Dec 1 (Bernama) -- Chairman of the World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation, Tun Musa Hitam said Dubai's debt crisis should be a lesson for investors to be more careful and not adopt a herd mentality.

The crisis took place because the people involved got too excited to the point of forgetting the principle of supply and demand, the former deputy prime minister said.

"I foresaw something like this happening two or three years ago. The bubble has grown too fast it has to burst...they forgot the principle of supply and demand. When (there is) oversupply, somehow or rather it would reach breaking point," he said when asked on the ongoing debt crisis of Dubai.

Speaking to reporters after the launch of two books here today by former director general of education, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Musa however said he was not sure if any local company would be seriously affected by the crisis.

Dubai World, a government owned development conglomerate recently sought a six month reprieve from paying creditors nearly US$60 billion in debts.

This triggered concerns of possible failure of the company which is involved in projects worldwide, sending shock waves to an already weakened global financial sector.

"But the fact that the Dubai World, the umbrella institution is the one that has to take and handle the crisis, surely will have the spillover effects and all those who had invested in Dubai would feel Dubai's ripples. It is already starting to be felt," Musa said.

Musa also said that the Abu Dhabi government should somehow rescue Dubai World.

"But so far they have not take any action...I suspect they are trying to let things go down first and when things are down, they might be able to salvage it in a cheaper way," he said.

BERNAMA

Read More “SPRM DEDAH 60% PERUNTUKAN UNTUK INFRA DI SARAWAK ANTARA 02-08 DISELEWENG”  »»

DIBERI KETAHUI WAHAI SAUDARAKU AHLI UMNO

Dengarlah nasihat insan yang tidak lagi mempunyai kepentingan duniawi ini. Jikalau mantan "Tok Guru ideologi nasionalisme UMNO" sudah mahu bercakap sebegitu rupa, nasihat siapa lagi yang ahli UMNO mahu dengar dan terima nasihat ??? Adakah pemimpin UMNO yang telah pergi tak kembali atau masih menunggu bekas pemimpin UMNO yang telah menjadi lipatan sejarah untuk kembali semula memberi nasihat?

"UMNO is rotten to the core"
(UMNO busuk hingga ke ususnya)


3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.


Nasihat Sepenuhnya di SINI

Read More “DIBERI KETAHUI WAHAI SAUDARAKU AHLI UMNO”  »»

20 JEMAAH HAJI MALAYSIA "BERTUAH"

Seramai 20 jemaah Haji Malaysia meninggal dunia di Tanah suci iaitu 16 lelaki dan empat perempuan yang berusia 50 tahun ke atas dari keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berjumlah 26,000 orang.

Ada yang berpendapat bahawa meninggal dunia di Mekah merupakan satu keistimewaan dan kurniaan ALlah. Bagi keluarga si mati pula ahli keluarga yang tidak kembali setelah "pergi Haji" mungkin merupakan suatu tragedi.

20 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci


MEKAH, 29 Nov (Bernama) -- Seramai 20 jemaah haji Malaysia meninggal dunia pada musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pada Ahad.

Beliau berkata jemaah yang meninggal dunia itu disebabkan oleh sakit biasa seperti sakit tua dan bukan dijangkiti penyakit berjangkit seperti Influenza A (H1N1).

"Mereka yang meninggal dunia itu ialah 16 lelaki dan empat perempuan yang berusia 50 tahun ke atas.

"Jumlah ini sangat minimum jika dibandingkan dengan keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berjumlah 26,000 orang. Jemaah haji Malaysia tiba di Tanah Suci sejak 20 Okt lepas," katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini.

Selain itu, Jamil Khir juga berkata empat jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di hospital Arab tidak dapat dibawa ke Arafah pada Khamis kerana berada dalam tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, katanya lebih 20 pesakit yang dirawat di hospital Tabung Haji di Aziziah dan Sisya dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans.

Mengenai perkembangan jemaah haji Malaysia, beliau berkata mereka masih berada di Mina dan kebanyakannya telahpun selesai menjalankan ibadah melontar Jamrah dan mereka akan kembali semula ke Mekah untuk mengerjakan tawaf dan sae haji sehari dua lagi.

Jamil Khir berkata bagi jemaah haji yang belum berkesempatan untuk pergi ke Madinah, Tabung Haji akan menguruskan pemergian mereka ke sana setelah semua ibadah haji selesai dilakukan.

Secara keseluruhan, beliau berpuashati dengan operasi musim haji tahun ini yang berjalan lancar.


Ahmad Kamil Tahir/BERNAMA

Read More “20 JEMAAH HAJI MALAYSIA "BERTUAH"”  »»

MAS BERJAYA KUMPUL KERUGIAN

MAS setakat ini berjaya kumpulkan keuntungan jika ada, hanya melalui penjualan aset, pelupusan kapal terbang lama dan penstrukturan hutang.



MAS Berjaya Kumpul AS$126 Juta Menerusi Perjanjian Pajakan Pesawat


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia Airlines memperoleh pembiayaan bernilai AS$126 juta menerusi Pajakan Operasi Jepun (JOL) bagi tujuh pesawat ATR72-500s dipilih sebagai "Perjanjian Pajakan Pesawat Terbaik Tahunan - Asia" oleh Jane Transport Finance.

Menerusi kerjasama dengan BNP Paribas Corporate dan Investment Banking ("BNP Paribas"), transaksi JOL dimuktamadkan pada masa pasaran kewangan dunia mengalami krisis.

Kejayaan memperoleh pembiayaan itu sangat penting berdasarkan kedudukan pasaran ekuiti Jepun yang suram.

"Kejayaan kami dalam memperoleh tujuh Pajakan Operasi Jepun sejak September 2008 berlaku dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini selain pasaran ekuiti Jepun yang suram serta reputasi baik dalam pasaran Jepun.

"Ini menunjukkan keyakinan pihak pembiaya terhadap kedudukan kewangan kita yang kukuh selain prospek pertumbuhannya," kata Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airlines, Mohd Azha Abdul Jalil dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Beliau berkata: "Ia merupakan permulaan yang baik dalam proses pembiayaan kami memandangkan kami memerlukan lebih banyak pembiayaan untuk program penggantian barisan pesawat."

Selain ATR, Malaysia Airlines turut menempah 35 B737-800 dengan penyerahannya dijadualkan bermula pada 2010.

-Bernama

Read More “MAS BERJAYA KUMPUL KERUGIAN”  »»

MINYAK SAWIT DAN BIODISEL BERDEPAN DENGAN MUSUH BARU (DWIBAHASA)

Suatu ketika dulu, minyak sawit Malaysia berdepan dengan pelobi/pengeluar minyak soya USA. Kini ia berdepan pula dengan "conservationist" atau "pencinta alam" seperti Greenpeace dan lain-lain.

EU Renewable Energy Directive (peraturan arahan Kesatuan Eropah) yang menjangkakan kenaikan permintaan, menyediakan beberapa kriteria kelestarian, antaranya, pengeluaran biofuel perlu mempunyai minimum tabungan gas rumah hijau (GHG) 35 peratus pada 2010 apabila dibandingkan dengan bahan api fosil.


Definisi Kelestarian Gugat Eksport Minyak Sawit Ke Eropah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Mula- mula sekali isu kesihatan, kemudiannya alam sekitar dan kini minyak sawit terpaksa berdepan dengan kriteria kelestarian selanjutnya untuk mengimport ke Eropah.

"Definisi kelestarian sedang diperluaskan. Kita bakal kehilangan bahagian pasaran sekiranya kita tidak melakukan apa-apa," kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Mohd Basri Wahid kepada Bernama di Brussels, baru-baru ini.

Basri merupakan sebahagian daripada anggota delegasi minyak sawit dan kayu ke Jerman dan Belgium baru-baru ini yang diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Misi itu dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC).

Ia bertujuan, antara lainnya, untuk meningkatkan akses pasaran bagi produk minyak sawit dan kayu serta menyebarkan maklumat tentang usaha-usaha yang diambil berkaitan isu-isu kelestariannya.

Kesatuan Eropah (EU) telah menetapkan sasaran 20 peratus sumber tenaga boleh diperbaharui dalam penggunaan tenaganya menjelang 2020 dan biofuel dijangka menyumbang 10 peratus daripada tenaga boleh diperbaharui yang digunakan dalam sektor pengangkutan.

EU Renewable Energy Directive (peraturan arahan) yang menjangkakan kenaikan permintaan, menyediakan beberapa kriteria kelestarian, antaranya, pengeluaran biofuel perlu mempunyai minimum tabungan gas rumah hijau (GHG) 35 peratus pada 2010 apabila dibandingkan dengan bahan api fosil.

Menurut peraturan arahan itu kawasan yang mempunyai bekalan karbon tinggi seperti tanah gambut atau kawasan dengan biodiversiti tinggi seperti kawasan hutan utama tidak boleh digunakan untuk pengeluaran biofuel.

Basri berkata, terdapat juga kriteria "penukaran penggunaan tanah tidak langsung" atau "iLUC".

"iLUC" merupakan kesan-kesan tidak disengajakan daripada pengeluaran lebih banyak karbon disebabkan penukaran penggunaan tanah ekoran pengembangan kawasan tanaman bagi pengeluaran biofuel, fenomena di mana menghasilkan biomas di satu lokasi, manakala hutan hujan dimusnahkan di lokasi lain.

Peraturan arahan itu menuntut Suruhanjaya Eropah menyediakan satu laporan pada 2010 mengenai isu iLUC, menyemak semula kesan daripada biofuel, sama ada secara langsung atau menerusi pemindahan, di tanah yang berlaku aktiviti penukaran tanaman.

"Mereka menilai iLUC tanpa sebarang kajian yang lengkap," kata Basri.

Beliau berkata di bawah perkiraan EU, minyak sawit mempunyai tabungan pengeluaran karbon 19 peratus dan kacang soya 31 peratus, kedua-duanya di bawah had 35 peratus.

"Kita menyediakan data kita tetapi mereka tidak. Penyelidik saya pergi Brussels tetapi mereka (EU) tidak pernah mendedahkan (data mereka). Mereka mempunyai kata putus akhir," katanya.

Dilaporkan bahawa tabungan GHG bagi minyak sesawi ialah 38 peratus, minyak bunga matahari 51 peratus dan etanol tebu 71 peratus.

Basri berkata sasaran tabungan GHG EU akan dinaikkan perlahan-lahan daripada 35 kepada 60 peratus menjelang 2017, oleh itu mustahak bagi pengeluar Malaysia untuk memerangkap metana di kilang-kilang yang akan menunjukkan tabungan GHG yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pinjaman mudah bernilai RM1.2 bilion dan terpulang kepada industri untuk mengambilnya bagi menambah baik proses mereka.

"Jika ada sikap acuh tak acuh, jangan salahkan kami. Kerajaan telah melaksanakan bahagiannya dengan wang dan kini terpulang kepada sektor swasta," katanya.

Basri berkata Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia membentuk kumpulan bekerja bagi membincangkan strategi bersama berkaitan dengan peraturan arahan EU itu.

Difahamkan bahawa kriteria kelestarian itu dilihat oleh industri minyak sawit di kedua-dua negara itu sebagai halangan perdagangan, terutamanya dicipta terhadap minyak sawit.

Beliau berkata EU mempunyai pendirian yang sama mahu memastikan pengeluaran minyak sawit yang lestari dan selepas ini, mereka perlu memikirkan perkara yang lain.

"Meskipun misi minyak sawit baru-baru ini menyaksikan menteri-menteri di negara terbabit memahaminya, namun mereka masih perlu mendengar daripada organisasi bukan kerajaan," katanya.

Basri berkata sebagai contoh, seorang daripada menteri yang beliau temui yakin pengeluaran minyak sawit lestari tetapi menjadi tugas yang sukar untuk menyakinkan 26 negara lain dalam EU.

Bagaimanapun, beliau berkata ada orang yang faham dengan situasi tersebut dan berharap syarikat-syarikat Malaysia boleh menikmati insentif daripada kerajaan EU selepas mengesahkan minyak sawit lestari.

Siti Hawa Othman/ BERNAMA

================================================================================
Definition Of Sustainability Dampens Palm Oil Exports To Europe

By Siti Hawa Othman

KUALA LUMPUR, Nov 29 (Bernama) -- First it was the health issue, then the environment and now palm oil has to endure further sustainability criteria for imports to Europe.

"The definition of sustainability is being expanded. We are going to lose market share if we did not do anything," director-general of Malaysian Palm Oil Board, Datuk Dr Mohd Basri Wahid, told Bernama in Brussels recently.

Basri was a member of the recent palm oil and timber delegation to Germany, the Netherlands and Belgium headed by Minister of Plantation Industries and Commodities, Tan Sri Bernard Dompok.

The mission was organised by Malaysian Palm Oil Council and Malaysian Timber Council.

Among others, it aims to improve market access for palm oil and timber products as well as disseminate information on efforts taken on the issue of their sustainability.

The European Union (EU) has set a target of 20 per cent renewable energy sources in its energy consumption by 2020 and that biofuel would account for 10 per cent of the renewable energy use in the transport sector.

Expecting a spike in demand, the EU Renewable Energy Directive has provided a number of sustainability criteria, among them, biofuel production must have minimum greenhouse gas (GHG) savings of 35 per cent by 2010 when compared to fossil fuel.

The directive also said areas with high carbon stock such as peatlands or areas with high biodiversity such as primary forest should not be used for biofuels production.

Basri said there was also the "indirect land use change" criteria, or "iLUC".

The "iLUC" is the unintended consequence of releasing more carbon emissions due to land use changes induced by the expansion of crop land for biofuel production, the phenomenon whereby producing biomass at one location, rainforests are destroyed at another.

The directive requires the European Commission to prepare a report by 2010 on the issue of iLUC, reviewing the impact that biofuels have, either directly or via displacement, on land use change and associated GHG emissions.

"They are going into iLUC without proper studies," said Basri, lamenting how palm oil was earlier subjected to one-sided view on its default value with regard to GHG savings.

He said under the EU calculations, palm oil has carbon emission savings of 19 per cent and soyabean 31 per cent, both below the 35 per cent threshold which showed some political manipulation.

"We provide our data but they don't. My researchers have gone to Brussels but they (the EU) never disclose (their data). They have the final say," he said.

It was reported that the GHG savings for rapeseed was 38 per cent, sunflower 51 per cent and sugar cane ethanol 71 per cent.

Basri said as the EU's GHG savings target would gradually be increased from 35 to 60 per cent by 2017, it was critical for Malaysian producers to trap the methane at the mills which would show a much higher GHG savings.

He said the government has provided a RM1.2 billion soft loan and it was up to the industry to take it up to improve their processes.

"If there is this lackadaisical attitude, don't blame us. The government has done its part with the money and now it is up to the private sector," he said.

Basri said Malaysia has also cooperated with Indonesia by forming sub-working groups to discuss common strategy with regard to the EU directive.

It was understood the sustainability criteria had been perceived by the palm oil industry in both countries as trade barriers, especially designed against palm oil.

He said the EU was singing the same tune in wanting to make sure that the production of palm oil was sustainable and after this, they would have to think of something else.

"While the recent palm oil mission saw some understanding by the ministers of the countries concerned, they still had to listen to the non-governmental organisations," he said.

Basri said for example, one of the ministers he met was convinced that palm oil production was sustainable but it would be a great task to convince all the other 26 states within the EU.

He said, however, there were people who understood the situation and hoped that Malaysian companies could enjoy incentives from EU government after certifying palm oil was sustainable.

BERNAMA

Read More “MINYAK SAWIT DAN BIODISEL BERDEPAN DENGAN MUSUH BARU (DWIBAHASA)”  »»

JANAKUASA TENAGA OSMOTIK DILANCARKAN

Prototaip menjana kuasa dengan mengeksploit tenaga yang ada apabila air tawar dan air laut dicampurkan dilancarkan baru-baru ini.

Kuasa osmotik (http://www.statkraft.com/energy-sources/osmotic-power/) adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan bebas emisi yang mana telah diselidiki dan diuji oleh Statkraft selama 10 tahun dan yang mampu untuk menyumbang secara global kepada pengeluaran kuasa mesra-alam.

Potensi global kuasa osmotik


(http://www.statkraft.com/energy-sources/osmotic-power/) dianggarkan kira-kira 1,600-1,700 TWh setahun, bersamaan dengan 50 peratus pengeluaran kuasa keseluruhan Kesatuan Eropah (EU). Loji kuasa osmotik secara prinsipnya, boleh
berada di mana-mana sahaja air tawar mengalir ke laut: ia tidak mengeluarkan bunyi bising atau emisi-emisi yang mencemarkan dan ia boleh disepadukan dalam zon industri yang sedia ada, contohnya, di aras bawah tanah bangunan-bangunan
industri.

laporan selanjutnya di SINI dan SINI

Read More “JANAKUASA TENAGA OSMOTIK DILANCARKAN”  »»

LEBUHRAYA 14.7km BERNILAI RM750 JUTA

Dalam diam-diam penduduk Shah Alam dikejutkan dengan satu lebuhraya bertol.
Lebuhraya yang diuruskan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) kini sudah pun 90 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan. Bersedialah untuk membayar tol.

L/Raya Kemuning-Shah Alam Dijangka Beroperasi Pertengahan Tahun Depan

SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) sepanjang 14.7 kilometer bernilai RM750 juta yang menghubungkan Kota Kemuning di Lebuhraya Kesas dengan Dataran Shah Alam di Lebuhraya Persekutuan dijangka memulakan operasinya pertengahan tahun depan.

Pengurus Besar LKSA Rostam Shahrif Tami berkata lebuhraya itu yang diuruskan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) itu kini sudah pun 90 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Rostam berkata projek itu melibatkan pembinaan jajaran baru iaitu dari Kota Kemuning ke Alam Impian, manakala jajaran lama melibatkan pelebaran jalan Persiaran Sultan daripada dua lorong kepada tiga lorong.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pada majlis sambutan Aidil Adha dan Korban Prolintas di sini hari ini, beliau berkata lebuhraya itu akan mempunyai dua plaza tol iaitu di Alam Impian dan Seri Muda.

LKSA yang mula dibina sejak September 2007 mempunyai enam persimpangan iaitu persimpangan Kota Kemuning, persimpangan Jalan Bukit Kemuning, persimpangan Alam Impian, persimpangan Bulatan Jubli Perak, persimpangan Bulatan Selangor dan persimpangan Bunga Lawang di Lebuhraya Persekutuan.

Rostam berkata laluan di Persiaran Sultan yang dinaik taraf dan dilebarkan oleh pihaknya tidak akan dikenakan sebarang tol, namun bagi mereka yang hendak ke Kota Kemuning dari persiaran ini, mereka akan dikenakan tol yang kadarnya akan diumumkan oleh kerajaan nanti.

Beliau berkata dengan siapnya lebuhraya itu, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Persiaran Kayangan.

Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat dan Pentadbiran Prolintas Mohd Ramali Abu Bakar berkata majlis korban Prolintas adalah acara tahunan di lebuhraya kendalian syarikat itu iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh dan Ampang.

"Hari ini kami mengorbankan seekor lembu di Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19. Kami mengorbankan 12 ekor lembu tahun ini iaitu empat ekor di setiap kawasan berkenaan dan daging korban diagihkan kepada petugas, penduduk setempat dan fakir miskin," katanya.

BERNAMA

Read More “LEBUHRAYA 14.7km BERNILAI RM750 JUTA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com