Pray For MH370

Pray For MH370

Timun dan Tempoyak Politik

Al kisah di sebuah negara. Rakyat bijak umpama timun. Si penguasa rakus umpama durian. Oliseh kerana mereka berada dalam samudera negara yang sama maka si Durian apabila menggolek terkena timun sudah tentu timun akan cedera dan sakit. Calar balar. Kekadang terpenyek.
  Sang timun ketika sudah jemu di golek Durian yang bengis membuli, mula bangun melawan dan cuba menyerang durian. Aduhhh....parah lagi terkena duri durian yang tajam menungggu.....
Sang kancil yang memerhati gelagat timun dan durian berbisik kepada timun yang berduka, 'Sabar.....', katanya.'Cuba kau berpakat dengan sang simen. Kau pura pura bermain dalam serbuk simen dan pasir. Nanti saya akan curah air. Kau bergoleklah sekehendak hati mu hingga badan engkau diselaputi seluruhnya oleh bancuhan simen itu. Kemudian kau rehat lama-lama di bawah matahari. Apabila kau bangun, insya Allah engkau sudah bersedia untuk berhadapan dengan durian!!'
Sang Timun tekun mendengar cadangan si pintar Kancil.
Sambung Kancil,' Kulit engkau yang lembik  sudah berbaju simen dan engkau boleh melawan kulit durian yang penuh berduri itu dengan mudah. Bukan sekadar bertahan apabila durian menggolek engkau , tetapi apabila engkau meluru strategik melanggar durian. kulit durian itu akan kemik bahkan buah durian akan terdedah. Bahkan sekiranya engkau hilang kawalan isi durian itu akan lembikbak tempoyak dengan asakan mu......' Bersabarlah wahai Timun......Gunakan akal panjangmu........

Read More “Timun dan Tempoyak Politik”  »»

Terima kasih semua

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt yang telah membantu saya selaku hambaNya yang kerdil dalam mengharungi satu keadaan yang agak kritikal ketika menghadapi PRU13 pada tanggal 5 Mei yang lepas.
Semua sudah sedia maklum bahawa pertarungan antara parti PAKATAN RAKYAT dan lawan tradisi BN adalah teramat sengit dalam sejarah MALAYSIA. Pelbagai gerakan, strategi dan taktik kedua-dua belah pihak untuk meraih sebanyak mungkin undi kepada parti masing-masing. BN berada di posisi lebih strategik dengan menggunakan segala jentera kerajaan termasuk media yang hanya memuatkan berita yang menguntungkan BN dan memaparkan semua berita yang memburukkan PAKATAN.I tu di peringkat kebangsaan.
Saya mahu bicara khusus di kawasan saya sendiri. Saya banyak belajar daripada segala yang berlaku samada yang positif untuk PAS dan pakatan atau sebaliknya.
Saya memerhatikan kesungguhan pimpinan PAS DUN SELAT KLANG berbincang, menyusun gerak kerja, memobilisasikan petugas dan sukarelawan. Ahli PAS pula begitu tekun bekerja bagi memenangkan PAS. Ada otai yang bekerja larut malam bersama orang muda.Ada yang membetulkan tiang bendera tengah hari terik.

Muslimat pula memang sudah berbulan-bulan bergerak tanpa jemu. Mencatukan masa untuk rumah, suami dan anak dan perjuangan. Semua memuji iltizam Muslimat. Mereka bermandi keringat ke lapangan mencari pengundi yang sah dan berjuang untuk menegak kebenaran.
Selain daripada ahli PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS juga bekerja keras bagi memenangkan calon PAS. Hakikatnya, saya menang semua saluran di tempat mereka ini bekerja termasuk di Tepi Sungai, Telok Pulai dan Pulau Ketam. Kerja mereka 'solid'.
Sukarelawan juga muncul membantu mengikut minat dan kepakaran mereka.
Dalam keghairahan penyokong PAS/PAKATAN RAKYAT melakukan kerja murni ini dengan tertib dan menjaga adab,tidak kurang provokasi pihak lawan, samada berkenaan bendera, banner, bunting dan juga pasukan motor yang sengaja menganggu ceramah umum yang dilakukan.
Berita yang dibawa oleh petugas bahawa mak cik/pak cik diyakinkan bahawa sekiranya mereka mengundi PAS, DAP AKAN MENJADIKAN MALAYSIA sebagai negara Kristian. Tak kurang orang muda di taburkan dengan upah yang pelbagai: upah pasang bendera, pakai baju T shirt BN, UPAH MOTOR/kereta dll.
Macam macam input yang kita dengar. Ada seorang muda dibelasah di depan rumah kerana bertengkar dalam facebook sebab bendera di bakar.
Ada pula puteri BN yang buat 'show' sendiri di simpang 4 Sg Udang untuk tarik perhatian. 
Banyak juga dinner yang disponsor oleh pihak lawan bagi kaum bukan Melayu. Konsert di penghujung waktu kempen untuk menarik orang muda  pula diselitkan dengan mesej yang amat mengelirukan dan desperado: Kalau Dr Halimah menang nanti tak ada konsert....boring!

Tidak ada ceramah umum yang dianjurkan oleh UMNO/BN sendiri. Yang ada hanyalah anjuran ISMA/BERJASA.

Alhamdulillah takdir Allah setelah kerja keras dan doa ikhlas pejuang PAS....menang sekali lagi untuk kawasan DUN N45 SELAT KLANG.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi tahniah kepada semua pimpinan PAS DUN SELAT KLANG, beserta Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ahli PAKATAN RAKYAT SERTA PENGUNDI DUN SELAT KLANG kerana kemenangan ini adalah kemenangan bersama.
Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang air, bendera dll sepanjang kempen.
Saya doakan mudah mudahan Allah swt mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya dan membalas segala kebaikan itu semua.
Kita juga harus menghargai pembelajaran daripada taktik kotor pihak lawan, cerca, fitnah dan putar belit fakta untuk menguasai keadaan, mengelirukan pengundi khususnya pengundi saluran 1-2. Hedonisme yang sengaja dibiakkan oleh UMNO-BN selama ini amat berguna disaat UMNO kemaruk kuasa dan mahu menumpaskan Selangor dan di antara fokus utamanya ialah DUN SELAT KLANG.Terima kasih kerana mematangkan kami
Namun mereka merancang Allah juga merancang, Allahlah sebaik baik perancang.

Read More “Terima kasih semua”  »»

Antara Teori Dan Amalan Perjalanan Pilihanraya Malaysia

Undang-undang pilihanraya Malaysia menyatakan bahawa alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.



"Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena 
juga dibuktikan telah mengundi dua kali." Hanipa

 Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat

Oleh YB Mohamed Hanipa Maidin / harakahdaily



PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah. 

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR  seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.
Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!


* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

Read More “Antara Teori Dan Amalan Perjalanan Pilihanraya Malaysia”  »»

Berita Yang Tidak Disiarkan Oleh RTM, Utusan & Bernama

Dikutip dari wikipedia
PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik. MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. 
Waytamoorthy yang berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia satu ketika dulu dihadiahkan jawatan timbalan menteri. Perkasa, JATI dan **** telopong mulut setelah berkempen untuk BN.
  
Rasa tidak puas hati di kalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran. Pembahagian Menteri dan Timbalan di SINI

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”.

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.

“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya.

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas.

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India.

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.

Read More “Berita Yang Tidak Disiarkan Oleh RTM, Utusan & Bernama”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com