Pray For MH370

Pray For MH370

KATA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Klang pada 12hb Jun 2008, buat pertama kalinya suatu perbincangan telah diadakan di antara wakil-wakil penduduk Flat Sri Perantau Pelabuhan Klang dengan PKNS, MPK, Syarikat Pengurusan Rimbun Kukuh dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Majlis telah dipengerusikan oleh ADUN Selat Klang. Banyak isu telah dibancangkan berkaitan dengan pengurusan Flat Sri Perantau.





Laporan Pemberita Saudara Affaizul Majid dari Sinar Harian seperti di bawah.

Read More “KATA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”  »»

TUNTUT REBAT PETROL JANGAN TAK TUNTUT

Cartalir di bawah diambil dari Berita Harian bertarikh 13hb Jun 2008 yang menunjukkan syarat kelayakan untuk menuntut rebat tunai akibat kenaikan harga petrol dan diesel dan prosedur membuat tuntutan. Tuntutan boleh dibuat di semua pejabat Pos (683 Jumlahnya) yang dilengkapkan dengan sistem komputer bersepadu kecuali di tiga tempat iaitu Pulau Carey di Selangor, Bukit Bendera di Pulau Pinang dan Changkat Jering di Perak.

Read More “TUNTUT REBAT PETROL JANGAN TAK TUNTUT”  »»

CADANGAN LALUAN ALTERNATIF SEKITAR BANDAR KLANG

Laluan Alternatif di bandar Klang bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang agak teruk. Laluan berwarna merah ialah laluan yang harus dielakkan, manakala laluan berwarna hijau merupakan laluan yng dicadangkan. Namun jika semua orang menggunakan laluan alternatif pada waktu yang sama, sesak juga akhirnya. Sekalung tahniah dan terima kasih pada Pihak Polis Trafik Klang kerana membantu mengurangkan kesesakan di laluan utama dan di persimpangan yang sesak seperti di hadapan Masjid Bukit Jati Jln Sg Jati (Uganda) dan Jln Kota Raja, Simpang Empat Jln Kota Raja (Kg Jawa ) dan Jln Raja Nong dan lain-lain.






Kelihatan aktiviti pembinaan di kawasan antara Plaza MPK, BANGUNAN CHI LIUNG, SHAW CENTER POINT, JAMBATAN KOTA DAN BULATAN 100.


Read More “CADANGAN LALUAN ALTERNATIF SEKITAR BANDAR KLANG”  »»

Aktiviti Exco pada malam 13/06/08: Ceramah Umum bersama Naib Presiden di DUN Sg Air Tawar

Bertempat di Dataran Sepak Takraw Simpang Empat BNO, Sabak Bernam Selangor, pada malam 13hb Jun 2008 telah diadakan suatu ceramah umum anjuran DUN Sg Air Tawar di mana Naib Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu dan Exco Pendidikan telah dijemput untuk berceramah tentang isu semasa. Foto Kelong BNO

Hadhirat yang telah berkesempatan datang ke ceramah.
Sebahagian dari Muslimin yang hadhir.


Read More “Aktiviti Exco pada malam 13/06/08: Ceramah Umum bersama Naib Presiden di DUN Sg Air Tawar”  »»

SENARAI HARGA BARANG KEPERLUAN DI BANDAR UTAMA MALAYSIA 10/06/08-13/06/08

Di bawah adalah senarai harga barangan utama di bandar besar negara kita hasil kajian Berita Harian dan Utusan Malaysia dari 8hb Jun hingga 13hb Jun 2008. Yang pasti, kajian ini
menunjukkan bahawa harga barangan tertentu mulai naik mendadak impak dari kenaikan harga
petrol dan diesel. Inilah masanya para peniaga akan mengambil peluang menaikkan harga jualan
barangan mereka. Dan, inilah masanya majikan yang tidak bertanggung jawab akan mencari
alasan untuk memotong gaji atau membuang pekerja mereka. Atas nama "COST CUTTING", "DOWNSIZING", "AUSTERITY DRIVE" dan lain alasan, pekerja akan teraniya. Siapa yang memulakannya?



Harga sayur, ikan dan daging di bandar utama negara pada 8hb Jun 2008.

Harga barangan berupa ikan, sayur dan daging pada 10 dan 11hb Jun 2008.
harga barangan utama pada 12 dan 13hb Jun 2008.

U Tube memaparkan ramalan harga barang naik konsisten dengan BN=barang naik

Read More “SENARAI HARGA BARANG KEPERLUAN DI BANDAR UTAMA MALAYSIA 10/06/08-13/06/08”  »»

FAKULTI KOMUNIKASI & MEDIA UNISEL SERAH DERMA MANGSA MALAPETAKA CHINA DAN MYANMAR

Read More “FAKULTI KOMUNIKASI & MEDIA UNISEL SERAH DERMA MANGSA MALAPETAKA CHINA DAN MYANMAR”  »»

SANUSI JUNID DIWAWANCARA OLEH HARAKAH

Antara ramai-ramai bekas pemimpin dan ahli UMNO yang bersikap terbuka, cinta ilmu pengetahuan dan kurang "ego" ialah Tan Sri Sanusi Junid.

Petikan "Kata-kata Hikmah" Sanusi semasa diwawancara Harakah:

"Kena dengar di kampung, Kemas kata apa, polis kata apa, military kata apa, pegawai kerajaan kata apa"

" Sebabnya orang beranggapan Tingkat 4 itu genius dan cerdik, lulusan Oxford, Cambridge dan Harvard"

"Dalam hidup kita mesti pentingkan prinsip. Saya tengok orang Melayu banyak rosak sebab kita pentingkan kawan daripada menyokong prinsip"

"Insya-Allah (masuk balik UMNO) tetapi tidaklah automatik. Masuk kembali Umno kita kena minta. Saya tidak ada hak, itu terserah pimpinan baru"


Umno pupus tahun 2013 - Sanusi





Ahmad Lutfi Othman & Azamin Amin
Sun | Jun 01, 08 | 6:26:44 am MYT



Tan Sri Sanusi Junid memang dikenali suka berterus-terang. Walaupun sudah bersara dari politik, bekas Naib Presiden Umno ini turut mencipta kejutan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila mengsiytihar turut keluar Umno.

Beliau tidak ragu-ragu menjangkakan Umno akan hilang kuasa sepenuhnya dalam pilihan raya akan datang jika langkah pemulihan tidak dilaksanakan sebaiknya, yakni dengan memastikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Beliau tidak mengambil masa lama untuk bersetuju diwawancara Harakah. Petang Ahad, 25 Mei lalu, di kediamannya, Bangsar, Sanusi berbicara panjang bersama Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Azamin Amin. Berikut adalah sedutan wawancara berkenaan.

Harakah: Ramai tahu sebab Tun Dr Mahathir MOhamad keluar Umno. Apa pula hujah Tan Sri mengikut jejak Dr Mahathir, apakah sama atau ada alasan lain?

ImageSanusi Junid: Sama alasan dengan Mahathir dan ada alasan saya sendiri. Tetapi saya lihat seperti Mahathir lihat, Umno sekarang ini bukan macam Umno yang dulu. Umno yang ditubuhkan pada 1946 dan batal pada 1987 kemudian dihidupkan balik adalah Umno yang sama, tetapi Umno hari ini banyak berubah.

Umno dulu perjuangkan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Sekarang kita lihat Islam agama rasmi, tetapi diperkenalkan pula Islam Hadhari. Apa pentingnya Islam Hadhari? Salah satu sebab undi lari dari Umno ialah konsep Islam Hadhari itu, walaupun berjuta ringgit dihabiskan untuknya. Begitu juga dengan kedudukan bahasa Melayu yang semacam terhalang.

Dulu tidak pernah ada orang berani mencabar atau mengkritik hak istimewa orang Melayu yang tercatit dalam Perlembagaan. Ia bukan bermaksud menekan orang bukan Melayu. Ini sekadar melibatkan biasiswa, lesen dan tanah. Daripada inilah yang boleh kita buat macam-macam projek seperti Felda dan Felcra. Dengan hak ini juga kita beri biasiswa dan selari dengan Islam kita wujudkan pula Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Malah kewujudan UIA adalah ciptaan yang paling hebat dalam konteks dunia Islam.

Dulu orang tidak berani persoal raja-raja. Kita kalau nak lantik Menteri Besar, kita beri gambaran dahulu kepada raja. Macam Sultan Johor yang sudah tahu siapa akan jadi MB sebelum pilihan Raya, tetapi kenapa tidak kepada raja di Terengganu dan Perlis? Bila kita sendiri tak hormat raja, orang lain pun akan ikut sama.

Banyak yang keliru dalam Umno?

Ya, banyak perkara yang nampak keliru dan tak jelas sekarang. Yang tak faham khususnya generasi muda dalam Umno, kerana tidak ada pendidikan tentang itu. Dulu ada seminar, misalnya saya mengikuti Persidangan Pemuda Umno Kebangsaan di Morib pada 1965, dibentangkan kertas-kertas kerja dan kita dapat tahu darinya.

Ada dua golongan ahli Umno yang tidak bertambah ilmu walaupun dia seorang pandai. Pertama kaum wanita yang kerjanya menghidangkan makanan. Orang sibuk kursus atau berseminar, mereka sibuk dengan masakan. Kalau kita tanya, ada tidak pergi seminar, mereka jawab ada. Tapi mereka ini tak tau apa berlaku dalam Umno.

Kedua, golongan yang masuk dalam Umno, ada lantikan daripada atas. Dia dipilih mungkin sebab keluarga dan lepas dipilih, terus ke pangkat besar. Sekarang ada menteri Umno bagi komen, Umno haram kerana Mahathir. Kedua, Operasi Lalang pun sebab Mahahtir.

Pemecatan Tun Salleh kerana Mahathir. Ini subjek yang cukup popular. Nampaknya orang yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada negara dan parti tidak faham hal ini.

Abdullah pun keliru juga nampaknya?

Saya ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet, malah Dato' Seri Abdullah juga ada. Apa alasan dia boleh kata Mahathir yang suruh tangkap Operasi Lalang. Tak suruh pun, itu kerja polis. Pemecatan Tun Salleh ditentukan oleh tribunal; jika perlu minta maaf, tribunallah minta maaf bukannya kerajaan.

Sekarang banyak perkara aneh. Macam kes ketuk-ketampi yang didakwa babitkan perempuan China. Terus kita hantar menteri ke negara itu untuk minta maaf. Rupanya perempuan Melayu. Ooo ... kalau perempuan Melayu tak payah minta maaflah ya?

ImageBaru-baru ini isu keluar keris. Mana ada orang Cina takut keris Melayu ini. Keris tak ada kuasa apa-apa. Ia hanya simbol.

Orang Cina tak suruh minta maaf pun. Tetapi yang kita pergi minta maaf itu buat apa ? Di mana kewibawaan kita dan kekuatan jiwa pemimpin Umno.

Saya rasa aneh. Sebagai menteri yang cukup lama dalam Kabinet dan bekas Setiausaha Agung Umno, bolehkah saya duduk di situ, walhal saya tahu apa yang jadi dan melihat Dr Mahathir dikata orang?

Kata pada Dr Mahathir pun dengan cara di luar tertib dan adab Melayu. Sedangkan Mahathir pernah melantik orang-orang ini yang terdiri daripada anak kawan dia.

Dia lantik sebab ada perhitungan politik dan kemampuan serta kebolehan seseorang. Lantik bapa sebagai duta, sekarang anak-anak itu yang kutuk dan serang dia sampai tak ada sopan langsung. Dulu salam cium tangan sekarang mengata macam Mahathir ini haiwan!

Ini bukan Umno dulu. Islam pun, Islam lain. Dalam soal bahasa pun kita tidak ada fokus. Soal raja pun sudah tidak ada ketertiban dan adab sopan. Hak keistimewaan orang Melayu pun sudah jadi 'tak ketahuan'.

Nak tubuhkan suruhanjaya lantik hakim. Apa salah sistem sekarang? Pihak kehakiman yang pilih, beri pada Perdana Menteri yang bawa ke kabinet, dan sembah kepada Agong, dan Agong runding dengan Raja-Raja. Kalau tak setuju, kita ketepikan. Tapi mereka tak tambah. Menolak cadangan itu ada. Tambah mana yang suka, itu tidak ada.

Begitu juga hal lobi. Untuk buat kerja di universiti, kontrak RM500,000, ada orang-orang besar di Putrajaya hantar surat lobi saya. Siapa yang tak lobi? Semua orang lobi. Tetapi setakat mana berkesan lobi itu, itu yang perlu diberi perhatian. Berapa orang yang jadi menteri melobi melalui saya, ramai. Yang nak jadi menteri besar, timbalan menteri. Adakah salah dia melobi? Tak salah melobi.

Begitu juga dengan perniagaan. Ada tokoh politik yang tetapkan syarat nak sekian banyak komisyen beri projek kepada orang berniaga. Kita tak boleh salahkan peniaga. Kita mesti salahkan orang yang minta.

Rasuah pula satu isu. Saya pernah tengok ada tokoh di universiti menentang sungguh rasuah tetapi bila masuk dalam kerajaan, senyap. Tak ada apa-apa pun. Takkan duduk dalam kerajaan lima enam tahun, takkan tak boleh bertindak terhadap orang yang rasuah.

Tapi nak bertindak mesti ada buktilah. Bukan senang nak tangkap orang rasuah. Jangan kerana nak tambah undi, kita kata nak hapus rasuah. Tetapi sekarang tengok apa dah jadi. Ini semua menyebabkan kita naik muak.

Tan Sri tak nampak apa-apa perubahan dalam Umno selepas 8 Mac?

Tun Mahathir tidak mahu lihat Umno hapus. Kecenderungan untuk Umno pupus sudah ada. Tengoklah apa yang dibuat pimpinan Umno selepas pilihan raya lalu, lihat perlantikan menteri, lihat komentar-komentar, seolah-olah tak ambil iktibar. Jika ia berlanjutan, pada 2013, Umno akan pupus. Waktu itu tak usahlah fikir siapa bakal PM.

Ada orang kata Mahathir boleh menyatupadukan semula. Tak usah fikirlah. Tak boleh dah. Orang sudah tak mahu dengar cakap dia. Kita lepas dan biarkan tokoh-tokoh kata kat dia, macam itukah cara nak berdamai dan nak cari kawan?

Kalau dia tunggu dalam Umno dan sampai 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno.

Itu sebab, dia beri syarat. Daripada Abdullah lebih baik orang lain yang jadi PM. Mungkin kita boleh bekerjasama balik. Mungkin orang lain belum ada kepentingan keluarga, kepentingan peribadi.

Perwatakan Abdullah sejak dulu rasanya tidak berubah. Kalau dia lemah, maknanya dia lemah sejak dulu. Soalnya, apakah Mahathir ketika melantiknya sebagai pengganti beliau tidak menyedari kelemahan Abdullah yang cukup ketara itu?

Mahathir sedar akan kesilapannya dan tahu Abdullah lemah tetapi masa itu tidak ada banyak pilihan. Najib masih muda, jadi Mahathir hitungkan kedua-dua mereka adalah ideal.

Mau tak mau Abdullah Timbalan Presiden Umno ketika itu dan imejnya 'Mr Clean'. Pejabat Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya, maknanya dia sanggup untuk beri khidmat nasihat atau bantu Abdullah dalam segala hal.

Waktu Mahathir lantik nampak dia baik, bersih. Itu tak salah Mahahtir. Rakyat juga percaya dia 'Mr Clean' sehingga menang besar 2004. Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja tetapi bila kalah 2008, dia kata bukan salah dia seorang pula. Kenapa dia tak mengaku.

ImageAda pihak beranggapan, berbanding 1999, Umno tidak kalah teruk kali ini. Yang kalah ialah MCA, MIC dan Gerakan sebab banyak kerusi Umno masih menang.

Kalau kita pilih macam itu, memanglah. Dia pergi Perlis dia kata kita menang, betullah itu. Tetapi kalau dia pergi Kedah, Selangor, Perak bolehkah kata dia menang? Begitu juga di Wilayah Persekutuan. Malah di Johor, ada 322,000 undi rosak. Itu semua undi Melayu, campur sikit bukan Melayu.

Waktu taklimat sebelum pilihan raya dalam Majlis Tertinggi Umno, ada laporan kata di Selangor, pembangkang sifar, macam itu juga tentang Perak dan Kedah, malah Kelantan pun cerah untuk ditawan. Dari mana datang sumber ini?

Padahal waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah, saya tahu nak kalah tapi akhirnya kita berjaya menang dua pertiga walaupun Parlimen kalah banyak. Jadi saya letak jawatan sebab tak mampu dah, jadi beri peluang orang lain.

BN kalah hanya hanya kerana undi bukan Melayu. Orang Melayu sendiri sudah tidak undi Umno. Itu yang ramai lihat Umno cukup lemah kepimpinan. Mengenai protes orang India, mulanya mereka hanya marahkan beberapa individu MIC, tetapi disebabkan lemah kepimpinan di atas, menolak BN seluruhnya.

Mungkinkah tindakan Mahathir dan Tan Sri sendiri keluar Umno, bukan menyebabkan Umno akan pulih malah lebih teruk lagi?

Mahathir meletakkan senario 2013 supaya ahli-ahli Umno sedar. Sekarang Mahathir dilihat keluar seorang tetapi tindakannya itu menyebabkan ratusan ribu yang lain kesal dengan kepimpinan yang ada. Bila pilihan raya ke-13, lagi teruklah kalah.

Kenapa tunggu 2013 baru nak berubah. Biarlah berubah dari sekarang. Begitu juga tahun 1969, Tun Razak dan Dato' Asri daripada PAS sama-sama berjumpa nak selesaikan masalah. Ada berlaku pada waktu sekarang?

Pada tahun 1969, pembangkang tak berapa pandai. Mereka, yakni pembangkang bukan Melayu, sakitkan hati orang Melayu. Buat demonstrasi sana sini. Tapi kali ini, bila menang banyak, mereka cukup berhati-hati. Saya dapat sms daripada mereka yang meminta penyokong bertenang, "jangan keluar rumah, jangan tunjuk kita suka, jangan bagi orang Melayu marah".

Dia tahu Melayu tidak akan mengamuk selagi tidak 'provoke'. Apa pasal Cina dan India ceti cukup baik dengan orang Melayu, bagi pinjam duit, jual barang dan beri hutang. Tapi kalau kacau anak dara orang Melayu, berparanglah dia!

Mengapa asyik kata kita menang, tanpa turun ke bawah, dengar masalah rakyat. Mereka tak faham budaya orang Melayu sebab guna teori Tingkat 4 JPM.

Mahathir mendakwa Umno kini jadi parti Abdullah, semua orang takut kepadanya, walhal watak Abdulllah sebenarnya bukanlah begitu keras. Yang nampak keras adalah watak Mahathir sendiri.

Saya rasa ada baiknya sistem Mahathir. Bila orang lihat dia keras, yang keras itu dia. Manakala Abdullah, dia tidak bergerak seorang. Dia ada anak dan dia ada menantunya. Kalau dia lembut tapi anak menantu keras macam mana? Jadi ramai orang marah pada Pak Lah kerana menantunya.

Di Putrajaya, berapa ramai pegawai kerajaan yang marah tetapi mereka tak tunjuk. Semuanya senyum macam Abdullah. Peranan dan pengaruh pegawai kerajaan tak boleh buat main. Pegawai kerajaan juga faktor penting dalam kekuatan Umno.

Tempoh empat tahun sudah cukup untuk Tingkat 4 ini merosakkan kekuatan Umno selama ini. Mungkin Abdullah tak tahu, tapi itu semua di bawah dia.

Isunya, apakah dalam MT Umno dan Kabinet tiada suara yang berani menegur walaupun mereka mengetahui pengaruh Tingkat 4 boleh menjahanamkan BN?

Saya rasa tidak ada. Sebabnya orang beranggapan Tingkat 4 itu genius dan cerdik, lulusan Oxford, Cambridge dan Harvard. Seolah-olah merasakan wahyu datang daripada mereka.

Sepatutnya kena dengar di kampung, Kemas kata apa, polis kata apa, military kata apa, pegawai kerajaan kata apa. Kita kena dengar semua ini. Kita ada cukup 'feedback' agensi. Tapi kita tak nak dengar. Kalau semua orang kemukakan fakta yang benar tapi kita buat tindakan salah maknanya ada orang lain yang jadi penasihatnya.

Masing-masing fikir jawatan. Yang jadi menteri kena pertahankan kuasa. Ada masalah displin pun boleh jadi menteri. Kalau ada tokoh rasuah, dia tak berani nak bersuara malah dia akan maki-maki pula Mahathir. Di peringkat bahagian juga ada yang lawan sesama sendiri.

Mungkin ahli Umno menunggu untuk buat perubahan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

Saya rasa tidak akan ada perubahan dalam parti. Ketua-ketua bahagian memang dibawa bertemu. Ada yang kena ancam. Dalam kerajaan banyak kemudahan boleh dapat jika sokong orang di atas.

Silap-silap, pada perhimpunan nanti, tidak ada yang berani mengusulkan Pak Lah letak jawatan malah suruh kekal terus jadi Presiden Umno. Itulah yang membuatkan Mahathir terpaksa bertindak sebegitu rupa supaya sampai mesej perubahan.

Adakah mesej itu sampai di peringkat bawahan?

Inilah Harakah yang kena beritahu kepada semua, itu sebab Harakah kena tolong Umno (ketawa).

Adakah Tan Sri juga akan masuk kembali pada Umno setelah Abdullah letak jawatan?

Insya-Allah tetapi tidaklah automatik. Masuk kembali Umno kita kena minta. Saya tidak ada hak, itu terserah pimpinan baru. Dan saya tak mahu ajak keluar Umno, terpulanglah.

Tindakan keluar Umno boleh betulkan keadaan?

Kita tak boleh berubah kalau kita masih di situ, jadi kita keluarlah. Jadi bila orang tanya, kita jelaskanlah. Cuma kesempatan itu terbataslah. Harapkan Harakah dapat jelaskan (ketawa). Ini akhbar pertama 'interview' saya setelah keluar Umno.

Mengimbau keputusan pilihan raya 1999, mengapa Tan Sri berundur dari jawatan Menteri Besar sedangkan Umno masih menang dua pertiga di Kedah?

Jadi menteri atau menteri besar bukan payah sangat, Kalau Perdana Menteri nak saya jadi menteri, jadilah. Kita pakai 'bush jaket' yang baru. oklah. Kita ada 'civil service' yang bagus malah terbaik di dunia.

Sekarang imej Melayu cukup busuk. Jadi hakim pun, hakim tak berguna, perempuan kita macam Suffiah, terpelajar tapi jadi pelacur. Jadi menteri pun dikatakan rasuah.

Keputusan di Kedah ketika itu tidaklah seburuk mana tetapi Parlimen Umno kalah banyak. Adalah tidak adil saya tunggu, jadi saya letak jawatan. Lebih baik serah pada orang lain. Orang yang dah melalui kekalahan walaupun tidak seteruk sekarang lebih baiklah berundur, selayaknya dia berhenti. Jadi ikutlah cara saya.

Sekarang mana ada isu mata lebam Anwar lagi, tetapi kerana perpecahan di kalangan orang India serta Hindraf, perpecahan orang Cina terhadap MCA, di Pulau Pinang isu Patrick Lim, juga merebak perasaan marah kakitangan awam orang terhadap penyapu di Selangor. Yang menyeluruh ialah faktor orang meluat pada Tingkat 4. Campur ini semua kita kalah.

Saya juga nampak ada kecenderungan Abdullah untuk menunjukkan kepada pihak luar bahawa kita berubah.

Sedangkan PAS tidak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang. Hanya yang berubah ialah pemimpin dan 'style' pemimpinnya saja. PAS masih berpandukan pada al-Quran dan Hadis itu jugalah, tidak berubah. Dulu pun Mat Sabu itu juga, sekarang Mat Sabu itu juga. Dan PAS menang sebab Umno dah berubah. Bukan saja pemimpinnya berubah, Umno juga turut berubah.

Tunku Abdul Rahman, bila orang tak mahu padanya, dia berhenti. Dato' Onn tahu orang tak mahu dia, dia berhenti. Seluruh lima buah negeri dan Wilayah Persekutauan dan Negeri Sembilan hampir kalah dan di Johor ada undi rosak 322,000. Adakah ini masih tidak ada signal lagi?

Mungkin pengundi bukan Melayu berubah kepada BN balik nanti?

Undi India mungkin berubah tapi bergantung pula sikap kerajaan Pakatan Rakyat. Cina lebih terkesan dengan faktor kepimpinan Umno dan sensitif kepada ekonomi. Umpamanya dalam isu koridor, semua ada cerita pertanian. Bila saya tanya para pegawai pun tak tahu. EPU pun tak tahu.

Kita hilang Batu Putih sedangkan Wilayah Pembangunan Iskandar lebih teruk daripada itu. Kita dengan Singapura sudah banyak kali kalah, misalnya isu Jambatan Bengkok, air, WPI dan Batu Putih.

Tujuan bina jambatan supaya kapal kita boleh lalu ke Laut Cina Selatan tanpa melalui pelabuhan Singapura. Ada orang kata bila Abdullah tak ada nanti, kita boleh buat jambatan itu. Tak mungkin. Sebab syarikat keretapi laju nanti akan guna causeway dan akan tambak lagi. Takkan masa akan datang kita nak korek untuk buat jambatan. Kita tak tahu berapa lama jaminan tambak itu tak boleh dikorek.

Tan Sri sebut Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama lagi, tapi kini ramai bercakap tentang peluangnya untuk menjadi perdana menteri, misalnya melalui kes lompat parti.

Saya rasa Anwar akan relevan jika Abdullah masih ada di situ. Kalau Abdullah tak ada, barang kali peluang Anwar tiada. Maknanya, bukan Mahathir yang bantu Anwar seperti yang dikatakan akhbar NST. Jika Abdullah masih di situ, Anwar akan ambil alih pada 2013 dan dia akan capai ke situ.

Itu sebab mereka semua mahu Pak Lah. Anwar tak suruh Pak Lah berhenti. Tidak ada undi tak percaya dalam Parlimen. Memang mereka kata Pak Lah lemah tapi pembangkang tak suruh beliau berhenti.

Kalau dia tak berhenti, kita tak tahu berapa lagi orang yang tinggal dalam Umno. Mahahtir keluar, orang harap sesuatu akan berlaku. Mahathir keluar dan minta Abdullah berhenti untuk selamatkan Umno, bukan beri laluan kepada Anwar. Apa pun segalanya terbuka untuk pelbagai kemungkinan.

Jangan Abdullah fikir tak perlu bimbang terhadap Najib sebab Najib ada saingan Tan Sri Muhyidin Yasin. dengan Najib. Abdullah mungkin fikir tak perlu bimbang hal Anwar kerana masalahnya dengan Mahathir. Jangan andaikan Tengku Razaleigh pula Dr Mahathir tak boleh terima. Semua andaian kita kena jaga.

Tapi, akhirnya yang menentukan ialah Allah SWT. Orang yang mula-mula teringin nak jadi PM ialah Dato' Onn tetapi tidak dalam ketentuan Allah, begitu juga yang lain-lain seperti Tun Ismail, Musa Hitam, Ghafar Baba, semua tidak berpeluang jadi PM. Malah Tunku pun tidak pernah terfikir untuk jadi PM sebelum dipelawa Tun Razak.

Mengenai Abdullah, saya tidak ada apa-apa hal peribadi dengannya. Walaupun Abdullah kawan saya tetapi dalam hidup kita mesti pentingkan prinsip. Saya tengok orang Melayu banyak rosak sebab kita pentingkan kawan daripada menyokong prinsip.

Orang yang sedar ada kesilapan dalam Umno mesti cuba betulkan kesilapan itu. Abdullah memang nak lawan Mahathir, dia mahu berbeza dengan Mahathir. Kalau dulu Mahahtir tidak mahu jumpa ketua-ketua pelbagai agama, Abdullah mahu jumpa. Dulu Mahathir marahkan Australia, dia pula bercuti di sana. Dengan Amerika dia buat baik juga. Dia bagi award kepada pegawai kerajaan British di Malaya dulu. Mahathir buat jambatan, dia batalkan.

Apa pun perancangan kita, akhir kalimah semua ditentukan Allah. Saya mendoakan semoga semuanya selamat, bangsa melayu selamat, umat Islam dan tanahair kita selamat._

Read More “SANUSI JUNID DIWAWANCARA OLEH HARAKAH”  »»

PROJEK MEGA PEMACU EKONOMI MERUDUM

Iklan ini terpampang di dada akhbar tempatan ketika musim berkempen PRU ke 12 yang lalu. Tagnya ialah "tiada siapa yang tercicir". Kini terdapat artikel dalam akhbar yang mengatakan PETRONAS ialah syarikat persendirian dan tak perlu menggunakan laba dari penjualan minyak untuk memberi subsidi kepada rakyat Malaysia dalam apa jua bentuk sekalipun atas alasan ia berhak menentukan bagaimana wangnya dibelanjakan. Setuju atau tidak. Sila respons dalam ruang soal selidik. Terima kasih.



Read More “PROJEK MEGA PEMACU EKONOMI MERUDUM”  »»

PELAJAR MASUK IPT ADA PERUNTUKAN

Setelah timbul ketidaktentuan sama ada kerajaan Pakatan Rakyat mampu atau tidak memenuhi manifesto yang menjanjikan hdiah kepada anak Selangor yang berjaya masuk ke IPTA/IPTS, Alhamdulillah akhirnya terjawab. Pemberian akan diberi tidak lama lagi. Mekanismenya kini dalam peringkat kajian akhir. Teruskan membaca.

Read More “PELAJAR MASUK IPT ADA PERUNTUKAN”  »»

HARGA BARANGAN MELAMBUNG: BIARKAN BIARKAN



Ekoran dari kenaikan harga bahan api, seperti yang dijangka, barangan dapur juga turut naik , sama ada patut naik atau tidak, naik tetap naik. Difahamkan bahan binaan seperti simen, kayu dan lain-lain juga naik. Siapa punya angkara ini semua? Barang naik! Barang naik! Biarkan! Biarkan!Komen Ust Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam Sinar Haraian bertarikh 7hb Jun 2008 ialah........

Read More “HARGA BARANGAN MELAMBUNG: BIARKAN BIARKAN”  »»

SELANGOR FINISHED SECOND BEHIND TERENGGANU IN SUKMA GAMES

Congratulations to the winners of SUKMA games. "The most important thing in sports is not to win but to participate" but if you can win so much the better, why not. Being runnersup in this year's game, Selangor was short of seven gold targets, nevertheless, performed better than the previous game in Kedah in terms of gold medal tally. Well done Selangor.








Selangor's Lee Hup Wei competes in the final of the men's high jump at the 12th SUKMA (Malaysia Games) in the Gong Badak Sports Complex, Terengganu, June 5, 2008. Hup Wei made a 2.20 meter high jump to break the Games record. GLENN GUAN/The Star

SOURCE: BERNAMA




With the two gold won yesterday, Terengganu's overall medal tally stood at 61 gold, 39 silver, 47 bronze while Selangor finished second with 54 gold, 47 silver and 52 bronze, ahead of Sarawak with 52 gold, 52 silver and 42 bronze.

Pahang finished fourth with 31 gold, Wilayah Persekutuan in fifth (29 gold), 2006 Sukma hosts Kedah in sixth place (29 gold), Perak in seventh place (29 gold), Penang in eighth position (27 gold), Johor in ninth place (27 gold), next Sukma hosts Melaka in 10th place with 23.

Sabah finished 11th on 21 gold, while Negri Sembilan were in 12th position (11 gold), Kelantan were 13th (8 gold), Perlis were in 14th place (4 gold) and Brunei with two silver medals finished last.

Terengganu, who won only 15 gold medals at the 2006 Sukma hosted by Kedah to finish in 11th place, had initially targeted 35-40 gold medals here and the all conquering feat even surprised Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

"We had initially targeted 35-40 gold medals for the Games but crossing the 50 and 60 mark is a memorable feat and a major boost for sports in Terengganu," said Ahmad when giving away prizes for sepak takraw winners here yesterday.

Selangor, who finished in second place with a 54-gold haul, had also performed better than the 53 gold medals they won to emerge overall champions in Kedah, but could not make up the seven-gold deficit.

Third-placed Sarawak with 52 gold medals, had also performed much better than the 36-gold feat in Kedah, but the overall performances of Pahang with 31 here against 39 in Kedah and Penang with 29 against 36 two years ago, saw a drop.

Melaka, the next Sukma hosts in 2010, showed a 100 per cent improvement in their overall performance with 23 gold medals, compared to only 11, two years ago.

The 12th Sukma also saw seven new Malaysian records four in swimming, two in weightlifting and one in athletics while 24 new Games records were set in swimming, 15 in athletics, 13 in weightlifting and two in archery.

Meanwhile, Johor took the gold in weightlifting through Mohd Saufik Ahmad yesterday in the men's below 105kg while Selangor made the sepak takraw gold theirs, as both the regus that competed in the final were from Selangor.

Read More “SELANGOR FINISHED SECOND BEHIND TERENGGANU IN SUKMA GAMES”  »»

100 HARI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR

BERSEMPENA SERATUS HARI PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR, SATU PERHIMPUNAN RAKSAKSA AKAN DI ADAKAN BUTIRANNYA SEPERTI DI BAWAH:



TARIKIH: 20HB JUN 2008




MASA: PUKUL 0700 MALAM (maghrib bersama)



TEMPAT: STADIUM SHAH ALAM


PENCERAMAH UNDANGAN:

1) DATO' PRESIDEN PAS

2) DATIN PRESIDEN PKR

3) PENGERUSI DAP

4) DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

TEMA: "PENGUMUMAN LAPORAN KEMAJUAN 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DAN BERITA BAIK"


TUAN - TUAN DAN PUAN-PUAN DIJEMPUT HADHIR BERAMAI-RAMAI. MASUK PERCUMA. SILA BAWA PERALATAN SEMBAHYANG.



Read More “100 HARI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR”  »»

KAUM CINA MENYOKONG PERJUANGAN PAS

Kaum Cina di Malaysia bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS malah menjadi penyokong dan ada yang mendokong perjuangan PAS itu sendiri. Di bawah ini diperturunkan keratan akhbar Sinar Harian tentang penyerahan borang Kelab Penyokong PAS kaum Cina dari Pulau Ketam Selangor, laporan oleh Fui K Soong, Pengarah Urusan INSAP ( Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Polisi ) satu think tank parti MCA dan satu video wawancara bersama Mr Hu Phang Chau, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia. Sila buat penilaian.




Thursday June 5, 2008

PAS the real kingmaker in Malaysian politics

By FUI K. SOONG

Star On line

These days, it’s the party that takes centre stage. PAS is the most organised, financially independent and talented organisation in the country.

DOES Sabah really hold the key to the future of the country? And will the Pakatan Rakyat actually take over the government come August or September? Excuse the pun, but the jumping frog is actually a red herring.

The true kingmaker in this current political scenario is actually PAS, not Sabah or Sarawak.

Last month, the Malay writers and intellectual group called Gapena held a meeting in Johor to discuss the future of the Malays in the light of the recent elections results.

And central to Gapena’s memo was the call to the rulers as well as Malay political leaders to fulfil their duties and responsibilities to preserve and protect Kedaulatan Melayu in order that this remains the core ideology in Malaysian politics.

Some may argue the extent of Gapena’s influence over a diverse Malay population but what is important to note is that Malay-based interest groups have been all out to woo the hearts and minds of the Malay constituents.

This includes Umno, PKR, PAS, the royal houses, the civil service and, as mentioned the Malay NGOs. The contest for the Malay space is heating up and is about to get hotter.

Could this be Tun Dr Mathathir Mohamad’s prime concern when he resigned from Umno on May 18?

There is no question of a succession plan as promised by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi but when the succession is carried out will have a great bearing on what is to become of Malaysian politics.

PAS contested in 66 parliamentary seats in 2008.

This is 18 seats fewer than it did in the 2004 election because PAS made a pact with both PKR and DAP that they would all only hold straight fights with the BN this time.

If PAS had known the political tsunami was coming, would PAS have relinquished that many seats for its partners?

After all, DAP did not have to give up a single seat, and contested in five more seats in 2008 than it did in 2004.

Despite the sacrifices, PAS won 23 seats this time compared with seven in 2004. Its popular votes also increased but only from about 1.1 million to 1.14 million.

This is miniscule compared with DAP whose popular votes gained from 708,173 to 1,118,025.

Even more fantastic was PKR’s popular votes which leaped almost three-fold from 578,481 in 2004 to 1,509,080 in 2008.

PAS may have gained 16 more winning seats plus two more Mentris Besar but in terms of popular votes and the number of seats they could have won, PAS benefited the least of all the three Opposition parties.

Yet PAS is the most well organised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now.

Not only did it give up some of its contestable seats, it shelved its Islamic agenda in the back burner for the sake of a cohesive strategy for the Opposition front.

What will happen in the next elections? Will PAS request for the return of the seats or will joining BN provide it with more security?

The fate of the country actually lies with PAS rather than with PKR or the East Malaysians.

It is said that it is unlikely that at this point in time PAS would regroup to become one big Umno while Datuk Nik Aziz Nik Mat, its spiritual and paramount leader is still around.

However, they would consider re-uniting with the BN. It will, after all, serve several ambitions and is probably the safest route to its long-term survival.

One, to be part of the ruling coalition would bring an end to the strenuous federal-state relations in at least three states.

Two, it would serve the wish of the Malay ground wanting to see more unity at least along the lines of Islam if not, Malay.

The Malay middle-class may have shown tendencies towards a more open multiracial concept and approach.

Islamic unity, on the other hand, is definitely more universal among all the classes.

Three, PAS gets to discipline Umno for its wayward ways in the name of Islam, Malay unity and future of Malaysia.

Four, the move to rejoin BN would secure its position for the next few general elections, ending the Opposition’s cat-and-mouse tactics.

The above fourth reason is the most seductive for Umno as it would bring an end to the current delicate impasse – whoever the president of Umno is or, might be in the future.

The next question would be – how would the component parties like the MCA then contend with the new BN? This will depend how well they wedge their future strategies between the two giants.

In the aftermath of the recent elections, it seems the new political game has barely even begun for Malaysia.

Fui K. Soong is the CEO of Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP), a think tank of MCA, an organisation dedicated to research on the removal of barriers and bias in policies that impede Malaysian unity, racial harmony and economic prosperity.

Read More “KAUM CINA MENYOKONG PERJUANGAN PAS”  »»

OILY NATURE OF PRESENT SITUATION

The world as one global village concept is ever more true and frightening. A butterfly flaps its wing in New York, the ripple or the waves are felt in KL and elsewhere on the planet earth. Citizens of the world must think hard about the oily nature of the current situation viz depleting world energy sources, war, high cost of fuel, inflation going to recession and the list goes on and on. Perhaps someone might take the challenge of the job vacancy advertised on the post below.


Wall Street ends mostly lower on economic worries



"The dollar rose on recent supportive comments by U.S. officials, prompting selling by investors who had bought commodities such as oil as a hedge against inflation. Also, a stronger dollar makes oil more expensive to investors overseas."

"Reports that Saudi Arabia has increased oil output by 500,000 barrels a day this quarter, 200,000 barrels a day more than previously thought, added some pressure to the market. Still, analysts said the Saudi move was only a peripheral factor in Tuesday's price drop"

More

http://biz.yahoo.com/ap/080610/oil_prices.html


"Oil prices surged to a record of $139.12 last week on the New York Mercantile Exchange. On Tuesday, oil futures traded near $131 a barrel on the Nymex"

More

biz.yahoo.com/ap/080610/oil_forecasts.html

Read More “OILY NATURE OF PRESENT SITUATION”  »»

JOB VACANCY AS INTERN OF OIC WITH UNITED NATION

An opportunity exists for Muslims from OIC member states to complete an internship program at the OIC ( to be read: OH I SEE) MISSION in New York, if interested continue reading.......



Summer 2008 Internship Opportunities at the OIC Mission to the United Nation in New York

The Permanent Observer Mission of the Organization of the Islamic Conference (OIC) to the United Nations (UN) in New York is currently seeking qualified candidates for the 2008 Summer OIC Internship Program.

Background:

The OIC is the second largest inter-governmental organization globally after the UN, with 57 Member States and 5 Observer States. The OIC promotes solidarity and cooperation among its Member States in the political, economic, social, scientific, cultural and commercial spheres. In New York, the OIC’s Observer Mission to the United Nations coordinates the positions of OIC Member States on issues of common concern in the UN General Assembly (UNGA), the UN Security Council (UNSC), the Economic and Social Council (ECOSOC) and other UN bodies. The Mission also promotes dialogue with media and civil society entities in North America on topics of preeminent importance ranging from combating Islamophobia and Terrorism to humanitarian relief initiatives in post-disaster and post-conflict regions to promoting human rights, good governance and the advancement of the rights of women and children.

Nature of the Internship:

The internship is both intense and instructive, exposing the candidate, under appropriate supervision and guidance, to the activities of a major inter-governmental organization, and its participation in the work of the UN. Responsibilities include desk studies, orientation with the OIC's polices and programs, familiarization with issues of concern to the OIC in the socio-political-economic-humanitarian spheres, attendance at meetings and drafting issue papers and reports.

Eligibility Criteria:

1. Given the limited number of internship opportunities available at the OIC Mission, preference will be given to candidates who are either originally from or currently citizens of OIC Member States. For a complete listing of OIC Member States, please refer to the following link: http://www.oicun.org/categories/Mission/Members/

2. Candidates should, as a minimum, have completed their first year of a four year undergraduate degree program. Recent graduates and those currently enrolled in a graduate degree program are welcome to apply. The internship may particularly be useful for candidates who have recently completed their undergraduate degree and are currently contemplating graduate school or a career in international relations. Candidates specializing in International Relations, Area Studies, Political Science, Development Economics, Islamic Studies and Anthropology are particularly encouraged to apply.

3. The candidate should be fluent in oral and written English. Knowledge of Arabic and French, while useful, is not a requirement.

Conditions:

The internship is unpaid. Upon successful completion of internship requirements and obligations, the intern will receive a certificate of completion.

Required Materials:

Applications are accepted on a need-based, rolling basis. Interested applicants should email their resume, cover letter (indicating motivations for applying and the exact time period available to intern) and three references to:

oicun.ambassadorsoffice@gmail.com

Read More “JOB VACANCY AS INTERN OF OIC WITH UNITED NATION”  »»

PENCEGAHAN PEMBAZIRAN: SIAPA PEMANTAUNYA

Kini semua pemimpin bercakap tentang pembaziran dan perbelanjaan berhemah. Pemotongan elaun menteri sebanyak 10 % amat dialu-alukan. Majlis besar-besaran yang gah dan tidak menguntungkan rakyat seperti membakar bunga api bernilai jutaan ringgit mesti dibedahsiasat dan diaudit agar aktiviti atau program yang serupa tidak berulang.

Kehidupan Tn Guru Mursyidul Am PAS harus dicontohi oleh rakyat serta para pemimpin negara. Para pemimpin negara perlu ditarbiyahkan dan disuntik dengan vaksin anti-pembaziran berulangkali sehingga mencapai tahap yang dihajati.

Jika sebelum ini {" sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan" } dijadikan sepanduk dan dialunkan oleh para Qari di Musabaqah Al Quran sahaja. Tiada pemimpin yang peduli, seolah-olah mengatakan dengan tindak tanduk mereka "persetan".

Technorati Profile

Read More “PENCEGAHAN PEMBAZIRAN: SIAPA PEMANTAUNYA”  »»

IBU YANG MELAWAN FITRAH

Saya terpaksa membaca keratan akhbar Sinar harian keluaran 9hb Jun 2008 di bawah ini beberapa kali kerana ia agak kurang jelas. Thomas Beatie asalnya seorang perempuan agaknya LESBIAN, lalu menukar jantina melalui pembedahan sepuluh tahun yang lalu tetapi mengekalkan ovari dan rahimnya. Ia juga telah membuang payudaranya. Thomas mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Nancy, mungkin juga sealiran filiran dan ideologi dengannya.

Nak ditunjukkan kekuasan dan kehendak Ilahi, sang suami, Thomas pun mengandung kini sudah 36 minggu, hanya tinggal lagi 4 minggu untuk "bersalin" melalui pembedahan Caesarian. Secara kebetulan, Nancy tidak boleh hamil kerana telah membuang rahimnya.

Saya agak hairan kenapa para pakar perubatan musykil Thomas boleh hamil. Itu kekuasaan Allah SAW Dok. Allah telah berfirman yang bermaksud kurang lebih " sekiranya anak adam ini telah ditakdirkan akan lahir ke dunia, tiada siapa yang dapat menghalangnya."

Saya fikir Thomas mendapat sperma dari "Bank Sperma" yang biasa diwujudkan di negara Barat. Keratan akhbar menyatakan sperma itu darinya.

Inilah "kehebatan" manusia era globalisasi melawan Sunnatullah. Jadi baka anak yang bakal dilahirkan bukan dari gene Thomas dan Nancy tetapi Thomas dan "lelaki" lain.

Ini juga kisah ibu mithali, harap-harap bukan ibu mithali Islam hadhari.

Read More “IBU YANG MELAWAN FITRAH”  »»

JEJAK IBU MITHALI HARIAN METRO-SECRET GARDEN


Kisah kejayaan dan pahit maung para ibu yang berjaya bukan setakat membesarkan malah lebih penting mendidik dan menyekolahkan anak-anak yang ramai, ada kalanya sebagai ibu tunggal harus didokumentasikan serta disebarkan buat panduan ibu bapa era globalisasi.

Kisah mereka dapat dijadikan panduan dan teladan kepada kita semua. Riwayat hidup mereka jika dibukukan dan dibuat sebagai siri bacaan seperti yang dibuat oleh Mark Victor Hansen dan Jack Canefield dalam siri "Chicken Soup For The Soul" walaupun tidak mendapat "best seller status" namun merupakan suatu amal jariah dan saham akhirat untuk pemilik saham syarikat.

Penerbit tempatan seperti syarikat Karangkraft sesungguhnya telah melaksanakan sebahagian dari tugas sosial mereka apabila menganjurkan dan menaja anugerah ibu mithali di negara kita.


Hargai jasa tiga ibu

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Mak cik selalu pesan pada lapan anak, walau apapun terjadi jangan sekali-kali lupakan pelajaran kerana hanya ilmu itu harta paling bernilai.

“Syukur mereka tidak pernah lupakannya dan kini berpesan pula pula kepada anak masing-masing,” kata penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro-Secret Garden, Hasnah Hashim, 70.

Hasnah seorang daripada tiga penerima Anugerah Hari Ibu yang julung kali dianjurkan Harian Metro dengan kerjasama syarikat produk kecantikan, Secret Garden di Hotel Nikko di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada apa lebih membanggakan apabila melihat kejayaan lapan anak, empat lelaki dan empat perempuan yang kini menjawat jawatan tinggi termasuk pegawai undang-undang, pakar kanak-kanak, jurutera dan pegawai diplomatik.

“Syukur semua anak sentiasa ingat pesanan mak cik dan buktinya masing-masing mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh dan universiti, malah kini menjawat jawatan tinggi.

“Sekurang-kurangnya kepayahan masa lalu ketika mereka masih kecil terbayar apabila masing-masing cemerlang dan sudah berkeluarga. Mereka juga tidak lupa diri dan asal-usul selain mengutamakan mak cik dan suami dalam semua perkara.

“Anugerah ini mak cik anggap tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada mak cik,” katanya yang dilahirkan di Singapura sebelum menetap di Tanah Melayu (Malaysia) sekitar tahun 1947.

Turut menerima anugerah Norhayati Low Abdullah, 42, yang dipilih pemenang Anugerah Ibu Istimewa kategori orang kurang upaya (OKU).

Ibu dua anak itu yang cacat kaki kiri berikutan dipotong kerana gagal dalam pembedahan plastik, bertungkus-lumus memerah keringat memastikan dua permata hatinya tidak menderita seperti zaman mudanya.

“Cacat bukan penghalang saya melupakan tanggungjawab dan anak menjadi penguat semangat untuk teruskan kehidupan bagi memastikan mereka mendapat kehidupan selesa.

“Meskipun tanpa suami di sisi, saya tidak sekali-kali membiarkan anak menderita dan sentiasa bekerja keras memberikan pendidikan sebagai bekalan mereka pada hari tua,” katanya yang dua kali berdepan saat getir dalam hidup.

Kali pertama ketika berusia 17 tahun apabila dia kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong, manakala kedua ketika proses menuntut cerai taklik, baru-baru ini.

Sementara itu, Wan Maimun Mohamed, 70, dari Kuala Terengganu menyifatkan pemilihannya sebagai penerima Anugerah Ibu Tunggal sebagai tanda ingatan 13 anak yang tidak jemu berada di sisi sejak kematian suami, 25 tahun lalu.

Katanya, dia tidak menganggap zuriat yang ramai sebagai beban, sebaliknya rezeki yang perlu diasuh menjadi insan berguna, lebih-lebih lagi selepas kematian suami.

“Berkat jerih perih dan kesungguhan mahu menyekolahkan anak-anak, saya berjaya membesarkan mereka seperti diamanahkan suami, malah berbangga dengan pencapaian mereka dalam akademik.

Semua penerima anugerah membawa pulang hadiah pakej pelancongan ke Bandung, Indonesia untuk dua orang bernilai RM2,500, baucar barangan elektrik bernilai RM2,000, plak anugerah, jambangan bunga dan hadiah iringan lain.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad. Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Read More “JEJAK IBU MITHALI HARIAN METRO-SECRET GARDEN”  »»

Aktiviti Exco Pendidikan pada 07/06/08: Majlis Motivasi Pelajar

Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding Hulu Langat Selangor , yang mana En Md Yusof Hassan selaku Yang DiPertua, telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar pada 7hb Jun 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding.

Majlis Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta program
Para Pelajat yang mengambil bahagian

Read More “Aktiviti Exco Pendidikan pada 07/06/08: Majlis Motivasi Pelajar”  »»

LAWATAN PENGARAH NISA' MALAYSIA ke PEJABAT EXCO PENDIDIKAN

Pengarah NISA' MALAYSIA Puan Mastura telah mengadakan lawatan ke Pejabat Exco pada 9hb Jun 2008. Sesi perbincangan telah diadakan.

Read More “LAWATAN PENGARAH NISA' MALAYSIA ke PEJABAT EXCO PENDIDIKAN”  »»

MAJLIS PERASMIAN JEJAK ILMUAN SELANGOR

Jejak Ilmuan Selangor


Dr Halimah sedang menyampaikan ucapan perasmian PROGRAM JEJAK ILMUAN dalam majlis ICE2008 di Unisel pada 8hb Jun 2008.





















Dr Halimah menandatangani plak Jejak Ilmuan

Read More “MAJLIS PERASMIAN JEJAK ILMUAN SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com