Pray For MH370

Pray For MH370

ADUAN RASUAH YANG DIPANDANG SEPI


ADUAN RASUAH MEMBABITKAN mantan MENTERI BESAR SELANGOR a.k.a KETUA PEMBANGKANG SELANGOR

AHMAD LUTFI B. OTHMAN
24, Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/fax: 03-40243531
019-3722079
Emel: lutfi_detik@hotmail.com
Tarikh: 23 Oktober 2001
6 Syaaban 1422

Yang berbahagia
Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah
Ibu Pejabat BPR Malaysia
Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62502 Putrajaya

ADUAN RASUAH MEMBABITKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang dihantar kepada saya, dan juga carian saya secara lebih lanjut lagi, juga berasaskan maklumat berkenaan, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu disiasat kerana dibimbangi beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa diberi amanah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.

Kebimbangan saya itu berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

A. PROJEK CADANGAN PEMBINAAN JALAN CROSS BAN 4, SUNGAI PANJANG (B44)

Lokasi: Dari Taliair 4, Sekinchan hingga Parit 4, Sg Hj Dorani (Sebelah Ban JPS sediada)
Panjang: 20.5 kilometer
Kos Kontrak: RM92.5 juta
Tempoh Siap: 36 Bulan
Kontraktor: Meram Holding Sdn Bhd
A-205, No. 11, Jalan Sepadu,
United Garden, 58200 Kuala Lumpur.
Jurukur/Rekabentuk: Jalal Johari Consultants,
9127C, Lorong Perak,
Taman Melewati, 53100 Kuala Lumpur.


ISU PERTAMA:

Mengapa Menteri Besar Selangor, melalui Jabatan Kerja Raya Selangor, menganugerahkan projek ini kepada Meram Holding, sebuah kontraktor bermasalah, yang mana tiga projek terakhirnya tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan, dan akhirnya terpaksa projek-projek itu diletakkan di bawah kontraktor penyelamat? Untuk perhatian, surat setujuterima tender ditandatangani oleh Menteri Besar sendiri.

Berikut adalah butiran terperinci projek-projek yang gagal disiapkan oleh Meram Holding:

Projek Pertama:
Kos Kontrak: RM6,432,233.80
Tarikh Kontrak: 8/12/99 – 27/02/01
Lanjutan Masa 1: 28/02/01 – 19/07/01
Lanjutan Masa 2: 19/07/01 – 30-08/01
LAD dari 31/8/01 sebanyak RM1,595.00/hari
Status Terkini: Projek dijangka siap sebulan lagi

Projek Kedua: Cadangan membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3, di Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan
Kos Kontrak: RM7,455,190.85
Tarikh Kontrak: 22/07/99 – 11/10/00
Lanjutan Masa 1: 12/10/00 – 16/01/01
Lanjutan Masa 2: 16/01/01 – 31/07/01
Status Terkini: Telah siap dan diserahkan kepada JKR

Kedua-dua projek di atas terpaksa diletakkan di bawah sebuah kontraktor penyelamat, Kayangan Emas, bagi menyiapkan kerja

Projek Ketiga: Sekolah Menengah Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Kelang, Selangor.
Notis tamat kerja diberi pada 22/6/01
Ketika itu, projek hanya siap 43% sedangkan sepatutnya sudah siap 100%

Mengapa Menteri Besar, yang tentunya dibekalkan dengan maklumat terkini dengan situasi semasa Meram Holding, boleh memilih kontraktor itu untuk mengendalikan sebuah projek bernilai tinggi, iaitu hampir RM100 juta? Harus ingat, ini adalah projek rundingan terus, bukannya tender terbuka. Dan berdasarkan temubual dengan beberapa sub-kontraktor yang pernah berurusan dengan Meram, syarikat tersebut sememangnya bermasalah besar dari segi kewangan.

Difahamkan surat setujuterima tender dikeluarkan pada bulan Mei 2001, dan di waktu itu sememangnya Meram sudahpun mencatatkan rekod kerja yang negatif. Berdasarkan papan tanda projek, tarikh mula Meram sepatutnya menjalankan kerja ialah 28 Mei 2001 dan tarikh siap ialah 27 Mei 2004. Perhatikan bahawa projek klinik sepatutnya disiapkan Meram pada 27 Februari 2001 dan satu lagi pada 11 Oktober 2000.

ISU KEDUA:

Mengapa nilai projek ini begitu tinggi sekali, yakni lebih kurang RM4.5 juta untuk hanya satu kilometer? Dan perlukah projek jalan raya merentasi kawasan sawah ini dibuat walaupun membabitkan kos yang cukup tinggi? Perlu juga disiasat apakah pembinaan ini didahului oleh kajian trafik mengenai perlu atau tidak, dibelanjakan wang rakyat yang begitu besar sedangkan manfaatnya kepada pengguna tidaklah sebanyak mana. Lagipun, mengapa tidak hanya dinaiktarafkan jalan PLB yang sedia ada, bersebelahan dengan sungai, yakni bukannya dibina sebuah jalan yang baru, yang terpaksa merentasi sawah.

BPR perlu mendapat taksiran sebenar JKR tentang kos projek ini kerana saya difahamkan bahawa anggaran JKR tidakpun sampai separuh daripada kos yang diperuntukkan, apatah lagi jika bukannya jalan baru dibina tetapi hanya dengan menaiktarafkan jalan PLB sedia ada.

Sehubungan itu, perlu juga disiasat taksiran oleh JKR terhadap pakej kedua jalan B44, iaitu projek membina dan menyiapkan jalan dari Sekinchan ke Ulu Bernam, yang lokasinya dari Parit 4 Sg Hj Dorani melalui gambut Parit 5- Parit 13 hingga Kg Sungai Panjang. Nilai kontrak ini, juga melalui rundingan terus, ialah RM32.5 juta, sepanjang 9.3 kilometer.

Projek ini yang bersambung dengan projek pertama yang dianugerahkan kepada Meram Holding, juga bernilai tinggi, iaitu RM3.495 juta untuk satu kilometer. Kontraktornya ialah Radzah Engineering Sdn Bhd, 97A-2, Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Mohon disiasat taksiran JKR terhadap projek kedua ini.

Hasil siasatan saya menunjukkan Meram Holding sebenarnya langsung tidak menjalankan kerja, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Cabaran Wangsa Sdn Bhd. Saya mohon disiasat latarbelakang dua pengarah Cabaran Wangsa, iaitu Ahmad Termizi Tajjeury dan Pua Kim An, kerana disyakki pemilihan Cabaran Wangsa sebagai sub-kontraktor juga berunsurkan rasuah. Banyak khabar angin yang disebarkan mengenai hal ini.

B. BAGAIMANA MESYUARAT EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIPENGERUSIKAN MB SELANGOR BOLEH MELULUSKAN PERMOHONAN TANAH DI BUKIT CHERAKAH, SHAH ALAM KEPADA EMPAT SYARIKAT BERBEZA TAPI MEMPUNYAI SEORANG PENGARAH YANG SAMA?

Tarikh mesyuarat Exco: 20 Disember 2000
Lokasi tanah: Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor
Empat dari enam pemohon yang berjaya:
1. Layar Kekal (M) Sdn Bhd,
2. Tirai Gemilang Sdn Bhd,
3. Usahasewa Sdn Bhd,
4. Samasys Sdn Bhd
Keluasan: Setiap syarikat mendapat 100 ekar tanah
Hasil carian kami menunjukkan pengarah-pengarah bagi syarikat berkenaan:
1. Layar Kekal: Bahari Mohd Atan, Rahmat Jamhari, Samsuri Rahmat
2. Tirai Gemilang: Samsuri Rahmat, Amran Abu Bakar
3. Samasys: Bahari Mohd Atan, Rahmat Jamhari, Samsuri Rahmat
4. Usahasewa: Samsuri Rahmat, Amran Abu Bakar

Perhatikan bahawa SAMSURI RAHMAT menjadi pengarah kepada semua empat syarikat berkenaan, sementara Bahari Mohd Atan, Rahmat Jamhari dan Amran Abu Bakar menjadi pengarah kepada dua syarikat.

Keempat-empat syarikat itu mempunyai alamat daftar dan alamat perniagaan yang sama: No 8, Tingkat 1, Jalan PS ½, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen 1, Shah Alam, 40150 Selangor.

ISU:

Tanah di Selangor, khususnya di kawasan berdekatan Shah Alam mempunyai nilai yang cukup tinggi. Dikatakan, jika seseorang itu mendapat 10 ekar tanah di kawasan berkenaan, dan kemudian dibangunkan, keuntungan yang diperolehi pemiliknya boleh mencecah RM1 juta bagi seekar. Dan jika dijual terus, tanpa dibangunkan, seseorang boleh mendapat keuntungan hampir RM200,000 bagi satu ekar.

Walaupun keuntungan dari memperolehi tanah di Selangor cukup lumayan, namun prosedur meluluskan permohonan tanah itu sepenuhnya ditentukan oleh Menteri Besarnya. Seseorang itu tidak memerlukan apa-apa kriteria pun sebelum permohonannya diluluskan oleh Menteri Besar. Jadi, segala-galanya terpulang kepada Menteri Besar untuk meluluskan tanah kepada sesiapa saja yang dikehendakinya. Prosedur ini sepatutnya dimansuhkan terus kerana ia menyebabkan seseorang MB terlalu mudah untuk terjebak mengamalkan rasuah.

Alangkah baiknya jika proses permohonan tanah dilakukan secara terbuka, agar tawaran harga tertinggi dan beberapa faktor lain dapat diambil kira oleh mesyuarat Exco (Menteri Besar). Dengan itu kerajaan negeri dapat menambahkan pendapatannya.

Dalam waktu ramai rakyat Selangor kelaparan tanah, tiba-tiba dengan begitu mudah Menteri Besarnya meluluskan tanah, dalam keluasan yang cukup besar, kepada beberapa kerat pemohon, misalnya dalam kes ini, Samsuri Rahmat dan rakan-rakannya. Soalnya, atas kriteria apa Samsuri dipilih mendapat 400 ekar tanah bersama tiga rakannya, sehingga beliau nampaknya begitu istimewa sekali mendapat durian runtuh yang cukup lumayan itu?

Saya syak, Samsuri adalah penama bagi pihak lain yang berkepentingan, dan dikhuatiri Menteri Besar atau mereka yang rapat dengan MB terbabit dalam rasuah. Saya mohon agar BPR menjalankan siasatan rapi bagaimana tanah yang begitu luas, di kawasan yang cukup strategik, boleh diluluskan kepada pemohon yang dinyatakan di atas. BPR juga perlu mengetahui bagaimana banyaknya syarikat lain yang juga memohon tanah yang sama.

C. BAGAIMANA EMPAT PEMOHON BERUMUR AWAL 20-AN BERJAYA MENDAPATKAN TANAH 50 EKAR SETIAP SATU?

Tarikh mesyuarat Exco: 4 Julai 2001
Lokasi tanah: Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Antara syarikat yang berjaya:
1. Kualiti Anggun Sdn Bhd (Pengarah: Sa’imah bt Husaini, Ahmad Azmir Yusoff)
2. Awal Sentosa Sdn Bhd (Pengarah: Saharrudin Sulaiman, Noor Ashikin bt Mohd)
3. Semaian Bintang Sdn Bhd (Pengarah: Rafie’e Kamal, Mardhiah bt Mohamad)
4. Nadi Jitu Sdn Bhd (Pengarah: Rohayati Kassim, Azril Yusri Md Yusup)
Keluasan tanah: Lebih kurang 50 ekar setiap syarikat


ISU PERTAMA:

Hasil carian di Pendaftar Syarikat menunjukkan empat orang pengarah, seorang bagi setiap syarikat, berusia begitu muda, pada tarikh permohonan mereka diluluskan:
1. Tarikh lahir Ahmad Azmir Mohamed Yusoff: 22 April 1981 (20 tahun)
2. Tarikh lahir Noor Ashikin bt Mohamad: 20 Disember 1978 (22 tahun)
3. Tarikh lahir Mardhiah bt Mohammad: 13 Mac 1981 (20 tahun)
4. Tarikh lahir Azril Yusri Md Yusup: 19 Disember 1980 (20 tahun)

Untuk mencari tanah yang kosong, kemudiannya membuat permohonan melalui proses yang ditentukan, bukanlah satu kerja yang mudah. Sukar diterima akal bagaimana pemohon dalam usia itu boleh melakukannya, dan lebih sukar untuk diterima akal, bagaimana seorang Menteri Besar boleh meluluskan permohonan daripada mereka yang berusia sebegitu muda, yang jika mereka masih belajar, belum pun tamat dari pengajian di universiti.

Cuba bandingkan, untuk memohon rumah kos rendah sekalipun memerlukan pelbagai syarat ketat. Di samping mempunyai pendapatan di bawah paras tertentu, seseorang itu perlu berkahwin dan mempunyai anak. Ini supaya hanya yang berhak saja mendapatnya. Namun yang peliknya, bagaimana untuk permohonan tanah, yang sememangnya mempunyai nilai jutaan ringgit begitu mudah diluluskan kepada anak-anak muda ini. Dari satu segi, mampukah mereka ini membayar premium tanah yang ditentukan, apatah lagi untuk menukar status tanah nanti?

Selain itu, ada beberapa fakta menarik untuk dikaji:
Ahmad Azmir Mohd Yusoff, Noor Ashikin Mohammad dan Mardhiah Mohamad dilantik sebagai pengarah pada hari yang sama, iaitu 28 Mei 2001, dan tidak sampai pun 50 hari selepas itu, iaitu pada 4 Julai 2001, mereka bertiga mendapat tanah seluas 50 ekar di Kuala Langat.

Manakala Azril Yusri Yusup dilantik pengarah pada 15 Feb 2001. Dan keempat-empat syarikat mereka, iaitu Nadi Jitu, Kualiti Anggun, Semaian Bintang dan Awal Sentosa mempunyai alamat daftar yang sama, di No 20-M, Lorong Gopeng, Klang, Selangor. Apakah ini menunjukkan ada orang tertentu yang dekat dengan MB yang mendalangi semua syarikat-syarikat berkenaan?

ISU KEDUA:

Sudahlah pemohon yang berjaya ini muda-muda belaka, carian saya menunjukkan sebahagian mereka mendiami rumah yang keadaan fizikalnya mendatangkan syak bahawa mereka sebenarnya hanya menjadi penama untuk orang tertentu dan bukannya pemilik sebenar, malah mungkin ada yang langsung tidak tahu menahu tentangnya. BPR boleh menemuduga mereka untuk mendapat penjelasan lanjut:

1. Alamat Noor Ashikin Mohamad ialah Lot 486-M1, Jalan Kerdas 2, Kg Kerdas, Gombak, 53300 Kuala Lumpur. (rumah kampung terpencil)
2. Alamat Mardhiah bt Mohamad ialah 54-09-03, Blok 54, Jalan Ikan Ayu, Bt 3 ½, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. (menyewa flat Dewan Bandaraya)

Bagi pemohon bernama Azril Yusri Md Yusup, alamatnya di No 10, Jalan Padang Tembak, 43000 Kajang. Siasatan saya menunjukkan rumah ini adalah rumah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan Azril Yusri dikatakan anak kepada seorang Pegawai Daerah di negeri Selangor. Ada pihak mendakwa, tanah diberikan kepada anak DO ini bagi melicinkan lagi urusan permohonan tanah di Kuala Langat itu.

Saya juga dimaklumkan tentang keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pada 20 November 2000, yang meluluskan tanah sebanyak 750 ekar di Shah Alam, yang mana 50 ekar daripadanya diluluskan kepada Tuluskasa Corporation (M) Sdn Bhd. Yang menariknya, seorang dari pengarah syarikat ini, Rokmaa bt Haji Mat (27 tahun, beralamat 12-2A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur – rumah kedai), ketika ditanya melalui telefon menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu tentang tanah berkenaan.

Saya bimbang, seperti juga kes-kes membabitkan pemohon yang muda tadi, mereka sebenarnya mungkin langsung tidak tahu bahawa mereka telah mendapat tanah, dengan keluasan tertentu, dan bernilai tinggi. Amalan menggunakan nama orang lain oleh pihak yang rapat dengan MB untuk memohon tanah sememangnya lumrah, bagi mengelak dari dijejaki BPR atau pihak berkuasa. BPR perlu mengambil berat isu-isu seumpama ini.

Seperti yang saya cadangkan di atas, latar belakang pengarah Cabaran Wangsa, Ahmad Termizi Tajjeury juga harus disiasat kerana dibimbangi beliau juga hanya menjadi penama bagi pihak lain. Saya telah meninjau keadaan rumahnya di No 10, Jalan Sri Cheras 10, Taman Sri Cheras, Bt 9 Cheras. Ia hanya sebnuah rumah lama teres setingkat.

Sedangkan carian saya menunjukkan bahawa Ahmad Termizi ini juga berjaya mendapat tanah seluas 50 ekar di Shah Alam (pada 20 November 2000) melalui Tuluskasa Corp dan 50 ekar lagi di Kuala Langat. (pada 4 Julai 2001), selain menjadi pengarah utama sub-kontraktor yang menjalankan projek bernilai RM92.5 juta di Sekinchan.

D. BAGAIMANA PEMOHON YANG SAMA BOLEH BERJAYA MENDAPAT TANAH LEBIH DARI SEKALI?

Maklumat yang dibekalkan kepada saya, hanya berdasarkan kepada tiga kali mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Itu pun secara rawak. Dibimbangi kes-kes yang sama juga mungkin berlaku dalam keputusan Menteri Besar terhadap permohonan tanah, dalam mesyuarat Exco yang lain. Bayangkan, Dr Khir Toyo sudahpun hampir 14 bulan menjadi Menteri Besar, jadi entah berapa banyak tanah yang telahpun diluluskannya, dan siapa pula yang berjaya?

Cuba perhatikan maklumat berikut:
Mesyuarat Exco pada 20 November 2000
1. Lulus 50 ekar tanah kepada Fadhilat Permai Sdn Bhd di Shah Alam. Pengarah: Ali Nordin, Suzaliwani bt Mustapin
2. Lulus 50 ekar tanah kepada Teroka Bakti Sdn Bhd di Shah Alam Pengarah: A. Rahman Mokhtar, Azizan Mohamad
3. Lulus 50 ekar tanah kepada Tuluskasa Corp Sdn Bhd di Shah Alam Pengarah: Ahmad Termizi Tajjeury, Rokmaa Hj Mat

Mesyuarat Exco pada 4 Julai 2001
1. Lulus 50 ekar tanah kepada Global Bakti Sdn Bhd di Kuala Langat Pengarah: Suzaliwani Mustapin, A Rahman Mokhtar
2. Lulus 50 ekar tanah kepada Chekal Sejajar di Kuala Langat Pengarah: Ahmad Termizi Tajjeury, Ali Nordin

Perhatikan beberapa nama berulang dua kali, seperti Ahmad Termizi Tajjeury, A Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustapin, Ali Nordin.

Kelulusan tanah lebih merupakan satu anugerah kerajaan negeri kepada seseorang. Ia tentunya merujuk kepada jasa pemohon kepada kerajaan atau kemampuan seseorang untuk membangunkan tanah itu. Berdasarkan bayaran premium yang rendah dan keuntungan lumayan yang menunggu, maka boleh dirumuskan bahawa kelulusan sesuatu bidang tanah lebih ditentukan oleh hubungan seseorang itu dengan Menteri Besar atau pihak lain yang rapat dengan MB.

E. ISU-ISU LAIN YANG HEBOH DIPERKATAKAN TENTANG MENTERI BESAR SELANGOR

1. Membayar baki pinjaman perumahannya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang, dalam masa lebih kurang 15 hari, daripada pertengahan Mac 2001 hingga akhir Mac 2001. Perhatikan jumlah wang tunai yang dibayar dengan gaji Menteri Besar yang mula memegang jawatan itu pada pertengahan Ogos 2000.

2. Memberikan pinjaman peribadi sebanyak RM6 juta kepada Sultan Selangor tanpa melalui prosedur yang ditentukan, dan bayaran dibuat dalam masa 24 jam, manakala bayaran pemati stem pun dibayar kerajaan negeri.

3. Menswastakan kutipan sewa rumah bagi pihak kerajaan negeri kepada sebuah syarikat, Noble Nexus, yang ada kaitan dengan seorang pemimpin Umno Tanjong Karang. Menerusi penswastaan ini, semua urusan masih dikendalikan kerajaan negeri, syarikat hanya berperanan menghantar surat peringatan atau memulakan tindakan undang-undang kepada penyewa yang engkar. Upahnya, syarikat mendapat 30% daripada kutipan, dan sewa tertunggak hingga kini lebihkurang RM380 juta. BPR boleh menemui pegawai yang menentang cadangan penswastaan ini, yang khabarnya telahpun dipindahkan dari Shah Alam. Syarikat ini juga membekalkan semua peralatan yang diperlukan Jabatan Bekalan Air Selangor.

4. Projek pembinaan Universiti Selangor yang diusahakan oleh Talam Corp juga hangat diperkatakan. Talam dikatakan membina Unisel untuk Kerajaan Selangor dengan belanja RM600 juta. Kerajaan negeri tidak perlu membayar apa-apa kepada Talam, tetapi Talam diberikan sejumlah tanah yang begitu luas sebagai imbalannya. Ada berkata keluasan tanah itu melebihi 1,300 ekar dan nilainya jauh berlipat kali ganda daripada RM600 juta. Dr Khir juga dikatakan menerima imbuhan lumayan daripada Talam, minta siasat.

5. Menteri Besar didakwa menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS dalam satu mesyuarat, untuk mendapatkan sebidang tanah di Shah Alam, sehingga menyebabkan pengurusan PKNS membuat dua kali tawaran harga tanah tersebut kepadanya. Ini kerana MB tidak berpuas hati dengan tawaran harga yang pertama.

6. Butiran lanjut boleh disemak dari lamanweb http://64.4.14.250/cgi-bin/linkrd?_lang=EN&lah=2471a75a223db9059fe9960a6d6df307&lat=1003826344&hm___action=http%3a%2f%2fdetik%2edaily%2etripod%2ecom.

F. MOTIF ADUAN

Tiada tujuan lain kecuali memastikan setiap wang rakyat dan khazanah negara ini tidak dibolot oleh mana-mana pihak secara tidak bertanggungjawab. Proses mengagihkan kekayaan negara harus adil dan melalui prosedur yang telus. Kebajikan majoriti rakyat, khususnya golongan miskin, mesti diutamakan.

Amalan korupsi, pilih kasih, nepotisme, mementingkan diri dan kelompok mesti disekat dan dibanteras. Sistem yang korup akan menjerumuskan sesiapa saja termasuk mereka yang pada mulanya berakhlak mulia. Bagi saya, proses permohonan mendapatkan tanah, dan bagaimana ia diluluskan perlu dirombak secepat mungkin.

Amat tidak wajar seorang MB berkuasa mutlak menentukannya; begitu juga dengan prosedur meluluskan projek-projek pembinaan di bawah kerajaan negeri. Kuasa mutlak MB harus dimansuhkan segera. BPR wajar mendapat maklumat lanjut proses penganugerahan tender ini dengan JKR negeri kerana ia berbeza dengan proses di Persekutuan. Kuasa MB terhadap Pengarah JKR Negeri cukup ketara.

Saya mengharapkan BPR dapat menjalankan siasatan terperinci, bukan saja dalam kes-kes yang saya jelaskan di sini, tetapi juga kes-kes lain yang turut disyakki. Saya hanya mengutarakan keputusan permohonan kelulusan tanah daripada hanya tiga kali mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, dan dua projek dalam pakej pembinaan jalanraya B44 di Sekinchan. Dibimbangi banyak lagi kes lain yang turut mengandungi elemen rasuah yang ketara.

Setakat termampu, saya akan memberikan kerjasama. Segala penyelidikan yang saya lakukan hanyalah usaha perintis bagi memudahkan BPR, yang tentunya mempunyai kemampuan dan kelebihan untuk melakukan siasatan secara lebih professional dan menyeluruh, tanpa takut dan bimbang.

Siasatan BPR juga diharap dapat menamatkan segala tohmahan buruk kepada Menteri Besar Selangor, jika didapati ia tidak benar ataupun tidak mempunyai fakta yang cukup untuk mensabitkannya.

Di atas kerjasama dan perhatian serius BPR terhadap aduan saya ini, saya dahulukan jutaan terima kasih.

Sekian.

AHMAD LUTFI BIN OTHMAN
No. K/P: 630709-02-5667

Read More “ADUAN RASUAH YANG DIPANDANG SEPI”  »»

Tahniah diucapkan kepada Sdr Jamulidin Ellias




Saudara Jamulidin Ellias, seorang aktivis masyarakat setempat dan antarabangsa telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang sesi 2008-2009 dalam satu majlis mengangkat sumpah pada 7hb Julai 2008 lepas.

Saudara Jamulidin, lebih dikenali sebagai "JAMAL" di kalangan kawan-kawan telah lama terlibat dalam aktiviti kemasyrakatan setempat dan antarabangsa. Selain dari dilantik sebagai Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia (AMAL), Saudara Jamulidin merupakan Naib YDP PAS Kawasan Kapar dan mantan Exco Pemuda PAS Pusat.

Setiap kali berlakunya bencana alam di mana pelusuk dunia sekalipun, Sdr Jamulidin merupakan salah seorang yang pertama menawarkan diri sebagai sukarelawan AMAL, sanggup meninggalkan anak isteri, perniagaan dan keselesaan hidup untuk menyumbang bakti kepada mangsa bencana alam, kadang-kadang sehingga sebulan di perantauan. Sebagai contoh satu projek berterusan Yayasan Amal membina rumah anak yatim di Maleubuh Aceh memerlukan pemantauan berterusan dan tugas ini disempurnakan oleh Pak Jamal, nama timangan beliau di Indonesia.

Read More “Tahniah diucapkan kepada Sdr Jamulidin Ellias”  »»

NAIB KETUA PEMUDA UMNO MASUK PKR

S Musliadi Sabtu, seorang Naib ketua Pemuda Umno cawangan Taman Widuri Indah, Negeri Sembilan dalam satu majlis ceramah telah mengisytiharkan diri beliau keluar UMNO dan masuk PKR dengan secara simbolik menukar baju UMNO kepada baju PKR.

Musliadi duduk di sebelah kanan

Read More “NAIB KETUA PEMUDA UMNO MASUK PKR”  »»

Anugerah Sukan Negeri Selangor Serta Pelancaran Tabung Pelajaran Atlet Cemerlang Selangor pada 11/07/08 Oleh DYMM Sultan Selangor

DYMM Sultan Selangor telah Berkenan melancarkan "Tabung Pelajaran Atlet Cemerlang Selangor" serta Berkenan menyampaikan dermasiswa kepada penerima. Juga, DYMM Tuanku Sultan telah Berkenan menyampaikan Anugerah Sukan Negeri Selangor Tahun 2007 bagi kategori Olahragawati Harapan, Olahragawan Harapan, Olahragawati dan Olahragawan 2007.






Read More “Anugerah Sukan Negeri Selangor Serta Pelancaran Tabung Pelajaran Atlet Cemerlang Selangor pada 11/07/08 Oleh DYMM Sultan Selangor”  »»

Aktiviti YAB MB Selangor serta ADUN Selat Klang pada 11/07/08: Solat Jumaat serta Majlis Makan tengahari di Masjid Sg Udang Klang

YAB Dato' MB Selangor telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kg Sg Udang Klang pada 11hb Julai 2008 bersama rakyat di kawasan Selat Klang. YAB MB Selangor beserta VIP sedang menjamu selera.
Yang Di Muliakan Orang Besar Daerah Klang (tengah), Tn Hj Samsuri Ketua Kampung Sg Udang dan ADUN Selat Klang
Menghadap kamera, YAB MB Selangor, Ust Zaidon, Ahli MPK Sdr Jamuliddin, ADUN Selat Klang
Penyampaian cenderahati dari Tuan Nazir Masjid Sg Udang Tn Hj Ghazali Siraj.

Read More “Aktiviti YAB MB Selangor serta ADUN Selat Klang pada 11/07/08: Solat Jumaat serta Majlis Makan tengahari di Masjid Sg Udang Klang”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 11/07/08: Kelab Penyokong PAS Kaum Cina Pulau Ketam

Bertempat di Pejabat ADUN Selat Klang satu majlis penyerahan set PA sistem telah diadakan pada petang Jumaat 11hb Julai 2008.
Kelihatan Bendahari MTD Selat Klang, Ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong Cina Pulau Ketam, Penyelia kawasan Pulau Ketam Tn Hj Saroni, S/U MTD Selat Klang dan Tn Hj Rahim.

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 11/07/08: Kelab Penyokong PAS Kaum Cina Pulau Ketam”  »»

MALAYSIA ERA ISLAM HADHARI DI PERSADA ANTARABANGSA

Sila lihat laporan Berita Antarabangsa bagaimana seorang wanita Melayu Malaysia berumur 23 tahun dihadapkan ke mahkamah Britain atas tuduhan membunuh seorang warga Cina dengan kejam. Dilaporkan bahawa defendent cemburu dan berebutkan seorang lelaki keturunan Vietnam.

Woman's blood 'in couple's flat'

The bag in which the body was found
Ms Xie's corpse was found in this bag in the River Thames

Traces of blood from a graduate whose body was dismembered were found in the alleged killers' flat, jurors heard.

The decapitated and handless body of Xing Xing Xie, 23, were found in a laundry bag in the Thames marina at Rotherhithe, south London, last April.

The chances of the blood not coming from her were a billion to one, the Old Bailey heard.

Noor Azura Mohd-Yusoff, 22, of Ealing, west London, and Lon Gian, 26, from Deptford, south London, deny murder.

Jealousy motive

Ms Xie was killed at their home in Knoyle Street, New Cross, south-east London, the prosecution alleges.

The property had been cleaned by the time police searched it.

The probability of obtaining matching DNA profiles if the blood had come from someone else was in the order of one in a billion
Brian Altman, prosecuting

But they discovered swabs of blood matching Ms Xie's on the bathroom door and on the shower head in the bath, jurors heard.

"The probability of obtaining matching DNA profiles if the blood had come from someone else was in the order of one in a billion," said Brian Altman, for the prosecution.

Jurors have heard that she may have been killed because Ms Mohd-Yusoff, a Malaysian prostitute, was "possessive" and jealous of Mr Gian's relationships with other women.

Seven weeks later her decapitated head was washed up at a nearby dock, wrapped in black plastic bin liners.

Her hands have never been found.

Jurors were also told that there was "moderate support" for saying the plastic bags used to wrap the head were from a roll found at the address.

In addition, there was "very strong" evidence that a bed sheet found with Ms Xie's body had been in contact with the beige carpet at the house.


Untuk Berita Selanjutnya Sila rujuk:

http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/7128916.stm

http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/7496147.stm


http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1554188

http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/6921743.stm

http://uk.news.yahoo.com/afp/20080708/tuk-britain-court-murder-china-malaysia-a7ad41d.html

Read More “MALAYSIA ERA ISLAM HADHARI DI PERSADA ANTARABANGSA”  »»

UMNO PETUALANG AGAMA

LAGU BARU UMNO (BANDINGKAN DENGAN LAGU WARISAN DI POST BAWAH)





Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu, Bersedia ... Khianat
Cogan Katanya

UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

United, we stay United
With loyalty alongside shoulder
Cheat we continue to cheat
We cheat the Malays

United we stay united
Respect deeply everyones' desire
Service to the cronies
The son of wife and "wife"

Our symbol that collapse
Seen despicable and USELESS
United, ready..... betray
That is our slogan

UMNO continue to advance
Rob the citizens of Malaysia!

Read More “UMNO PETUALANG AGAMA”  »»

NGAM ATAU SERASIKAH ISLAM DENGAN NASIONALISME





WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.


Dari masa hingga masa
(Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi)
Pupus kita di bumi Ilahi


Kini kita hanya tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Read More “NGAM ATAU SERASIKAH ISLAM DENGAN NASIONALISME”  »»

Akiviti ADUN Selat Klang pada 10/07/08: Lawatan ke Pejabat SYABAS

ADUN Selat Klang berserta Ahli Majlis MPK Sdr Jamuliddin Alias, Tn Hj Kamaluddin Rahmat dan Sdr Abd Razak telah membuat lawatan ke Pejabat SYABAS Klang bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim, ramah mesra dan mengadakan perbincangan tentang masalah penduduk kawasan Selat Klang.

Kelihatan di sebelah kanan ialah staf SYABAS Klang
Kelihatan di sebelah kanan ialah team ADUN Selat Klang.
Foto kenangan sempena lawatan ke SYABAS.

Read More “Akiviti ADUN Selat Klang pada 10/07/08: Lawatan ke Pejabat SYABAS”  »»

PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR BERMODELKAN "SPIES"

Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah menyediakan beberapa modul khas bagi golongan kanak-kanak, remaja, belia, siswa, pendidik, penjawat awam, keluarga dan lain-lain.









Read More “PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR BERMODELKAN "SPIES"”  »»

DI RAJA IMPLIES IMPARTIALITY AND APOLITICAL

Barisan Nasional and particularly UMNO has been abusing their power bestowed by the rakyat all this while and this has gone unchecked. PAS all along has been saying in their ceramahs and publications that "Polis Di Raja Malaysia" (PDRM) should be impartial and neutral whilst discharging their duties. They are NOT "Polis Di UMNO Malaysia" or PDUM.

Leave public order to police


Sun2surf


ENFORCEMENT agencies charged with maintaining law and order and ensuring our national security – the police and military forces – must be mindful that they serve at the pleasure of the King. It’s for that reason they are bestowed the honour of being called Polis Di-Raja Malaysia and Angkatan Tentera Darat Di-Raja Malaysia.

These agencies must remain apolitical and their members must remember the oath they took to serve and defend King and country. It will be a shame if the police and army give the slightest hint that they are marching to the tune of politicians.

Thus, one cannot fault some sections of civil society for taking umbrage with Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan’s statement that the army can be roped in to help maintain public law and order if needed. The timing of the remarks and the announcement of a "joint exercise" between the civil and military forces lead to speculation of the motive behind it. Many see the remarks and announcement as a warning directed at dissenting voices and are asking if the exercise is aimed at quelling the people’s legitimate and democratic right to voice displeasure and
alternative views.

Police roadblocks that result in troublesome traffic snarls along the city’s main arteries are always dismissed as "regular checks" but it is more than a coincidence when these checks are timed on the eve of planned public gatherings. That police mount such operations as a precaution to deter untoward incidents is appreciated and applauded by all peace-loving Malaysians.

The army, meanwhile, should not be distracted from its primary role – to secure our borders and to assist in relief work during natural disasters – a task which they perform brilliantly during every monsoon season.

There is a difference between civil defence and military defence – for instance, the latter does not come into play in the current situation where thousands gathered at a stadium in Petaling Jaya yesterday to protest against rising costs. While national security cannot be compromised, it must not be an excuse to marshal our armed forces and law enforcement agencies to cause fear among ordinary citizens who want to peacefully voice their frustrations.

Keeping the public peace and containing civil unrest is the job of the police and civil defence forces. The army should stick to what it does best – defend our borders.

Read More “DI RAJA IMPLIES IMPARTIALITY AND APOLITICAL”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/07/08: Lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

Warga kerja Pejabat ADUN Selat Klang dan Pejabat Exco Pembangunan Modal Insan telah membuat lawatan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Klang pada pagi 09hb Julai 2008. Sesi taklimat dan soal jawab telah berlangsung dan berjaya menyelesaikan berbagai persoalan yang timbul selama ini bagi staf di Pejabat ADUN Selat Klang. Purata pengunjung ke Pejabat ADUN Selat Klang ialah 350 orang sebulan. Mereka datang dengan pelbagai masalah terutama mengenai kebajikan.
Sedang khusyuk mendengar taklimat.

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/07/08: Lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat”  »»

KOMPUTER RIBA ANDA HILANG?


Kebanyakan kita telah arif dan maklum apa yang perlu dilakukan sekiranya kita kehilangan


dompet atau beg tangan. Saya pasti ramai dari kita pernah mengalami beg diragut atau

kehilangan dompet.

Ya, kita akan bergegas ke Balai Polis terdekat untuk membuat Laporan Polis tentang kehilangan

dokumen ( termasuk kad kredit, kad pengenalan dan lain-lain) , wang serta barang berharga

yang terdapat dalam beg tangan atau dompet.

Kita harus membuat laporan polis bagi tujuan memaklumkan pihak berwajib tentang kehilangan

dokumen penting seperti kad pengenalan atau lesen memandu agar mudah untuk mendapatkan

dokumen ganti. Seperkara lagi, kita tidak mahu dokumen kita disalahgunakan oleh pihak-pihak

yang tidak bertanggungjawab serta penjenayah.

Dengan memaklumkan kepada pihak Polis lebih awal tentang kehilangan kad pengenalan kita

sebagai contoh, bermakna kita telah melindungi diri kita dari pertuduhan palsu jika kad

pengenalan kita dijumpai di tempat yang tidak sepatutnya berada seperti di kawasan berlaku

pembunuhan atau rompakan.

Syarikat Kad kredit atau bank perlu diberitahu pada kadar segera agar segala urusniaga dapat

dihentikan dan kad yang hilang diganti baru serta PIN yang baru.


Bagaimana pula sekiranya komputer riba atau notebook kita hilang ? Apa yang perlu dilakukan

selain dari membuat laporan Polis?

Berikut merupakan sebahagian dari langkah penting yang perlu anda lakukan:

1. Batalkan semua kad kredit atau kad caj yang anda telah gunakan untuk transaksi di

talian(on line shopping atau bill payment).

2. Tukar semua kata laluan anda (password). Ini termasuk email serta site yang lain.

3. Maklumkan kepada pihak Bank anda terutama jika anda biasa membuat internet banking.
Ini kerana kita tidak mahu ada orang lain ingin membuka akaun bank di bawah nama kita.

4. Sebagai langkah pencegahan, jangan tekan butang "REMEMBER ME" di site yang

memerlukan butiran peribadi.

Read More “KOMPUTER RIBA ANDA HILANG?”  »»

Aktiviti Exco Pembangunan Modal Insan pada 05/07/08: Program TOT bagi Portfolio Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan progran Training Of Trainers (TOT) bertempat di ILDAS Sabak Bernam Selangor dari 4-6 hb Julai 2008 yang lalu. Seramai 90 peserta dari pelbagai agensi dan syarikat telah mengambil bahagian bagi menjayakan program tersebut.
Kelihatan YB Dr Ahmad Yunus Khairi, Pembantu Exco dan Sdr Ismahali, Pembantu khas ExcoFasilitator Utama, Dr Ruziah Ghazali sedang menyampaikan taklimat.
Dr Ruziah telah mencuit hati para peserta dalam sesi " Kasih Rabbani Asas Keberkesanan Perunding".

Foto kenangan sebahagian dari para peserta Program TOT.

Read More “Aktiviti Exco Pembangunan Modal Insan pada 05/07/08: Program TOT bagi Portfolio Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor”  »»

Aktiviti Exco Pendidikan pada 05/07/08: Majlis Ramah Mesra Bersama Guru Agama JAIS Sabak Bernam

Satu Majlis Ramah Mesra bersama Para Guru Agama Jabatan Agama Islam Kawasan Sabak Bernam telah berlangsung pada 5hb Julai 2008.
Sebahagian dari hadhirin di majlis di atas.

Read More “Aktiviti Exco Pendidikan pada 05/07/08: Majlis Ramah Mesra Bersama Guru Agama JAIS Sabak Bernam”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 04/07/08: Kelab Penyokong PAS kaum Cina Pulau Ketam

Dalam satu majlis bertempat di Pejabat ADUN Selat Klang di Jln Sg Bertih Klang, penubuhan serta penyerahan vest Kelab Penyokong Pas kaum Tioghua Pualau Ketam telah diadakan. Satu lagi peristiwa bersejarah dalam perjuangan PAS.
Kelihatan Pegawai yang bertanggungjawab kawasan Pulau Ketam, Tn Hj Saroni, Pegawai Khas DUN Selat Klang serta S/U MTD Selat Klang.

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 04/07/08: Kelab Penyokong PAS kaum Cina Pulau Ketam”  »»

FEDERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS' RECOMMENDATIONS

The Federation Of Malaysian Manufacturers Selangor Branch in collaboration with Selangor State Investment Centre Bhd held a Dialogue Session with YAB Dato' MB Selangor and all the ADUNs.

In a paper presented during the session entitled "IMPACT OF RECENT FUEL PRICE INCERASE ON INDUSTRIES IN SELANGOR" the representative from the Federation drove home the points:

Impact On Transportation Costs

  • Transporters (Conventional cargo transportation i.e lorry operators as well as Container haulage transportation i.en Hauliers like Kontena nasional, MISC haulage etc) have increased their charges citing the increase in fuel prices,
  • Average transportation cost hike is between 40% - 60%,
  • Average contribution of logistics costs to total manufacturing costs is 20 %,
  • Impact of hike in fuel costs to overall logistics costs is about 1%.
Impact on Other Forms of Transportation:

  1. Factory Bus Transportation- Factory bus Operators have requested for increase in bus fares between 30% - 50%,
2 Staff Travelling Reimbursement/Allowance

  • General Incerase of 10% - 15% on staff mileage claims
  • 40% increase for fixed transport allowance




RECOMMENDATIONS:

  1. Reduce import duties of Cars
  2. Abolish Road Tax
  3. Encourage Use of natural Gas Vehicles (NGV)
  4. Encourage development and Use Of hybrid cars
  5. Improve Public Transport System
  6. Encourage Sales of Euro 4 Diesel
  7. Extend Fleet card to all Commercial Vehicle
  8. Standardize Road Tax of Lorry Operators with Hauliers
  9. Encourage Use of Multitrailers.
We would like to add 2 more: viz Increase subsidy for Fuel and abolish toll for highways.

Read More “FEDERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS' RECOMMENDATIONS”  »»

WAKIL MALAYSIA KE SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN PELAJAR ASEAN MEMBUAT LAPORAN POLIS DISODOMI

Tidak berapa lama dahulu, kita dikejutkan dari tidur oleh berita Sufiah Pelajar Pintar seronok

dan bangga mendapat duit dari menjual tubuh. Kini sekali lagi kita di sentak dari mimpi cerita

"Negara Cemerlang, Gemilang, Terbilang wawasan 2020 Islam Hadhari Episode ke N kisah liwat meliwat".

Di mana silapnya? Mari kita sama-sama cari jalan keluar dari kemelut ini. Adakah ini harga yang

perlu dibayar untuk "pembangunan"? Atau mahar kerana menyimpang jauh dari ajaran Islam

yang syumul? Atau memilih pemimpin seperti memilih barang dapur di pasaraya? Atau

terikut-ikut dengan budaya asing? Atau sikap tidak mementingkan maruah, harga diri. keluarga,

agama, bangsa dan tanahair?










Read More “WAKIL MALAYSIA KE SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN PELAJAR ASEAN MEMBUAT LAPORAN POLIS DISODOMI”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com