Pray For MH370

Pray For MH370

KORBAN: Hati putih hati gelap

Hari Raya korban disambut saban tahun di seluruh pelusuk dunia. Ramai yang menumbangkan haiwan yntuk ibadah korban. Yang berkorban pun dari  pelbagai bangsa dan suku kaum . Haiwan yang menjadi korban pun pelbagai rupa.

Apakah sebenarnya pengajaran paling utama untuk ummat Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sekeluarga. Adakah ritual penyembelihan itu sahaja yang patut diterima pakai.Apakah pengajaran disebaliknya? Memang benar daging haiwan itu memberi manfaat kepada si miskin. Memang betul, ibadah korban itu mengumpul sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan orang kampung mahupun bandar untuk satu aktiviti penyembelihan , diikuti dengan event melapah dan mengagihkan daging korban. Fenomena biasa apabila masjid, surau bahkan persatuan penduduk masak sup tulang hasil 'korban' tersebut.

Selepas penah bekerja 'korban' tadi, mereka dan juga anak-anak turut serta menikmati masakan istimewa kaum hawa lazimnya.
Suasana amat ceria. Sejuk mata memandang.

Persoalan yang lebih  mendalam yang perlu disyarahkan dengan berkesan ialah 'apa untungnya' seseorang berkorban wang ringgit untuk menghasilkan haiwan korban yang diproses untuk diagihkan kepada mereka yang berhak??!

Sudah banyak amalan yang tidak membantu ummat Islam memikir, mentaddabur, menjiwai konsep korban itu.Ramai yang sudah tahu bahawa berkorban itu mulia tetapi tidak ramai orang faham dan mengerti implikasi korban serta manfaat pada yang berkorban. Mungkin ini kegagalan cerdik pandai mendidik ummat memahami konsep penting dalam Islam itu sendiri. 

Ramai yang mampu berkorban tetapi enggan kerana mereka tidak difahamkan bahawa 'korban' itu untuk mereka, menguntungkan mereka. Walaupun hakikatnya mereka terpaksa melepaskan duit untuk membeli sebahagian korban.Ia sebenarnya bermaksud berkorban hawa nafsu. Wang ringgit, harta benda, pangkat jawatan dan gelaran hanyalah alat untuk membuktikan kita rela dan redha berpisah dengan 'kepunyaan' fizikal kerana patuh kepada titah perintah arah Allah swt Sang Khaliq.

Ada juga mungkin 'berkorban' benda fizikal tetapi dengan jiwa kelam dan tidak ikhlas. Maka, tidak hairanlah dirinya tidak menikmati kebahagiaan berkorban itu.
Hanyasanya, bila jiwa tulus berkorban semata-mata kerana Allah maka 'korban' itu akan kembali kepadanya jua kelak.

Semoga Sang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang menerima korban kita.

Read More “KORBAN: Hati putih hati gelap”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com