Pray For MH370

Pray For MH370

SELANGOR DALAM PROSES AMBIL ALIH SYABAS


 


Read More “SELANGOR DALAM PROSES AMBIL ALIH SYABAS”  »»

KEPUTUSAN CEMERLANG PELAJAR SELANGOR DALAM PEPERIKSAAN SMA

Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus.

Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus.

Peperiksaan Sijil Menengah Agama, Selangor Catat Keputusan Cemerlang


SHAH ALAM, 9 FEB: Keputusan keseluruhan peperiksaaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2012 Negeri Selangor menyaksikan peningkatan positif sebanyak 5.3 peratus bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor.

Peningkatan ini menyaksikan pencapaian keputusan 92.1 peratus untuk tahun 2012 berbanding perolehan 86.8 peratus bagi tahun 2011.

Perkhabaran gembira keputusan peperiksaan dicatatkan menerusi perolehan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ).

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Marzuki Hussin pada Majlis Pengisytiharan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-QUran (SMATQ) Tahun 2012 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk peperiksaaan SMA tahun 2012, seramai 3,130 orang calon daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah (SABK) dan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) termasuk 248 calon dari 12 Sekolah Menengah Islam Persendirian dan Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP).

Bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) pula menyaksikan seramai 222 orang calon menduduki peperiksaan dari dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor.

Sementara itu, MIST Istana Banda Kuala Langat mengungguli kategori Sekolah Agama Menengah (SMA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan perolehan 1.46.

SAM Bestari Usj Subang Jaya, Petaling menduduki tempat kedua dengan GPS 1.50 manakala MIST Klang mencatatkan GPS 1.81.

Muhammad Mujtaheed Mohamed 01Untuk kategori SMA dan SMI Persendirian cemerlang, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SMA MAIWP) mencatatkan GPS 1.32 manakala SMI Ibnu Khaldun, Klang dengan GPS 2.98.

Marzuki yang ditemui selepas majlis nyata berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang dicatatkan bagi tahun 2012 dan berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan.

“Keseluruhan kita kita lihat peningkatan meskipun terdapat beberapa subjek mencatatkan penurunan (keputusan).

“Walaupun usaha cikgu itu sudah bersungguh-sungguh, penurunan pencapaian pelajar kita tidak dapat nafikan kerana bergantung kepada persediaan pelajar (sendiri),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus.

Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus.

Bagi Kategori Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) 2012, Mohamad Faiq Mohamad Sharin dari Maahad Integrasi Sains dan Teknologi Klang dipilih selaku pelajar lelaki terbaik dengan pencapaian 78.9 peratus.

Manakala pelajar perempuan dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat, Zainab Ismail memperoleh 79.4 peratus.

Kesemua hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.-MediaSelangorKu

Read More “KEPUTUSAN CEMERLANG PELAJAR SELANGOR DALAM PEPERIKSAAN SMA ”  »»

KENAPA SENTIMEN BURSA KITA MALAP


Lazimnya berlaku peningkatan indeks saham di Bursa Saham di negara Asia seperti Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun beberapa hari sebelum Tahun baru Cina. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Gili Yen dan Gang Shyy pada data dari tahun 1976 hinggga tahun 1990 mereka dapati Indeks utama Bursa Saham di negara berkenaan meningkat. Dengan kata lain, bursa Asia bullish sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Sila lihat kertas mereka yang diterbitkan oleh Jurnal NTU keluaran Taiwan.


 






Indeks Kumulatif Pulangan pada pelaburan sebelum dan selepas Tahun Baru Cina

Namun kesan fenomena ini tidak berlaku di Bursa Malaysia pada minggu lepas kecuali hari terakhir iaitu jumaat 8hb Februari 2013 apabila KLCI meningkat 4.23 mata.






Indeks KLCI Kuala Lumpur data selama 5 tahun. Tahun Baru Cina sekitar Februari setiap tahun

Graf KLCI candlestick period enam bulan
Tidak berlaku "kesan Tahun Baru Cina" di Bursa Malaysia pada tahun ini menunjukkan beberapa faktor dalaman dan luaran di negara kita mutakhir ini  tidak membantu dan menyokong pasaran saham. Iklim politik yang tidak telus seperti merahsiakan tarikh PRU 13 menjadi faktor penyumbang.

Read More “KENAPA SENTIMEN BURSA KITA MALAP”  »»

CALON SISWA BAKAL LAWAN NAJIB DI PEKAN

                                                           

 Kumpulan mahasiswa umum cabar Najib di Pekan


Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, pengerusi kumpulan siswa tersebut Syis Abdul Kadir berkata calon mereka itu akan diumumkan sebaik sahaja perdana menteri mengumumkan tarikh pilihan raya.

Mereka kini sedang menimbangkan beberapa orang daripada kalangan mereka untuk berdepan presiden Umno itu dalam pertandingan satu lawan satu, katanya.

Tambahnya, tindakan bertanding di kawasan kubu kuat perdana menteri itu bagi menunjukkan sentimen mahasiswa yang didakwa menolak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Syis berkata, kumpulan mahasiswa dengan kekuatan jentera seramai 500 orang itu akan berkempen dengan membawa isu melibatkan golongan pelajar.

"Isu mahasiswa bukan sekadar isu mahasiswa sahaja - isu pendidikan percuma, isu PTPTN, yang menjadi penjamin itu adalah ibu dan ayah (yang bukan mahasiswa).

"Isu mahasiswa juga adalah isu rakyat sebenarnya," kata Syis yang menambah, kempen tersebut akan dimulakan dengan program 'Mahasiswa Turun Pekan' bermula 11 hingga 17 Februari depan untuk "mendekati dan memahami jerih perih kehidupan rakyat".

Sidang media pagi tadi turut disokong beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), serta persatuan mahasiswa Islam dari Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Hujung tahun lepas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa mahasiswa dibenarkan bertanding bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya ia dibuat untuk mengiktiraf fungsi, sumbangan serta kematangan pemikiran mahasiswa dalam negara.-Malaysiakini/harakahdaily

Read More “CALON SISWA BAKAL LAWAN NAJIB DI PEKAN”  »»

BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin
February 06, 2013

SHAH ALAM, 6 Feb -- Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

“Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat,” kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.-Oleh Nomy Nozwir/Malaysian Insider


Read More “BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR”  »»

70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN

Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pelajaran Selangorku


 06 Feb 2013

 SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000. Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.


Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012. Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu. “Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi.-selangorku

Read More “70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN”  »»

PENDAFTARAN SUKARELAWAN PRU13

Anda dipersilakan mendaftar sebagai sukarelawan PRU13 DI  SINI





Read More “PENDAFTARAN SUKARELAWAN PRU13”  »»

RIBUAN PEMINAT PSY RAYU USAH JADI ALAT BN

Peminat rayu Psy: Jangan jadi alat BN

 Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang. Ramai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.

Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini. "Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.

 Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi "Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.-malaysiakini

Read More “RIBUAN PEMINAT PSY RAYU USAH JADI ALAT BN”  »»

JOHAN ESEI POLITIK

Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil

Najah Nadiah binti Amran

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)

Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.  

Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW.

Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah.

Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.

Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya: Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya.

Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam.

Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.

Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek ‘kroni’ diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan.

Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin: ‘Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat’.

Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat.

Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah.

Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis.

Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa. 

Permulaan ayat 58 menyebut: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”, merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.

Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih.

Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua.

Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa’ menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy). “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah” (Surah al-Qasas, ayat 26).

Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya).

Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil).

Dua perkataan ‘al-Amanah’ dan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik,  gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Perkataan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu ‘didahulukan’ tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik.

Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa.

Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat.

“Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).

Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa’ bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). “Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu”.

Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi ‘khadam’ rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada ‘enjin’ dan ‘pemandu’ sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini.  Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. “Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.

Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka.

Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi’iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.

 pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58.

Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom. Sumber Harakahdaily

Read More “JOHAN ESEI POLITIK”  »»

SPRM TOLONG TENGOK-TENGOK SIKIT


Penyanyi Psy ditaja oleh syarikat swasta, kata BN Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini. Ketua

Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh

sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Berita penuh di SINI

Read More “SPRM TOLONG TENGOK-TENGOK SIKIT”  »»

Menumpah kasih kepada OKU

2Februari 2013
SHAH ALAM

Setelah selesai majlis makan malam PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS) sebuah produk YAYASAN AMAL MALAYSIA, YB Dr Halimah sudah mahu melangkah pulang tetapi apabila melihat insan istimewa yang disorong oleh ibu setia yang bertulang besi berhati waja, beliu berhenti dan menyapa.
Mahu ambil tahu siapa gerangan si OKU ini.Walaupun beliau tidak mampu berkomunikasi tetapi jelas dengan perhatian khusus oleh YB DR HALIMAH, anak malang yang mengalami kecederaan teruk kerana kemalangan jalan raya menunjuk respon beliau mengerti dan menghargai tumpuan khas tersebut.

Baru minggu lepas YB baru menyarankan agar budaya memberi direalisasikan. Beliau gigih mahu masyarakat MEMBUDAYAKAN SPIES SUPAYA SIFAT MEMBERI menjadi lumrah dan norma. Bermula dengan senyuman dan kata-kata positif yang boleh merubahkan keadaan emosi dan fisiologi seseorang.iNI DI ANTARA perkara penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup dunia hingga khirat insya Allah.

Read More “Menumpah kasih kepada OKU”  »»

INIKAH CARA BERTAUBAT TAK NAK MEMBAZIR LAGI



Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1juta
       
BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.

Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.-Malaysiakini

Read More “INIKAH CARA BERTAUBAT TAK NAK MEMBAZIR LAGI”  »»

PETRONAS: HENTIKAN SUBKONTRAK PADA SYARIKAT ASING



Sebenarnya dari dahulu lagi PETRONAS menguntungkan syarikat asing seperti Exxonmobil, Esso, Shell dan lain-lain dengan memberi konsesi berpuluh tahun untuk mencarigali petroliam dan gas di Malaysia. Mana tidaknya, segala peralatan seperti plantar minyak dan lain-lain adalah hak milik petronas, kos penyelenggaraan dibiyaai  oleh Petronas  tetapi digunakan oleh syarikat asing. Di bawah PSC (Production Sharing Contract) peratus habuan untuk PETRONAS ditentukan oleh beberapa faktor seperti jarak kedalaman dan isipadu pengeluaran oleh kotraktor PSC.Sudah sampai masanya anak syarikat PETRONAS iaiatu Petronas Carigali mengendalikan sendiri kerja-kerja mencarigali minyak dan gas, bukan hanya  bulat-bulat menyerahkan pada kontraktor asing.



Pengerusi Petronas perlu berundur gesa Majlis Tindakan Ekonomi Melayu

February 02, 2013

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menggesa pengerusi syarikat minyak negara Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya meletak jawatannya kerana kegagalan melaksanakan tanggungjawab membangunkan ekonomi bumiputera dan hanya mementingkan syarikat-syarikat asing.

Semasa sidang media sempena mesyuarat agung MTEM, pengerusinya Datuk Syed Ali Al-Attas (gambar) mendakwa Petronas mengambil sikap menganaktirikan golongan bumiputera walaupun berkelayakan.

“Dalam mesyuarat yang kali pertama dianjurkan ini, kami sebulat suara menggesa pengerusi Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan lembaga pengarahnya meletak jawatan dan mengundur diri.

“Sepanjang beliau memegang jawatan, kami mendapati Petronas sudah lari daripada tanggungjawabnya dan membantutkan perkembangan usahawan tempatan yang berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana,” kata beliau.

Tan Sri Mohd Sidek telah dilantik pada Jun tahun lalu bagi menggantikan pemangku sementara yang dipegang oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

MTEM juga mendakwa aliran wang tunai kumpulan Petronas telah menurun pada kadar RM2.1 bilion kepada RM162.2 bilion dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan termasuklah penutupan operasi mereka di Sudan.

Kebimbangan juga disuarakan MTEM yang mengatakan Petronas akan mencaturkan nilaian risiko bernilai RM300 bilion untuk tempoh 5 tahun hadapan ini.

Syed Ali juga menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk meneliti perkara yang dibangkitkan MTEM sebelum ia memberikan impak negatif kepada syarikat minyak utama negara tersebut.

“MTEM melihat Petronas sebagai pelindung dan benteng ekonomi, sebarang perkembangan negatif harus dipantau dan diperbetulkan sebelum ia rosak serta perubahan harus berlaku sebelum pilihan raya tahun ini,” tambah beliau.-Malaysian Insider

Rujukan http://www.bakerinstitute.org/programs/energy-forum/publications/energy-studies/docs/NOCs/Papers/NOC_Petronas_TronerVDM.pdf

Read More “PETRONAS: HENTIKAN SUBKONTRAK PADA SYARIKAT ASING”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com