Pray For MH370

Pray For MH370

DUN & PARLIMEN: KEDUDUKAN TERKINI DI 5 NEGERI






Read More “DUN & PARLIMEN: KEDUDUKAN TERKINI DI 5 NEGERI”  »»

FUNGSI SERTA KEPENTINGAN PARLIMEN DAN DUN OLEH YB SALAHUDDIN AYUB














Read More “FUNGSI SERTA KEPENTINGAN PARLIMEN DAN DUN OLEH YB SALAHUDDIN AYUB”  »»

APA JADI DENGAN YDP DI PBT

Read More “APA JADI DENGAN YDP DI PBT”  »»

MB SELANGOR BARU

Keratan akhbar the Star 14 Mac 2008 yang melaporkan istiadat mengangkat sumpah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor ke 14 di Istana Kayangan Shah Alam pada 13 Mac 2008. Kelihatan Dato' Dr Hasan bin Mohd Ali dan Teresa Kok duduk di baris hadapan.

Read More “MB SELANGOR BARU”  »»

KEPUTUSAN TERPERINCI PRU 12 MENGIKUT SALURAN DAN UPU/UDM N45

Di atas adalah paparan terperinci keputusan PRU 12 bagi N45 mengikut saluran serta Unit Daerah mengundi atau Unit Peti Undi. Maklumat ini diperolehi melalui borang 14 yang telah dikembalikan kepada agent mengira (counting agent) PAS. Walau bagaimanpun terdapat sedikit perbezaan dengan keputusan yang dikeluarkan oleh SPR. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan borang 14 telah diisi oleh Ketua Tempat Mengundi ? Cuba anda fikirkan!

Sel yang telah ditanda menunjukkan saluaran yang telah dimenangi oleh calon N45 dan perbezaan jumlah undi untuk satu-satu saluran dipaparkan di sel hujung , bawah tajuk "beza". Penganalisis politik, ahli sosiologi, think tank jemaah dan ahli matematik/statistik di kalangan anda bolehlah menghalusi dan membuat rumusan keputusan PRU 12 bagi N45.

Read More “KEPUTUSAN TERPERINCI PRU 12 MENGIKUT SALURAN DAN UPU/UDM N45”  »»

KEMENANGAN BERSAMA YANG DIIDAMKAN

Gambar di atas telah diambil sebaik sahaja selepas Yb baru dikalungkan dengan bunga malai. Kelihatan petugas-petugas yang dapat masuk ke dalam dewan. Sebenarnya di luar dewan, ratusan penyokong dan ahli parti BA setia menanti kemunculan wakil-wakil mereka dalam embun pagi sambil bersengkang mata. Rata-rata di kawasan Kapar khususnya dan Malaysia amnya, penyokong BA terpaku pada kaca TV menanti pengumuman keputusan PRU 12 bagi Parlimen Kapar dan TIGA DUN di dalamnya yang tak muncul-muncul. Pagi Ahad 9 Mac, keputusan PRU 12 bagi P109, N42, N43, N44 dan N45 tidak kelihatan langsung di dada akhbar-akhbar utama di Malaysia. Rakyat tertanya-tanya. Rupa-rupanya BN telah dipukul KO di Selangor, bukan setakat hidung berdarah. Memang kemenangan itu manis dan kekalahan itu pahit lagi perit. TAKBIR, TAHMID, TASBIH, TAHLIL & HOWQOLAH.

Read More “KEMENANGAN BERSAMA YANG DIIDAMKAN”  »»

SAAT YANG DITUNGGU PADA 9 MAC 2008

Setelah menunggu dengan sabar hampir tujuh jam lamanya, dalam Dewan Ahmad Razali, Jln Kapar Klang, kira-kira pada pukul 0400 pagi tanggal 09 Mac 2008, calon serta petugas parti dipanggil untuk mengambil tempat masing-masing sebelum perisytiharan calon-calon yang menang dibuat. Pemakluman atau perisytiharan rasmi secara lisan calon yang terpilih diperlukan untuk memenuhi perenggan (7) peraturan 25D Akta Pilihanraya 1958, dalam peraturan-peraturan perjalanan pilihanraya. Sebelum itu, calon-calon yang menang telah diminta untuk mententeramkan ahli-ahli parti yang agak resah dan kurang sabar menunggu di tepi jalan masuk ke dewan. Pelbagai alasan telah diberikan untuk menyabarkan mereka, antaranya, sistem komputer rosak, mesin facsimile rosak dan fax tak boleh masuk kerana talian sangat sibuk. Pegawai SPR sahaja yang tahu alasan sebenar di atas kelewatan ini. Dari jumlah undi yang tercatat pada borang 14 yang dibawa balik oleh agen -agen mengira (counting agents), sebenarnya, keputusan pilihanraya tidak rasmi telah diketahui seawal pukul 0930 malam oleh calon serta parti-parti yang bertanding. Pengisytiharkan calon serta parti yang menang dalam PRU 12 kawasan parlimen Kapar dan tiga DUN lagi yang dipertandingkan amatlah bermakna bagi saya serta jentera PAS kawasan KAPAR yang terdiri dari Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD), jawatankuasa serta ahli cawangan yang bertanggungjawab untuk Unit Peti Undi serta Unit Daerah Mengundi (UPU dan UDM). Satu Dun lagi, iaitu DUN Sementa BN telah menang tanpa bertanding apabila calon PKR tidak muncul tiba pada hari penamaan calon.
Kelihatan duduk, Dr Abd Rani, Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan Kapar, seorang anggota Polis berpangkat Inspektor dan Dr Halimah sedang menunggu-nunggu saat pengumuman kemenangan mereka.

Read More “SAAT YANG DITUNGGU PADA 9 MAC 2008”  »»

SENYUM KEMENANGAN

Kelihatan calon-calon BA dari Parlimen Kapar dan DUN Sungai Pinang (YB Teng), DUN Selat Kelang (Dr Halimah) dan DUN Meru (Dr Abd Rani) bergambar setelah dikalongkan dengan bunga malai oleh petugas parti dari kaum India.

Read More “SENYUM KEMENANGAN”  »»

UNDI MEMANG RAHSIA

Kelihatan kertas undi yang telah dimasukkan ke dalam tong dan telah dimeterai atau "seal" serta di bungkus dengan kain kanvas. Tong-tong ini disusun sebaris mengikut DUN yang terdapat dalam kawasan parlimen berkenaan.
Inilah pandangan dalam Dewan Ahmad Razali, Klang, di mana kertas undi dari pelbagai tempat membuang dan mengira undi dikumpulkan serta dokumen (borang 13 dan borang 14) yang berkenaan diserahkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya. Bangunan ini dikawal oleh pihak keselamatan dan hanya mereka yang mempunyai surat akuan dari parti politik yang bertanding sahaja dibenarkan masuk.

Read More “UNDI MEMANG RAHSIA”  »»

CALON MEMBUAT TINJAUAN PADA HARI MENGUNDI

Kelihatan petugas PAS di pondok panas bertempat di Bagan Hailam Tanjong Klang pada 8 Mac.
Perayu undi kaum Tionghua sedang beraksi di Bagan Hailam.



Kelihatan calon PAS N45 sedang membuat lawatan ke pondok panas di tempat mengundi SKTP.
Rombongan calon N45 sedang membuat tinjauan pada hari pembuangan undi.
Rombongan calon N45 sedang membuat tinjauan pada hari pembuangan undi.
Calon N45 bersama petugas PAS dari kaum India di pondok panas, tempat mengundi di SAM Hisamuddin Sg Bertik.
Calon N45 bergambar beramai-ramai di depan pondok panas Kg Delek Baru, bagi tempat mengundi SAR Kg Delek.

Read More “CALON MEMBUAT TINJAUAN PADA HARI MENGUNDI”  »»

MASALAH TEKNIKAL DI HARI MENGUNDI (8 MAC)


Kelihatan Tn Hj Azmi memperkatakan sesuatu kepada KTM(ketua tempat mengundi) perihal buku daftar pemilih yang berbeza. Syabas Tn Haji. Sungguh cekap menangkap hantu-hantu raya(PRU 12).
Inilah kelebihan orang yang menghadiri kursus PACA (polling agent counting agent). Dengan berbekalkan ilmu di dada serta doa ahli jemaah, hantu-hantu dapat dikesan , sekaligus dikurung dalam "kotak kaca".
Kelihatan Tn Hj Azmi menunjukkan perbezaan di antara buku daftar pemilih dalam pegangan PAS dengan yang ada pada parti lawan. TAKBIR.

Read More “MASALAH TEKNIKAL DI HARI MENGUNDI (8 MAC)”  »»

SPR: SIAPA DIA

Read More “SPR: SIAPA DIA”  »»

SPR BERSETUJU KEKALKAN TEMPAT KIRAAN UNDI

Read More “SPR BERSETUJU KEKALKAN TEMPAT KIRAAN UNDI”  »»

BANTAHAN WAKIL N45 TERHADAP SPR

Halimah Ali

No. 110 Jln Sg. Bertik

41100 Klang

Selangor D.E.

3hb Mac 2008

Kepada

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Malaysia.

Per: Bantahan Kepada Pertukaran Tempat Pengiraan Undi Daripada Saluran Mengundi Ke Dewan Ahmad Razali, Klang

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Halimah Ali, Kad Pengenalan nombor 600627135574, selaku calon PAS untuk N45 DUN Selat Klang dengan ini membantah keras arahan Suruhanjaya Pilihanraya untuk melakukan pengiraan undi bukan di tempat mengundi tetapi di Dewan Ahmad Razali, Klang seperti yang diwartakan di tempat mengundi di Pulau Ketam.

Rasional bantahan saya adalah seperti berikut:

1. Pada 2004, waktu pengumuman keputusan pilihanraya bagi N45 DUN Selat Klang tidak ada perbezaan yang ketara daripada waktu pengumuman keputusan di tempat-tempat mengundi yang lain;

2. Risiko peti undi dimanipulasikan dalam perjalanan untuk dibawa ke tempat pengiraan undi di Dewan Razali adalah tersangat besar. Memandangkan bahawa Malaysia sangat terkenal dengan amalan rasuah, saya amat curiga dengan keputusan SPR untuk mengarah pengiraan di buat BUKAN di tempat mengundi.

3. Perjalanan bot daripada Pulau Ketam ke Tanah besar hanya mengambil masa setengah jam bukan berjam-jam seperti di Sabah dan Sarawak. Maka adalah tidak patut dan tidak wajar bagi pihak SPR untuk menukar tempat pengiraan undi apabila di ambil kira risikonya.

3.Saya juga membantah masa mengundi di singkatkan satu jam daripada pukul 4 kepada pukul 3 petang kerana ini akan mengelirukan ramai pengundi.

4.Maka, dengan ini saya, Halimah Ali calon PAS N45 DUN Selat Klang memohon bantahan saya dipertimbangkan oleh pihak SPR yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk mempastikan pilihanraya di jalankan dengan bebas, adil, telus dan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih

………………………

DR HALIMAH ALI

k/p 600627135574

h/p no:0193152939

Read More “BANTAHAN WAKIL N45 TERHADAP SPR”  »»

FOTO KENANGAN AKTIVITI WAKIL PADA 7 MAC 2008

Dr Halimah sedang beramah mesra dengan seorang pekedai di Sg Bertih
Dr Halimah yang diiringi oleh Tn Hj Kamaluddin Hj Rahmat di sebuah pusat Futsal dalam N45.
Rombongan Dr Halimah ke pusat Futsal.
Dr Halimah sedang berceramah di Taman Sg Sireh.
Sebahagian daripada hadirin di Tmn Sg Sireh.

Read More “FOTO KENANGAN AKTIVITI WAKIL PADA 7 MAC 2008”  »»

KEPUTUSAN pru 12-KEDUDUKAN KERUSI DI DEWAN RAKYAT DAN DUN


Untuk keputusan terperinci PRU 12, sila KLIK DI SINI.

Read More “KEPUTUSAN pru 12-KEDUDUKAN KERUSI DI DEWAN RAKYAT DAN DUN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com