Pray For MH370

Pray For MH370

KENAPA PENDIDIKAN MESTI PERCUMA

 Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Kenapa penting untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya. Pertama Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat. Kedua Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur. Ketiga Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi. Keempat Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi. Kelima Pendidikan merupakan satu pelaburan. Keenam Potensi  pulangan pelaburan bersih yang positif. Ketujuh Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan. Kelapan Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin.


Lapan realiti mengapa kerajaan Malaysia wajar biayai pendidikan tinggi 

Anas Alam Faizli/Malaysian Insider


16 FEB — Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan — sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan.

Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.

Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa “Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua.”

Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini.

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya.

Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat

Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif. Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal “terkorban”. Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat.

Realiti #2: “Terperangkap di tengah-tengah”

Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia kini. Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi.

Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam “middle-income trap”, di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi World Bank. Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji riil (real) yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi

Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersial. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi. Justeru itu, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi. Hasilnya, proses-proses yang bernilai rendah seperti pemasangan dan pembungkusan berlokasi di Malaysia menggunakan khidmat mesin dan teknologi sederhana moden, manakala proses-proses yang bernilai lumayan seperti R&D dan inovasi tidak mampu ditawarkan kerana kurangnya dari segi kemahiran dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengalami kemasukan FDI bersih yang negatif sejak 2007.

Hal ini menggagalkan Malaysia menaik taraf menjadi ekonomi perkhidmatan bernilai tinggi dan tetap terus bergantung kepada pengeluaran bahan agrikultur dan minyak. Kita hanya berjaya dalam industri ringan seperti barangan pengguna dan perkakasan elektrik. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir serta berpendidikan tinggi untuk memperkasakan sektor perkhidmatannya.

Realiti #4: Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi

Kajian yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) melabel Malaysia sebagai ekonomi yang berteraskan kecekapan, meletakkan Malaysia di belakang ekonomi-ekonomi berteraskan inovasi. Kita hanya mampu menambahbaik sistem dan proses yang sedia ada, tetapi ketinggalan dari segi daya inovasi yang membolehkan negara mencapai pendapatan yang jauh lebih lumayan. Malaysia wajar bergerak ke arah ekonomi berteraskan inovasi. Kita tidak lagi berdaya saing tinggi menawarkan tenaga buruh mahupun tanah dan kilang-kilang yang murah lagi seperti dahulu.

Kekuatan tenaga penyelidik di Malaysia bagi setiap 1 juta penduduk hanyalah 365 orang berbanding 5,416 orang di Jepun dan 4,231 di Korea Selatan. Berapa banyakkah bakat yang boleh muncul sebagai tenaga penyelidik hebat dari Malaysia tetapi malangnya tidak dapat dicungkil kerana kurang peluang melanjutkan pendidikan tinggi?

Realiti #5: Pendidikan merupakan satu pelaburan…

Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus! Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya 5 peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin. Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.

Realiti #6:… dengan pulangan pelaburan bersih yang positif

Jika kerajaan menanggung penuh pembiayaan pendidikan tinggi kosnya berjumlah sekitar RM60,000 (kejuruteraan) dan RM160,000 (perubatan), 94 peratus dan 90 peratus daripada kos-kos ini sudahpun dibiayai kerajaan kini. Jika graduan itu mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan mendapat peningkatan sebanyak 5 peratus setahun secara purata selama 30 tahun, graduan tersebut akan telah membayar lebih daripada RM290,000 kepada kerajaan hanya dalam bentuk cukai pendapatan. Jika graduan dengan prestasi minimum ini mampu membayar pulangan kepada kerajaan bayangkan graduan berprestasi tinggi dengan kadar peningkatan gaji yang lebih tinggi?

Realiti #7: Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan

Individu yang berpendidikan tinggi secara puratanya memiliki harta bernilai RM182,000, iaitu 2.2 kali ganda berbanding individu lepasan SPM dengan RM82,000 sahaja. Akan tetapi, kadar kemasukan rakyat Malaysia ke dalam sistem pendidikan tinggi cuma 36.5 peratus. Nombor ini bukan sahaja jauh  di belakang berbanding purata negara-negara “very high human development” iaitu 75 peratus, malah juga di belakang negara-negara “high human development”, iaitu 50 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kemasukan di negara lain adalah; Amerika 86 peratus, New Zealand 84 peratus, Korea 100 peratus, British 99 peratus, Thailand 45 peratus, Turki 38.4 peratus.

Hal ini menyebabkan majoriti pekerja di Malaysia hanya mampu memenuhi keperluan sektor tenaga pekerja kurang mahir. Bagaimanakah Malaysia mampu memacu seluruh rakyatnya ke arah negara berpendapatan tinggi secara sama rata? Perbelanjaan dalam projek-projek mega yang menjadi shortcut sebagai satu usaha untuk melonjakkan pendapatan purata rakyat Malaysia sebelum ini bukanlah satu solusi yang mapan dan bersifat jangka panjang. Penyediaan pendidikan tinggi secara percuma kepada seluruh rakyat ialah satu-satunya usaha penggerak Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi secara holistik.

Realiti #8: Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin

Malaysia menduduki tempat ketiga tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut ukuran GINI 0.4621 (sumber: World Bank). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah) sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai 1 peratus terkaya di Malaysia. 75 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan!

Cuba kita teliti statistik ini; 60 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang menerima pendidikan tinggi manakala 60 peratus daripada isi rumah berpendapatan paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970. Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu negara yang ekonominya lebih adil.

Amerika mengganggap bahawa manfaat pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Skandinavia pula percaya bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang semakin melarat di dunia. Negara-negara Skandinavia yang memberikan pendidikan tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar dinafikan.

Pendidikan percuma akan memberikan individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah.

Satu Keluarga, Satu Graduan

Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang merangkumi setiap pelusuk masyarakat, bagi yang cemerlang mahupun yang lemah dalam bidang akademik. Bagi mereka yang lemah akademik, kemahiran vokasional perlu diberi penekanan yang lebih berat. Paling penting, sistem pendidikan itu perlu memastikan pelajar tidak menamatkan pendidikan dengan bebanan hutang di atas bahu mereka, tanpa kemahiran mahupun prospek pekerjaan, meskipun sekadar untuk membayar kembali hutang itu.

Malaysia telah menikmati banyak manfaat positif dengan menyediakan pendidikan rendah dan menengah percuma. 100 peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sekolah rendah dan 68 peratus berjaya tamat Tingkatan Lima.

Tetapi, keadaan sosio-ekonomi Malaysia dewasa ini menuntun kepada semua rakyat Malaysia diwajibkan secara undang-undang untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan lima, serta sebuah sistem pembiayaan pendidikan tinggi oleh pihak kerajaan.

Saya dengan rendah diri menyeru kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pembuat dasar, dan kumpulan-kumpulan lobi untuk memastikan pendidikan tinggi yang percuma di semua IPTA. Jika IPTA tidak mampu menampung bilangan pelajar yang layak, adalah dicadangkan jumlah yang sama dibiayai oleh kerajaan melalui IPTS, secara berperingkat. Ini bertujuan memastikan peluang pendidikan tinggi disediakan sebanyak mungkin dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Saya turut mencadangkan sasaran Satu Keluarga, Satu Graduan; iaitu setiap satu keluarga mempunyai minimum satu graduan. Tuntasnya sasaran ini bakal menyaksikan mobiliti antara generasi direalisasikan; di mana seorang anak nelayan, mahupun anak pekerja kilang bergaji rendah, bakal menjadi ejen pengubah yang membawa keluarganya keluar dari status ekonomi rendah kepada kehidupan yang lebih selesa. Mekanisme ini seterusnya dijangkakan bercambah kepada generasi-generasi berikutnya, dan memakmurkan keadaan ekonomi bagi kelompok-kelompok rakyat yang asalnya terperangkap dalam kemiskinan.

Pendidikan merupakan asas paling penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara. Tiada sebarang salah tadbir atau kesalahan polisi dalam pendidikan yang mampu ditoleransi, sama ada dari sudut pelaksanaan, pengawasan mahupun perbelanjaan. Sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dengan urus tadbir yang cekap bakal menjadi penentu hala tuju Malaysia. Sekiranya baik sistem itu, maka baiklah negara Malaysia. Hanya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, Malaysia mampu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang bersifat inclusive dan untuk semua. Di sini marilah kita muhasabah kata-kata Nelson Mandela: “Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia.”

* Anas Alam Faizli berkhidmat di industri minyak dan gas dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta merupakan pengarah eksekutif Teach for the Needs (TFTN).

* Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT (http://www.facebook.com/blindspot.msia).

Read More “KENAPA PENDIDIKAN MESTI PERCUMA”  »»

TERIMA KASIH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Jambatan Kg Delek Ke Kg Sungai Sireh Siap

Dua Bulan Lagi

 Lizawati Madfa/ mediaselangorku

KLANG 15 FEB : Penduduk Klang khususnya mereka yang tinggal di Kampung Sungai Delek dan Kampung Sungai Sireh di sini bakal menikmati satu lagi kemudahan infrastruktur yang disediakan Kerajaan Negeri.

 

Dengan kos sebanyak RM 3 juta, jambatan yang dibina di atas Sungai Telok Gadung, Jalan Sri Perantau Kampung Delek dijangka dapat disiapkan dalam tempoh selewat-lewatnya dua bulan lagi.
Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali ketika mengadakan lawatan di tapak projek pagi tadi berkata, usaha Kerajaan Negeri itu selaras dengan dasar pentadbiran Kerajaan Pakatan yang tulus berbakti untuk kepentingan rakyat.


“Pertamanya, dengan adanya jambatan ini dapat memudahkan penduduk sekitar untuk membawa jenazah daripada seberang sungai ke tanah perkuburan di mana sebelum ini penduduk terpaksa melalui jalan yang jauh kerana ketiadaan jambatan.

“Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak kerana laluan sebelum ini sempit dan tidak boleh dilalui kenderaan berat,” ujar Dr Halimah yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sebelum ini, penduduk yang kebanyakannya bekerja di kawasan pelabuhan terpaksa menggunakan jambatan kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang hanya mampu memberi laluan kepada satu kenderaan sahaja dalam satu-satu masa.

“Kini, penduduk bakal menikmati kemudahan jambatan yang lebih lebar yang pastinya dapat memberi manfaat kepada mereka dari segi keselesaan, penjimatan masa dan lain-lain,” tambah Dr Halimah.

Beliau sendiri menyempurnakan upacara Majlis Pecah Tanah projek tersebut yang diadakan pada Disember tahun 2011.

Projek yang dimulakan pada awal Januari tahun lalu itu meliputi pembinaan jambatan dengan kelebaran seluas 10.5 meter dengan panjang 23 meter dan dibina mengikut standard R3 iaitu mempunyai laluan dua hala.



Projek itu juga melibatkan penyediaan jalan raya yang baru bagi menghubungkan laluan daripada Kampung Sungai Sireh ke jalan utama.

Read More “TERIMA KASIH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR”  »»

WAJAH SYARIKAT TAJA "GANGNAM STYLE"

 Dari segi adatnya, sebuah syarikat yang mampu menaja atau  menjadi "event promoter-event manager" semestinya mempunyai modal berbayar dan modal kerja yang besar. Syarikat yang modal berbayarnya besar mampu menjalankan projek besar yang kosnya tinggi. Dalam dunia perniagaan, kata kunci untuk semua aktiviti sebelum diteruskan ialah " Berapakah pulangan balik pelaburan ini atau return on investment (ROI) ?" Biasanya dalam dunia perniagaan paling busuk, kos perbelanjaan sesuatu aktiviti mesti dapat balik atau "break even" yakni tak untung tak rugi. Sebelum mampu menjalankan aktiviti kemasyarakatan, amal atau "corporate social responsibility" bertaraf mega atau antarabangsa, syarikat berkenanan tentulah syarikat yang memiliki keuntungan sebelum atau selepas cukai yang amat besar, paling tidak ratusan ribu.

Jika semua kos perbelanjaan di"write off" mesti ada sesuatu tak kena atau pulangannya disebut sebagai "non cash atau intangible return" atau "return for favour". Inilah apa yang berlaku dalam kes penajaan PSY dari Korea yang anggaran kosnya antara RM2juta ke RM6 juta. Namun PM Najib menegaskan kerajaan Malaysia tidak menggunakan satu sen duit rakyat ( atau duit Bank Negara ) . Mungkin dalam kamus dia duit rakyat disimpan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tetapi duit Bank Negara bukan. Kita ada maklumat Bank Negara menjalankan pelbagai aktiviti contohnya menyewa tanah dan membayar duit kepada penyewa yang beberapa peratus diberikan kepada BN untuk dana PRU 13. Pihak Kastam pula bertungkus lumus membuat audit dan menyemak balik cukai-cukai barangan import-eksport agar sebarang kekurangan cukai dipungut semula.

Lihat di bawah profil SSM syarikat penaja secara "gangnam style" yang keuntungan tahun lepas hanya RM40 ribu sahaja.








Read More “WAJAH SYARIKAT TAJA "GANGNAM STYLE"”  »»

ADUN SELAT KLANG SEBAGAI TETAMU DI MAJLIS KELUARGA CHIA SELANGOR

ADUN SELAT KLANG MEMUKUL GONG DILIHAT OLEH KETUA PERSATUAN KELUARGA  CHIA


ADUN SELAT KLANG BERUCAP DI MAJLIS MENYAMBUT ULANGYAHUN KE 38 PERSATUAN KELUARGA CHIA


Read More “ADUN SELAT KLANG SEBAGAI TETAMU DI MAJLIS KELUARGA CHIA SELANGOR”  »»

TAHNIAH BUAT PELAJAR CEMERLANG SMA DAN SMATQ

Anda bakal modal insan cemerlang dan ikutan rakyat Selangor

Add caption



Read More “TAHNIAH BUAT PELAJAR CEMERLANG SMA DAN SMATQ”  »»

DI MANA SEKARANG HENDAK KE MANA

Dalam cerita klasik  "Alice In Wonderland" , Alice bertanyakan jalan kepada kucing Cheshire
"tolong beritahu saya ke mana saya patut menghala?" Jawab kucing " ia bergantung kepada di mana kamu mahu pergi. "


alice in wonderland


Begitu juga Pakatan Rakyat serta pengundi harus membulatkan tekad serta azam untuk ke Putrajaya.  Petugas PR harus ingat dan sentiasa bermotivasi untuk menambah kerusi Parlimen dan DUN dengan bekerja keras menambah sokongan pengundi muda , pengundi atas pagar serta mereka yang belum dikenalpasti kecenderungan politik mereka (belum dicula).

Pertambahan pengundi baru sebanyak  2 juta orang lebih yang perlu dimenangi hati dan fikiran mereka dalam masa sebulan dua ini.


Peningkatan pengundi baru sebanyak 20 peratus yakni dua juta lebih


Read More “DI MANA SEKARANG HENDAK KE MANA ”  »»

DI MANA NAK LETAK MARUAH ARTIS TEMPATAN





Read More “DI MANA NAK LETAK MARUAH ARTIS TEMPATAN”  »»

BERSEDIAKAH PR MENANGKIS PERANG SARAF BN




 Ada orang berhujah bahawa "maklumat itu kuasa". Kenapa mereka berpendapat sedemikian? Dalam dunia perniagaan dan politik, maklumat diperlukan  untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas. Kecepatan dan ketepatan membuat keputusan dan bertindak menentukan siapa  "juara" dan "market leader". Sebagai contoh dalam dunia perniagaan ialah persaingan antara syarikat Apple dengan  Samsung dan  KFC dengan  MacDonald. 


 Pembuat polisi, pengatur strategi dan pemimpin membuat
 keputusan berdasarkan maklumat yang dimilikinya.
Dalam dunia IT, maklumat bersumber daripada data kasar
 yang telah diolah dan diproses.  Data diperolehi dari kajian, pengamatan dan risikan. Persoalannya bukan semua maklumat itu betul dan bertaraf fakta. Fakta dan kebenaran boleh diputarbelitkan dan diolah mengikut selera dan kehendak semasa.

Persaingan sengit dalam dunia politik dan perniagaan menyebabkan syarikat korporat dan parti politik  berlumba-lumba memiliki dan menguasai sistem rangkaian maklumat dan pangkalan data. Malah organisasi politik dan perniagaan bersaing untuk memiliki rangkaian kommunikasi dan media massa.

Dalam konteks senario politik Malaysia masakini, Barisan Nasional mahu dan mampu menggerakkan jentera sistem pengumpulan maklumat, " spinner maklumat", penyebaran "maklumat", dan apa saja yang dibawah kuasanya sama ada secara sah atau tidak sah. BN mampu menggunakan khidmat risikan Polis, tentera, KEMAS, JASA, Kementerian Penerangan, dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat. Media massa milik BN seperti di bawah.


 
  Dengan kemampuan yang terhad, bersediakah prasarana ICT Pakatan Rakyat berdepan dengan prasarana gergasi milik BN? PR tidak mampu bersaing dengan media massa konventional seperti TV dan radio. Sedikit kemampuan yang PR ada di alam siber, mampukah ia bertahan dengan serangan DENIAL OF SERVICE ke atas server milik portal seperti malaysiakini dan harakahdaily yang telah beberapa kali berlaku? Mampukah PR memberi impak jika sistem telekomunikasi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan MMS sengaja dilumpuhkan oleh BN? Apakah alternatif lain untuk PR menyebarkan maklumat jika sistem internet di"blackout" oleh BN? Mari kita sama-sama fikirkan dan cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Read More “BERSEDIAKAH PR MENANGKIS PERANG SARAF BN”  »»

YB DR HALIMAH ziarah rumah kaum Tionghua

 Sehari sebelum tahun baru Cina memang waktu yang sibuk bagi keluarga kaum Tionghua. ADUN SELAT Klang, YB DR HALIMAH ALI terus berjalan rumah ke rumah di Sg Bertih untuk berjumpa dengan rakyatnya dalam kesempatan sedikit.
Membawa kad ucapan tahun baru Cina, limau dan kacang dalam beg berlogo PAS, dan PAS UNTUK SEMUA, beliau beserta jenteranya mula mengorak langkah daripada bilik gerakan JPrU di SG BERTIH bersama dengan DHPP
 Alhamdulillah beliau sempat berjumpa dengan penduduk yang kebanyakannya akan menyambut tahun baru di situ dan menunggu anak cucu pulang untuk makan besar malam itu.

Sebenarnya pemandu YB balik kampung bercuti dengan keluarga , maka PAnya Kamarinalah yang memandu kereta. Kumpulan DHPP yang dipimpin oleh Jalil sudah meluncur laju ke depan.Sudah tak nampak bayang. YB melihat kelibat penduduk Tionghua tengah bekerja keras membersihkan rumah, membakar 'duit' dsb.


 YB meminta Kamarina berhentikan kereta dan terus keluar membawa kad tahun baru Cina, menyapa sesiapa yang ditemuinya dan menghadiahkan kad tersebut kepadanya sambil mengucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepadanya.
Seorang lelaki muda dalam pagar bertanya, sambil matanya meninjau ninjau ke jalan,'You sorang kah' tanyanya prihatin kepada YB ADUN. Lazimnya berduyun mengekori ADUN bergerak.
 Alhamdulillah, respon begitu baik dan mereka sangat gembira mendapat layanan 'personal' sebegitu rupa.
Akhirnya, sebelum meninggalkan team DHPP , YB DR HALIMAH menghadiahkan mereka cupcake yang istimewa.

Semua gembira termasuk anak-anak yang ikut serta dalam pendidikan sosial" hands  on"  itu alhamdulillah.

Read More “YB DR HALIMAH ziarah rumah kaum Tionghua”  »»

SAMBUTAN HARI TADIKA SELANGOR 2013

Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari.

Semua Tadika, Pra Sekolah Di Selangor Layak mohon Skim Tunas
 


Afix Redzuan/ MEDIASELANGORKU



SHAH ALAM, 9 FEB: Semua tadika Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor dialu-alukan memohon Skim bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali menjelaskan, skim ini terbuka buat semua sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu ibu bapa dan pihak tadika dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Tegasnya, dengan peruntukkan berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan RM3 juta bagi tahun 2013, pihak tadika hanya perlu mendaftar di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) bagi mendapatkan bantuan berkapita sebanyak RM50 sebulan.
“Skim ini untuk anak berumur lima dan enam tahun yang ibu bapanya dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM1,500 dan dihantar ke tadika yang berdaftar dengan MPTS.
“Skim Tunas ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa membayar kos yuran. Anak-anak mereka dihantar ke tadika dan pra sekolah yang dibayar secara bulanan dan terus ke akaun tadika yang berdaftar dengan MPTS,” katanya ringkas.
Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada anak-anak kecil yang memasuki alam pra persekolahan dan tadika.
Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan tadika dan pra sekolah telah diterima sehingga akhir tahun 2012 manakala 339 permohonan untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari 2013.
Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Skim Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.
Menurut Halimah, untuk tahun 2013 MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.
Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.
Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini.
Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja.
Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus.
Beliau menambah, Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari.
Sambutan ini bakal menghimpunkan ibu bapa serta guru dan pengusaha tadikan disamping seramai 2,013 pelajar tadika yang akan menjayakan program berkenaan.

Read More “SAMBUTAN HARI TADIKA SELANGOR 2013”  »»

SELANGOR MELALUI PPAS DAN MUSLIM CARE BANTU PALESTIN


PPAS Tinjau Peluang Bantu Gaza Bina Perpustakaan

Afix Redzuan/mediaselangorku

SHAH ALAM, 9 FEB: Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama NGO Muslim Care akan melaksanakan misi kemanusiaan pertama ke Gaza bagi pembinaan perpustakaan komuniti berkonsepkan ‘Rebranding’di Gaza Palestin.

Rombongan Kemanusiaan yang akan disertai 22 orang terdiri daripada
pelbagai latar belakang profesion bakal bertolak ke Gaza pada 9 Februari
 hingga 16 Februari depan.

Seramai enam deligasi daripada PPAS yang diketuai Pengarahnya, Mastura Muhammad bersama Ahli Lembaga pengarah PPAS dan pustakawan akan menyertai misi ini.
Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali memaklumkan, misi kerjasama ini merupakan rentetan lawatan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Palestin ke Selangor pada 25 Oktober 2011.

“Dari siri lawatan ke Selangor, mereka memohon bantuan dari segi nasihat memandangkan kita telah mewujudkan satu bentuk perpustakaan iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

“Anak-anak Gaza sangat memerlukan premis pendidikan untuk belajar. Kita mahu bina membina perpustakaan pelbagai fungsi.
“Dengan ilmu yang ada kita kongsikan pandangan bersama mereka,” katanya pada satu sidang media ringkas.


Sementara itu, bagi Pengarah PPAS, Mastura Muhammad, konsep pendidikan sambil berhibur (Edutaiment) yang diperkenalkan di PPAS akan dijadikan contoh untuk pembangunan perpustakaan di sana.
Menurutnya, undangan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Negeri Selangor selaras dengan misi menjadikan negeri sebagai hab pendidikan.

Read More “SELANGOR MELALUI PPAS DAN MUSLIM CARE BANTU PALESTIN”  »»

XIN NIAN KUAI LE




Xin Nian Kuai Le 新年快乐

 

 

Read More “XIN NIAN KUAI LE”  »»

PUSAT DISARAN USAH SEKAT BANTUAN TUNAS KEPADA TADIKA KELOLAANNYA

Jelajah Tunas Banting Halimah 02Kerajaan Persekutuan Jangan Sekat Bantuan Tunas 

 Afeeqa Afeera / MEDIASELANGORKU


BANTING, 9 FEB : Kerajaan Persekutuan disarankan supaya bersikap terbuka dan tidak menyekat mana-mana tadika di bawah kementerian-kementeriannya daripada menyertai Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika kerajaan persekutuan mahu mendapatkan manfaat skim Tunas.
Namun katanya, sebilangan besar ibu bapa ditakut-takutkan dengan dakwaan bahawa ia perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pelajaran.

“Kita mengharapkan supaya Kerajaan Umno-BN yang mahu melakukan transformasi perlu bersikap terbuka. Polisi Kerajaan Negeri ini adalah untuk semua tanpa mengira fahaman politik.
“Walaupun di Kemas yurannya mungkin tidak banyak, tetapi sekiranya mereka menyertai skim ini, mereka tidak perlu bayar langsung.

“Kita tidak pernah sekat mana-mana ahli Pakatan Rakyat untuk terima skim yang ditawarkan oleh Umno-BN, jadi kita harapkan sebaliknya.

“Kita perlu profesional,” katanya semasa merasmikan mini Karnival Jelajah Jejak Tunas 2012 Siri Kelapan Peringkat Kuala Langat di Dewan Harmoni, Kampung Sungai Lang Tengah, di sini hari ini.
Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan untuk keluarga berpendapatan rendah bagi menghantar anak mereka ke tadika.
Bantuan RM 50 dibayar terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Hadir sama, Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah dengan disertai lebih 500 penduduk.
Dalam majlis hari ini, lebih 30 tadika di bawah daerah Kuala Langat telah mendaftar di bawah Skim Tunas.
Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan daripada tadika telah diterima sehingga akhir tahun 2012. Manakala 339 permohonan diterima untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari.
Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013.
Untuk tahun 2013, MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember.

Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013.

Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini.

Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja.

Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus.

Read More “PUSAT DISARAN USAH SEKAT BANTUAN TUNAS KEPADA TADIKA KELOLAANNYA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com