Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN Selat Klang ziarah bakal haji

Kpg Sg Udang

Walaupun mengidap gout dan selalu bengkak kaki kalau banyak berjalan, beliau terlalu teruja dapat panggilan menjadi tetamu Allah. Nekad bersama isterinya akan melangkah ke tanah suci jua.
Bertolak 18.10.12 katanya. PA ADUN Selat Klang telah lama menunggu dengan rombongan yang setia menunggu mahu meraikan bakal haji. Tn Hj Kamaluddin seorang yang penyabar dan pandai mengambil hati kawan mahupun lawan.
ADUN Selat Klang berasa amat bertuah mendapat seorang PA yg cekap dan bersopan seperti Hj Kamaluddin. Banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.Mententeramkan yang gundah, menenangkan yang berkecamuk dan redha atas tindak tanduk klien yang kurang sabar dan sopan.

Muslimin dan Muslimat PAS bersama-sama menyertai rombongan ziarah bakal haji.Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran setimpal dengan amal soleh yang dilakukan

Read More “ADUN Selat Klang ziarah bakal haji”  »»

JPrK PARLIMEN BALING LAWAT SELANGOR

 SHAH ALAM

YB Ahli Parlimen Baling berbesar hati membawa rombongan dari kawasan Baling untuk melawat Selangor untuk melihat perkembangan Selangor dengan mata kepala sendiri.
Mantan Imam Besar Masjid Negara ini, Ustaz Dato Taib Azamudden bersama keluarga dan aktivis di kawasan Parlimennya merangkumi pemuda dan Muslimat serta jentera.

Mereka menginap di Shah Alam dan dibawa ke Parlimen, Malaysia, Dewan Negeri Selangor kemudian ke Perbadanan Perpustakaan Selangor yang semakin masyhur kerana berteknologi tinggi dan sangat mesra pengguna.
 YB EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangnan Modal Insan kerajaan Selangor memberi taklimat mengenai pencapaian kerajaan pakatan rakyat Selangor. YB Dr Hjh Halimah Ali juga turut membentangkan segala program, aktiviti dan perancangan untuk mencapai matlamat Selangor untuk mencapai negeri idaman, maju , sejahter dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Kemudian di sebelah petang mereka di bawa ke kampung tradisi Melayu yang dipilih untuk menjadi pilot projek mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yakni Kampung Delek. Mereka singgah melihat projek kecil MINI Quranic botanical garden di SRA Kpg Delek.





Read More “JPrK PARLIMEN BALING LAWAT SELANGOR”  »»

Kenyataan akhbar EXCO Pendidikan Selangor



                                KENYATAAN AKHBAR
             YB PUAN DR.HJH  HALIMAH ALI 
EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENGABAIAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA MILIK MASYARAKAT(SAR) DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013 OLEH PERDANA MENTERI
                  
1.     Saya teramat kesal sikap kerajaan Malaysia yang tidak adil dalam agihan bajet 2013 untuk pendidikan  kepada pelbagai kelompok warganegara. Di mana perginya 1Malaysia??

2.     Perkara yang amat ketara dalam pembentangan bajet tahunan oleh YAB PM pada 24/9/12 ialah TIADA peruntukan langsung untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT(SAR). Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan UMNO-BN telah mendiskriminasikan ibubapa yang MEMILIH untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat dasar(sekolah rendah) yang berorientasikan agama.

3.     Apa bezanya hak mereka ini dengan hak ibubapa yang memilih untuk menghantar anak ke SJKC, SJKT, Muballigh dan SK ? Bukankah ibubapa warganegara sah ini juga mempunyai hak menghantar anak mereka ke jenis persekolahan yang mereka pilih? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia?

Petikan Perlembagaan Malaysia(Bahagian 2 Hak Asasi)
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

4.     Tiada peruntukan kewangan untuk Institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan sekolah KAFA seperti mana tahun-tahun sebelum ini menjadikan sekolah ini terus terpinggir dalam arus pendidikan perdana. Jauh sekali sekolah agama milik kerajaan negeri sedangkan institusi ini memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa. Aspek pendidikan ini tidak dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun kerajaan mendakwa agama Islam antara hak keistimewaan orang-orang Melayu.


5.     Peruntukan RM 100 juta yang diberikan kepada  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sekolah peringkat menengah bukan peringkat dasar(rebung) yang mahu diperkayakan dengan budaya dan jati ummat seperti yang dipraktikkan golongan Tionghua dan India, yang masing-masing diperuntukkan RM100 juta. Sekolah muballigh pun mendapat RM100juta. Kenapa SAR tidak dapat peruntukan langsung!!??


SABK tidak mewakili semua jenis sekolah agama

6.     Peruntukan SABK BUKANLAH bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar. Kerajaan tidak boleh menyalahkan pihak sekolah dan negeri untuk tidak mendaftar sebagai alasan bantuan tidak diberikan kerana mereka telah berdaftar dengan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri, berdaftar sebagai sekolah yang menjalankan peperiksaan kebangsaan, pelajar juga mendaftar sebagai calon peperiksaan. Lebih mustahak lagi mereka sudah mendaftar sebagai warganegara Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Negara bagi membolehkan peruntukan diberikan untuk kepentingan rakyat (ke mana pergi cukai untuk pendidikan mereka).

7.     Ironinya, bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid dari darjah 1 hinggaTingkatan 5 boleh pula diberikan termasuk sekolah yang tidak berdaftar dengan kerajaan. Kesukaran dan sikap ambil mudah dalam memberikan perhatian kepada sekolah agama seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia!
8.     Sekolah Agama milik kerajaan negeri berjumlah 107 buah dengan bilangan kelas 2, 064, bilangan guru 4, 680 orang, bilangan pelajar 62, 929. Sekolah agama milik masyarakat berjumlah 142 dengan jumlah kelas 1,392, bilangan guru 3, 073 dan pelajar berjumlah 37, 150.

Jumlah ini belum mengambil kira sekolah jenis yang sama bagi  peringkat rendah kerana operasinya yang berbeza antara negeri dengan negeri yang lain. Jumlah sekolah-sekolah ini ialah 1, 890, dengan jumlah guru 14, 167. Bilangan pelajarnya 529, 645 orang. Bilangan ini belum termasuk sekolah agama swasta dan sekolah yang diusahakan secara persendirian termasuk yang tidak mendaftar dengan mana-mana kerajaan yang jumlahnya tidak kecil. Kewujudan dan realitinya ada di hadapan kita. Jumlah ini secara kasarnya adalah 30 % daripada keseluruhan pelajar-pelajar Islam di seluruh Malaysia!

9.     Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh PM awal bulan lepas  menekankan keutamaan kepada peranan ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam memberikan sumbangan kepada sekolah sebagai rakan baru. Namun, semangat ini tidak diterjemahkan secara menyeluruh dalam bajet yang menganaktirikan sekolah agama.

10.                        Menyerahkan peranan ini kepada Kerajaan Negeri semata-mata atas nama agama kuasa negeri adalah sikap yang tidak bertanggungjawab kerana Negeri sendiri sudah lama terbeban dengan kewangan khususnya dalam aspek pendidikan. Negeri Selangor membelanjakan RM 264 juta untuk 2011.Negeri Kelantan, telah membelanjakan hampir 70 juta setahun untuk pendidikan untuk pendidikan dan ia semakin bertambah setiap tahun. Kedah, negeri yang agak miskin juga berkorban apabila sebanyak lebih daripada 60 juta diperuntukkan kepada pendidikan Islam..Perlu disebutkan bahawa Kerajaan Negeri juga telah memainkan sebahagian besar peranan dalam melaksanakan kurikulum kebangsaan.

11.                        Sebahagian sekolah agama terpaksa ‘diswastakan’ dalam ‘negara Islam’Malaysia kerana kerajaan BN tidak mesra pendidikan Islam. Lama-kelamaan sekolah ini terpaksa menawarkan system pengajian yang agak mahal bagi meneruskan kelangsungan sistem pengajiannya atas dasar keperluan dan beban pendidikan jenis ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dan masyarakat. Atas dasar inilah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor memperuntukkan RM6juta setahun khusus untuk sekolah agama rakyat(SAR) semenjak 2009.Tahun ini ditambah sebanyak RM8.5juta sebagai pengiktirafan SAR melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

12.                        Persepsi sekolah agama berada di luar system pendidikan kebangsaan kurang tepat kerana dari sejarah ia sudah lama berubah system dari pondok kepada madrasah dan kemudiannya sekolah agama.  Tinggal lagi bagaimana kita meletakkannya dalam system pendidikan yang sesuai tanpa menjejaskan identiti, akar budaya dan kurikulum yang tersembunyi. Oleh sebab itulah, SABK yang menjadi cadangan baru kerajaan kepada sekolah agama dilihat bersifat material, birokratik dan berdepan dengan pelbagai tanggapan keyakinan.

13.                        Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan LEPAI sepertimana yang telah dititah oleh Yang Dipertuan Agung dalam Kongres Majlis-Majlis Agama Islam Negeri 2011. Titahan Diraja ini diperkukuhkan lagi dengan Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan pada awal tahun ini di Perlis di mana Raja Perlis telah menitahkan perkara yang sama. Apakah kerajaan secara diam telah membelakangi Majlis Raja-Raja dalam menjaga institusi Pendidikan Islam sepertimana yang di amanah kepada mereka? Apakah peranan yang dimainkan oleh PM selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKIK)?

14.                        Sudah banyak  Seminar Pendidikan Islam sama ada peringkat kebangsaaan mahupun antarabangsa diadakan, pelbagai cadangan dan saranan dikemukakan namun kerajaan masih mengambil sikap pekak, bisu dan buta dalam menjaga keperluan pendidikan Islam dalam masyarakat. Pada tahun lepas sahaja sebanyak 11 seminar tentang pendidikan Islam dianjurkan termasuk anjuran JAKIM dan Kementerian Pelajaran sendiri.

15.                        Bantuan kepada sekolah agama sebelum ini tidak konsisten, sekejap timbul sekejap tenggelam sedangkan kerja-kerja mereka tidak pernah berhenti untuk membina anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Kebangsaan. Sebarang bentuk bantuan kepada sekolah agama tidak seharusnya dijadikan medan untuk lobi-melobi dalam kalangan agamawan dan ahli politik kerana ia seharusnya diberikan atas dasar tanggungjawab. Ia tidak perlu melalui desakan dan tuntutan mana-mana pihak.

16.                        Hakikatnya, salah satu kesan besar kejayaan kolonialisme British ialah memecahkan identiti Melayu yang terikat kuat dengan identiti keIslaman satu ketika dahulu hancur dengan perancangan licik dalam aspek pendidikan. British akhirnya berjaya memisahkan pendidikan Islam yang menjadi asas utama pembinaan dunia Melayu kepada dunia pendidikan Melayu yang sempit. Pendidikan Islam secara perlahan-lahan menjadi kabur dalam peta nasionalisme  yang dikemudikan oleh kerajaan UMNO –Barisan Nasional.Ini menyebabkan orang Melayu amat terpukul di negeri sendiri oleh pemimpin yang tidak jujur mempertahankan jauh sekali untuk mengarusperdanakan sistem pendidikan Rabbani.


YB Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Kerajaan Selangor
Merangkap
Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan PAS Pusat
3.10.12

Read More “Kenyataan akhbar EXCO Pendidikan Selangor”  »»

Selangor hargai WARGAEMAS DAN penjaga OKU

DUN SELAT KLANG

Sudah menjadi rutin ADUN Selat Klang meraikan warga emas amnya, khususnya yang berdaftar dalam SKIM MESRA USIA EMAS, salah satu varieti produk berkebajikan negeri Selangor yang dikenali MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR(MES).

Di antara istimewa takaful khairat kematian untuk warga emas dan OKU ini ialah program JOM SHOPPING bersama ADUN di mana setiap warga emas layak menerima baucar RM100.
Bukanlah jumlah itu yang penting tetapi aktiviti menghargai, 'memanjakan' warga emas, beri perhatian khas dengan shopping bersama mereka adalah jauh tinggi nilainya daripada nilai duit RM100.
Kasih sayang dan perhatian ADUN-ADUN menjadi ubat penawar kesunyian dan kesepian. Penenang gulana dek sakit yang semakin kerap menjelma.
 Lazimnya pesan sahaja kepada anak dan cucu.Berbelanja RM100 akan pantas dihabiskan.

Namun, kata YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapan pra 'shopping', pemberian RM100 ini adalah simbolik ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga emas dan penjaga OKU kerana titik peluh mereka yang sering dilupakan dan pengorbanan mereka membantu membangun keluarga, masyarakat dan negeri langsung tidak dipedulikan.

YB Dr Halimah bersama staff pejabat ADUNnya yang cekap menyediakan bas untuk mereka yang tidak ada kenderaan sendiri.Kali ini, YB turut sama menaiki bas ke kompleks membeli belah GIANT.

Semakin teruja mak cik dan pak cik naik bas bersama YB.

Sampai GIANT, mereka berhati-hati memilih barang. Suami kepada mantan ketua wanita UMNO membeli blender.Katanya , kalau beli barang makanan nanti habis, tak ada kenang pemberian YB.Waah menusuk kalbu. Ingat ini perayu UMNO dulu.

Alhamdulillah bila hasil negeri dijaga cermat, dilindungi daripada gejala rasuah maka nikmat mengagihkan kepada rakyat tak siapa yang boleh bayangkan. Nikmat kepada si PEMBERI!!   Nikmat kepada si PENERIMA lazim diketahui. Ini yang di ajar bawah rejim UMNO BN.
Nikmat si PEMBERI adalah konsep yang mahu dibawa oleh kerajaan Selangor, elemen S kedua dalam formula pembangunan insan SPIES.(Rujuk SPIESSELANGOR)

Read More “Selangor hargai WARGAEMAS DAN penjaga OKU”  »»

ADUN Selat Klang ke program JOM SHOPPING TAWAS


 KLANG

YB Dr Hjh Halimah Ali seronok melihat anak-anak yang lahir 2008 dan berdaftar di bawah TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR(TAWAS) dibawa PROGRAM JOM SHOPPING. Program yang diantara MERAKYAT EKONOMI SELANGOR ini begitu popular.
Seramai 165 orang dikenalpasti layak dalam program fasa pertama ini di DUN SELAT KLANG.

YB sempat berjenaka dengan ibubapa bila melihat apa yang dibeli......sikit untuk anak banyak untuk ibu dan bapa sekeluarga.....barang dapur!! Bila diusik seorang ibu berkata...anak belanja emak!!
Waah kecil kecil anak dah boleh belanja untuk ibu dan ayah.Alhamdulillah dengan penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor, banyak pihak yang dapat untung. Mereka semua ini bakal mendapat pulangan RM1500 pada usia 18tahun nanti insyaallah.
 Ini adalah prinsip kerja kerajaan pakatan rakyat.Berfikiran panjang, merancang masa depan bukan sekadar bantuan segera seperti BR1M yang bersifat sekali hangus tetapi tabungan pendidikan TAWAS merancang masa depan anak yang mahu melanjutkan pelajarannya ke IPT insyaallah.





Read More “ADUN Selat Klang ke program JOM SHOPPING TAWAS”  »»

BAJET 2013 buktikan Malaysia menghadapi krisis hutang negara-Tony Pua

Budget 2013 proof Malaysia falling into debt crisis as income slows, says MP

September 28, 2012
KUALA LUMPUR, Sept 28 ― malaysian insider
Putrajaya’s RM251.6 billion for 2013 Budget unveiled today ― which is smaller than last year’s RM252.4 billion ― signals a slowdown in the government’s annual income that is putting Malaysia at real risk of undergoing a debt crisis in countries like Spain, the DAP’s Tony Pua said today.
He slammed the ruling Barisan Nasional (BN) government for failing to show “political will” needed if Malaysia were to avoid falling into a similar financial crisis.
“The Budget demonstrates no political will on the part of the federal government to make the necessary structural changes to the way we manage our Budget.
“We see a decline in the proportion of funds spent on development expenditure,” the opposition lawmaker said in a statement.
He criticised the Najib administration, saying it was not putting in serious effort to tackle the ballooning federal government debt.
“The marked decline in revenue growth will have a very significant impact on the government’s ability to impact growth in the Malaysian economy through fiscal means,”
Pua (picture) highlighted that revenue for next year is projected to grow to only RM208.6 billion, while debt is expected to balloon to as much as RM502 billion marking a whopping 107.4 per cent increase in debt over the past eight years and which he said has significantly raised the country’s structural debt service commitments.
He said that from 2003 to 2008, Malaysia’s debt servicing obligations grew 21.9 per cent from RM10.5 billion to RM12.8 billion, but had spiked in the last five years by 73.4 per cent.
The official federal government debt is also expected to hike as a proportion of gross domestic product (GDP) from 51.8 per cent to 53.7 per cent, putting it below the 55 per cent legal federal government debt limit, Pua said.
The DAP publicity secretary said the government had also been consistently cutting back on development spending “which will create greater multiplier effects on our economy”.
“What is frightening is, the government’s contingent liability is expected to increase exponentially in 2013 due to the expenditure for the RM53 billion MRT project as well as other mega-infrastructure projects,” he added.
A contingent liability is defined as an obligation to pay back debt depending on future events, such as outstanding lawsuits, liquidated damages and destruction by flood.
Drawing attention to Spain, he noted that the European nation’s “official” debt to GDP ratio of 68.5 per cent but it was now still facing a major financial crisis that needed it to be bailed out by hundreds of billions of Euros, which had caused a near collapse of its economy due to various contingent liability and bank bailouts.
“We must not allow ourselves to get entangled in a similar crisis,” Pua said.

Read More “BAJET 2013 buktikan Malaysia menghadapi krisis hutang negara-Tony Pua”  »»

10,000 GRADUAN PENDIDIKAN TERSISIH lagi!!

10,000 graduan pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi

SEMALAM ReJaM© berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru.

Nampaknya sahabat ReJaM© itu yang kini bekerja membantu di kedai makan ibunya di Pahang benar-benar marah dengan pengumuman bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib Razak kelmarin. 

Semua itu gara-gara sebelum ini Utusan Malaysia mengumumkan kononnya akan ada berita gembira untuk 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur.

Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah ini.

Sahabat ReJaM© itu nampaknya hampa dan kecewa. Punyalah tekun dia menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 di kaca televisyen sedari mula sehingga akhir, namun berita baik yang diharapkannya langsung tak muncul.

"Kalau tak ada berita baik janganlah cakap ada, menghampakan harapan orang, tak guna!" ujarnya sambil mencebikkan bibir.

Sahabat ReJaM© ini antara 10,000 graduan yang dimaksudkan di dalam laporan akhbar di atas.

Read More “10,000 GRADUAN PENDIDIKAN TERSISIH lagi!!”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com