Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor lancar kempen anti zina siri ke 6

 11.2.12
UNISEL
KUALA SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor teruskan kempen kesedaran masyarakat terhadap bahaya zina dan bersama bangkit mengatasi masalah kronik yang melarut ke dalam masyarakat Islam dek kejahilan yang menyerang urat saraf umat Islam. Kempen anti zina siri ke 6 sempena Hari Kekasih yang lazim disambut dengan begitu ghairah oleh muda-muda termasuk yang beragama Islam.

Golongan muda lazimnya bertindak mengikut rentak dan suasana yang dicorak oleh kapitalis yang mahu mengaut keuntungan selain mereka yang beragenda mahu merosakkan remaja belia Islam. Mudah tertipu dengan bujuk rayu pemangsa yang menunggu peluang keemasan dalam suasana yang telah disetkan agar menjadi seolah-olah normal sekira-kiranya memadu kasih walau tiada tali ikatan pernikahan yang sah . Inilah diantara masalah besar umat Islam yang telah dibentuk melalui model pendidikan yang gagal memahamkan mereka erti kehidupan sebenar.
Remaja membesar dengan minda yang tidak boleh menggarap erti kehidupan, tidak boleh membezakan diri mereka sebagai manusia berbeza dengan haiwan yang hanya tunduk kepada hawa nafsu. Namun haiwan yang tunduk patuh kepada peraturan Allah swt sebagai pencipta. Tidak ada hubungan sejenis. Tidak ada haiwan yang melemparkan anak yang baru dilahirkan. Tidak ada binatang yang membungkus anak ke dalam surat khabar lama dan membuangnya ke dalam beg sampah. Tiada ada haiwan yang mencampak anak kandungnya ke dalam mangkuk tandas......di mana perginya sifat insan yang mulia?


Gara-gara manusia yang tiada kemudi, ia akan bertindak liar dan kejam. Akhlak rosak dan tidak kenal dosa pahala, halal dan haram. Kemudi manusia ialah rohani yang sihat. Rohani ini mampu menjadi sistem brek yang sangat berkesan apabila godaan eksternal/luaran meledakkan runtunan nafsu yang boleh mengheret golongan muda ke kancah dosa dan maksiat. Namun rohani ini hanya akan berfungsi sekiranya ia bertenaga dan sihat.
Justeru, pembangunan rohani adalah fundamental.
Anak-anak yang tidak dibangun modal rohaninya akan menjadi orang muda yang lengkap fizikal namun pertumbuhan fizikal ini sendiri boleh mengancam kesejahteraan dirinya kerana kurang kawalan kepada rangsangan  seksual.
 'Deraan' daripada media elektronik dan media cetak selain daripada bahaya input visual berupa mms dan facebook semakin menyebabkan muda-mudi semakin celaru.
Keretakan rumah tangga dan kebosanan belajar juga mendorong remaja-belia mendekati zina, dadah dan arak.
   Terlalu banyak lompang dalam sistem sosial di negara ini. Bahkan sistem pendidikan itu sendiri tidak mampu menghasilkan pelajar yang celik erti kehidupan. Ramai tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka inilah yang akan hanyut dalam budaya hedonisme. Hedonisme ini akan menggoyah imannya yang sudah sedia tipis dan menjerumuskannya ke dalam pasir jerlus zina, arak, judi dan dadah.
   Majlis pelancaran di sempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor. Intipati ucapan beliau, beliau menyeru semua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin setempat bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi secara sinergistik dan melibatkan pemimpin setempat seperti JKKK, Masjid, surau dan sekolah-sekolah.
Beliau juga mengumumkan bahawa jawatankuasa GeMS  perlu dikembangkan sehingga ke akar umbi untuk berkesan kerana akhirnya pengupayaan masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya positif dan dengan sendiri meolak zina. Jiran tetangga yang peka dan prihatin, ibubapa yang sedar dan berupaya membangunkan anaknya melalui MODEL PEMBANGUNAN INSAN S.P.I.E.S dan memantaunya akan berjaya mencegah anak mereka daripada lembah maksiat dan dosa.
 Seminar mengenai cinta, persembahan didik hibur oleh SHAM KAMIKAZE dan BOB LOKMAN, UNIC DAN DEVOTEES mengisi program untuk memberi alternatif hiburan kepada muda-mudi disamping menyelit bab nilai dan pandaun ringkas bagi remaja dan pesanan khas supaya tidak terjerat dengan cinta 'pakai buang' yang akhirnya memberi natijah anak luar nikah dan mengundang murka Allah.

Read More “EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor lancar kempen anti zina siri ke 6”  »»

ADUN SELAT KLANG serah tong sampah daripada MPK kepada JKKK


 Jumaat
10.2.12
Pejabat ADUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali menerima tong sampah yang berpalang untuk diletak ditempat yang strategik daripada Majlis Perbandaran Klang.
Ini adalah kesinambungan KEMPEN JOM BERSIH HOLISTIK DUN SELAT KLANG yang telah dijalankan pada Jun 2011 di mana  seluruh DUN Selat Klang terlibat. Tabiat membuang sampah merata-rata juga dikurangkan dan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga kebersihan juga mula dipertingkatkan. Namun tabiat lama masih juga liat untuk diubah. Kekurangan kepedulian sosial yang tinggi menyebabkan masih ada lagi yang melempar sampar sesuka hati dan tidak cermat daripada pembuangan sampah yang menyebabkan ianya dihurungi lalat, menjadi tempat santapan tikus dan anjing serta kucing.

Yb Dr Hjh Halimah Ali mengucap terima kasih kepada Pemangku YDP Majlis Perbandaran Klang, Hj Ekhsan Mukri, Wan Soffian, dan pegawai-pegawai MPK, ahli MPK, Hjh Jamaluddin Elias, Ketua Kampung Kpg Delek, Sg Udang dan Telok Gadong serta Ketua Komuniti India, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Perantau yang turut serta dalam program sederhana.

 Pimpinan masyarakat semua kaum juga juga turut serta memeriahkan majlis.

Read More “ADUN SELAT KLANG serah tong sampah daripada MPK kepada JKKK”  »»

Fatabayyanu: selidik setiap berita rujuk surah Hujurat ayat 6

Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran
YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Bapa parasit
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Turun padang tanpa bayaran
Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Read More “Fatabayyanu: selidik setiap berita rujuk surah Hujurat ayat 6”  »»

PM must be learnable and teachable: PAS proposes a caring benevolent society not a welfare state UMNO style

Guan Eng: ‘Crony capitalism’, not welfare state, will bankrupt Malaysia

February 07, 2012
Lim today coined the 10-year period in which RM1,077 billion of illicit capital left Malaysia as “a lost decade of corruption”. — file pic
KUALA LUMPUR, Feb 7 — Lim Guan Eng today countered Datuk Seri Najib Razak’s criticism of Pakatan Rakyat’s (PR) welfare state concept by telling the prime minister that it is the Barisan Nasional (BN) government’s practice of “corruption and crony capitalism” that will bankrupt Malaysia. In his Thaipusam message here today, the Penang chief minister insisted that the implementation of a welfare state was meant to empower the poor and the weak, instead of fattening the pockets of rich cronies.
“There is no reason for Najib to be opposed to a welfare state which will make nearly all Malaysians winners, especially the poor, unless he is concerned about the few capitalistic cronies who will be the real losers,” Lim said.
The DAP secretary-general appeared to be responding to Najib’s attack on the welfare state concept during a function yesterday when the prime minister claimed it would only lead to “very serious economic problems”.
Najib, in pitting his administration against PR’s “welfare state”, boasted that it is the former that strives to provide a social safety net for Malaysians, to ensure wealth is fairly distributed.
“We are not a welfare state. All countries that practise a welfare state end up facing very serious economic problems,” Najib said, in an apparent reference to PAS’s “Negara Berkebajikan” concept.
“But we practise a social safety net and give priority to welfare. Then we can create a fair and just society that is balanced in sharing wealth,” the BN chief added in his 15-minute speech during the function.
Disputing Najib’s claim, Lim today pointed to the staggering flight of illicit monies from public coffers under the present BN administration’s system.
Najib said yesterday that the implementation of a welfare state would lead to “very serious economic problems”. — Picture by Choo Choy May
He highlighted the latest Global Financial Integrity Report on Malaysia, where it was revealed that a whopping RM1,077 billion of illicit capital had left Malaysia from 2000-2009. Lim coined the 10-year period “a lost decade of corruption”, adding that it was no wonder why Malaysia’s ranking in Transparency International’s Corruption Perception Index had plummeted recently to its worst-ever spot in history at No.60.
The Bagan MP, who is currently serving his first term as Penang chief minister, also castigated the BN administration for refusing to follow in his government’s footsteps by implementing an open tender system for the awarding of contracts as well as compelling all Cabinet ministers to declare their assets in public.
“The refusal of the BN federal government to follow the Penang state government’s historical initiative of publicly disclosing the assets of the chief minister and EXCOS, does not lend confidence to BN’s commitment to integrity in leadership and public accountability.
“BN has also failed to implement an open tender system resulting in crony capitalism,” he said.
As examples, Lim cited reports on plans to build the RM7.07 billion West Coast highway for the longest concession period of 60 years and the government’s refusal to abolish toll charges for the North-South Expressway and Penang Bridge.
“Rising inflation has made life more difficult for Malaysians and their children.
“These social programmes (under the welfare state) may cost billions of ringgit but not to the magnitude of the RM1,077 billion of illicit money taken out of the country,” he said.

Read More “PM must be learnable and teachable: PAS proposes a caring benevolent society not a welfare state UMNO style”  »»

EXCO Pendidikan rasmi SPIES remaja surau dan perarakan sempena maulidur Rasul


 6.2.12
Kpg Delek, KLANG


Surau Hj Abbas ambil langkah proaktif dan kreatif. Untuk memulakan program Alumni SPIES Remaja anjuran mereka sebagai langkah lanjutan kepada program SPIES ASAS Remaja pada Disember lepas, mereka bekerjasama dengan Masjid Nurul Amin dan surau-surau lain dibawah kariah masjid Nurul Amin dan JKKK Kpg Delek sendiri menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur rasul 1433H.

Justeru program alumni SPIES bermula dengan sarapan pagi, sedikit taklimat perarakan dan kemudian permulaan perarakan daripada surau Hj Abbas ke PASTI IKHWAN dan pusing balik ke surau Hj Abbas.

Alhamdulillah, perarakan disertai oleh semua peserta alumni SPIES lelaki dan perempuan serta kumpulan HELWA DUN Selat Klang, surau dan masjid serta orang ramai.

Anak-anak muda yang bersalawat kepada Nabi saw sepanjang jalan dididik untuk membasahkan bibir dengan salawat kepada Nabi saw.

Perasmian disempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan modal insan Kerajaan Selangor yang juga merupakan pengasas SPIES, Model pembangunan insan Selangor. Beliua juga merupakan ADUN Selat Klang yang juga mengasaskan gagasan Mini Serambi Mekah di Kampung Delek.

Turu berarak bersama Tuan Nazir masjid Nurul Amin, Ketua Kampung Kpg Delek, PA ADUN Selat Klang merangkap Nazir Masjid Al Muttaqin Sg Udang, pemimpin masyarakat setempat serta Pengerusi dan AJK Surau Hj Abbas.
 Perarakan ini bersifat fizikal. Idea berarak daripada surau dan kembali kepada surau adalah simbolik kepada peserta alumni SPIES yang menekankan pembangunan spiritual yang menjadi 'core business' surau dan masjid. Anak-anak perlu dilatih secara praktikal. Perarakan beradab yang diketuai oleh pemimpin masyarakat akan dilihat oleh golongan muda sebagai sokongan moral kepada mereka yang mahu menjadi anak yang baik. Untuk melahirkan ahli masyarakat yang baik, pemimpin masyarakat setempat mesti proaktif dalam membentuk dan mencorak remaja yang bak 'kain putih'. Corak yang kemas dan cantik sudah tentu akan menghasilkan remaja belia yang indah budi pekerti dan mampu menjelmakan Islam dalam dirinya.
 Pemimpin masjid dan surau perlu mewujudkan iklim Rabbani untuk mendorong pertumbuhan dan perkembangan insan kamil.
Program susulan yang memperatkan silaturrahim, mempamerkan kasih sayang daripada golongan orang tua   dan pemimpin kepada golongan pelapis ini diharapkan akan menyuntik vitamin semangat mahu menjadi individu.Masyarakat hanya boleh jadi cemerlang sekiranya segala langkah-langkah kritikal untuk menjayakannya diambil.
 Di antaranya ialah program sesuai yang dirancang rapi menurut dengan relevan dan ukuran tahap kelompok insan yang mahu dibentuk ini.




Read More “EXCO Pendidikan rasmi SPIES remaja surau dan perarakan sempena maulidur Rasul”  »»

PINJAMAN PELAJARAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR dibuka 6.2.12


Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2012 Akan Dibuka Pada 6 Februari hingga 29 Februari 2012 baru
Permohonan Online melalui http://tkwbns.selangor.gov.my
Maklumat lanjut

Read More “PINJAMAN PELAJARAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR dibuka 6.2.12”  »»

SALAHUDDIN AYUB next JOHOR MB? Why not!

Johor Pakatan courts Salahuddin as MB candidate

February 06, 2012
KUALA LUMPUR, Feb 6 — Johor Pakatan Rakyat (PR) leaders have held “serious discussions” with Salahuddin Ayub for the PAS vice-president to stand in his home state to address the lack of a strong Malay leader as a possible mentri besar candidate.
The opposition in Johor expects to make huge gains in the next general election on the back of increased Chinese support but the lack of a viable potential MB has already resulted in attacks from Umno that a PR administration would be a “Chinese government.”


Salahuddin said he is ‘ready to migrate’ if asked by the party. — File pic
The Malaysian Insider understands that the Pontian-born Salahuddin has held several closed-door meetings with top Johor PR leaders. A source said the meetings involved “serious discussions” and there is a high possibility that the Kuban Kerian MP will contest in Johor.
“Salahuddin is weighing the matter seriously. We in Johor Pakatan are ready to receive him.
“The seats for him to contest have already been identified. He may contest in both federal and state seats but our priority is for him to stand as an assemblyman,” he said.
It is understood that Sembrong, a federal seat near Kluang with about 40 per cent Chinese voters, has been touted as a potential landing point for Salahuddin.
Rumours have circulated that incumbent Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein may move to Kota Tinggi, a safer seat that will likely be vacated by Tan Sri Syed Hamid Albar, who was dropped from the Cabinet by Datuk Seri Najib Razak when the prime minister took power in 2009.
Johor DAP chief Dr Boo Cheng Hau also confirmed that he has invited the former PAS Youth chief to return to the state.
“I have invited Salahuddin to contest here because we need a national-level leader here,” he told The Malaysian Insider.
When contacted, Salahuddin refused to confirm if he will contest in Johor but said he is “ready to migrate” if asked by the party.
“I have been with the party for 30 years and contested in Johor but lost. There is no obstacle for me as I am a Johorean and built my career there,” he told The Malaysian Insider.
He said that he has been asked by party members to return to Johor over the past few years.
Salahuddin has been MP for Kubang Kerian in Kelantan for two terms and PAS conventionally allows leaders from other states to contest in its northern stronghold for two elections.

Ghani has going round the state to woo people especially in constituencies with at least 40 per cent Chinese voters.
The wave of anger that swept through the rest of the Malaysian peninsula in Election 2008 missed the Umno birthplace and bastion where PR won just one federal and six state seats out of 26 and 56 on offer respectively. But Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman has been pounding the pavement since late October especially in constituencies with at least 40 per cent Chinese voters in anticipation of a swing towards PR.
“He’s been on the ground in all these seats the opposition thinks it can win,” a top official in Ghani’s administration told The Malaysian Insider.
Opposition leaders in the state estimate that they won 55 per cent of Chinese votes in the last election but a study by reformist think-tank Zentrum Future Studies said support from the community has surged to close to 90 per cent.
“We are seeing what can be called a silent Tionghua revolution,” he told The Malaysian Insider, saying that Chinese approval of PR in Johor rose to 68 per cent after the last election and climbed further to 79 per cent in 2010.
PKR held its national congress in Johor at the end of November, claiming it was ready to take over the state.
Analysts say that such a swing in the BN stronghold would practically mean enough gains nationwide for PR to add the 30 federal seats it needs to seize Putrajaya as well.
But the pact’s members have warned against trumpeting their chances in Johor as it would result in attacks from Umno of being a “Chinese government.”
PKR has refused to answer the question regarding its MB candidate but a local division chief told The Malaysian Insider “we have no one since Abdul Razak Ahmad,” referring to the late state chief.

Read More “SALAHUDDIN AYUB next JOHOR MB? Why not!”  »»

EXCO Pendidikan rasmi sambutan MAULIDUR RASUL PERINGKAT KLANG

 5.2.12
12 Rabiul Awal 1433H
Pulau Indah Klang

Pejabat Agama Islam Daerah Klang menganjurkan program sambutan maulidurrasul di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah. Beberapa program diatur teramsuk perarakan yang melibatkan masjid dan surau serta sekolah di seluruh Klang.
Perasmian disempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor.
 YB Dr Halimah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor dan Pengasas SPIES menekankan dalam ucapan beliau agar masjid surau memainkan peranan memahamkan ahli kariah mereka tentang konsep sebenar kerasulan Nabi dan kaitannya dengan diri manusia itu sendiri.
    Saban tahun menyambut maulidur rasul tetapi apa yang perlu direnung dan dianalisa ialah tahap manakah masyarakat atau ahli karaiah masjid/surau tahu dan FAHAM tentang hakikat sebenar insan terpilih yakni Nabi Muhammad s.a.w. Beliau memetik ayat 21 surah al Ahzab sebagai dalil kenapa kita perlu mengambil hanya Nabi saw sebagai contoh teladan, rujukan best practice. Sekiranya anak-anak remaja belia mengambil Nabi s.a.w sebagai contoh sudah tentu mereka tidak akan terjebak dalam kancah maksiat dan kemungkaran




Read More “EXCO Pendidikan rasmi sambutan MAULIDUR RASUL PERINGKAT KLANG”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com