Pray For MH370

Pray For MH370

BA2BA: tahukah anda apa maknanya?

BA2BA= Bakal Arwah To (Kepada) Bakal Arwah

Ini konsep penting dan utama yang jarang-jarang difahami oleh ummat manusia. Semua manusia secara nalurinya akan jadi baik jika ia dididik dengan konsep penting ini. Samada yang beriman dengan tauhid rubbubiyah, tauhid uluhiyyah dan asmaul husna ataupun kebanyakan manusia beriman kepada tauhid rubbubiyah( justeru tidak mengucap syahadatain) daripada orang bukan Islam akan terdorong untuk menjadi orang baik, berbuat baik dan mengajak orang lain buat baik.
Ia juga berkemampuan menasihat dirinya dan orang lain agar tidak berbuat jahat yang merosakkan hidup diri dan orang lain samada dalam jangka masa pendek, misalnya mencuri dengan memotong wayar letrik, ia boleh mati natijah kejutan letrik dan orang lain susah kerana putus bekalan letrik. Ia juga mahu dan mampu mencegah dirinya daripada mengambil tindakan pantas untuk mendapat kelegaan dan keseronokan sementara seperti mengambil dadah, arak, judi bahkan berzina tetapi akan menghadapi rentetan masalah yang kompleks yang bukan sahaja berisiko tinggi untuk menghancurkan masa depan mereka sendiri bahkan famili dan zuriatnya.
Potensi intrinsik(semulajadi) yang ada pada semua manusia ini UNTUK JADI BAIK(FITRAH manusia) mesti dicarigali, dibangunkan agar 'software' ini dimanfaatkan semaksimanya dalam 'hardware' atau keadaan physical yang terbaik dicipta oleh MAHA PENCIPTA dikalangan semua mahkluk ciptaanNya.
Inilah intipati dalam program S.P.I.E.S.TM Selangor bertujuan membangunkan insan cemerlang(insan yang ehsan) bagi mencapai kejayaan dunia akhirat.

Keazaman untuk melahirkan ummat terbaik(khaira ummah) tidak boleh dipikul oleh hanya segelintir insan terpilih sahaja. Ia mesti disokong dan didokong bersama oleh kelompok insan bertuah yang menjadi warga Selangor Darul Ehsan.Amanah berat ini mesti dipikul bersama oleh pemimpin semua peringkat hingga ke akar umbi. Ianya harus di terangkan sehingga faham dan mampu 'buy-in' oleh semua pemutus dasar, politikus, pelaksana dasar(jabatan dan agensi kerajaan, penghulu dan ketua kampung, ketua NGO, persatuan penduduk, kumpulan REM-BEL(remaja-belia), kumpulan wanita, PIBG, pengusaha tadika, guru, ketua kaum,aktivis sosial, kaunselor, pustakawan, penulis, pelakon, penyanyi, ahli sukan, DJ, warga media, entrepeneur, golongan swasta, pekerja dan majikan, warga masjid dan surau serta rumah ibadah. Ianya tidak mustahil untuk dicapai sekiranya memang ada kerangka untuk menyatupadukan rakyat majmuk ke arah mendokong visi kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menjadi negeri idaman,maju,sejahtera dan berkebajikan. Tiada rakyat daripada mana-mana kaum yang akan menolak visi universal ini.Justeru tiada alasan rakyat pelbagai ideologi tidak menyokong cita cita murni ini. Persoalannya ialah BAGAIMANA menggembelengkan manusia pelbagai latarbelakang ke arah satu tujuan untuk manfaat bersama. Bagaimana membangunkan negeri Selangor dengan memahami dan menyedari perbezaan yang ketara dikalangan rakyatnya??!!
Ini menjadi misi program pembangunan modal insan Selangor yang dijenamakan sebagai S.P.I.E.S.TM.
S.P.I.E.S.TM  memfokuskan kepada potensi intrinsik yang ada pada setiap manusia tanpa mengira ras, kaum, bangsa dan agama. S.P.I.E.S.TM menghalakan manusia ke arah pembangunan maksmia potensi sedia ada pada dirinya, justeru ia tidak perlu melihat dan irihati kepada potensi orang lain yang sama kaum atau lain kaum. Falsafah  S.P.I.E.S. mendidik potensi dirinya sudah cukup menimbun dan sekiranya ia menyelongkar khazanah sedia ada dalam dirinya ia akan menjadi insan cemerlang yang menakjubkan. Namun, sekiranya ia hanya melihat apa yang ada pada orang lain dan melupakan aset diri, justeru tidak melaburkan masa dan segala sumber yang sudah ada untuk menjadikan dirinya yang terbaik, maka sudah pasti dia tengah menempah kegagalan. 
Untuk mencapai halatuju Selangor 2025 di atas bukan dengan kertas kerja dan kata kata semata mata. Ia perlukan pelan tindakan serta strategi yang tersusun rapi. Strategi membangkitkan kesedaran rakyat betapa perlunya bersatu membangun ke arah pencapaian matlamat besama. Ia memerlukan pengiktirafan daripada bilangan besar rakyatnya lebih lebih lagi pendayung utama masyarakat. 
Semua pihak juga mesti memahami ianya satu proses, yakni mengambil masa untuk melihat hasil. Ianya memerlukan critical pathway to success dan langkah langkah kritikal mesti direncanakan dengan sengaja dan segala tindakan untuk mempastikan ia tidak tertinggal atau terlepas pandang. Jalannya rumit dan penuh berliku.Maka semua pihak harus membantu membuang duri dan ular berbisa di jalan tanah merah ini(sakit hati, dengki, benci dll). Mesti ada yang dikurniakan Allah ilmu, kepakaran, pengalaman mesti menjadi pembawa obor menerangkan jalan agar lebih pantas mencapai destinasi yakni visi. Pendek kata semua ada peranan. Tak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli bahkan pekerja asing pun ada peranan. Kita wujudkan budaya cemerlang. Mereka akan akur akan norma baik insya Allah.
Ramai yang pada permulaannya tersinggung dan berminat untuk mencapai cita cita murni 2025 ini. Namun tidak boleh dinafikan, ramai tidak berstamina untuk meneruskan perjalanan jauh ini dengan kegigihan, keyakinan yang tak lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Fenomena biasa di dengar 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap' merupakan simptom kelesuan daya juang. Penyakit futur ini disebabkan tidak mencerna soalan 'untuk apa atau kenapa?' sesuatu perjuangan itu.


Menyedari keadaan demikian, pihak jawatankuasa pembangunan modal insan negeri Selangor merumuskan bahawa rakyat negeri Selangor terutama 'key players' atau pendayung utama perlu menghayati konsep perjuangan untuk mencapai VISI SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU, SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur(rujuk hansard kerajaan Selangor bab ucapan DATO' MB ketika membentangkan bajet tahunan).
Tidak boleh tidak, insan yang bergelar pemimpin di Selangor apa jua peringkat mesti SEDAR dan bertindak sebagai B.A.= bakal arwah....!!!Ini yang dinukil oleh oleh pengarang popular 7habits of highly effective people STEVEN COVEY : BEGIN WITH THE END IN MIND. Pemimpin Selangor mesti melatihkan diri mereka dengan konsep bahawa mereka semua adalah bakal meninggalkan dunia ini dan perlu bertanggungjawab(accontable) dengan segala yang dilakukan. Hanyasanya dengan berpaksikan kefahaman demikian, akauntabiliti tertinggi akan tercapai. Kesedaran ini juga menjadi DAYA(FORCE) BERKUASA TINGGI untuk menjana segala kebaikan yang melimpah kepada rakyat jelata. Pimpinan Selangor yang akhirat-sentrik(=B.A.) ini juga akan mempunyai 'akaun' kasih sayang sejati yang melimpah ruah yang mampu menjaga rakyat Selangor yang juga bersifat B.A.(bakal arwah).Kebahagiaan dunia dan akhirat rakyat akan diusahakan oleh pemimpin Selangor yang berciri akhirat-sentrik ini.
Rakyat yang dibimbing pemimpin futuristik B.A. ini akan mengalami anjakan paradigma yang memungkinkan kualiti kehidupan yang optima. Rakyat Selangor yang bersifat akhirat-sentrik sudah tentu tidak akan membiarkan maksiat dan mungkar menjadi fenomena biasa di dalam persekitaran mereka. Rakyat Selangor yang tahu diri mereka B.A. akan berebut rebut jadi baik, rajin bekerja, hormat menghormati, menguasai teknologi dan mengurustadbir bumi mengikut piawaian Pencipta Yang Maha Mengetahui. Kesan dan impaknya Selangor akan benar-benar menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.

Read More “BA2BA: tahukah anda apa maknanya?”  »»

Kenapa anda marah?

Bismillah.
Dewasa ini ramai orang rasa marah. Harga barang naik.....tambang bas naik, bil letrik nak naik. Gula naik. Baju sekolah naik. Belanja anak sekolah sudah pasti akan naik. Kos nak pergi kerja pun akan naik. Ke sana ke mari..semuanya telan belanja besar.....memang ramai yang tertekan. Marah.

Persoalannya adakah orang yang marah harga barang naik setiap kali lepas PRU sedar bahawa memang barang dijangka akan naik kerana sebahagian sebab sebenarnya ialah untuk menampungkan perbelanjaan besar PRU. Sekiranya diperhatikan juga pemimpin yang terpilih tidak mampu mengolah kenaikan harga barang kerana hutang negara semakin hari semakin meruncing.

Semua perkara yang menyakitkan ini saling berkait. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak supaya kita boleh mengurangkan impak kos sara hidup yang melambung. Namun kita MESTI LEBIH BIJAK memilih pemimpin yang PANDAI mengurus kewangan bagi pihak kita.

Kita cuba belajar bagaimana memilih pemimpin yang mahu, tahu dan mampu menjaga maslahah kita ummatnya.

Read More “Kenapa anda marah?”  »»

Emo dan Ego musuh dalaman si GAGAH PERKASA

Watak yang berani dan perkasa memang sangat berpotensi untuk melonjakkan pencapaiannya dalam hidup. Kekuatan fizikal, kekentalan jiwa memungkinkan penggunaan maksima kekuatan fizikalnya itu.
Malangnya, sekira ia tidak dilatih mengawal dan menguasai 2 musuh dalam diri yang tidak zahir di matanya tetapi cukup berpotensi untuk memusnahkan masa depan dan menggagalkan impian kejayaannya Musuh berkembar itu ialah emosi(EMO) yang tidak dilatih untuk beroperasi dalam pagar kawalan akal akan menyebabkannya hilang kewarasan dan bertindak liar hingga mencemar nama baiknya sendiri, mengakibatkan kecederaan kepada diri(dadah/arak/judi/rempit) dan kepada orang lain. 

Kembarnya pula ialah ego. Kegagalan menguruskan ego akan mendedahkan dirinya kepada sifat mazmumah seperti riya, takjub, sombong dan takabur dan menyebabkan ia rasa dirinya serba sempurna dan tidak mahu menerima pandangan, kritikan atau cara orang lain.

Akhirnya, manusia yang berpotensi besar melangkah ke gerbang kejayaan boleh terbantut dan terkulai kaku dalam  penyesalan sekiranya EMO dan EGOnya tidak menerima latihan kawalan.....Ini insya Allah akan dimasuk dalam modul baru model pembangunan insan SPIES pada tahun 2014. 
Mudah-mudahan ALLAH sentiasa mengilhamkan proses pentarbiyahan Rabbani ini insya Allah. Amin. 

EGO SAIDINA UMAR luntur dek firman Rabbani ini

طه (20:1)

  • 20:1 (Asad) O MAN! [1] -   


  • 20:2 (Asad) We did not bestow the Qur'an on thee from on high to make thee unhappy, [2] -   


  • 20:3 (Asad) but only as an exhortation to all who stand in awe [of God]: -   

  • 20:4 (Asad) a revelation from Him who has created the earth and the high heavens -

  • 20:5 (Asad) the Most Gracious, established on the throne of His almightiness? [3]
  • Read More “Emo dan Ego musuh dalaman si GAGAH PERKASA”  »»

    KENAPA KAFA MENENGAH?

    Masalah yang 'bagus' yang perlu ditangani oleh kerajaan  negeri Selangor sejak 2008 ialah ibubapa pelajar Muslim semakin tahun semakin 'bising', semakin 'kecoh', semakin kuat mendesak kerajaan meneyelsaikan masalah anak mereka yang sudah selesai sekolah peringkat rendah dan lulus pula ujian PSRA(PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA) JAIS tetapi tidak dapat diterima masuk untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat menengah aliran agama. Purata 35,000 pelajar melalui ujian PSRA. Lazimnya 30,000 lulus atau maqbul ujian PSRA. Yang mencapai mumtaz atau cemerlang(>90%)  mencecah 6000 pelajar.

    Isunya, hanya ada 23 SABK dan setakat hari ini ada 3 MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS yang menjadi rebutan pelajar seluruh negeri ini.Bermaksud, hanya 3,000 pelajar sahaja yang boleh dimuatkan dalam sistem persekolahan yang mempunyai pendidikan agama secara khusus. Ada beberapa sekolah aliran agama yang mengajar bahasa Arab secara sampingan. Ada sekolah agama rakyat yang boleh menjadi pilihan bagi yang mampu.

    'Bottomline'nya, masih ramai lagi yang tidak dapat sekolah pilihan mereka yang mengarusperdanakan sistem Islam. Exco Pendidikan Selangor memulakan projek perintis pada tahun 2012 menyediakan kelas agama selama 2jam setengah bagi pelajar yang bersekolah di SMK, mirip dengan kaedah KELAS AL QURAN DAN FARDHU AIN(KAFA) di peringkat rendah. yang dijenamakan sebagai KAMA yang dikendali di premis masjid. Ia bertujuan untuk membangunkan pelajar ini supaya terselamat daripada gejala sosial.

    Sedikit kejayaan itu memberikan semangat untuk melebarluaskan konsep pembangunan pelajar remaja yang memasuki ambang akil baligh ini supaya dipimpin dalam biah solehah sementara mereka menjadi orang dewasa yang matang dalam kerangka ilmu fardhu ain yang lengkap. Justeru, jawatankuasa tetap Pendidikan negeri Selangor telah menggerakkan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS menumpukan pelaksanaan dasar baru iaitu mewujudkan kesinambungan KAFA diperingkat rendah untuk diteruskan, ditambah nilai yang BUKAN BERKONSEP LULUS PEPERIKSAAN SEMATA-MATA tetapi BERKONSEP MEMAHAMKAN pelajar teras Islam hingga mampu menghayatinya.

    Ini sejajar dengan dasar pembangunan modal insan yang mahu dipacu oleh kerajaan Selangor. Pembangunan holistik dan syumul berpaksikan konsep SPIES akan diterapkan untuk memungkinkan Selangor melahirkan khaira ummah apabila modal insan yang dilahirkan mencapai piawaian al KHALIQ yakni khalifah fil ardh.

    Mata rantai ke arah menjadikan Selangor sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur melalui langkah langkah baru seperti KAFA MENENGAH  ini diharapkan sokongan dan dokongan dari seluruh rakyat Selangor insya Allah.

    Moga Allah perkenankan hasrat ini insya Allah. Amin. 

    Read More “KENAPA KAFA MENENGAH?”  »»

    Tahun Baru Tahun Lama

    Bismillah
    Tahun berganti tahun. Ramai yang teruja dengan munculnya tahun yang baru. Seolah mahu meninggalkan tahun lama ddengan pantas. Harapannya moga tahun baru lebih bermakna, lebih ceria, lebih bahagia, lebih kaya......ya segala-galanya lebih baik daripada tahun yang sudah berlalu.
    Persoalannya berapa ramai yang merangka pelan untuk mencapai tujuan tersebut?! Sekadar berangan-angan....ramai yang boleh. Kalau untuk rutin di riuh rendahkan di kaca tv memang itu tiada yang boleh pertikaikan.....Slogan, perkongsian, sembang-sembang......ringan.....memang ringan.

    Yang lebih serius....Yang lebih besar keberangkalian untuk menempah kejayaan ialah merangka pelan tindakan ke arah mencapai matlamat. Itu yang hanya kadang-kadang, jarang jarang orang lakukan.

    Nah........apa tunggu lagi...ayuh.....apa pelan tindakan tuan/puan?
    On your mark, get set... GO!!

    Read More “Tahun Baru Tahun Lama”  »»

    DANA YANG MERAGUKAN

    Something very wrong as “slush funds” for PM’s department hit RM20 bil since 2011   

    Harakahdaily - TS,     06 November 2013

    Nov 6:  Putting Prime Minister’s Department’s expenditure under microscope, Kluang MP Liew Chin Tong concluded that “something
    is very wrong” with the way Prime Minister Najib Razak handles public money judging by the exponential increase in the allocation for his department’s discretionary funds.



    Liew had earlier pointed out that 65 percent or RM6.9 billion of PMD’s RM11 billion development allocation for 2014 fell under "near slush funds", or discretionary funding items with scant details  - namely "Restructuring of Society" (Penyusunan Semula Masyarakat),
    "Development programmes"  (Program Pembangunan), "Special Projects" (Projek Khas), "People Friendly Projects" (Projek Mesra Rakyat), "Facilitation Fund" (Dana Fasilitasi).



    From his ‘digging’, Liew found out that the usage of “new slush funds” by PMD became a new phenomena since 2011; and over the next four years, the amount has totalled up to a whopping RM20 billion starting from RM 2.8 billion in 2011; RM 4.3 billion in 2012; RM 5.9 billion in 2013 and RM 6.9 billion in 2014.



    Liew said the "near slush funds" is now 15 percent of the entire development budget for 2014 of RM46 billion compared to only 0.3 percent in the 2010 development budget of RM53 billion.



    “The overall development budget has dwindled over the years but PM's "near slush funds" has grown exponentially,” he chided, adding that the phenomena shows that the government is now addicted to the discretionary funds.

    Read More “DANA YANG MERAGUKAN”  »»

    Sektor Pendidikan Dan Modal Insan Dapat Tumpuan Dalam Baget 2014

    Sejumlah RM34 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan. Ucapan budget lengkap di bawah.

    S'gor peruntuk RM34 juta untuk pendidikan   

    Selangorku/sinar harian /admin
     20 Nov 2013

    SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan sejumlah RM34 juta bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan.

    Abdul Khalid berkata, perbelanjaan pembangunan pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada sekolah agama, Cina dan Tamil, RM5 juta bagi program pendidikan secara umum, program Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal (RM2 juta) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

    “Peruntukan ini belum diambil kira RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun 2014 untuk membina beberapa buah bangunan sekolah,” katanya dalam pembentangan belanjawan negeri 2014 di Dewan Negeri, di sini, semalam.

    Dalam pada itu kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan.

    Menurut Abdul Khalid peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta turut diberikan bagi pelaksanaan projek Perumahan Rakyat, manakala RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau membaik pulih rumah awam kos rendah.

    Katanya, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta untuk pembinaan rumah mampu milik yang menggunakan dana rizab negeri.

    “Usaha ini adalah bagi memastikan tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus kemajuan pesat hingga terpaksa hidup merempat dan bergelandangan.

    “Kerajaan negeri sangat serius dalam memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga dan kadar sewa berpatutan seperti yang terkandung dalam manifesto ‘Meneruskan Kecemerlangan’,” katanya.


    ============================================================================================
    SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

    Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik, berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu Kehidupan bertaraf dunia dan memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

    Sebanyak 66.2 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan sebanyak RM1,107,046,687 dan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM118,033,523.

    Manakala perbelanjaan pembangunan pula dijangka menerima peruntukan sebanyak RM624,919,790 atau 33.78 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan.

    Agihan terperinci bagi perbelanjaan mengurus adalah seperti berikut di mana perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM421,748,946 atau 34.4 peratus; pemberian dan kenaan bayaran tetap RM411,801,227 atau 33.61 peratus; emolumen RM370,522,216 30.24 peratus; perbelanjaan-perbelanjaan lain  RM14,591,101 atau 1.19 peratus dan aset sebanyak RM6,416,720 atau 0.52 peratus.

    Berdasarkan sektor perbelanjaan pembangunan, infrastruktur merupakan komponen terbesar dengan peruntukan RM388,728,030 atau 62.20 peratus, diikuti oleh sosial RM143,182,140 atau 22.91 peratus, ekonomi sebanyak RM90,401,601 atau 14.47 peratus dan perbandaran RM2,608,010 atau 0.42%.

    Peruntukan bagi sektor infrastruktur diterajui oleh kemudahan awam sebanyak RM357,272,280 atau 91.91 peratus, diikuti sains, teknologi dan inovasi  RM22,956,420 atau 5.91 peratus dan perumahan sebanyak RM8,499,330 atau 2.19 peratus.

    Bagi peruntukan sektor sosial, ia melibatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor RM77,850,030, pendidikan RM26,300,050, modal insan RM8,682,020, sukan  RM8 juta, kampung baru sebanyak RM5 juta dan belia sebanyak RM3.5 juta.

    Peruntukan untuk sektor ekonomi pula mendapati kewangan akan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51,620,000.000, diikuti oleh pertanian sebanyak RM17,481,600, pembangunan usahawan RM7,850,010, pelancongan RM5.4 juta, sumber alam RM3.65 juta, kajian dan penyelidikan sebanyak RM2.8 juta dan pelaburan sebanyak RM1.6 juta.

    Sejumlah 84.36 peratus atau RM2.2 juta daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh kerajaan tempatan manakala yang selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam.

    Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, Selangor menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan dijangka berkembang pada kadar 6.1 peratus pada 2014.

    Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan amalan berbelanja dengan berdisiplin dan berhemah bagi menabung untuk perbelanjaan masa hadapan tanpa mengharapkan daripada kerajaan pusat untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.

    Dalam pada itu, beliau menyifatkan prinsip asas Belanjawan BN tidak cuba menangani masalah kos apabila hanya subsidi dan perbelanjaan pembangunan menjadi mangsa pengurangan sedangkan komponen lain dalam perbelanjaan mengurus diunjurkan terus melonjak-sinar on line

    Read More “Sektor Pendidikan Dan Modal Insan Dapat Tumpuan Dalam Baget 2014”  »»

    Selangor Terus Mengilmukan Rakyat melalui pendekatan Merakyatkan(Akses) Ilmu

    S'gor teruskan bantuan Skim Tunas - Dr Halimah

    Saidah Hairan, 15 Nov 2013

    SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk meneruskan Skim bantuan tadika Selangor (Tunas) bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah menghantar anak ke tadika.

    Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali berharap semua pihak pengurusan Tadika perlu segera mendaftarkan pelajar yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM3,000 sebulan.

    Ini kerana katanya, mulai Januari tahun depan bantuan Tunas sebanyak RM50 akan dibayar terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

    "Mulai Januari tahun depan kita akan bayar terus kepada tadika. Kita tidak mahu menyusahkan tadika. Kita hendak bantu penduduk yang kurang berkemampuan untuk hantar anak ke tadika," katanya.

    Berucap ketika menyampaikan replika cek RM1,515,595 kepada Pengerusi MPTS,  Prof Madya Dr Supyan Hussin katanya, tiada alasan bagi ibu bapa yang kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka ke tadika.

    Pada tahun 2013 seramai 3,071 orang pelajar layak menerima bantuan Tunas dan tahun 2014 kerajaan telah meningkatkan keluarga yang layak menerima Tunas mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah.

    Skim Tunas kata beliau merupakan bantuan pendidikan kepada seluruh tadika yang berdaftar di bawah Tadika Pemuafakatan Selangor dan terbuka sama ada tadika di negeri Selangor dan Pusat.

    Bagaimanapun katanya, Tadika Perpaduan dan Kemas dihalang untuk mendapat bantuan daripada Skim Tunas.

    Di samping itu beliau turut menekankan tentang pemberian Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang merupakan perancangan panjang kerajaan Pakatan Rakyat terhadap pendidikan anak-anak Selangor.
    harakahdaily....
    Katanya, lahir sahaja bayi sudah ada duit dalam Tawas sebanyak RM100 dan duit tersebut boleh diambil ketika mereka berusia 18 tahun, maknanya mereka sudah ada simpanan sebanyak RM1,800.

    Beliau berkata, Tunas, Tawas serta hadiah kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPTA sebanyak RM1,000 merupakan program merakyatkan ilmu dikalangan rakyat negeri Selangor.

    Read More “Selangor Terus Mengilmukan Rakyat melalui pendekatan Merakyatkan(Akses) Ilmu”  »»

    PAS Mampu Menerajui Misi Merealisasikan Konsep 'Rahmat Untuk Semua'

    PAS : The WAY FORWARD

    PAS sudah sampai umur yang sangat matang. 60tahun. Bermula 22 November ini muktamar PAS PUSAT ke 59 bakal menjadi penentu utama pencapaian PAS akan datang, posisi dalam lanskap politik negara, dinamisme atau status quo.

    Persoalannya, bersediakah pimpinan seluruh negara memilih pemimpin tertingginya yang berprinsip dan futuristik, praktikal dan inklusif, boleh menjadi sandaran dan harapan untuk rakyat Malaysia baik Melayu mahupun bukan Melayu, samada yang Muslim bahkan bukan Muslim. Inilah konsep PAS FOR ALL atau PAS Untuk Semua yang diarusperdanakan oleh LAJNAH PERPADUAN NASIONAL pada akhir tahun 2004.

    Adakah ahlinya telah menguasai konsep ini. Persoalan kritikal untuk survival PAS dan kelestarian kekuatannya sebagai tunjang utama dalam tahalluf siyasi memerlukan daya maju, daya saing, daya tarikan dan daya kebijaksanaan. Keikhlasan bukan boleh diukur dengan sekeping sijil dan latar belakang.

    Semoga pimpinan yang terpilih ialah 'learnable' dan 'teachable' yang mempunyai potensi berkembang dengan cepat dan mampu menjadi nakhoda di samudera yang bertarung dengan taufan dan ombak besar di lautan nan luas.

    Moga PAS dipimpin oleh ALLAH swt untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw.

    Read More “PAS Mampu Menerajui Misi Merealisasikan Konsep 'Rahmat Untuk Semua'”  »»

    Takziah Buat Keluarga Cikgu Loo dan Cikgu Lee

    "Kejadian ini berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh keluarga.
     Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan." seperti dilaporkan sinar harian.

    Ibu bapa harus bertolak ansur dan mengkaji alasan kenapa anak mereka mahu menukar jurusan atau bidang pengajian di IPT. Mereka harus "menelan ego" dan menerima kenyataan bahawa anak mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri atau kehilangan minat untuk meneruskan pengajian, walaupun telah bergolok bergadai.

    Pelajar perubatan ditemui mati


    KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini, kelmarin.

    Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari.

    Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu.

    “Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya.

    “Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pada sesi perjumpaan di universiti berkenaan berkaitan keputusannya untuk bertukar jurusan,” katanya dekat sini.

    Selepas itu, kata Kwee Wah, dia cuba beberapa kali menghubungi anaknya tetapi gagal. 

    Curiga dengan keadaan ini, Kwee Wah menyuruh isterinya segera pulang rumah untuk melihat keadaan Aivern.

    "Sejurus tiba di rumah jam 12 tengah hari, isteri saya menemui Aivern dalam keadaan tertiarap dengan kepala berselubung plastik putih dan muka berlumuran darah di dalam bilik tidur kami di tingkat atas.

    “Isteri saya membuka plastik di kepala Aivern, namun mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi saya," katanya.

    Sementara itu, Kwee Wah berkata, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, baru-baru ini.

    “Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan.

    “Aivern merupakan anak sulung daripada dua beradik, sementara  adiknya kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan," katanya.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, tali pinggang yang diikat pada gril tingkap di bilik ibu bapa mangsa putus dan dipercayai mangsa menggantungkan diri di situ.

    “Tali pinggang tersebut terputus menyebabkan muka mangsa tersembam ke lantai sehingga sebahagian mukanya hampir pecah.

    “Tiada kecederaan lain ditemui dan kesemua pintu serta tingkap berkunci sebaik ibunya tiba di rumah, malah tiada kesan pergelutan ditemui. Keadaan di dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada barang hilang,” katanya.

    Katanya, kes masih disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Read More “Takziah Buat Keluarga Cikgu Loo dan Cikgu Lee”  »»

    Kerajaan Biarkan 447 Kesilapan Dalam Buku IQRA' sejak 18 tahun lalu

    Satu kajian oleh aktivis pendidikan, Ustaz Haji As'ad Humam daripada Indonesia  mendapati Buku Iqra' (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan. Kerajaan  sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan berkenaan. Alternatif lain kepada pengajaran membaca Al Quran ialah QIRAATI dan kaedah lama mengeja muqaddam. 

    Buku Iqra': 447 kesalahan, 18 tahun tiada pembetulan

     Harakahdaily/admin
    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan dalam buku Iqra' yang diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan dalam mata pelajaran pengajian al-Quran di seluruh negara.



    Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ni, beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan sikap tidak serius kerajaan, yang memandang remeh terhadap pendidikan Islam khususnya dalam pengajian al-Quran.



    Beliau merujuk kepada satu kajian oleh aktivis pendidikan terhadap Buku Iqra' (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani, karangan Ustaz Haji As'ad Humam daripada Indonesia, yang didapati mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan.



    "Kita kesal dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memandang remeh soal pengajian Al-Quran.



    "Kenapa buku Interlok ditarik balik hanya kerana ada perkataan 'paria', sedangkan dalam Buku Iqra' ada 447 kesalahan tapi terus dibiar untuk digunakan," katanya pada sidang media selepas itu.



    Menurutnya, isu ini pernah dibangkit oleh ahli parlimen PAS ketika penggal lalu, namun sehingga kini, kesalahan dalam buku yang diguna sejak 18 tahun itu, tidak dibetulkan.



    "Saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya membekukan pengagihan ini bagi mengkaji semula buku modul ini dengan diganti buku modul baru," katanya.



    Beliau juga mencadangkan kerajaan dengan kuasa Menteri Pendidikan melalui KPM menubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan Khas di bawah Seksyen 127 dan 144, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).



    Peruntukan kewangan KPM bagi tahun 2014 sebanyak RM54,600,593,800 juga katanya diharap boleh dimanfaatkan untuk mengatasi masalah itu.



    Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menggesa kerajaan bertindak segera membuat semakan dan pembetulan terhadap dakwaan kesilapan itu.



    "Kalau kerajaan gagal tangani isu ini dan memandang remeh, ini satu pengkhianatan besar kepada rakyat negara ini.



    "Kita sedia gerakkan bantahan rakyat secara besar-besaran. Ini soal masa depan anak-anak kita khususnya orang Islam," katanya.


    Read More “Kerajaan Biarkan 447 Kesilapan Dalam Buku IQRA' sejak 18 tahun lalu”  »»

    MTIS dan KAFA Setiap Daerah


    Kini kerajaan negeri Selangor sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah-Klang, Petaling dan Kuala Langat.

    Manifesto PRU-13 : Selangor wujudkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains, Kafa Menengah setiap daerah

    Selangokini/NFN/admin

    BANGI 8 NOV: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri itu.

    Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.


    Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

    “Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

    halimah 03“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

    Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

    Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

    KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

    KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar.

    Read More “MTIS dan KAFA Setiap Daerah”  »»

    Mini Serambi Mekah: Program Sambutan Menyambut Tahun Baru Islam 1435



    Read More “Mini Serambi Mekah: Program Sambutan Menyambut Tahun Baru Islam 1435 ”  »»

    Satu Undi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Duit Rakyat

    BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

    Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

    BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

    Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

    Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta
       

        Wartawan Malaysiakini/admin
         Nov 5 2013
     Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

    PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

    Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

    Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

    Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

    Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

    Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

    BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

    Selebriti 'gred B'

    Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

    Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

    Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

    Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

    Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

    Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

    Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

    Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.

    Godaan tawaran keduniaan

    Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.

    BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.

    PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.

    Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.

    Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?

    Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

    Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.

    Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas 'bertahan' habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.

    Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.



    Read More “Satu Undi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Duit Rakyat”  »»

    Peguam Suhami Said Dalam Kenangan


    5Nov 2013 harakahdaily/ad min

    KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said kembali ke rahmatullah lewat petang tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.



    Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.



    Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.



    Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.



    Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.



    Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.



    Anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).



    Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM)  sebelum menyertai PAS.



    Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .



    Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.



    Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.



    Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.



    Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi.



    Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri.



    Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali.



    Jenazah Allahyarham Suhaimi  akan dibawa ke rumahnya di Batu 4, Jalan Maran Temerloh.



    Menurut anak bongsu Allahyarham,  jenazahnya akan dikebumikan esok.



    Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah.



    Read More “Peguam Suhami Said Dalam Kenangan”  »»

    Developing humans is like growing CHINESE BAMBOO

    http://youtu.be/2nFDmrLGgYM

    Read More “Developing humans is like growing CHINESE BAMBOO”  »»

    GST Tajuk Khutbah JAKIM



    GST
    Bagaimanakah GST  lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (SST)?

    Memang secara  kasar, GST nampak lagi murah berbanding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kita kena ingat - GST  ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

     SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya tidak  dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan di setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.

    Ini bermakna jumlah cukai untuk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%. Maka 10% sahajalah cukainya   sebab  hanya pengilang yang dikenakan cukai. Tetapi jika  ikut GST, 6% x 3 = 18%!

    Sebagai contoh : produk A harga kilang RM20.

    • cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

    • cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

    [RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

    [RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35.

    Ini bermakna jika  ikut SST, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tetapi sekiranya  GST yang dilaksanakan, cukainya ialah RM3.82!

    Dan yang paling malang, sebahagian cukai ini akan  ditanggung oleh rakyat! Harga barang akan lebih mahal.
     Lihat di bawah bagaimana JAKIM jadi kuda tunggangan pemerinrah yang rakus.
    Khutbah: GST tak akan bebankan rakyat

    Mimbar Jumaat hari 31/10/2013  menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu.

    Melalui khutbah itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengelolanya berhujah, GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.

    Malah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.

    "Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.

    Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska.

    Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat.

    Malaysiakini/admin

    Read More “GST Tajuk Khutbah JAKIM”  »»

    16.45 Bilion RM Peruntukan 2014 Untuk Jabatan Perdana Menteri

     Berikut adalah sebahagian skim gaji kakitangan kontrak JABATAN PERDANA MENTERI


    Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan)  SERTA mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.00 .

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia membawa pulang gaji tahunan, elaun dan bonus  RM830,500 iaitu gaji bulanan kira-kira RM69,000.

     Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.    sebulan.

     Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

     Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan.

    Seorang Pengarah Bersekutu  bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

    Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan.

    Pegawai kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan .

    Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan   

    Roketkini/harakahdaily/admin

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

    Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

    Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    “Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

    “Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

    Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

    Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

    Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

    “Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

    “Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

    Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

    Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

    “Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

    “Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

    Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014.

    Read More “16.45 Bilion RM Peruntukan 2014 Untuk Jabatan Perdana Menteri”  »»

    Rizab Selangor Berbilion Ringgit- ? Untuk Bermegah Atau Berhemah


    Read More “Rizab Selangor Berbilion Ringgit- ? Untuk Bermegah Atau Berhemah ”  »»

    Baget 2014- Apa Yang Bakal Menanti Untuk Saya


     Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

     INTIPATI BAGET 2014

    Najib mengumumkan Bajet 2014 dengan jumlah RM264.2 bilion konon bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

    Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
    Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
    Perbelanjaan mengurus
    : RM63.6 bilion bagi Emolumen 
                                             RM36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.

    Kerajaan menjangka defisit fiskal terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.

    K'jaan Persekutuan unjurkan kutipan hasil sebanyak RM224.1 bilion - tambahan sebanyak RM4 bilion berbanding tahun 2013.

    Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

    Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

    Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

    Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 - peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

    Cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

    Kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus bermula 2015 dan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan.

    Kadar ini, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015, lebih rendah berbanding kadar 7 peratus yang dijangka banyak pihak.

    Najib ketika mengumumkannya berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik.

    "Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan," katanya.

    Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

    Pengurangan subsidi

    Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok - harga gula akan meningkat kepada RM2.84 sen sekilo.

    Kerajaan memperuntukkan RM47 bilion untuk subsidi pada 2013 - 53% atau RM24.8 bilion untuk produk petroleum yang dinikmasi semua golongan, termasuk ahli perniagaan dan warga asing.

    Najib berkata pengurangan subsidi petrol yang dijalankan baru-baru ini merupakan salah satu contoh langkah pembaharuan ke atas subsidi, yang kini membentuk satu perlima dari jumlah bajet negara.

    BRIM 3.0

    Isirumah dengan pendapatan kurang RM3,000 akan menerima RM650, pertambahan RM150 dari BR1M 2.0.

    Individu dengan pendapatan kurang RM2,000 mendapat RM300. Sebanyak RM4.6 juta diperuntuk untuk pemberian BR1M3.0.

    Cukai pendapatan

    Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.

    Seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

    Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai.

    Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai

    Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

    Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

    Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

    Projek pembangunan

    Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

    Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

    Projek Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

    Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

    Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

    Pengangkutan udara

    Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

    Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

    Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

    Imbuhan penjawat awam

    Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500.

    Golongan pesara akan mendapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

    Bayaran tersebut akan dibuat pada awal Januari 2014.


    Skim persaraan swasta

    Peruntukan sebanyak RM210 mil juta bagi skim persaraan swasta bagi menggalakkan golongan muda menabung.

    Bermula 1 Januari, kerajaan akan menambah RM500 ke dalam akaun individu berusia 20 hingga 30 tahun yang mampu menyimpan sebanyak RM1,000.


    Pendidikan

    Sebanyak RM54.6 bilion diperuntukkan - 21 peratus dari jumlah bajet - diperuntukkan untuk pendidikan

    RM450 juta bagi penyelenggaraan sekolah - RM100 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta untuk SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.

    Kerajaan juga akan meneruskan pemberian tunai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

    Baucer Buku 1Malaysia untuk pelajar pra-universiti juga akan diteruskan dengan peruntukan RM325 juta akan diperuntukkan yang akan dinikmati 1.3 juta pelajar seluruh negara.

    Peruntukan RM100 juta untuk menaiktaraf pendidikan dan latihan masyarakat India.

    Internet kelajuan tinggi (HSBB)

    Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion - kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

    Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

    Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

    Cukai hartanah

    Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.
     
    Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

    Perumahan

    Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan dengan harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
      
    Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) diperkenalkan dengan subsidi RM30,000 kepada pemaju swasta untuk setiap rumah yang dibina.
      
    RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta  (UKAS).
      
    Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.

    223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014.

        RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.
        RM146 juta bagi JPN untuk membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
        RM1 bilion bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
        SPNB akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.


    Imbuhan korporat

    Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

    Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

    Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.

    Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata
    peratusan mulai tahun taksiran 2015.

    Pembangunan usahawan

    Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

    Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

    Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

    Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

    Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

    Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

    Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

    Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

    Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
      
    RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN.
      
    Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

    Kesihatan

    Seramai 6,400 jururawat akan dibekal kepada hospital kerajaan. RM3.3 bilion diperuntuk untuk perubatan dan peralatan.

    Read More “Baget 2014- Apa Yang Bakal Menanti Untuk Saya”  »»

    Naikkan Harga Barangan Dan Perkhidmatan Untuk Tampung Ketirisan kantong Kerajaan


     GST: Kewangan negara sangat kritikal   

    Salmiyah Harun/harakahdaily/Admin/   26 Okt 2013

    JERAI: Ternyata kedudukan kewangan negara sangat kritikal yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun 2015.

    Menurut AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kerajaan tidak mempunyai komitmen yang lain untuk menurunkan hutang kerajaan pusat melainkan dengan mengaut wang daripada rakyat melalui GST.

    Melalui inilah, katanya kerajaan terpaksa perkenalkan GST walaupun sangat dibenci rakyat kerana GST boleh mendatangkan lumayan kepada kerajaan.

    "Jika dulu kita dikenakan SST iaitu cukai yang diambil oleh pengimport sahaja tetapi dengan GST ini kerajaan mengaut duit berperingkat-peringkat daripada pengimport, pembekal sehinggalah kepada pengguna iaitu rakyat. Dengan GST sebanyak enam peratus, pasti akan berlaku inflasi," katanya ketika ditemui di Markaz Induk PRK Sungai Limau.

    Beliau turut mempersoalkan apa prinsip kerajaan dengan menurunkan cukai korporat dan cukai individu sedangkan cukai dari orang miskin dikaut melalui GST.

    "Cukai orang kaya dikurangkan, tetapi ambil cukai dari orang kampung. Ini prinsip salah. Agihan kekayaan diambil dari orang miskin dan mengurangkan dari orang kaya. Salah disisi agama Islam,"katanya.

    Hutang kerajaan pusat kini di paras 54.8 peratus daripada KDNK malangnya kerajaan hanya tinggal 0.2 peratus KDNK memandangkan Akta Pinjaman 1959 mengizinkan hutang kerajaan persekutuan tidak boleh melebihi paras 55 peratus KDNK.


    Harga Gula Naik Mulai Hari Ini
            
    Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

    Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

    "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

    Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

    "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

    - malaysiakini/ Bernama

    Read More “Naikkan Harga Barangan Dan Perkhidmatan Untuk Tampung Ketirisan kantong Kerajaan”  »»

    ALASAN APA UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM

     Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam


    Harakahdaily/Saidah Hairan/admin   12Okt 2013

    SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh.

    Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.

    Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajan Persekutuan.

    "Kerajaan Persekutan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.

    Beliau menegaskan, pakar-pakar perundangan berselisih pendapat dalam isu tersebut namun sehingga kini tidak ada jalan penyeleaian bagi membolehkan kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan undang-undang syariah Islam.

    Menurut beliau, alasan rakyat berbilang bangsa dijadikan punca utama untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam sehingga menimbulkan ketakutan pada undang-undang tersebut.

    Katanya, ada pihak yang sengaja membesar-besarkan masalah berbilang kaum sehingga menimbulkan kegerunan dikalangan orang bukan Islam untuk menerima perlaksanaan syariat Islam.

    Menyedari hakikat itu, beliau berkata, kerajaan Selangor mengambil pendekatan sepadu dan berjangka panjang dengan misi mengilmukan rakyat iaitu bukan sekadar berpuashati dengan ilmu dikalangan cerdik pandai.

    Katanya, kerajaan telah mengoptimakan segala aset institut pendidikan yang sedia ada termasuk Unisel dan PPAS bagi memberi akses maksima kepada rakyat melalui misi merakyatkan ilmu.

    Beliau berkata, di bawah Jawatankuasa Pendidikan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas menangani gejala sosial (GEMS) yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.

    Menurut beliau, sudah sampai masa rakyat diajak memahami syariat Islam yang lebih adil untuk memelihara agama, harta dan maruah berbanding undang-undang ciptaan manusia.

    Read More “ALASAN APA UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM”  »»

    Teka teki Kedudukan KUIS kini Terjawab

    Selangor akan ambil alih untuk atasi kelemahan kewangan KUIS

    SHAH ALAM 04 OKT : Kerajaan Negeri bercadang mengambil alih Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi menyelamatkan kolej itu daripada terus dilanda masalah kewangan.

    Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha pembelian saham KUIS bersama Kerajaan Negeri itu, bagaimanapun masih dalam proses rundingan.

    "KUIS adalah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), jadi mustahil KUIS dari entiti yang berbeza akan memaklumkan semua masalahnya kepada Kerajaan Negeri seperti mana yang dilakukan Unisel.

    "Setelah melihat KUIS berdepan masalah kewangan ditambah pula dengan prestasi yang tidak berapa baik, Kerajaan Negeri tampil membantu dengan membeli sahamnya," ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.

    Dr Halimah berkata, dengan adanya pegangan saham itu nanti, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mengemas kini urus tadbir sedia ada, selain menyalurkan dana untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di kolej itu.

    Sementara itu, Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkefli Hamid berkata, pihak pengurusan kolej akan membuat kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

    Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara 2012 memaklumkan prestasi kewangan KUIS didapati kurang memuaskan dengan kerugian sebelum cukai bernilai RM11.30 juta pada tahun 2011.

    Turut ditekankan pada laporan tersebut ialah pengurusan KUIS yang dikendalikan KUIS Sdn. Bhd. kurang memuaskan termasuk tindakan pengambilan pelajar yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.

    Read More “Teka teki Kedudukan KUIS kini Terjawab”  »»

    Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt

    SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pembentang utama 'Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia' dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia 56 Tahun Merdeka Halangan Dan Penyelesaian.

    Program sehari anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri akan diadakan di dewan Unisel, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi.

    Pembentangan kertas kerja 1 ‘Hikmah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah lslam' oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahtodz Mohamad manakala pengulas oleh pendakwah bebas, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, peguam Muhammad Buruk dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.

    Kertas kerja 2 bertajuk `Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara' oleh bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari manakala pengulas oleh peguam Sulaiman Mohammad, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

    Seminar yang akan dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali itu bertujuan memberi kefahaman mengenai syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara.

    Seminar itu juga memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam.

    Peserta seminar akan didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah.

    Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.

    Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat orang Islam dan bukan Islam.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Mappis iaitu Azmi Abdul Talib melalui emel hjazami@yahoo.com atau hubungi talian 03-55447150.
    -Harakahdaily

    Read More “Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt ”  »»

    Gangguan Bekalan air, Bukan Krisis Air, Usah Panik

    loji Sg Selangor
    Terputus bekalan air, penduduk Lembah Klang panik

    malaysian Insider/admin


    Gangguan bekalan air akibat dari empat penutupan loji rawatan air bagi kerja membersihkan loji tersebut akibat dari tumpahan minyak miyak diesel membabitkan kira-kira 10 kilometer sepanjang Sungai Selangor mencetuskan panik di kalangan penduduk Lembah Klang.

    Setakat pagi ini, dilaporkan kebanyakan botol air mineral dikedai habis dijual.

    Penutupan empat loji rawatan Sungai Selangor membabitkan Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau panjang bagi kerja-kerja pembersihan dikatakan menjejaskan hampir sejuta pengguna dari tujuh daerah.

    Situasi bertambah meruncing apabila bekalan air yang terdapat di tangki simpanan dari empat loji rawatan air dikatakan hanya mampu bertahan kurang dari sehari.

    Memetik dari laporan Star Online, kebanyakan premis kedai sudah kehabisan bekalan botol minuman dan air mineral dalam tempoh sejam selepas kedai dibuka.

    Keadaan amat tidak terkawal, ramai yang beratur panjang didepan kedai biarpun kedai masih belum dibuka," kata pekerja kedai runcit di Petaling Jaya pagi tadi.

    Di Uptown Damansara pula, penduduk berbaris panjang untuk memasuki kedai 24 jam 7 Eleven bagi membeli karton air mineral.

    Selepas mendengar akan gangguan bekalan air semalam akauntan Liew Chin Ee dan keluarganya membawa dua kereta bagi membeli karton air mineral.

    "Kami telah pergi ke beberapa tempat bagaimapun kebanyakan tempat tersebut juga kehabisan air. Saya tidak tahu berapa lama situasi ini akan berpanjangan, kerana itu lebih baik saya bersedia dari menyesal kelak," katanya dipetik dari Star Online.

    Suri rumah, Carol Lim terkejut apabila pagi ini dia mendapat rumahnya di Damansara Utama terputus bekalan air.

    "Tekanan air berkurangan pada jam 9 malam semalam namun saya fikir hari ini bekalan air akan pulih semula. Saya tidak menjangkakan keadaan menjadi serius sebegini," kata Lim.

    Empat loji air tersebut menghasilkan kira-kira 2.67 bilion liter air pada setiap hari, membekalkan 57% permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Daerah yang terjejas ialah di Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

    Dalam kenyataannya malam semalam, Ketua Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor, Priscilla Alfred mengistiharkan amaran merah kira-kira jam 4 petang semalam.

    Amaran merah diaktifkan apabila situasi bertambah buruk hingga menjejaskan lebih dari sejuta pengguna.

    "Lembaga Urus Air Selangor mengambil alih bagi tujuan pembersihan," katanya.

    Syabas juga memohon bantuan kerajaan bagi menyediakan pengangkutan menghantar bekalan air bagi kawasan paling teruk terjejas.

    Ketika ini, Syabas hanya mampu menyediakan 42 pengangkutan tangki simpanan air dan 525 tangki tidak bergerak untuk membantu pengguna yang terjejas. 

    Read More “Gangguan Bekalan air, Bukan Krisis Air, Usah Panik”  »»

    Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan – Rafizi

    Admin/Mediaselangorku

    SHAH ALAM 29 OGOS : Krisis kewangan Asia pada 1997-1998 berulang jika kerajaan Pusat tidak mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis itu lebih awal.

    Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu memperbaiki mekanisme pembayaran hutang negara yang mencapai tahap kritikal.

    Ia kerana, katanya, keadaan itu menyebabkan negara berdepan kesukaran apabila ekonomi dunia tidak mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

    “Jika berlaku gangguan dalam aliran tunai dunia dan ekonomi dunia, kerajaan hilang pilihan untuk menangani masalah itu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

    Rafizi berkata, pelabur akan mula menjual dan mengeluarkan wang dari negara ini apabila mereka meragui kemampuan kerajaan dalam hala tuju ekonominya.

    “Keadaan itu ada persamaan dengan krisis ekonomi pada 1997,” katanya.

    Beliau berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini membimbangkan kerana Malaysia turut terheret dalam kegawatan ekonomi dunia berbanding Indonesia.

    “Masalah di Malaysia ialah kerajaan Umno BN boros dan banyak rasuah dengan projek yang melibatkan komisen,” kata beliau.

    Rafizi berkata, kerajaan perlu mengelakkan pembaziran kewangan dalam perbelanjaan agar tidak perlu membuat pinjaman sehingga menambah hutang negara.

    “Kita perlu memulakan dengan perang habis-habisan terhadap rasuah supaya kita boleh mengurangkan pembaziran,” kata beliau.

    Sebelum ini, nilai ringgit jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan ia rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.

    Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.

    Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif serta mempersoal langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan.

    - FZL
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ringgitdijangkaturunnaiktempohterdekat/Article/


    Read More “Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan – Rafizi”  »»
     

    x

    Photobucket

    e


    Popular Posts

    Followers


    View My Stats

    pautan lain

    • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
      1 year ago
    • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
      1 year ago

    Ab

    zwani.com myspace graphic comments

    x

    Photobucket

    Recent Comment

    ISLAMICITY

    SEARCH THE TRUTH

    Search in the Quran
    Search:
    Download | Free Code
    www.SearchTruth.com