Pray For MH370

Pray For MH370

Mengangkat suara rakyat SELAT KLANG



ADUN SELAT KLANG MEMBAHASKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN DYMM SULTAN SELANGOR

sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal  ke 4
Dewan Negeri Selangor yang ke 13 tahun 2016

Bismillahi rahma nirrahiim
Assalamua’alaikum  wrt dan selamat sejahtera
Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan usul titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada istiadat pembukaan Persidangan dewan Negeri Selangor penggal ke 4.
Selat Klang mengucapkan terima kasih dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor.

1.     Selangor sebagai benchmark
Selat Klang bersyukur dan turut berbangga atas hasrat DYMM Sultan Selangor untuk mempastikan negeri Selangor menjadi penanda aras kepada kemunculan rantau ini  sebagai pemimpin peradaban dunia Islam.
Implikasinya sudah tentulah , kerajaan Selangor mesti bekerja keras untuk menjadi negeri yang aman dan makmur yang terus maju dan sentiasa di pelihara Allah kerana  mendapat keampunan dan keberkatanNya. Ke arah Selangor sebagai ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’  seperti yang di rekodkan dalam surah Sabak ayat 15.
Gambarannya ialah rakyat Selangor adalah rakyat yang bertuah, ‘knowledgeable and  cultured’, berhati luhur , berakhlak mulia, produktif dan bersikap positif dan saling membantu ke arah kebaikan. Rakyat yang terpimpin oleh pemimpin yang sedar diri mereka dalam radar pemantauan Pencipta.
 Urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan adalah yang cekap dan berkesan sesuai dengan slogan smartselangor yang peduli rakyat. Ini adalah sasaran  urustadbir yang baik yang dipimpin oleh yang beriman dan bertaqwa.  Sudah tentu ini semua memerlukan politik matang dan sejahtera yang mampu bertindak dalam kerangka besar agenda pembangunan Selangor yang mampan dan terus berkembang maju.
DYMM Tuanku juga menekankan agar kekayaan tidak hanya berlegar di kalangan orang orang tertentu... Untuk mencapai target Selangor yang maju sudah tentu perancangan pembangunan dan perhatian kerajaan negeri jangan hanya tertumpu kepada kawasan bandar semata-mata. Harus diingat, walaupun hasil  cukai daripada kawasan luar bandar mungkin tidak seberapa, mereka juag menyumbang kepada kesejahteraan negeri dengan cara dan dalam aspek yang lain seperti tenaga manusia, kesimbangan kehijauan negeri dan sudah tentu iringan doa mereka. Golongan di antara bandar dan luar bandar lazimnya menjadi golongan yang tersepit di antara ke dua dunia yang berlainan. PBT tidak mahu mengiktirafkan mereka sebagai kawasan yang perlu diberi perkhidmatan. Mereka pula berebut perhatian mengenai keperluan infrastruktur dan kemudahan awam dari pejabat daerah.
Amalan biasa, peruntukan pembangunan di pejabat daerah adalah tersangat minima  dan selalunya di tumpukan kepada kawasan yang memang jelas daripada bandar. Malangnya bagi kawasan kampung pinggiran bandar seperti Kampung Delek dan Sg Udang Klang yang mempunyai taman dalam kampung , maka prasana seperti jalan dan taman permainan di servis oleh MPK dalam kampung tersebut tetapi tidak di luar taman. Fenomena ini mencetus salah faham penduduk yang tidak puas hati melihat penyelenggaraan tidak seimbang di kejiranan yang sama .
Maka saya menyeru kepada pihak kerajaan negeri untuk membangun prasarana serta kemudahan awam yang sempurna di dalam kampung pinggiran bandar ini. Khususnya bagi pusat aktiviti komuniti kampung dan dewan orang ramai yang boleh digunakan dengan selesa dan selamat. Contoh, perpindahan mangsa ribut di Kampung Delek Kiri bulan lepas menimbulkan isu ketara di mana dewan orang ramai yang uzur dan tidak mesra pelanggan menyulitkan penggunaan premis kerajaan itu apabila bencana berlaku dan memerlukan perpindahan mangsa. Kekadang ada keadaan yang melibatkan OKU dan orang sakit serta kanak-kanak yang sangat terkesan dengan bilik air/tandas  yang uzur dan di paras yang tidak tinggi(tidak sama level). Saya memohon kerajaan negeri  memperuntukan wang yang secukupnya untuk setiap kampung untuk menyediakan prasarana asas yang diperlukan oleh setiap kampung. Rakyat kampung Delek sudah lama memohonkan peruntukan untuk membina semula sebuah rumah uzur yang digunakan untuk kegiatan wanita.
2.     Kelestarian pembangunan, Green Selangor
DYMM berkenan aktiviti menghijaukan Selangor dan menekankan peri pentingnya penjagaan alam sekitar dan mengingatkan tanggungjawab sebagai khalifah Allah menjaga bumi. Kita perlu ingat pesanan Allah swt dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud:
‘Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah rasakan kepada mereka agar mereka kembali( ke jalan yang benar’.
Sungai Klang masih kotor. Air sungai Klang asalnya bersih. Yang mengotorkannya adalah tangan manusia. Selat Klang mahu tahu apakah tindakan kerajaan terhadap kilang-kilang yang mengeluarkan cecair kotor, dan lebih dahsyat cecair yang mengandungi kimia yang akhirnya mengalir ke sungai? Bukankah ini menyebabkan kehidupan dalam air bahkan unggas dan manusia yang memakan hasil sungai dan laut yang tercemar dengan metal berat atau heavy metals yang boleh mengakibatkan kanser. Selat Klang mahu tahu adakah kilang-kilang yang menggunakan air yang banyak yang dibekalkan oleh Syabas menjadi punca utama pencemaran air sungai dan laut di Selangor?
Tuan speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, semua sedia maklum sungai adalah satu jenis sumber alam yang sangat berharga. Contoh, Sungai Klang yang panjangnya mencecah 120km dan menjadi pencetus pembangunan pesat di Lembah Klang sepatutnya boleh menjadi sumber bekalan air dan menjana pendapatan sekiranya ia bersih dan dipelihara serta dipulihara dengan baik kerana aktiviti seperti boat ride/boat teksi, regatta dan pusat pelancongan yang menarik boleh dihasilkan.
DYMM telah menegaskan baginda mahu sumber air, sungai, perairan pantai dan alam persekitarannya berada dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong kelangsungan pembangunan sosioekonomi negeri.
Selat Klang mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan negeri kerana bersungguh mengekalkan hutan simpan melebihi 30% dan di antaranya di sekitar Pulau Ketam. Penguatkuasaan ke atas pencerobohan hutan mestilah serius tiada kompromi.
DYMM juga menyentuh fenomena baru tentang perubahan suhu dan iklim dunia. Saya berpendapat kerajaan negeri perlu proaktif dalam memainkan peranan bermula dalam bulatan pengaruh sendiri seperti lampu-lampu besar(seperti lampu limpah) di padang/kompleks dan mana mana premis sukan perlulah dipadamkan sekiranya tidak digunakan.  Kalau kita lihat dari kapalterbang diwaktu malam, kita akan melihat nyalaan lampu terang benderang di sana sini di Selangor terutama sekali di Lembah Klang. Kita perlu renung apa yang telah dilakukan kempen EARTH HOUR yang dimulakan di Sydney Australia pada 2007 di mana kempen pengguna lampu seramai mungkin memadam semua lampu tidak kritikal untuk satu jam bagi menjimatkan letrik dan telah terbukti memberi impak yang positif dan memberangsangkan. Ia telah dilebarkan seluruh dunia termasuk Malaysia. Langkah kecil yang kita ambil tetapi secara konsisten dan  melibat semua PBT terutama yang besar akan memberi kesan berpanjangan yang membantu.

3.     Pulau Ketam Aset Bernilai Negeri
Satu-satunya pulau yang asli di Selangor yang didiami penduduk adalah Pulau Ketam. Pulau asli bermaksud pulau  tulen yang seluruh tanah di kelilingi air. Maka keunikan ini sepatutnya sudah lama mencuri tumpuan kerajaan negeri untuk membangunkannnya sebagai pusat pelancongan yang ada daya tarikan asli tersendiri.  Jutaan penduduk di Lembah Klang mengalami kehidupan penuh tekanan kerana budaya ‘rat’s race’ bersekali dengan pencemaran udara dan  masa dengan keluarga yang kurang akrab.
Masa bersama keluarga yang berkualiti, menjejaki kehidupan nelayan tradisi yang sederhana dan menghirup udara nyaman dan menikmati makanan laut yang segar boleh mencetuskan ukiran memori indah bersama keluarga.
Poin saya ialah, kerajaan negeri belum meneroka potensi pulau ini. Berpuluh-puluh sangkar ikan besar juga boleh menjadi tambah nilai kepada aktiviti pelancongan. Homestay dan beberapa hotel kecil juga sudah wujud. Pihak Malaysian Nature’s Society juga mengatakan Pulau Ketam juga adalah laluan penghijrahan burung merentasi benua dan boleh menarik ‘birdswatchers’.
Saya ingin menarik perhatian kerajaan negeri bahawa Malaysian Nature’s Society bersama sebuah syarikat antarabangsa telah memulakan langkah bersama dengan sekolah dan JKKK dalam gotong royong dan kempen kebersihan berterusan dan pendidikan kepentingan menjaga alam sekitar. Malaysian Nature’s Society juga membantu promosi kempen menjaga ekosistem dan habitat kehidupan darat dan air supaya tidak pupus.
Insya Allah pada 14-15 April 2016 pihak Tentera Laut Diraja Malaysia juga telah komited mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan lebih 100 orang anggota sempena  prasambutan HARI TLDM.
Saya faham kerajaan negeri cuba mewujudkan ciri-ciri livable city di kawasan bandar dan telah mencurahkan pelaburan besar untuk tujuan itu. Saya setuju. Apa yang Selat Klang mahu utarakan ialah hakikatnya suasana asli seperti di Pulau Ketam adalah jauh berbeza dan pengalamannya tidak serupa.
Justeru, saya memohon pihak kerajaan negeri bersetuju memulakan projek rintis pakej pelancongan keluarga dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terutama STANDCO PELANCONGAN DAN KAMPUNG BARU, TOURISM SELANGOR,  UPEN,  GLCs dan syarikat pengendali sampah.

Perkongsian :
Baru-baru ini saya tersilap google PULAU KETAM .
Apa yang memeranjatkan saya ialah termuncul tajuk yang berbunyi:
PULAU KETAM: Potential Ecosystem Nucleus In Singapore, Sunday May 26 2013( www.gaiadiscovery.com)
Professor Tay Kheng Soon,a conservationist and well known architect in Singapore with ARKITEK TENGGARA, hatched on a plan to restore PULAU Ketam to its original nature.
The Pulau Ketam project is envisaged to be a public-private social enterprise that is open to individuals and societies joining it. It has found initial core support from the Nature Society Singapore, National University of Singapore in particular the alumni committee members of Msc(Environmental Management)progam and the Singapore Power Boat Association through its charity programme.




4.     Bebas Rasuah dan berintegriti, Rakyat Selangor Yang Bermaruah
DYMM TELAH MENGAJAK KITA SEMUA MENGAMBIL PELAJARAN daripada sejarah khususnya keruntuhan empayar gergasi Rom kerana rasuah dan fitnah memfitnah menjadi budaya. Kerajaan Selangor perlu mencegah PENYAKIT PEMUSNAH TAMADDUN yang berpuncah daripada rasuah, salah gunakuasa dan pengaruh hawa nafsu. Politik matang mengoptimakan kemampuan modal insan kunci sebagai pemutus dasar dan penjawat awam yang melaksanakan polisi bertindak secara professional dan tidak tenggelam dalam kemelut siyasah kompleks yang boleh menggugatkan urustadbir menjaga kemaslahatan ummah.

Saya berharap persoalan integriti bukan hanya di permukaan sahaja tetapi menjadi nilai dan darah daging kerangka kerajaan, swasta dan pemimpin serta  rakyat di negeri Selangor.
Selat Klang mencadangkan agar nilai-nilai murni ini dijadikan tajuk utama rujukan yang mesti diulang-ulangkan agar sebati. Selat Klang mengesyorkan  tajuk yang berkenaan dengan integriti, rasuah, kebertanggungjawaban dimasukkan dalam senarai tajuk khutbah yang boleh dipecahkan kepada syarahan yang bugar dan mudah difaham dan dipraktikkan. Hanya insan yang terbangun spiritual dan akalnya yang mampu mengawal diri daripada pengaruh hawa nafsu dan syaitan yang mendorong insan menyalahgunakan anggotanya ke arah kemusnahan dan kerosakan.
Syarahan topik ini juga boleh dicadangkan kepada semua pimpinan bangsa dan agama tanpa mengira ideologi politik sebagai salah satu usaha politik matang dan sejahtera. 

Langkah-langkah yang mengamalkan keterangkuman ini akan menghasilkan budaya warga Selangor yang berintegriti tinggi, boleh dipercayai dan layak menjadi khalifah Allah. Inilah golongan insan yang akan melonjakkan negeri Selangor ke tahap yang melayakkannya mencapai status penanda aras tamaddun insyaAllah.
Selat Klang menyokong usul terima kasih dan menunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor.
  

Read More “Mengangkat suara rakyat SELAT KLANG ”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com