Pray For MH370

Pray For MH370

BUKTI TAKTIK KOTOR UMNO-BN SELAMA INI......SILA KAJI,FIKIR,BERTINDAK

Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Read More “BUKTI TAKTIK KOTOR UMNO-BN SELAMA INI......SILA KAJI,FIKIR,BERTINDAK”  »»

Selangor Hub Ilmuwan, Bandar Baru Bangi jadi perintis


ADUN Bangi bertungkus menjayakan hasratnya mahu menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ILMU.Selepas 3 tahun mengumpul bahan dan mengadakan pelbagai aktiviti dan mencetus minat penduduk Bangi yang majoritinya warga Institusi Pendidikan Tinggi, beliau membawa teamnya berjumpa EXCO PENDIDIKAN SELANGOR untuk menunjuk manuskrip asal serta proposal untuk buku yang mahu diterbitkan sebagai dokumentasi proses menjadikan BANDAR BARU BANGI sebuah bandar ilmu.

Read More “Selangor Hub Ilmuwan, Bandar Baru Bangi jadi perintis”  »»

APA DIA NEGARA KEBAJIKAN YANG mahu dibawa PAS?

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.

Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.

“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.

Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.

Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.

“Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.

Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.

Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.

Read More “APA DIA NEGARA KEBAJIKAN YANG mahu dibawa PAS?”  »»

ADUN SELAT KLANG bersama jemaah tarawikh surau al FALAH Kpg Sg Sireh




SURAU NURUL FALAH
KPG SG SIREH.

YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN SELAT KLANG meneruskan jelajah kawasannya bertemu dengan rakyat seperti yang saban tahun beliau lakukan selama satu dekad.Bulan Ramadhan akan diisi dengan jelajah solat isya' dan tarawikh masjid dan surau di seluruh kawasan DUN SELAT KLANG.Yang beza tiga tahun kebelakangan ini sejak menjadi EXCO Kerajaan Selangor beliau juga perlu bersama program DYMM Sultan Selangor turun padang ke masjid-masjid selain program YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Pemerhatian sendiri oleh ADUN Selat Klang dan ramai juga yang perasan bahawa jemaah ke masjid surau meningkat sekurang-kurangnya 100%.Beliau juga amat berbesar hati kerana diantara yang memenuhi ruang masjid dan surau adalah dari kalangan remaja belia.Ini petanda baik timbul kesedaran baru peri pentingnya golongan ini terpaut hati ke pusat pembangunan ummah yakni institusi masjid/surau.
Beliau sentiasa menekan konsep pembangunan ummah yang perlu dirancang dengan teliti dan menjadi paksi tumpuan AJK MASJID/SURAU.

Read More “ADUN SELAT KLANG bersama jemaah tarawikh surau al FALAH Kpg Sg Sireh”  »»

Pengabdian kepada Pencipta sumber kekuatan luar biasa

Read More “Pengabdian kepada Pencipta sumber kekuatan luar biasa”  »»

ADUN SELAT KLANG SUMBANG MARATHON ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TELOK PULAI





Pasar pagi Telok Pulai Klang
YB Dr Hjh Halimah selaku ADUN SELAT KLANG turun padang berjumpa peniaga dan orang ramai di pasar pagi Telok Pulai seawal 8pagi.Beliau bersama Muslimat PAS Selat Klang mengedar Selangor Times, Selangorkini kepada orang ramai.
Kemudian beliau menyerah cek berjumlah RM10 ribu untuk program MARATHON dalam majlis ringkas.
Persatuan Penduduk Telok Pulai gigih mencari sponsor untuk anjurkan larian marathon sekitar Selat Klang dan Kota Alam Shah

Read More “ADUN SELAT KLANG SUMBANG MARATHON ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TELOK PULAI”  »»

DYMM SULTAN SELANGOR rasmi Masjid UNISEL


8.7.11
Isnin
Bestari Jaya, Kuala Selangor

DYMM Sultan Selangor berkenan mencemar duli merasmikan masjid UNISEL dan menyampaikan sumbangan pelajar asnaf Unisel dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.
Turut hadir,YAB Menteri Besar Selangor, EXCO Pendidikan Tinggi, YB Dr Hjh Halimah Ali.Dr Yakop, Menteri Pertanian,Pengarah JAIS,MAIS, Pemangku Naib Canselor Prof Dr Anuar Ahmad, semua TNC, Dekan-dekan dan ahli lembaga UNISEL serta pelajar antarabangsa UNISEL,Ketua-ketua jabatan dan pensyarah.

Read More “DYMM SULTAN SELANGOR rasmi Masjid UNISEL”  »»

BN main mercun supaya rakyat lupa isu pengundi IMPORT yangboleh menggugat kestabilan negara!!

Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.

“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.

Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.

Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.

Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.

“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.

Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.

“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.

Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.

Read More “BN main mercun supaya rakyat lupa isu pengundi IMPORT yangboleh menggugat kestabilan negara!!”  »»

Kerajaan Selangor tidak mahu bakat pimpinan pelajar SAR tenggelam kerana di'second class'kan oleh BN


Kerajaan Selangor mahu potensi pimpinan pelajar di sekolah agama rakyat digilap dan diserlahkan.Bahkan intan permata ini perlu berkilau dan menerangi sekeliling mereka.Inilah objektif kursus SPIES Kepimpinan pelajar diadakan untuk pimpinan pelajar di beberapa SEKOLAH MENENGAH AGAMA Selangor.
Mereka didedahkan erti hidup,hakikat diri mereka,kaitan roh,jasad dan akal mereka dan diperkenalkan cara untuk memaksimakan fungsi kesemuanya supaya mampu menguasai dan mengendali emosi hingga berjaya hidup bermasyarakat secara efektif dan mampu menjadi khalifah fil ard.
Konsep SPIES ini diharapkan mampu melahirkan khaira ummah kelak sekiranya ditumpukan perhatian kepada SIRI PROGRAM TINGKAT DIRI dalam pembangunan S(spiritual)P(physical)I(intelek)E(emosi)S(sosial)

Read More “Kerajaan Selangor tidak mahu bakat pimpinan pelajar SAR tenggelam kerana di'second class'kan oleh BN”  »»

Best...especially untuk puasa

Read More “Best...especially untuk puasa”  »»

EXCO Pendidikan ganti MB rasmi program IHYA'RAMADHAN MPSJ




MASJID AS SALAM PUCHONG
JUMAAT 5.7.11

Majlis Ihya'Ramadhan Masjid As Salam Puchong jelas meriah dengan sambutan yang dihadiri oleh 200 Pelajar IPT daripada UNISEL,KUIS, MASTERSKILL dan lain-lain IPT,PeBT, warga marhaen serta anak yatim dan ahli qariah masjid.Dihos sekali oleh MPSJ dan masjid As Salam.
Penyampaian sumbangan duit raya untuk anak yatim dan warga marhaen selepas ucapan perasmian oleh YB Dr Hjh Halimah Ali.
Ucapan khas ekslusif bersama mahasiswa-mahasiswi juga diadakan selaku EXCO Pendidikan selepas solat maghrib.

Read More “EXCO Pendidikan ganti MB rasmi program IHYA'RAMADHAN MPSJ”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com