Ya Allah permudahkanlah kami bersamaMu pada malam AL QADR. Amiin..
Hadiah Ramadhan Lailatul Qadr untuk kita semua....Amin
Labels:
Jom sama-sama cari.....
ADUN SELAT KLANG di PEMILIHAN KETUA KAMPUNG PERTAMA Pulau Ketam
Di antara cabaran ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali ialah mempunyai kawasan yang agak terpencil berupa pulau yang memerlukan pengangkutan air.Sudah tentulah belanjanya lebih berbanding dengan 55 DUN lain di seluruh Selangor.Ia juga memerlukan masa yang berlipat kali ganda dan lebih sukar untuk penyokong dan ahli PAS melawat dan menyantuni penduduknya.
Inilah yang di antara sebab ADUN Selat Klang melantik seorang ahli KELAB PENYOKONG PAS sebagai ketua kampung.Banyak masalah tentang komunikasi dan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti pejabat daerah Klang, PDRM, Jabatan Kebajikan dan TNB,Syabas boleh diselesaikannya dengan baik.Namun ada pihak yang beririhati dengannya dan menimbul kebolehannya mewakili kampung baru itu.
Maka pemilihan ketua kampung baru yang pertama di Selangor di adakan pada 31.7.11 yang lepas.apaemilihan cara profesional dan 'gentleman' itu membukti beliau dipilih oleh orang kampung yang kebanyakannya adalah nelayan sebagai Ketua Kampung Pulau Ketam.Alhamdulillah atas kegigihannya serta sahabat dan sokongan keluarganya yang padu beliau menang pemilihan tersebut mengalah lawannya daripada PKR.
MAFREL turut memantau dan memuji metodologi yang dipakai termasuk menggunakan dakwat kekal yang murah dan mudah serta berkesan.
Tahniah En CHA KENG LEE.Kesabaran dan ketekunana anda berbaloi!
Syabas dan tahniah kepada Pejabat tanah Klang yang bekerja secara profesional. Read More “ADUN SELAT KLANG di PEMILIHAN KETUA KAMPUNG PERTAMA Pulau Ketam” »»

Kebajikan itu di mana-mana
ADUN SELAT KLANG ziarah wanita pendarahan otak yang menitis air mata dengan kehadirannya
Selasa
Kpg Sg Sireh
KLANG
Ramadhan al mubarak perlu dipenuhi dengan amal kebajikan.ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali dijadualkan melawat 5 warga marhaen yang miskin, warga emas dan yang sakit.
Berbekal sedikit cenderahati, beras sekampit, gula sekilo dll,beliau dan Muslimat serta pimpinan PAS Dun Selat Klang turun menjalin kasih, petanda prihatin kepada golongan yang amat memerlukan bantuan ini.
Salah seorangnya ialah wanita berumur 49tahun yang rebah dalam bilik air seminggu sebelum majlis kenduri pernikahan anaknya.Beliau koma semasa kenduri anaknya dan terpaksa dikeluarkan sebahagian tulang tengkoraknya sebelah kanan kerana pendarahan otak.Maka hanya kulit kepala sahaja membalut otaknya.Tangan dan kaki sebelah kiri beliau tidak boleh digerak langsung.Kepala hari-hari sakit.Hari sebelum lawatan YB kata anaknya, cucunya telah terketuk kepala bahagian berkenaan dan semakin sakitlah kepalanya yang sememangnya sudah tiap-tiap hari sakit. ADUUH!!Beruntung dan nikmatnya kita yang mempunyai tempurung kepala yang sempurna.
Anak sulung perempuannya memberitahu YB ADUN SELAT KLANG perihal peristiwa yang dia sendiri alami memangku ibunya yang rebah semasa hari kejadian.Ibu menitis air mata mendengar sayu.
YB Dr Halimah cuba menenangkan kedua-dua ibu dan anak.
Ketika bersalam mahu balik semakin kencang tangis anak perempuannya dan memeluk erat YB Read More “ADUN SELAT KLANG ziarah wanita pendarahan otak yang menitis air mata dengan kehadirannya” »»
Labels:
Kasih sayang di rindu
PUSAT TAHFIZ AWAS! USAH MUSNAH NAMA BAIK ISLAM
Beberapa persoalan yang perlu di jawab oleh individu serta pihak yang bertanggungjawab seperti mudhir atau guru disiplin:
i) Kenapa tempoh suai kenal harus menjangkau 40 hari?
ii) Kenapa harus diwujudkan tempoh berpantang
iii) Kenapa kurang pengawasan serta pemantauan dari pihak para guru dan ustaz terhadap pelajar baru
iv) Dan banyak lagi... Read More “PUSAT TAHFIZ AWAS! USAH MUSNAH NAMA BAIK ISLAM” »»

maahad tahfiz,
pusat tahfiz
AWAS SPR!!
PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
Hazayani Zakaria |
PETALING JAYA, 3 Ogos: PAS Selangor mengenal pasti 610 nama berstatus Penduduk Tetap (PR) yang didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di empat Dun. Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar), seramai 225 pengundi yang mempunyai kad pengenalan merah dikesan di Dun Paya Jaras, 261 orang di Dun Semenyeh, 140 orang di Dun Kajang dan 49 orang di Dun Dusun Tua. Ianya sebahagian nama yang dikesan dalam proses bantahan bagi RDPT bagi suku ke-2 2011 Julai lalu. Tegasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mempunyai bukti mengenai dakwaan itu. "Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Kita khuatir jumlah tersebut akan bertambah. "Kita ada bukti bercetak bahawa nama-nama mereka yang diklasifikasikan sebagai PR yang dicetak dari laman web JPN sebagai kad pengenalan merah,"kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Rakyat berhubung perkara sama di pejabat Pakatan Rakyat, dekat sini hari ini. Namun apa yang memeranjatkan apabila sehari selepas dikesan, mereka mendapati rekod kerakyatan mereka yang dikenal pasti sebagai PR telah bertukar menjadi warganegara dan bertukar kepada kad pengenalan biru. "Bagaimana ia boleh berlaku, Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon? soalnya. Selain itu PAS selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang lahir tahun 1984 telah dikatakan memiliki kad pengenalan biru yang membawa kod 71 iaitu penduduk teap kelahiran luar negara. "Jika dia dilahirkan di Malaysia, sudah tentu kod yang tertera di kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran. "Jika betul dia dilahirkan di luar Malaysia, kenapa dia memiliki keistimewaan sehingga memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soalnya lagi. Beliau berkata, perkara ini sangat membimbangkan kerana jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di JPN. Sehubungan itu PAS Selangor mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara membabitkan keselamatan negara ini. "PAS Selangor mendesak pihak yang terlibat dalam perkara ini diambil tindakan undang-undang," katanya. |
Read More “AWAS SPR!!” »»
Pemimpin PAS 'all out' curah bakti
'Azizan nampak letih sangat'
Ogos 2, 11 11:32am
Kongsi 255
Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.
Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.
"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.
"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.
"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.
Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.
Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.
Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
Menulis dalam blognya hari ini, Sanusi juga menggambarkan Azizan sebagai orang yang kuat bekerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat.
"Laaaa... aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...," kata Sanusi menceritakan semula reaksi Azizan apabila dinasihatkan berehat.
Read More “Pemimpin PAS 'all out' curah bakti” »»

Subscribe to:
Posts (Atom)