Pray For MH370

Pray For MH370

FAHAM NATIONALISME (KEBANGSAAN) BUKAN DARI ISLAM




Sempena Perhimpunan Perpaduan Melayu, sama-saama kita renungkan hadith di atas.

Read More “FAHAM NATIONALISME (KEBANGSAAN) BUKAN DARI ISLAM”  »»

PUTAR PUTAR BELIT BELIT FAKTA SAMPAI BILA

Saudara, dalam usaha kita mencari kebenaran, semua ruang dan peluang harus digunakan. Bagi pencinta kebenaran, sebenarnya tiada penghujungnya usaha ini. Budaya cintakan kebenaran dalam diri seorang insan itu harus disemai, dibaja, disirami dan dipupuk dari zaman kanak-kanak lagi agar apabila ia dewasa, ia akan menyukai serta mengabungkan dirinya dengan perkara-perkara "benar" atau "truth". Dalam mencari kebenaran, fikiran dan minda yang sentiasa terbuka luas amatlah diperlukan. Fikiran dan minda yang rosak, songsang, tertutup atau beku tidak akan berpeluang menemui kebenaran yang hakiki. Keikhlasan (dalam Islam ikhlas ertinya semata-mata dilakukan sesuatu itu kerana Allah dan bukan kerana makhluk, balasan, pangkat dan sebagainya) juga diperlukan. Usaha dan ikhtiar yang maksimum disertai dengan doa dari insan kerdil mengharap sesuatu dari Penciptanya adalah pemangkin kejayaan.

Dalam kes atau isu penternakan khinzir di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat Selangor
pelbagai pihak kini terlibat dan dilihat cuba campur tangan. Pentingkah mencari siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa yang tersilap langkah? Pada pendapat saya, kes ini menentukan integriti, keikhlasan dan ketelusan pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan BA/PR di Selangor sedang diuji dari pelbagai sudut dan aspek. Pihak-pihak lawan kini sedang meniup dan mengipas bibit kebencian dan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Di atas adalah imej muka surat 4 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb April 2008 yang lalu.
Dr Khir Toyo pada mulanya menafikan yang beliau serta ahli exconya telah membuat keputusan tentang projek ini. Bagaimanapun, keratan akhbar di atas memaparkan seolah-olah beliaulah ketuanya ketika keputusan dibuat mengenai projek ini cuma tidak dinyatakan kosnya.

Sekarang saudara bandingkan dengan pendedahan minit mesyuarat melalui Kenyataan Media yang dibuat oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar YAB Tan Sri Abdul Khalid pada 9hb April 2008. Sila rujuk posting bertajuk "Kenyataan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor Tentang Projek Ternakan Babi" bertarikh 11hb April 2008. Untuk penjelasan dan penerangan terperinci tentang isu di atas sila rujuk posting bertajuk"Membabi buta tanpa rasional: babi mengancam penduduk tempatan" bertarikh 11hb April 2008.

KESIMPULANNYA: Saudara buat sendiri kesimpulan dan rumusannya. Sila ambil ikhtibar dan pengajaran dari peristiwa ini.

Read More “PUTAR PUTAR BELIT BELIT FAKTA SAMPAI BILA”  »»

KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR TENTANG PROJEK TERNAKAN BABI

KENYATAAN MEDIA

09 APRIL 2008

PENJELASAN KELULUSAN KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO BERHUBUNG PROJEK TERNAKAN BABI MODEN

DI LADANG TUMBUK, KUALA LANGAT

SHAH ALAM Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan. Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.

Sekretariat Akhbar

Pejabat Menteri Besar Selangor

Read More “KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR TENTANG PROJEK TERNAKAN BABI”  »»

Majlis Kesyukuran Sempena Bermulanya Pusat Khidmat ADUN Selat Klang Serta Sesi Penerangan Isu Semasa pada 10/04/08

Adun sedang memberi penerangan tentang isu penternakan khinzir bernilai RM100 juta, isu betapa cekap ADUN BN/UMNO menyapu bersih peruntukan RM500,ooo.00 bagi setiap DUN dari kerajaan negeri dalam tempoh satu bulan tahun 2008 dengan sikap amanah melaksanakan zero projek-projek bagi rakyat serta untuk kegunaan kempen PRU ke 12 mereka dan isu rakyat harus berdikari setelah diberi kemahiran tertentu.


Muslimin yang hadhir dalam majlis di atas.
Saf Pimpinan Kariah Masjid Kg Sg Udang sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh ADUN.

Read More “Majlis Kesyukuran Sempena Bermulanya Pusat Khidmat ADUN Selat Klang Serta Sesi Penerangan Isu Semasa pada 10/04/08”  »»

MEMBABI BUTA TANPA RASIONAL: babi mengancam penduduk tempatan

Tiba-tiba Kg Tumbuk dalam Majlis Perbandaran Kuala Langat dan terletak dalam Kawasan Parlimen Sepang semakin menjadi masyhur dan terbilang. Heboh di dada akhbar bahawa bilangan khinzir akan mengatasi bilangan penduduk tempatan. Populasi udang geragau dan ikan kian pupus. Pokok bakau juga dijangka musnah. Bau busuk akan menghalau pelancong asing. Industri homestay menjadi mangsa. Penyakit JE seperti yang pernah berlaku di Bukit Pelandok Negeri Sembilan pada tahun 1999 dikhuatiri akan berulang. Lantaran itu berdemolah kira-kira 200 orang penduduk dari kampung berkenaan dan sekitarnya di hadapan bangunan SUK Shah Alam tanpa insiden semburan cecair/gas, yang mana sebelum ini mungkin mereka kurang peka dengan "nasib" mereka tetapi setelah BN/UMNO ditumbangkan di Selangor khususnya, mereka mula bangkit dari tidur mereka, mungkin dikejutkan oleh pihak-pihak tertentu.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Mari kita kaji secara ilmiah penternakan khinzir di Selangor dengan merujuk kepada lokasi, kepadatan penduduk di kawasan berkenaan, taburan penduduk mengikut kaum, pekerjaan tradisional penduduk, lokasi alternatif untuk penternakan dan aspek penting yang lain.
Difahamkan, ada kira-kira 400,000 ekor babi diternak di seluruh Selangor dengan lebih kurang 300,000 di Tanjung Sepat, Sepang. Terdapat sebanyak 137 ladang ternakan khinzir dicatatkan di Selangor, keempat tertinggi selepas Penang (227 ladang), Perak (152 ladang) dan Kelantan (151 ladang). Kawasan berkenaan mempunyai penduduk seramai kira-kira 86,000 orang. Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Sepang adalah di antara daerah di persisiran pantai barat Selangor yang kepadatan penduduknya agak rendah. Jika perbandingan dibuat antara Klang dan Kuala Langat, kita akan dapati Klang mempunyai 1034 orang penduduk per kilometer persegi walhal Kuala Langat hanya mempunyai 218 orang penduduk bagi setiap kilometer persegi. Ini bermakna banyak lagi tanah-tanah kosong untuk tujuan pertanian dan lain-lain projek.

Sila rujuk carta di bawah untuk perbandingan ketumpatan penduduk dan komposisi kaum. Kedua-dua daerah, Klang dan kuala Langat memiliki penduduk melayu seramai 49%, kaum Tionghua 31% dan India 15%, selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain. Oleh kerana ketumpatan penduduk di Kuala Langat agak rendah dengan keluasan kawasan yang tinggi, tidak timbul kesesakan dalam masa terdekat. Suatu tapak yang jauh dari penduduk Melayu/Muslim boleh diwartakan bagi tujuan penternakan khinzir secara moden dan memiliki prasarana yang lengkap, tidak mengangu gugat sentimen hatta kedudukan orang Melayu dan bebas dari pencemaran.













Sektor pekerjaan Di Daerah Klang dan Kuala Langat:

Sector Klang (%)

Kuala Langat (%)

Agricultural and forestry 3.3 23.3
Mining and quarrying

0.2

1.0
Construction

6.1

5.6
Manufacturing 38.2 31.6
Utility (Electricity, gas and water) 0.8 0.3
Wholesale and retail trade, Restaurant and Hotel 13.3 10.2
Transportation, Storage and Business Services 8.9 5.2
Finance, Real Estate and Insurance 4.2 1.4
Government services 18.7 17.8
Other services 6.3 3.6

Dengan jelasnya , jadual di atas menunjukkan sektor pertanian dan pembalakan merupakan sektor utama pekerjaan penduduk di daerah Kuala Langat. Dari maklumat ketumpatan penduduk dan sektor pekerjaan tradisi penduduk, kita dapati daerah Kuala langat memang sesuai untuk ternakan khinzir kerana 31% penduduknya berketurunan Tionghua serta pekerjaan tradisi mereka adalah dalam sektor pertanian. Ada pihak yang mencadangkan Pulau Ketam sebagai lokasi alternatif bagi tujuan ternakan khinzir. Memang Pulau Ketam memiliki majoriti penduduknya kaum Tionghua tetapi pekerjaan mereka turun temurun ialah menangkap ikan dan bukan ternakan khinzir. Kalau ada ternakanpun ialah ternakan ikan dalam sangkar.
Sesiapa yang pernah berkunjung ke Pulau Ketam pasti akan dapat mengesahkan bahawa penduduk di sana hidup di atas air (bagan) dan tidak mempunyai tanah yang sesuai bagi tujuan di atas. Kos pengangkutan dan lain-lain perlu diambil kira.

http://www.selangor.gov.my/imageupload/Peta_Mukim_Negeri_Selangor-23Jul2006-064727.jpg










APA KATA PAKAR PENGURUSAN KHINZIR DARI PARTI MCA (sumber Siasah)
KUALA LUMPUR, 10 April: Langkah kerajaan negeri Selangor untuk memusatkan penternakan babi disokong sepenuhnya oleh seorang pakar pengurusan penternakan babi dari Negeri Sembilan, namun beliau meminta mereka berhati-hati dalam melaksanakannya.

Yap Ah Ping, bekas Adun MCA dari Jimah, Negeri Sembilan (1974 - 1986) mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menguruskan penternakan babi. Namun pengalaman ngeri wabak JE yang melanda Bukit Pelanduk pada tahun 1999 sehingga mengorbankan 136 manusia masih segar dalam ingatan beliau.

"Semuanya bagi saya bermula dengan kerakusan manusia, masalah rasuah dan tamak haloba dalam melaksanakan sistem penternakan yang baik," kata Yap kepada Siasah.

Beliau mula menyedari masalah bakal dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan ekoran penternakan babi yang merata-rata tanpa mengikut peraturan alam sekitar yang baik sejak pertengahan 1980an lagi.

"Ekoran itu, saya bagi pihak kerajaan negeri Sembilan telah mengetuai satu jawatankuasa peringkat negeri dan berjaya membuat satu undang-undang bernama Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi 1980 iaitu undang-undang No 9, 1980.


"Ia bertujuan untuk mengumpulkan penternak babi dalam satu kawasan sahaja
agar ia dapat dikawal dengan baik," kata Yap.

Melalui enakmen itu, kerajaan telah mengambil alih sebuah estet seluas 1520 ekar untuk dijadikan ladang babi berpusat ini. Tanah seluas 2045 ekar lagi milik penternak tradisional juga dimasuk ke kawasan ini.

Kawasan ini akan dijual semula mengikut keperluan setiap penternak iaitu tiga ekar setiap satu.

Inilah mulanya masalah apabila rasuah, tamak dan penyalahgunaan kuasa berlaku.



APA KATA SAHIBUS SAMAAH DATO' MUFTI SELANGOR DAN MUFTI PERLIS



SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini dinasihati agar tidak terlalu emosi, sebaliknya bertolak ansur berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok di Sepang bernilai RM100 juta.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek penternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.

Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.

“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.

Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihak kerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlaku sebelum ini kepada mereka namun secara saintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.

“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala program dengan dengan adil dan saksama di samping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.

Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan.

APA KATA AHLI SAINS


Kaedah saintifik dan moden dalam industri penternakan khinzir telah lama dijalankan di negara Eropah seperti Germany dan Sweden.

Penternakan khinzir cara moden ini boleh mengurangkan pelepasan gas methane dari reaksi semula jadi gas yang terkumpul dari najis babi dan sekaligus akan mengurangkan kesan pemanasan global. Methane dikenalpasti 21 kali ganda lebih berbahaya dari karbon dioksida dalam proses pemanasan global.

Negara membangun seperti China menggunakan konsep penternakan moden sebagai satu inisiatif atau komitmen mereka kepada perjanjian Kyoto (yang di panggil Clean Development Mechanism (CDM)) untuk mengurangkan pelepasan gas Methane.

Penternakan moden ini mampu memerangkap gas methane dan boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik bagi tujuan operasi kilang. Penjanaan air dari proses di atas juga membekalkan air bagi tujuan pengairan penanaman makanan untuk binatang.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan pergantungan kepada grid nasional dan dapat mengurangkan pelepasan bahan pencemaran karbon dioksida dan lain-lain gas dari janakuasa arang batu (coal power plant).

Dari itu sebuah projek penternakan, dua kesan buruk dari "green house effect" ( Kesan Rumah Hijau) dapat dikurangkan, sekaligus satu kaedah mesra alam dapat dilaksanakan.

Rumusan

Sesuai dengan taraf Selangor negara maju, kaedah saintifik harus dilaksanakan dalam industri penternakan khinzir yang dikenalpasti memenuhi strategi serampang berbilang mata, antara lain, memudahkan penyeliaan serta kawalan dari pelbagai aspek seperti kebersihan, pelesenan, pembawaan penyakit dan pencemaran alam sekitar. Masalah yang mungkin timbul kepada penduduk Melayu dengan terlaksananya projek ini dapat diatasi di meja rundingan. Para pelabur tempatan dan luar negara dapat membiayai kos projek ini tanpa kerajaan negeri Selangor menggunakan dana awam.





Read More “MEMBABI BUTA TANPA RASIONAL: babi mengancam penduduk tempatan”  »»

Kunjungan Exco Pendidikan Selangor ke Jabatan Pelajaran Selangor pada 08/04/08

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor di kiri dan Datin Hamidah binti Nordin, Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor sebelah kanan serta para pegawai JPS, Shah Alam.


Sedang menandatangani buku pelawat Jabatan.

Read More “Kunjungan Exco Pendidikan Selangor ke Jabatan Pelajaran Selangor pada 08/04/08”  »»

ROYAL ADDRESS @ CONFERENCE OF M'SIAN JUDGES

ADDRESS BY
D.Y.M.M. RAJA NAZRIN SHAH
REGENT OF THE STATE OF PERAK DARUL RIDZUAN
AT THE CONFERENCE OF MALAYSIAN JUDGES
DATE: 9 APRIL 2008 (WEDNESDAY); TIME: 10:30AM
VENUE: JW MARRIOTT HOTEL, PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Bismillahi Rahmani Rahim

Segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam; Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil lagi Maha Saksama, lalu menyeru supaya para hambaNya melaksanakan keadilan dan sama sekali menjauhi kezaliman. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta para ulama dan para Tabiin; semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah di Persidangan Hakim-Hakim Malaysia pada pagi ini. Usaha yang dirintis oleh Ketua Hakim Negara menganjurkan Persidangan ini amatlah Beta hargai.
2. We are now at a critical time in our nation's history, one where the institutions of state - indeed, the foundations of our democracy - which we have built up since Independence, are under scrutiny. The just concluded 12th General Elections has ushered in a host of changes. Among other things, it has introduced a greater degree of contestation in policy-making, legislation and administration than many would previously have thought possible. Some of these changes may be transient. Others could well be permanent. Whatever the case, the new political realities have proven to be and will continue to be challenging. They send a clear message that we cannot continue on a course of 'business-as-usual'.

3. It goes without saying that recent revelations of improprieties in the judiciary have been extremely damaging, not least by eroding the public's image of, and confidence in, the system of justice in this country. We must be committed to working through our current problems and to emerge the stronger and better for them. In order to do so, we must be prepared to deal with the facts as they are, and not as we would like them to be. In this respect, it is most encouraging that YAA Dato' Abdul Hamid has himself set the tone for us in his appointment speech in December last year. In that speech, which has been described as "a breath of fresh air", he openly addressed concerns about the impartiality of judicial decisions, the appointment and promotion of judges, and their commitment to carrying out their work. He wisely pointed out that whether or not these perceptions were founded was immaterial. The mere fact that they exist is enough to do damage and warrant firm action.

4. What makes the current low regard for the judiciary especially regrettable is that it was once greatly admired. Judgments made in our courts used to be quoted across the Commonwealth. Our judges were held in high esteem for their wise and fair rulings. The late Tun Mohamed Suffian's views about the first thirty years of the Malaysian judiciary are well known and often quoted:

"The reputation that [the Malaysian judiciary] enjoys of being able to decide without interference from the executive or the legislature, or indeed from anybody, contributes to confidence on the part of the members of the public generally, that should they get involved in any dispute with the executive or with each other, they can be sure of a fair and patient hearing and that their disputes will be determined impartially and honestly in accordance with law and justice."

5. Reputations can only be maintained if the high standards adopted are consistently adhered to. This has not always been the case. In the last two decades, judicial independence and integrity have eroded. The result is a lack of confidence in the judicial system and the complete disregard for the law by some quarters. These are dark stains on our honour and reputation and they have the potential to weaken if not destroy the nation.

6. Malaysia needs nothing short of what I would call a judicial renaissance. Without it, one of the three pillars that hold up this nation will remain in a significantly weakened state. Injustices will continue to perpetuate. Efforts at developing social cohesion and nation building will be severely compromised. A judicial renaissance is also necessary because it is one of the most important requirements for continued economic, scientific and technological progress.

7. What are the hallmarks of a judicial renaissance? I can do no better than to refer to my father, His Royal Highness Sultan Azlan Shah, whose views on the rule of law, the supremacy of the Federal Constitution, the independence of the judiciary, and the separation of powers are well known. His Royal Highness has written extensively on these subjects and he continues to do so with conviction and passion.

8. At its nucleus is respect for the rule of law, which is a universal ideal. One of my favourite quotes puts this in proper perspective:

"(The) right to be governed by laws and not by arbitrary officials is the most precious right of democracy-the right to reasonable, definite and proclaimed standards, which we as citizens can invoke against both malevolence and caprice."

This quote was taken not from an English or American judge. It was not said in a context that is alien to us. It was made in 1984 by Sultan Azlan Shah, former Lord President of the Federal Court, and to an audience made up primarily of Malaysians. The citizens that His Royal Highness was referring to are Malaysians of all creeds and colours.

9. It is worth repeating that the Federal Constitution is the highest law of the land. It is not only the law to which everyone is subject but also the authority from which power comes. Every judge, Member of Parliament, Cabinet minister, Prime Minister and, indeed, the Yang Di-Pertuan Agong himself, has taken a solemn oath to defend the Constitution. They are not supposed to serve the interests of a particular community alone. They are supposed to uphold the Constitution in its totality. The Constitution was specially crafted to cater to the pluralistic character of this country. This is not to say that it is a perfect document. It is not. It was forged out of the necessities of the time. Many of these, however, are still relevant today and Malaysians would do well to bear this in mind whenever they amend or interpret the Constitution.

10. Each time an administrative decision is taken that runs contrary to its provisions, the Constitution is in danger of being deemed irrelevant. This is why it is absolutely critical for judges to be sensitive to the spirit that underlies the Constitution. It bestows and protects the rights of all citizens and provides a basis for peace and harmony among them. Without it, we are in danger of heading down the path of sectarianism and victimisation. The courts must therefore be thoroughly objective and uncompromising on constitutional questions. In doing so, they are not only upholding justice but also strengthening the process of nation building and the integrity of the state.

11. Let me now turn to the second reason why we need a judicial renaissance. There is demand everywhere today for good governance. Unpacked, this means that the three pillars of government must not only be efficient but also highly responsive and accountable. Society and needs have become ever more complex. Citizens have become more educated. Borders are now more porous. Human capital and financial capital are mobile as never before. If good governance is not forthcoming in one country, then the best and brightest, and investment, will move to where it is forthcoming. The old model of large and rigid bureaucracies handing out government largesse has also become outdated. And governments can no longer just offer their citizens material wealth. The intangible benefits of development, including an absence of corruption, abuse and repression, and the protection and enlargement of individual rights and freedoms, are now equally important goods that citizens demand and which governments must deliver.

12. It would be wrong to think for one moment that Malaysians can achieve great things without a properly functioning judiciary. The most politically stable and economically successful countries are ones where the law matters a great deal and where the judiciary is highly respected. We must not be fooled into believing that to be monetarily rich, only practical expediency matters and that judicial integrity and independence do not. I say 'monetarily rich' and not 'developed' because there is a very big difference between the two. I do not believe it is possible to be developed without a highly respected judiciary.

Honourable judges:

13. The present climate presents us with an excellent opportunity to press on with much needed changes. We should not seek to just recapture past glories but must strive for greater achievements. Before we can start to soar in the skies, however, we must have a firm footing on the ground. Here, I am persuaded by the many voices that have argued that the most basic first step we must take is to ensure that judicial power is once again vested in the judiciary. The judiciary must be restored to the position that it had in the Constitution from the time of Merdeka until twenty years ago. Unless this is done, the doctrine of the separation of powers, which underscores our democracy, will remain effectively muted.

14. Until judicial power is reinvested in the judiciary - in much the same way that executive power is invested in the Yang di-Pertuan Agong and the Cabinet , and legislative power in Parliament - it will be difficult to convince anyone, not our citizens and not the world community, that we are a nation governed by the rule of law. Judicial review of administrative practices is an essential aspect of being a nation of laws. With the positive mindsets now in place, I am sure that the executive and legislature will continue to view the judiciary in a proper and balanced perspective. The judiciary, filled with men and women of great insight into the law will, I am confident, exercise its oversight to ensure that the exercise of power is not exceeded, that correct processes are adhered to and that outcomes are just.

15. The courts have unfettered powers to interpret the Constitution, to construe laws, and to declare any law or administrative action that is inconsistent with the Constitution to be void. We seem to have forgotten that the judiciary can be a powerful and constructive force in nation building. For laws, once enacted, are sterile unless they are properly interpreted. The courts have the responsibility for ensuring precisely this. Preserving and protecting the Constitution require judicial courage. Judges need to display the necessary courage when interpreting our supreme law, the Constitution.

16. Second, an important feature of a judicial renaissance is that only men and women of thehighest integrity and intellect are elevated . The appointment of Tan Sri Malek as President of the Court of Appeal in 2004 was a step in the right direction and, as observed by the President of the Malaysian Bar Council, Ms Ambiga Sreenevasan, a "much needed shot in the arm for the judiciary". The many tributes bestowed at his untimely passing are proof of the high regard in which he was held. I know there are many men and women of integrity and intellect present here this morning who have dedicated their lives in upholding the sanctity of the law and in dispensing justice without fear or favour. Some of you have gone through difficult times. You have discharged your duties with great dignity and pride. For this I join the many others in saluting you for your dedication and commitment. You have done this nation proud. Your continued contribution and service gives great hope and impetus for the future of the judiciary.

17. Third, it may also be an opportune time to review the way judicial appointments and promotions are made. The many calls for a more transparent mechanism, one that is in line with other developed countries, should be given serious attention. There is merit in the suggestion for the establishment of a Judicial Commission that will make recommendations to the Prime Minister who, in turn, consults the Conference of Rulers. On the latter point, I am happy to note that in recent years, there has been a greater willingness on the part of the Prime Minister to consult the Conference of Rulers in a meaningful way. This is very much in keeping with the spirit of the Constitution and, I believe, leads to the building up of further confidence in the judiciary.

18. Fourth, it may also be the right time for the Federal Court to take a less restrictive approach in reviewing judicial decisions that manifestly involved miscarriage of justice. There is no denying that some decisions of the apex court in recent years have caused great concern to the legal profession, businesses and the public at large. We should not allow these decisions to remain in our annals. I am aware that the principle of finality of decisions is vital in any judicial system. Litigants are entitled to arrange their affairs in the sure knowledge that there is an end to their litigation upon decision of the final appellate court. But justice must be the overriding objective. The attainment of justice and the rectification of gross injustice is the raison d'etre of any civilised legal and judicial system. I am confident that in a judicial renaissance the proper balance between finality and justice will be maintained by His Majesty's judges.

19. Fifth, it may also be the time to introduce mechanisms so as to facilitate the acquisition of knowledge by judges to meet the growing global challenges in specialised and new areas of the law such as Internet and Information Technology, Maritime and Arbitration, and in the more traditional subjects like Constitutional Law and Human Rights. The importance of continuing legal and judicial training cannot be over-emphasised.

20. Sixth the establishment of a commercial court with specially trained judges may be an area worth considering. As an example of how seriously this matters in today's world, consider the case of Dubai. The civil and commercial court at the Dubai International Financial Centre has been in operation since 2004. Early this year, six new appointments of illustrious international judges were made to give it further standing and credibility. Sir Anthony Evans was selected to be the Chief Justice, alongside five others. Among them was Malaysia's own Tan Sri Siti Norma. In addition to being the only Southeast Asian, she is also the first female judge in the United Arab Emirates. She is another clear example of Malaysia's ability to produce judges of world-class ability and reputation.

21. Similarly, this year, the government of Qatar appointed Lord Woolf, former Chief Justice of England and Wales, as President of its Financial Centre's civil and commercial court. At the same time, it selected another eminent Briton, William Blair QC, as Chairman of the Regulatory Tribunal. It further appointed eight other distinguished international jurists and lawyers to serve in both these institutions. Qatar's rationale was simple: International financial and commercial organizations must be satisfied that the financial centre upholds the rule of law.

Honourable judges:

22. Jurists like yourselves are the real soul of any legal system. You are its true substance and the rest are mere decoration. We should never mistake form for substance. Some of the most tyrannical regimes have complex laws, batteries of judges and lawyers and palaces of justice, complete with grand regalia and ceremonies. These are all mere symbols meant to give a thin veneer of legitimacy to illegitimate and unjust practices. They say absolutely nothing about the substance and quality of the justice that is meted out. Laws can be made that institutionalise prejudice and biasness. Courts can make decisions that violate the very principle of natural justice.

23. Of course any problem can be 'solved' in the abstract. While we relentlessly pursue the ideal of justice, we must inoculate ourselves with heavy doses of realism. We must be aware that efforts to compromise legal principles and undermine judicial independence and authority are virtually universal. There is a perpetual contest between the political executive and the courts everywhere. There is constantly a threat of business interests tipping the scales of justice in their favour. Our efforts cannot therefore be partial and half-hearted. They cannot last mere months or even a handful of years. No matter how great the legal institutions we build, once we stop maintaining them, the surrounding jungle of abuse will start to reclaim them.

24. The rule of law, the independence of the judiciary, and the separation of powers are features of our judicial system that we must constantly and tirelessly struggle to uphold. Even in England, the birthplace of the law that Commonwealth countries practice, measures are still being undertaken after more than nine hundred years to improve the autonomy, competence and transparency of the judiciary. We cannot be faulted for not having a perfect legal system for no country can make that claim. We can, however, be faulted for want of trying. The judicial renaissance that is emerging must therefore not be allowed to roll back. We must constantly fuel the engines of this renaissance.

25. Change is never easy. Resistance must always be assumed. The inertia of the status quo is very strong and this is especially true when the situation is serious and the changes required are huge. There will be the ever-present temptation to undertake just incremental and cosmetic modifications. We need to recognise that these are not sufficient for the judicial revitalisation and renewal that this country needs and deserves.

26. I mentioned at the outset that as recent events continue to unfold, the degree of political contestation in this country will increase. Some will be for the better and some, where it leads to conflict, will be for the worse. Whatever the case, this is the system that we chose for ourselves five decades ago and which has proven and performed with distinction in the past. In the current environment, the opinion and decisions of men and women of reason, wisdom and balance in all spheres of life will be in even greater demand than before. This is especially true of the courts of law.

27. If the judiciary is filled with the highest calibre of men and women that this nation has to offer, not only in terms of ability but also values, there is nothing to fear. We must never fear truth, knowledge and wisdom. We should always fear their opposites. I therefore urge you to press on. May the judicial renaissance grow and flourish under your careful hands and watchful eyes.

28. Semoga Persidangan ini dapat berlangsung dalam suasana berterus-terang berlandaskan semangat mahu membina imej dan perkhidmatan kehakiman yang berintegriti tinggi, agar para hakim dan mahkamah di Negara ini mendapat kepercayaan rakyat jelata serta dihormati diperingkat antarabangsa.

Read More “ROYAL ADDRESS @ CONFERENCE OF M'SIAN JUDGES”  »»

ZON BEBAS PELABUHAN KLANG: LPK-KPM- KOPERASI PULAU INDAH-KUALA DIMENSI SDN BHD

PKFZ: Kit Siang minta Ong Tee Kiat jawab

Azamin Amin
Wed | Apr 09, 08 | 3:55:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP), Lim Kit Siang menyambut baik kesediaan Menteri Pengangkutan yang baru, Dato' Ong Tee Kiat untuk membentangkan laporan penuh berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas menteri sebelumnya "lari" daripada menjawabnya di sidang Dewan Rakyat yang lalu.

Namun beliau mengemukakan beberapa persoalan berkaitan skandal PKFZ yang memerlukan jawapan dari Ong antaranya tentang kebenaran Lembaga Pelabuhan Klang dan Kementerian Pengangkutan meneruskan pembelian 1,000 ekar tanah di Pulau Indah walaupun dibantah keras oleh Pejabat Peguam Negara dan Perbendaharaan.

"Ia dibeli pada harga RM25 kaki persegi sedangkan Pejabat Peguam Negara memperakuikan tanah tersebut dibeli pada harga RM10 kaki persegi," katanya.

Selain itu menurut Lim, kabinet meluluskan projek tersebut dengan dua syarat iaitu jaminan khusus Menteri Pengangkutan bahawa PKFZ menguntungkan dan menjana sumber kewangan sendiri dan keduanya, tidak menggunakan wang kerajaan.

"Syarat pertama telah dilanggari apabila kos projek PKFZ melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM4.6 bilion dan memerlukan campurtangan kerajaan untuk menyelamatkannya.

"Manakala syarat kedua juga dilanggari apabila kos asal pembangunan PKFZ sebanyak RM400 juta, melonjak kepada RM2.8 bilion tanpa kelulusan kabinet terlebih dahulu" kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Di samping itu, kata Lim, Menteri Pengangkutan yang lalu telah mengeluarkan empat surat sokongan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) kontraktor PKFZ untuk mengeluarkan bon bernilai RM4 bilion, yang diterima oleh pasaran sebagai dijamin oleh kerajaan.

Lim juga mahu Ong memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil terhadap dua Menteri Pengangkutan sebelum ini, serta pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan empat surat sokongan tersebut, sehingga mengheret kerajaan terbabit sama dalam skandal PKFZ.

"Saya akan sekali lagi mendesak kerajan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal menyelamatkan PKFZ yang membabitkan RM4.6 bilion dan minta dijawab dalam mesyuarat pertama Parlimen ke-12, mulai 28 April depan,"tegas Lim. - mks

Read More “ZON BEBAS PELABUHAN KLANG: LPK-KPM- KOPERASI PULAU INDAH-KUALA DIMENSI SDN BHD”  »»

?UNDI ROSAK PUNCA BN KALAH DI 5 NEGERI

Sabotaj kertas undi sebabkan BN kalah

KUALA LUMPUR 8 April – Bilangan besar undi rosak yang dicatat di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dipercayai menyumbang kepada kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN).

Analisis terhadap jumlah kertas undi rosak yang dikesan di kawasan terbabit didapati melebihi majoriti yang diperoleh calon parti pembangkang yang menang.

Ia menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan pembangkang.

Di Kedah, Parlimen Padang Terap yang dimenangi calon Pas mendapat majoriti sebanyak 369 undi menewaskan calon BN dengan kertas undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 770 undi.

Parlimen Sik yang juga dimenangi calon Pas mencatatkan jumlah undi rosak yang tidak banyak beza dengan majoriti iaitu 505 undi berbanding majoriti 481 undi.

Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas iaitu Bukit Lada pula mencatatkan 395 kertas undi rosak berbanding 208 majoriti manakala Jeneri dan Tanjong Dawai masing-masing mencatatkan jumlah kertas undi rosak sebanyak 251 dan 618 berbanding majoriti 167 dan 79 undi.

Di Perak pula, dua DUN turut dipercayai menjadi mangsa perbuatan merosakkan kertas undi sehingga menyebabkan BN tewas di kawasan itu iaitu di Lubok Merbau dengan 150 undi rosak berbanding hanya 72 majoriti dan Teja yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatatkan 367 kertas undi rosak berbanding 175 majoriti undi sahaja.

Bagi Selangor, Parlimen Hulu Selangor mencatatkan jumlah undi rosak sebanyak 1,466 berbanding majoriti yang dimenangi calon PKR sebanyak 198 undi.

Di Parlimen Kuala Selangor, hanya 32 undi membezakan jumlah undi rosak iaitu 894 dengan majoriti yang memberi kemenangan kepada calon Pas ialah sebanyak 862 undi.

Bagi DUN pula, kawasan yang dimenangi DAP iaitu Sekinchan mencatatkan jumlah undi rosak sebanyak 317 berbanding majoriti kemenangan yang menewaskan calon BN sebanyak 190 undi.

Keadaan sama juga berlaku di DUN Bukit Melawati apabila 484 kertas undi didapati rosak manakala majoriti yang memberi kemenangan kepada calon PKR pula adalah 297 undi.

Di negeri-negeri lain, DUN Ladang, Terengganu yang dimenangi calon Pas mencatatkan 285 undi rosak berbanding hanya 31 majoriti dan DUN Bukit Payung yang turut dimenangi calon Pas mencatatkan 130 kertas undi rosak mengatasi majoriti kemenangan calon yang berjumlah 115.

Parlimen Ketereh di Kelantan merekodkan 900 kertas undi rosak mengatasi 400 undi majoriti kemenangan kepada calon PKR manakala DUN Ampangan, Negeri Sembilan mencatatkan 236 kertas undi rosak mengatasi 165 majoriti kemenangan kepada parti sama.

Parlimen Bakri di Johor menyaksikan jumlah kertas undi rosak paling tinggi iaitu 1,561 mengatasi majoriti yang dimenangi calon DAP berjumlah 722 undi.

DUN Maharani yang dimenangi calon Pas pula mencatatkan 354 kertas undi rosak mengatasi 158 majoriti sementara di Sabah, Parlimen Kota Kinabalu yang dimenangi DAP, merekodkan 326 kertas undi rosak manakala majoriti kemenangan adalah 106 undi.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi calon PKR mencatatkan 357 kertas undi rosak mengatasi 150 majoriti kemenangan.

DUN Simpang Empat di Perlis yang dimenangi Pas merekodkan 82 kertas undi rosak mengatasi majoriti kemenangan hanya sebanyak 53 undi.

Bagaimanapun, tiada kertas undi yang didapati rosak mengatasi majoriti kemenangan calon parti pembangkang di negeri Pahang, Melaka, Sarawak dan Pulau Pinang.

Namun terdapat beberapa kawasan yang mempunyai perbezaan tipis antara kertas undi rosak dan majoriti kemenangan calon pembangkang antaranya di Parlimen Tanah Merah, Kelantan yang mencatatkan 1,064 kertas undi rosak dengan majoriti 1,584 kemenangan kepada PKR.

Di Balik Pulau, 708 majoriti undi yang dimenangi PKR hanya berbeza sedikit sahaja dengan jumlah kertas undi rosak di kawasan itu yang berjumlah 601 manakala Teluk Intan, Perak yang dimenangi DAP pula, kertas undi rosak sebanyak 1,153 hanya diatasi majoriti sebanyak 1,470 undi sahaja.

Read More “?UNDI ROSAK PUNCA BN KALAH DI 5 NEGERI”  »»

PROJEK TERNAKAN DITERUSKAN DEMI KEBAIKAN

Projek diteruskan demi faedah semua pihak (Sumber Sinar harian)

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan ‘Projek Modern Pig Farming’ memandangkan ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar ternakan babi dilakukan di suatu tempat bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan.

Menurutnya, ia juga akan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak kementerian itu termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri sendiri.

“Segala bentuk buangan dari ladang berkenaan akan diguna semula dalam bentuk ‘Biogas’ untuk menjana elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman untuk makanan babi yang diternak.

“Justeru tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang berkenaan dan ini menjamin kebersihan untuk semua pihak termasuk kawasan sekitar,” katanya dalam sidang media selepas pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin di pejabatnya, semalam.

Bagaimanapun pengurusan ladang itu diputuskan kemudian sama ada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri ataupun mana-mana syarikat

Menurut kenyataan akhbar yang disedarikan oleh pejabat Menteri Besar, projek ternakan ini merupakan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari lalu.

Oleh itu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk meneruskan usaha itu dan ia telah diluluskan pada majlis mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan pada awal bulan ini.

Menurutnya, tiada sebarang ladang baru akan dibuka di negeri ini manakala semua ladang yang sedia ada akan dimasukkan ke dalam projek berkenaan.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen.

Read More “PROJEK TERNAKAN DITERUSKAN DEMI KEBAIKAN”  »»

Surat Wakil Setinggan Klang pada malam PRU 12

Surat di bawah merupakan sebahagian daripada surat yang telah diserahkan kepada PAS Selat Klang pada petang 7hb Mac 2008 menceritakan masalah mereka selama ini. Rupa-rupanya penduduk telah diberi pampasan sebelum berpindah tetapi sebahagian wang itu telah dirampas oleh UMNO/BN.

Read More “Surat Wakil Setinggan Klang pada malam PRU 12”  »»

Tanah Kg Sungai Sireh: Statusnya hingga kini

Imej surat yang telah dikeluarkan oleh seorang pegawai Pejabat Daerah/Tanah Klang bertarikh 15 hb Feb 2008 yang ditujukan kepada mantan ADUN Selat Klang. Surat ini dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen dan tiada sebarang salinan (c.c atau s.k) kepada pihak-pihak ketiga.



N.B Para penduduk Kampung Sungai Sireh dan Sungai Sireh Tambahan sudah sekian lama, saya kira sejak lima belas atau dua puluh tahun yang lalu (zaman Onn Ismail) telah dijanjikan dengan sekurang-kurangnya TOL (temporary occupation of land) untuk tanah yang menjadi tapak rumah mereka. Setiap kali menjelang pilihanraya, melalui En Bakar, ketua UMNO berkenaan, ADUN tertentu (Onn Ismail, Arwah Zakaria Md Deros dan Norliza Ahmad) akan membuat ugutan kepada penduduk agar mengundi calon BN/UMNO bagi memastikan grant atau surat hakmilik tanah berada dalam genggaman mereka. Kesannya, setiap kali pilihanraya, petugas PA/BA tidak berpeluang langsung untuk bukan sahaja berceramah di Kg Sg Sireh malah nak pasang poster dan benderapun tak dibenarkan. Saya masih ingat, pada tahun 1999, Polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan. Tak usah cerita pasal kekalahan undi pada kesemua saluran peti undi bagi peti undi Sg Sireh, Kg Keretapi dan Sri Perantau. Begitulah ceritanya pada setiap kali pilihanraya bagi dewan undangan negeri N 45/Selat Klang.

Perkara yang sama telah berlaku pada PRU 12 baru-baru ini. Calon PAS N45 telah kalah di kebanyakan saluran di Kg Sg Sireh Tambahan, Kg Keretapi dan Sri Perantau. Sila rujuk jadual di atas.

Read More “Tanah Kg Sungai Sireh: Statusnya hingga kini”  »»

MPK dan Penduduk Flat Sri Perantau P.Klang

Adun Selat Klang sedang memantau pembayaraan cukai pintu secara ansuran kepada MPK bagi Penghuni Flat Sri Perantau Pelabuhan Klang yang telah dipindahkan dari Rumah Panjang. Flat mereka sedang dalam proses disita oleh MPK. Penduduk tidak puas hati mengenai kadar cukai taksiran pada 9.5% yang tidak munasabah bagi golongan penduduk bekas setinggan di zon kurang maju. ADUN telah membuat rundingan dengan pihak MPK agar kadar dikaji semula dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran.


Read More “MPK dan Penduduk Flat Sri Perantau P.Klang”  »»

SUHAKAM'S SYMPOSIUM ON CHILDREN'S RIGHTS

Educate children on their basic rights
By : Anis Ibrahim

KUALA LUMPUR: Children must be educated on their basic rights not only to protect themselves but also to allow them to develop into thinking adults.

Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) chairman Tan Sri Abu Talib Othman said the exercise of those rights, however, had to be within limitations.

“Children should be given the freedom of expression and the freedom to seek and receive information.

“The freedom to express themselves doesn’t only facilitate thinking, but enables them to voice their problems and frustrations and to (seek help) for any injustices inflicted on them,” Abu Talib said.

In contrast, he added, students tend to suppress their frustrations when freedom of expression is frowned upon.
“They reach a point when problems are expressed in the form of hatred, physical violence or even murder,” he said in his opening address at Suhakam’s ‘Symposium on the Rights of the Child’ yesterday.

Speaking to the Press later, Abu Talib however stressed that children’s rights were subject to Asian rules of decorum.

Asian youths have always been brought up to respect their elders, so the exercise of their rights doesn’t mean that can defy or rebel against their teachers or parents,” he said.

“There are always limitations. Our children cannot totally emulate the west.”

Children, Abu Talib said, also enjoyed the right to the development of their personality, talents and mental and physical abilities as stated in Article 29 in the Convention on the Rights of the Child.

“It is imperative that children with academic excellence be appropriately rewarded but the same recognition should also be given to those with talents in the arts, music and those in the mechanical and technical fields.”

The Education Ministry’s director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said the government recognised the right of every child to education, including disabled and ‘special’ children.

“Specific education programmes have been drawn up not only for children who are eyesight, hearing or physically impaired, but also for children in other categories.

“Children who are dyslexic, autistic or classified as having Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) improve greatly after they are integrated with regular children,” he said in his speech read by his deputy Azizah Abdul Ghani.

Alimuddin called on teachers to be sensitive to the rights of all children.

“Not only will understanding children’s rights benefit their students, it will also protect the teachers in carrying out their duties,” he said.

Read More “SUHAKAM'S SYMPOSIUM ON CHILDREN'S RIGHTS”  »»

PROJEK TERNAK BABI TELAH DILULUSKAN OLEH EXCO KHIR TOYO

Selangor teruskan projek ternak babi

08/04/2008 7:38pm

SHAH ALAM 8 April - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor tetap meneruskan projek ternakan babi moden di negeri itu walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek itu yang akan dilaksanakan di Sepang sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini pada 30 Januari lalu.

Justeru, jelasnya, barisan Exco Selangor yang bermesyuarat Rabu lalu merasakan amat wajar untuk meneruskan projek berkenaan memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.

8888888888888888888888888888888888888888888888888888

Tiga Exco Pas setuju

SHAH ALAM 7 April - Semua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Dua lagi Exco Selangor dari Pas ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Iskandar Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Menurut Dr. Halimah, pihaknya menyokong semua projek yang baik serta menepati piawaian antarabangsa dan keadaan itu berbeza dengan penternakan babi di Melaka yang mencemarkan alam sekitar.

"Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok yang mengesahkan kerajaan Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.

Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat-syarat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu esok.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari dalam nada berbeza menjelaskan, projek penternakan babi itu adalah kesinambungan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sekarang.

Katanya, ketika ini projek itu yang pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar mengusahakan ladang babi sahaja menyertai program penternakan moden berpusat itu.

"Saya diamanahkan untuk mengkaji balik isu ini bagi memastikan semua penternak babi di Selangor terlibat dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di mana-mana kawasan di Selangor," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menemui semua penternak babi di Selangor dan membawa perkara berkenaan ke MTES untuk diluluskan sebelum dibawa ke mesyuarat Exco.

Menurutnya, pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport.

Read More “PROJEK TERNAK BABI TELAH DILULUSKAN OLEH EXCO KHIR TOYO”  »»

RM100 JUTA NILAI LADANG KHINZIR DI SELANGOR

Ulasan: Sebenarnya isu ini belum selesai, masih dalam kajian lagi. Dari itu elakkan kontroversi, tingkatkan prestasi dan produktiviti.

Read More “RM100 JUTA NILAI LADANG KHINZIR DI SELANGOR”  »»

LAKUKANLAH JIKA ANDA TELAH HILANG PERASAAN MALU, BERBANGGA DENGAN MAKSIAT YG DILAKUKAN

Kita semua insan biasa, tidak sunyi dari melakukan dosa dan maksiat kepada Pencipta kita. Yang membezakan orang beriman dengan yang kurang beriman ialah kumpulan pertama melakukan dosa, lantas teringatkan Allah, lalu beristighfar dan memohon ampun, taufik dan hidayah Allah, sekaligus bertaubat (rasa menyesal, berazam tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan lagi dan berusaha menambahkan amalan baik untuk menutupi dosa). Sila rujuk Al Quran 3: 135. Kumpulan pertama juga melakukan dosa kepada Tuhannya secara bersembunyi agar tidak diketahui orang, lantaran ketidakupayaannya melawan godaan hawa nafsu dan syaitan, tidak akan bermegah serta menghebahkan 'aibnya kepada umum. Manakala kumpulan kedua melakukan sebaliknya.

Walau sebesar mana serban dan kopiah di kepala atau selabuh mana jilbab (tudung) yang dipakai, hasutan dan tarikan syaitan untuk menyesatkan kita tetap akan berlaku, malah seperti kita maklum, lagi kuat iman, lagi kuat atau tinggi pangkat iblis dan syaitan laknatullah yang dihantar untuk menggoda kita.

Sebab itulah kita disarankan agar bersahabat dengan orang 'alim (berilmu), orang wara' ( tidak melakukan maksiat), orang soleh/solehah ( banyak melakukan amalan baik), dan bergabung diri atau aktif dalam jemaah (harakah) Islamiah. Arrasul s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "serigala akan membaham kambing yang terkeluar dari kumpulannya" yakni jika kita tidak istiqomah dengan jemaah yang memperjuangkan Islam, kita menyendiri atau tak ikut "usrah" risiko kita untuk hanyut dan tersesat dari Jalan Yang Lurus (Siraatol Mustaqim ) amatlah tinggi.

Hidup di luar negara seperti di UK/Eire, Australia/New Zealand atau USA, di mana persekitaran amat mencabar keimanan pelajar, maka hendaklah pelajar saling nasihat menasihati, berkumpul untuk sembahyang berjemaah, mengadakan majlis ilmu dan zikir/fikir, rehlah (piknik/lawatan) ke tempat bersejarah dalam kumpulan usrah, ziarah menziarahi antara satu sama lain dan sebagainya.

Yakin dan percayalah, hanya terdapat satu cara dan kaedah yang ampuh untuk kekal dalam keimanan di mana jua kita berada, terutama di negara barat, ialah dengan menjadi ahli Jamaah Islam. Kita akan sentiasa diingatkan dengan cara hidup Islam. Terdapat kawan dan teman yang prihatin tentang kita, yang mengajak pada perkara makruf dan yang akan mencegah perkara munkar.

Apa yang berlaku atau realitinya, dek kerana segelintir pelajar-pelajar yang kurang berjaya atau gagal dalam peperiksaan akibat melibatkan diri dengan kumpulan "DAKWAH", maka banyak penaja biasiswa seperti JPA atau MARA tidak menggalakan pelajar-pelajar mereka bergiat aktif hatta menjadi ahli kumpulan dakwah. Memang ada kumpulan dakwah yang keluar jauh dari tempat tinggal mereka dan bercuti dari menghadiri kuliah, tetapi kebanyakan kumpulan dakwah inginkan yang terbaik untuk ahlinya, berjaya dalam bidang akademik, skor CGPA 4.0 atau semua mata pelajaran dapat honours kelas pertama atau high distinction waktu yang sama dapat mengamalkan budaya dan cara hidup Islam, sesuai dengan firman Allah dalam surah al Baqorah ayat 201, "kurniakan kami kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat".

Terdapat juga persatuan dan kelab sosial di luar negara seperti persatuan Melayu, Persatuan pelajar-pelajar Malaysia (MSA-Malaysian Students Association), Kelab UMNO dan sebagainya. Malangnya persatuan-persatuan sosial sebegini tidak mempeduli kehidupan peribadi pelajar (students' private life). "Your private life is your business. Everybody minds his or her own business". YOU NAK TIDUR DENGAN SIAPA, NAK PERGI PUB MANA , NAK MABUK ATAU NAK BUNUH DIRI, ITU YOU PUNYA PASAL. Agenda mereka hanya untuk bertemu, menjamu selera, mengadakan majlis sambutan hari raya atau Maulidur Rasul setahun sekali dan menganjurkan perhimpunan dengan Pimpinan Negara yang berkunjung ke sana.

Wahai Emak Ayah yang ada anak di luar negara seperti Ukraiane/Russia, Germany, France dan seumpamanya, tanya-tanyalah khabar selalu pada anak anda. Minta dan nasihatkan mereka bergabung dengan jemaah Islam. Jangan fikir jemaah Islam itu anti Kerajaan atau anti-establishment. Islam bukan setakat pandai baca Yasin atau berzanji sahaja. Kalaulah di negara sendiri terdapat Aishah, tidak mustahil di Eropah, boleh wujud ramai lagi Aishah-Aishah yang telah hafal banyak surah-surah Al Quran tetapi cetek ilmu aqidah, syariah dan akhlak. Wallahu'alam.

Sila rujuk posting "Penyakit Berjangkit di Malaysia bertarikh 4/2/08 dan "Ratu hadhari's Fatwa:Sounds Familiar dated 4/3/08.

Read More “LAKUKANLAH JIKA ANDA TELAH HILANG PERASAAN MALU, BERBANGGA DENGAN MAKSIAT YG DILAKUKAN”  »»

KUNJUNGAN HORMAT KM PENANG

Isnin 7 April 2008 | 30 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah

Khalid terima kunjungan hormat Guan Eng
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Apr 07, 08 | 5:48:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 April (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di Shah Alam.

ImageTurut hadir dalam pertemuan itu ialah, Veteran DAP, Lim Kit Siang; Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor antaranya Dr Halimah Ali; Teresa Kok Suih Sim; Ronnie Liu; Yaakob Sapari; Rodziah Ismail dan Dr Xavier Jayakumar.

Pertemuan itu antara lain membincangkan tentang hubungan dua hala antara dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat itu terutama dalam hal pembangunan dan kepentingan rakyat.

Menteri Besar Selangor yang bercakap dalam sidang medianya selepas pertemuan itu berkata, beliau menyambut baik kehadiran Guan Eng sekaligus mencetus semangat toleransi antara dua negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini Selangor sendiri mengharapkan Pulau Pinang boleh memberi pandangan dan nasihat bagaimana pengurusan air yang dibuat syarikat pengurusan air negeri itu.

Ini kerana bagi Khalid, Pulau Pinang adalah antara negeri yang berjaya menguruskan air dengan kos yang rendah berbanding negeri-negeri lain.

Selain itu dalam pertemuan itu juga kedua-dua pemimpin utama kerajaan negeri itu turut menyentuh aspek pendidikan kerana dua negeri ini memiliki tahap pendidikan yang agak baik.

Guan Eng dan Khalid juga turut membincangkan soal kerjasama membangunkan industri dan pelaburan dalam serta luar negara yang mana kedua-dua negeri ini saling mendapat keuntungan dalam kerjasama yang mungkin akan dilaksanakan kelak.

Kedua-dua pemimpin ini menyatakan komitmen membangunkan negeri dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara asas pembangunan.

Selangor dan Pulau Pinang yang memiliki kemajuan yang hampir sama tahapnya akan ditadbir dengan penuh amanah dan kejujuran, janji Guan Eng dan Khalid.

ImageSementara itu Khalid turut ditanya mengenai isu penternakan khinzir di Selangor, namun beliau enggan mengulas berhubung perkara itu.

Dalam hal berkaitan penternakan Khinzir itu, Dr Halimah Ali (PAS) pula berpendirian Islam tidak pernah melarang penternakan khinzir di kalangan bukan Islam.

"Tak ada apa masalah, ini hak kepada bukan Islam.Cuma timbul masalah sentimen di kalangan Melayu seolah-olah babi lebih berat dari masalah rasuah, jenayah dan sebagainya, padahal bagi orang Islam khinzir tak boleh makan (haram) sahaja,"katanya.

Sementara itu maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memberitahu bahawa esok Menteri Besar akan menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di pejabatnya di Shah Alam.

Pertemuan itu dijangka akan diadakan pada jam 3.00 petang.

Read More “KUNJUNGAN HORMAT KM PENANG”  »»

DATUK NIK AZIZ DAN KARPAL SINGH

Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam

06/04/2008 1:33pm

KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.

Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

"Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.

— BERNAMA

Read More “DATUK NIK AZIZ DAN KARPAL SINGH”  »»

MELAYU MUDAH LUPA: SENDIRI BIKIN SENDIRI HEBOH

Saya tidak ada niat jadi Presiden Umno atau Perdana Menteri, kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: "Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai ahli Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri, beliau akan hanya bersuara apabila diundang menghadiri sesuatu majlis untuk berucap, dan "tidak akan menjalankan kempen bersendirian" untuk menyuarakan pendapatnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis "Fikir-Fikir bersama Mahathir" anjuran Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita sehingga bila beliau akan terus menyuarakan apa yang difikirnya perlu ditegur.

Ditanya perlunya Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bercakap secara beradap mengenai isu Umno, beliau berkata: "Saya akan berhenti, saya akan berhenti. Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini."

Dr Mahathir turut berkata pada zaman beliau memerintah beliau tidak pernah menyekat sesiapa untuk menyuarakan pendapat mereka malah semasa beliau dicabar Tengku Razaleigh bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu pada tahun 1987, telah memberikan kebebasan kepada Tengku Razaleigh bersama pasukannya yang mencabar pelbagai jawatan dalam parti itu, termasuk Tun Musa Hitam yang pada masa itu mencabar timbalannya Tun Ghafar Baba.

Beliau juga berkata cadangannya supaya peraturan undi bonus bagi pertandingan jawatan dalam parti pada Disember depan dihapuskan adalah juga bagi mengelakkan politik wang dan tekanan daripada pihak tertentu.

"Kita nak calon tak beli undi sebab nak jadi calon (bagi merebut jawatan dalam Umno). Sebab untuk jadi calon seseorang itu kena dapat 60 bahagian," katanya. - Bernama

Read More “MELAYU MUDAH LUPA: SENDIRI BIKIN SENDIRI HEBOH”  »»

SIAPA AHLI PARTI SABOTAJ BN ? SPR KOT

Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli Umno yang sabotaj BN pada pilihan raya umum lepas


KUALA LUMPUR: Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli Umno yang mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) di 14 kawasan Parlimen yang gagal dipertahankan dan menafikan BN daripada memperoleh kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya umum lepas, kata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berdasarkan analisis parti, beberapa kerusi itu merupakan kawasan putih atau selamat yang sepatutnya dimenangi dan sekali gus memberi kemenangan dua pertiga kepada BN.

Katanya BN juga mengalami kekalahan di negeri Kedah dan Perak di tangan gabungan parti pembangkang akibat sabotaj dalaman di 22 kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai selamat.


"Jika tiada masalah ditimbulkan (oleh ahli Umno) di dalam negeri-negeri berkenaan, 14 kawasan Parlimen dan 22 kerusi DUN yang dikenal pasti selamat, kita sepatutnya menang lebih dua pertiga, tidak hilang Kedah dan Perak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Abdullah ketika ditanya mengapa ada anggota sanggup mensabotaj calon daripada parti sendiri sehingga mengakibatkan BN gagal memperoleh kemenangan dua pertiga, enggan mengulas lanjut.

Abdullah berkata beliau tidak perlu menyatakan sebab-sebab anggota terbabit bertindak demikian pada masa ini, sebaliknya akan memberi maklumat yang diperlukan kepada Jawatankuasa Disiplin Umno untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Perbuatan mereka amat dikesali," kata beliau sambil menegaskan bahawa kemenangan BN pada pilihan raya umum lepas (dengan memperoleh 140 daripada 222 kerusi Parlimen) menunjukkan bahawa rakyat masih mahu beliau dan BN meneruskan usaha membangunkan negara.

Merujuk kepada prestasi BN pada keseluruhannya pada pilihan raya umum lepas Abdullah berkata beliau menganggapnya sebagai tanda rakyat mengingatkan kerajaan bahawa apa yang dilakukan setakat ini belum mencukupi.

"Oleh demikian, kita akan memperkukuhkan semula parti dan memperbaiki lagi pemerintahan," kata beliau sambil mengulangi: "Saya tidak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan."

Abdullah yang sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan dan Umno, berkata perkara itu merupakan antara inti pati penerangan beliau kepada jentera penerangan parti pada majlis penerangan tersebut dan beliau mahu mereka menyampaikan mesej ini ke peringkat akar umbi parti.

Abdullah berkata beliau juga menimbulkan pada majlis itu, yang berlangsung lebih dua jam, pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan beliau.

"Ada pihak mendakwa kononnya tiada kebebasan (dalam parti dan kerajaan) dan semua orang takut untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Tapi ada pula kata saya ini lembik, kenapa pula mereka takut (pada orang lembik)?" kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa kononnya menantu lelaki beliau Khairy Jamaluddin merupakan orang yang 'menentukan segala-galanya' dilakukan oleh mereka yang suka membuat tuduhan tanpa batasan dan bersikap 'terus menghentam' sahaja.

Katanya, bagaimanapun beliau mendapati anggota-anggota Umno sudah mulai berani bersuara memberi pandangan terhadap pihak-pihak yang melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap parti dan kepimpinan kerajaan.

Abdullah berkata rakyat sebenarnya tidak dapat menerima anggota Umno terus bersengketa sesama mereka dan mahu parti itu meneruskan usaha-usaha untuk menjayakan apa yang telah dijanjikan kepada mereka semasa pilihan raya secepat mungkin. - Bernama

Read More “SIAPA AHLI PARTI SABOTAJ BN ? SPR KOT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com