Pray For MH370

Pray For MH370

MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARA'



Hukum Mengundi

Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.

Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”

Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :

ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب


Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat[3] iaitu :

- Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang syaitan sebanyak 2 peringkat
- Jihad menentang golongan kafir sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang golongan zalim, bid’ah dan fasik sebanyak 3 peringkat

Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

“Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian ‘tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah’ dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman”[4]

Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu :




  • 1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik




  • 2- Waktu, masa, tenaga serta harta yang dibelanjakan bagi memenangkan pihak yang adil dan menarik masyarakat kepada perjuangan Islam dan menerima perundangan Islam merupakan jihad sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan Allah SWT membeli jiwa serta harta mereka dengan bayaran syurga




  • 3- Termasuk juga dalam konteks menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia menyeru masyarakat dalam memilih perjuangan Islam dan menolak pihak yang zalim. Pihak yang tidak melaksanakan Islam adalah pihak yang zalim




  • 4- Undi juga dikira sebagai salah satu konsep nasihat iaitu menasihati pemimpin. Ia termasuk dalam seruan Islam berkenaan agama sebagai konsep nasihat.


  • 5- Termasuk dalam kewajipan masa kini iaitu menentang kerajaan yang zalim. Mengalahkan pihak dengan undian sebagaimana mengalahkan pihak musuh di medan perang. Tuntutannya mengalahkan pihak kezaliman dan memenangkan Islam walau dalam bentuk yang berbeza.




  • Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :











  • 1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :











  • 2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”









  • 3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :






  • 4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”






  • 5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :

    “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”[5]


    Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara :

    - Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam
    - Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
    - Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah  5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali
    - Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya

    Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat

    Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat.

    Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut.

    Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :

    “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah.”

    Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah.

    Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada :

    Feqh Muwazanat : –

    1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama.
    2- Hasil kewajipan menunaikan Haji adalah kembali kepada individu yang melakukan Haji tersebut. Hasil kewajipan mengundi adalah kembali kepada umum iaitu pemerintah Islam yang diundi dan menang akan membawa maslahat umum dalam pemerintahannya.
    3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

    Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara[6] sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu

    - Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama)
    - Kadar menyeluruh samada umum atau individu. Haji (individu) dan mengundi (umum)
    - Kesan waktu mudharat samada pasti atau tidak. Haji (pasti berlaku mudharat tetapi tahun tersebut sahaja) dan mengundi (pasti berlaku mudharat tetapi untuk tempoh 5 tahun)

    Feqh Aulawiyat : -

    - Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib.
    - Haji tidak segera iaitu termasuk dalam konteks wajib muassa’ (luas), tempoh melaksanakannya sebelum luput kewajipan iaitu kematian atau sakit teruk. Mengundi termasuk dalam konteks wajib mudhaiyyaq (sempit), tempoh melaksanakannya ialah dalam waktu kewajipan tersebut ketika dalam pilihanraya.

    Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas.

    Kesimpulan

    Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa :

    1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama.

    2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum.

    3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa’) manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq).

    4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya.

    Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara :
    1- Pihak kerajaan (mana-mana negara terutama Negara-negara Islam), elakkan daripada berlakunya pertembungan tarikh antara pilihanraya dan ibadah Haji bagi meraikan syiar Islam iaitu Haji agar umat Islam dapat fokus untuk melaksanakan ibadah Haji sepenuhnya.

    2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini.

    3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi).

    4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.

    5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas).

    6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi).



    Wallahu a’lam….

    Disediakan oleh :
    Muhamad Zuhaili Saiman
    Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

    Rujukan :


    1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam
    2- Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar As-Sharouq
    3- Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dr Abdul Aziz Azzam, cetakan Dar Al-Hadis Al-Kaherah
    4- Dhawabit Al-Maslahat, Dr Muhamad Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr
    5- Nihayah As-Sul Syarh Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, cetakan Dar Ibnu Hazm
    6- Hasyiah Baijuri, cetakan Dar Al-Maktab Al-Islami

    SUMBER: HARAKAHDAILY
  • Read More “MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARA'”  »»

    APAKAH BAKAL MENIMPA PEMBELI SAHAM FELDA


    Harga saham FGVHB setelah diapongkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah,

    • Pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook.
    • Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.
    • Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.
    • Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan.
    • Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan.
    • Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.

    Analisis selanjut di SINI

    Read More “APAKAH BAKAL MENIMPA PEMBELI SAHAM FELDA”  »»

    Sekolah hangus, kerajaan Selangor hulur bantuan dalam masa 48jam

     KAJANG
    Kerajaan Selangor berempati dengan nasib sebuah sekolah yang seluruh tingkat atas sebuah bloknya dijilat api 2 hari yang lalu.
    Syukur tidak ada kemalangan jiwa kerana diantara pelajar yang mengikuti latihan intensif untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
    Menurut PIBG dan Pengerusi Lembaga SJKC Yu Hua ini, makmal multimedia serta perpustakaan yang memuatkan banyak bahan sejarah sekolah tersebut dan 50000naskhah buku juga semua hangus.

     EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor menyampaikan cek berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Lembaga sekolah berkenaan sebagai token untuk mengurangkan sedikit beban sekolah. Dalam kenyataan media beliau mengharapkan kementerian pelajaran boleh menyediakan bantuan dengan kadar segera dan jumlah yang lebih atas sifat sebagai kerajaan pusat!
    Sekolah ditutup selama 3 hari untuk keselamatan pelajar dan membolehkan siasatan bomba berjalan dengan lancar.

    Read More “Sekolah hangus, kerajaan Selangor hulur bantuan dalam masa 48jam”  »»

    PARANOID BN menyebab semua orang susah!

    Tarikh PRU tidak menentu, Najib menyusahka​n mahasiswa

    Idris Ahmad, 14 Jun 2012
    Tarikh PRU13 tidak menentu menyusahkan semua rakyat di negara ini daripada bakal haji,  ahli politik, peniaga dan mahasiswa.
    Ramai yang tidak jadi pergi mengerjakan umrah ketika cuti sekolah selama dua minggu, kerana takut pilihan raya.

    Ada seorang jiran saya di Taman Melewar hampir membatalkan kenduri kahwin anaknya pada 9 Jun 2012, kerana ura-ura tarikh pembuangan undi.

    Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Yong Poh Kon berkata akibat tarikh pilihan raya tidak menentu mereka berhadapan ketidaktentuan yang berpanjangan.

    Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam juga mengalami penderaan yang sama kerana pihak universiti menerima arahan daripada pihak atasan supaya jangan adakan pilihan raya kampus kerana takut kumpulan pro Umno BN kalah.

    Kerajaan faham bahawa keputusan pilihan raya kampus akan memberi kesan politik di luar.

    Sekarang mahasiswa menjadi mangsa, sepatutnya pilihan raya kampus diadakan pada bulan Februari sehingga kini belum nampak petanda akan diadakan.

    Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pilihan raya kampus ditangguhkan, sehingga sudah melewati waktu.

    Paling  malang ada di kalangan pimpinan MPP  yang akan menamatkan pengajian selepas peperiksaan sedang berjalan sekarang.

    Persoalannya siapa yang akan mengendalikan urusan Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini.

    Nampaknya Najib menyusahkan semua rakyat termasuk mahasiswa turut menjadi mangsa.

    Penangguhan pilihan raya kampus  menandakan Umno BN dilanda dengan mimpi ngeri bagi orang yang bersalah.

    Read More “PARANOID BN menyebab semua orang susah!”  »»

    PTPTN: mencabar kerajaan Selangor?

    Read More “PTPTN: mencabar kerajaan Selangor?”  »»

    Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS rasmi HARI ILMU daerah Kuala Langat

     BANTING
    KUALA LANGAT
    12.6.12

    Kerajaan Negeri Selangor teruskan usaha membudayakan ilmu. Hari Ilmu yang mula disytiharkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 26.6.10 dijadikan acara tahunan oleh kerajaan Selangor  supaya usaha murni kerajaan yang diperkenankan oleh DYMM Raja mengumpul momentum hingga benih cinta ilmu tersemai seluruh pelusuk negeri Selangor.
     

     Justeru, lembaga pengarah PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) bersetuju untuk membawa fenomena DUDUK MEMBACA beramai-ramai segenap lapisan masyarakat daripada pemimpin hingga orang awam, kakitangan kerajaan mahupun swasta ke 9 daerah seluruh Selangor.

    Pengerusi Ahli Lembaga PPAS, YB Dr Hjh Halimah Ali merasmikan program Hari Ilmu serta 15min reading break daerah Kuala Langat yang disertai oleh  pegawai kerajaan termasuk pegawai daerah, Ketua Kampung, ahli majlis serta guru dan pelajar daripada tadika hinggalah sekolah menengah.

    Anugerah Pengguna perpustakaan daerah juga disullami dengan persembahan pelajar berserita daripada SJKT dan berpuisi dewasa.

    Tema HARI ILMU tahun 2012 ialah BACA DAN AMALKAN.
    Seramai 1161 peserta bersama-sama dalam program 15min reading break ini.

    Read More “Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS rasmi HARI ILMU daerah Kuala Langat”  »»

    AMALNITA: Beramal kerana Allah. Jom bantu membantu ke arah kebaikan

    AMALNITA: Beramal untuk kebajikan wanita | iluvislam.com discover the beauty of islam

    Read More “AMALNITA: Beramal kerana Allah. Jom bantu membantu ke arah kebaikan”  »»

    TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT

    Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Laporan selanjutnya di SINI
    Laporan asal BERNAMA yang mengatakan demo BERSIH adalah  HARAM di sini .Di sini Keputusan MAJLIS SYURA ulama' PAS


    Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan

    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

    Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

    "Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

    Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

    Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

    "Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.

    Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

    "Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.

    "Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.

    Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

    Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.

    - Bernama

    Read More “TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT”  »»

    ADUN SELAT KLANG rasmi penutupan kursus haji di Masjid Muttaqin Sg Udang

     AHAD
    MASJID MUTTAQIIN
    KPG SG UDANG

    Setelah menjalani kursus sebanayak 17 siri, bakal-bakal haji di DUN Selat Klang diraikan oleh Lembaga Tabung Haji KLANG dalam program khas yang ditambah nilai dengan motivasi daripada tazkirah Ustaz Uda Kasim.

    ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali  turut serta meraikan bakal tetamu Allah ini.
    Beliau telah menyumbang 2 gazebo untuk kegunaan jemaah masjid khusunya bagi wanita yang uzur yang masih boleh mendengar majlis ilmu.
    Beliau berkongsi dengan para jemaah agar menggunakan peluang terbaik itu dengan mengeratkan hubungan dengan Allah dan mempastikan rezeki yang diguna untuk diri serta keluarga yang ditinggal adalah daripada sumber yang suci agar mudah mendekati Allah.

    Dimaklumkan oleh LUTH KLANG seramai 800 jemaah haji telah diluluskan daripada daerah Klang untuk tahun ini. Jumlah tahun lepas 2011 hanyalah 500orang.
    Semoga mendapat haji mabrur semuanya.

    Read More “ADUN SELAT KLANG rasmi penutupan kursus haji di Masjid Muttaqin Sg Udang”  »»

    BAHANA BACA UTUSAN MELOYA VISVA AKUI BUAT LAPORAN POLIS

    Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas

    Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

    Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah
    menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.

    Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

    "Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

    Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

    Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

    Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.

    Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.

    Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:

    Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

    Jawapan: Ya, setuju.

    Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

    Ya. Setuju.

    Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

    Ya, setuju.

    Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

    Betul.

    Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

    Ya, setuju.

    Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

    Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

    Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

    Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

    Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

    Saya tidak boleh jawab soalan itu.

    Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?

    Setuju.

    Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

    Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.

    Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

    Sumber: malaysiakini

    Read More “BAHANA BACA UTUSAN MELOYA VISVA AKUI BUAT LAPORAN POLIS”  »»

    PEMERINTAHAN NEGARA INI DITENTUKAN WARGA ASING

    Memang  jelas dan tidak dapat dinafikan bahawasanya Surunjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mempastikan BN  kekal berkuasa di bumi Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Memang sah SPR boleh ditakwilkan sebagai satu komponen BN atau sekadar budak suruhan BN.

    Saya masih ingat pada malam pengumuman keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan di TV3,Tan Sri Aseh Che Mat sentiasa berada di samping pemimpin BN. Kenapa beliau selaku seorang pegawai kerajaaan berada di ibu pejabat UMNO
    mengikuti perkembangan pengumuman keputusan pilihanraya.


    Nombor Mykad tak sepadan dengan tarikh lahir, SPR kata sah


    Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN. Ong sebelum ini menyiarkan nombor kad pengenalan dengan butiran berbeza itu.

    Semakan Malaysiakini dengan pengkalan data dalam talian SPR menunjukkan bahawa enam digit pertama oleh kesemua empat pengundi tersebut berbeza dengan tarikh lahir mereka. Sedangkan, nombor berkenaan sepatutnya sama dengan enam digit pertama mengikut format Mykad.

    Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik percanggahan itu kerana JPN bertangungjawab ke atas maklumat peribadi rakyat Malaysia.

     Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini menjelaskan bahawa hak seseorang pengundi tidak boleh ditolak atau dikeluarkan daripada daftar pemilih selagi butiran mereka berpadanan dengan rekod JPN.

    =========================================================================


    Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar

    Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

    Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

    Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

    Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.

    sumber: malaysiakini, tranungkite

    Read More “PEMERINTAHAN NEGARA INI DITENTUKAN WARGA ASING”  »»
     

    x

    Photobucket

    e


    Popular Posts

    Followers


    View My Stats

    pautan lain

    Ab

    zwani.com myspace graphic comments

    x

    Photobucket

    Recent Comment

    ISLAMICITY

    SEARCH THE TRUTH

    Search in the Quran
    Search:
    Download | Free Code
    www.SearchTruth.com